Salam and hello guys.
Ini kali pertama aku nak post story dekat sini.
Kalau kurang menarik atau kurang terhibur tu mintak maap laaa ya, hehe.
Kisah ini baru sahaja berlaku beberapa bulan yang lepas sewaktu aku ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di Pengkalan Lumut. Sebelum terlupa aku dari Alor Star dan oleh kerana mesyuarat dijalankan awal pagi aku memilih untuk menetap di sana sehari lebih awal bagi memudahkan perjalanan aku, tidak lah kelam kabut esoknya itu nak kena bertolak awal-awal pagi.
Aku mulakan dengan pencarian hotel di booking.com untuk melihat hotel-hotel yang bersesuaian tidak terlalu mahal dan tidak terlalu budget dan aku terjumpa 1 hotel ni di area Ipoh yang bagi aku harganya berpatutan bertaraf 4 bintang dan disebabkan kawasannya didalam bandar ipoh jadi aku memilih hotel itu kerana mudah untuk aku pergi makan atau meronda-ronda dan sebagainya jadi awal-awal pagi esok tu tidaklah terlalu jauh nak bergerak dari Ipoh ke Lumut.
Pada hari kejadian tersebut aku sampai ke bandar Ipoh lebih kurang jam 2 petang. Aku singgah di kawasan Sg Rokam untuk makan tengahari siap-siap sebab time checkin hotel pada jam 3petang.
Setibanya aku di hotel tersebut, boleh ku katakan bangunan hotelnya agak sedikit lama dengan kereta di kawasan parking yang tidak terlalu banyak walaupun hari itu adalah sabtu hujung minggu. Hotel ini terletak di sebelah bangunan UN Perak, kalau kome pandai cari lah sendiri haha. Selesai checkin aku terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat 6. Suasana agak sunyi pada level tersebut semasa aku berjalan dari lif ke bilik, mungkin tidak ramai yang menetap di situ pada hari itu gumam hatiku.
Sesampainya aku di bilik, first impression aku pada bilik itu adalah pada perabotnya yang boleh dikatakan agak ketinggalan zaman mungkin telah berusia belasan tahun, cuma tv saja yang baru LED 32inci, kalau masih pakai tv CRT besar gajah tu mohon meninggal lah owner hotel haha.
Petang tu tak ada aktiviti yang aku lakukan sekadar berehat di bilik menonton tv melepaskan penat memandu hampir 3jam daripada Alor Star ke Ipoh. Tidak ada perkara-perkara pelik yang berlaku. Malam itu selepas Maghrib aku keluar untuk makan malam dan aku balik ke hotel lebih kurang jam 11 malam untuk rehat tidur lebih awal kerana esok nya aku perlu berada di Pengkalan Lumut seawal jam 8 pagi.
Panas ku sangkakan hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari. Tidur aku terganggu dan aku terjaga dari mimpi indah. Loceng kebakaran berbunyi di aras aku. Panjang bunyinya tiada henti membuatkan aku susah untuk lelap kembali.
Setelah berkira-kira aku bangun juga dari katil untuk mengendap di lubang pintu untuk melihat ke luar sama ada memang situasi kecemasan atau loceng sekadar berbunyi. Tetapi kosong. Hati ini masih tidak berpuas. Dengan masih dalam keadaan mamai dengan beraninya aku memusing tombol dan menolak pintu untuk melihat ke luar bilik. SUNYI SEPI. Loceng terus berhenti berbunyi sekilas aku membuka pintu bilik. Tidak ada kelibat siapa-siapa di koridor bilik mahupun guest dari bilik lain yang mungkin berfikir seperti aku untuk melihat apa puncanya loceng kebakaran berbunyi.
Aku masuk semula ke dalam bilik dan kembali ke katil. Aku capai handphone yang terletak di meja sebelah katil. Jam di handphone menunjukkan tepat jam 3 pagi. Ya 3 PAGI. masa itu tiba-tiba jantung aku berdegup lebih laju dari normal. Aku berasa tak sedap hati tetapi di waktu itu aku tidak terfikir ini adalah gangguan mistik.
Aku cuba melelapkan mata semula. Hampa. Belum sempat aku melelapkan mata loceng kebakaran berbunyi lagi. Kali ini ia tidak berbunyi panjang tetapi putus-putus seolah-olah ada iramanya berbunyi. Ahhh sudah kenapa pulak bunyi lagi ni, aku sekadar mengumam di dalam hati.
Aku istighfar, membaca ayat qursi dan doa tidur dengan harapan aku dapat endahkan bunyi-bunyi tersebut dan kembali tidur dengan nyenyak. Percubaan aku gagal kerana pintu bilik aku pulak yang diketuk. Setiap ketukan sebanyak 3kali ‘tok tok tok’. Selang beberapa saat ketukan masih didengari,tiada noktah. Kali ni aku sudah hampir hilang sabar. Aku bingkas bangun dari katil menuju ke pintu dengan bacaan ayat kursis sebelum aku membuka pintu. Buka saja pintu, guess what ? Bunyi loceng kebakaran tadi berhenti berbunyi dan tiada sapa di depan bilik aku. Jadi siapa yang ketuk tadi ?
Di waktu itu aku tersedar, ni bukan masalah teknikal bangunan hotel itu, ini punca dari makhluk tu. Aku berbaring semula di katil dengan bermacam-macam perkara terlintas di benak fikiran. Ini adalah kali pertama aku diganggu seperti itu di hotel. Sepanjang hidup aku x pernah diganggu makhluk itu apabila menetap di hotel, di tempat-tempat lain adalah jadi aku buntu x tahu nak buat apa.
Tidak lama selepas itu hampir saja aku terlelap lena, ketukan berbunyi lagi. Aku dah penat. YA aku dah penat melayan gangguan kau. Aku tahu benda ini kalau kita takut lagi dia excited akan menganggu kita. Aku nekad. Aku abaikan ketukan-ketukan di pintu bilik. Aku capai semula handphone ku di tepi katil dan mainkan bacaan al Quran.
Bunyi ketukan masih tidak berhenti dan semakin kuat daripada awal-awal tadi seolah-olah ‘benda’ itu marah padaku. Tidak lama daripada kuat bunyi itu kembali perlahan semakin reda dan terus senyap. Selang beberapa saat aku terdengar bunyi gelak tawa dan hilaian bersahutan di luar bilik. Yang pasti hilaian itu bukan hilai dari suara manusia. Ya bunyi hilaian yang lain dari yang lain.
Keesokannya aku checkout seawal jam 7pagi tanpa sempat breakfast di cafe. Aku ingin tinggalkan hotel itu secepat mungkin. Mungkin ada yang akan cakap apasal x keluar ja malam yang kena gangguan tu? Come on bro, dekat rm200 aku bayar bilik tu kalau blah tanpa sempat tidur kat situ rugi lah aku, haha. Tapi aku bersyukur kerana malam itu benda tersebut tak menjelma di depan mata aku. Kalau dia tiba-tiba muncul depan mata mungkin malam tu aku lari turun ke lobby dengan selimut dan bantal. Haha.
Ok guys, thanks sebab membaca.
See u again next time.
1st coment.. seram jugala
Tq sudi membaca 😂
meremang gak time baca…
Sorry bro cerita x berapa seram sbb gangguan2 ringan ja… Cuma ni 1st experience saya 😅
osem bro
Thanks sahabat 👍
Tok Adam!!!!!! lamanya tok hilang!!!!!! tok pi mana?
Seram la tu bro … senang paham jalan cereta
Thanks 😊
buring eh..
Sorry bossku x pandai mengarang dan mmg crita x berapa seram sbb mungkin gangguan ringan saja 😅
Impiana hotel kan
Agak2 ?
😂😂😂
“Jam di handphone menunjukkan tepat jam 3 pagi. Ya 3 PAGI. masa itu tiba-tiba jantung aku berdegup lebih laju dari normal. Aku berasa tak sedap hati tetapi di waktu itu aku tidak terfikir ini adalah gangguan mistik.”
nak tanya je. kenapa jantung berdegup lebih laju dari normal dan rasa tak sedap hati tapi masih lagi tak terfikir ia adalah gangguan mistik? jadi degupan jantung yang laju tu sebab apa ye?
Im not sure.
Cuma time tu terkejut dari tidur dan masih mamai sel2 otak masij x berhubung x tergerak hati ianya gangguan mistik sbb x nampak apa2 kelibat dan sebagainya.
hotel Impiana ke? sebelah bangunan umno
Hahaha.
Hati2 lah ya 😅
Aiihhh…sampai dah mengilai bersahut-sahutan, tak kan lah tak seram kot. Seram lah tu. Tkasih kongsi pengalaman.
Most welcome 🤗
alahai dah lah sis jenis berumah tangga kat hotel, minggu depan nak pi Ipoh plak. jgnlah sis kena ganggu. seram banget ni.
Saya first time kena ganggu di hotel.
Sebelum2 ni x pernah.
Jadi masa awal2 kena ganggu tu x terasa laaa ianya gangguan mistik sbb x nampak jelmaan apa2 or gangguan yg direct.
Bila hujung dengar mengilai tu baru sedar memang sah dah benda tu.
Alhamdulillah dapat tidur jugak malam tu walaupun hati x berapa tenteram.
Asal tk tanye kt pihak hotel ape yg berlaku?
X tergerak hati nak tanya.
Bila dah balik alorstar tu saya google review2 and feedback guest, dalam 10org yang menginap tu ada laaa dalam 4,5orang yang kena ganggu. Dan gangguan yang saya kena tu agak ringan berbanding orang lain di hotel tu.
Org kedah ka…..
Seram jugak kita suka baca cita seram…..
Ipoh? Bangunan bersebelahan bangunan **** ..boleh agak.Tapi biasa nya hotel tu ramai penginap.
Masa saya datang tu memang x ramai.
Kereta x sampai 10buah pun di depan hotel.
Di parking bawah x pasti lah.
Tapi sepanjang saya menetap di 6th floor tu memang saya x pernah jumpa guest lain or at least dengar suara2 guest dari bilik lain.
Bukan hotel heritage ye
Bukan. Hehe
Nape x stay hotel kt ampang je. Dekat poli ungku omar. Kan dkt2 dgn sg rokam tu. Hahahahaha, xpela. Jadikan pgjaran.
Masa bukak booking.com. tu yang itu keluar paling atas dan harga agak berpatutan. Huhu
Fuh padu boss hahaha seram nak baca pape pn tabik sebab boleh lena balik huhu
Tq bro 😆
Pikir kerja punya pasal terpaksa juga tido, kalau tidak esok pagi barai teruk 😂
best cerita ni. dan tak melalut. thumbs up
Thanks 😊
kalau saya lebih sanggup tido kat lobi hotel jer hahaha
Haha saya nak keluar bilik x sanggup dah malam tu. Daripada x nampak apa2 kang keluar nak turun dia mengusik depan bilik naya haha 😂
haaa aiyokk.. sekali dia usik nak turun tp tak sampai2 ke bawah.. dia dok main lif.. hahaha..
Hahahaha kalau sangkut dalam lif mmg pitam dalam tu 🤣
boleh bayang bwk lari bantal selimut turun lobi hahaha
Hahahaha nasib laaa boleh bertahan.
Saya org perak dan kampung di daerah manjung. Dekat saja dgn bandar lumut. Saya hairan kenapa saudara duduk di hotel ipoh. Sbb jarak dari ipoh ke lumut hampir 80km. Sedangkan di bandar manjung dan lumut banyak hotel-hotel yang menarik dan harga pun berpatutan. Apa-apa pun cerita tuan menarik. Tq.
Sbb saya ada ramai kawan di ipoh.
Di manjung atau lumut saya x kenal sapa.
Sbb tu saya datang sehari awal, lepak di ipoh malam tu dengan kawan2.
Kalau diikutkan saya boleh ja request kuarters pegawai di pengkalan lumut tu tapi malam tu lepak sorang2 lah kalau saya stay di sana. Hehe
its happen to me bro 10 years back masa pegi pulau pangkor
last2 MEMANG i tdo kat LOBY huhuhuuu LOBY pun LOBY la janji dapat tido
Ayoooo kesiannya
I feel u bro. Pernah sekali kena ganggu wktu stay kt hotel di taiping. Berhampiran perkuburan kristian. Pukul 1pagi terkejut sbb pintu dan dinding kena ketuk dari luar. Lps bunyi tu senyap kejap, terus check out balik kl terus.
Aduhhh sadisnya.
Saya nak tido balik malam tu pun gagah je pejam mata.
Ikutkan hati mmg kecik dah darah dah hilang kt muka ni cuak 😂😂😂
Sesampainya aku di bilik, first impression aku pada bilik itu adalah pada perabotnya yang boleh dikatakan agak ketinggalan zaman mungkin telah berusia belasan tahun, cuma tv saja yang baru LED 32inci, kalau masih pakai tv CRT besar gajah tu mohon meninggal lah owner hotel haha.
😂😂😂😂😂 Ini memang LAWAK hahahaha. Saya selalu balik jb. Check in hotel. Saya penah dpt tv box yg kuno. Kuno tu takpe lagi. KECIK siap nak kena adjust antenna walaupun ade astro 😩😩😩😩 harey sungguh.
Hahahaha adoiii sadisss.
Zaman bila punya hotel laaa provide tv zaman batu tu…
🤣🤣🤣
Hotel Excelsior kah?
Bukan sis 🤗🤗🤗
Bestlah cerita ni, mmg seram.. sorang2 kena mcmni mmg tak tahulah nak cakap, meremang gila2 lah…
Nasib lah benda tu frust kacau saya x layan dia… Kalau saya pun melayan dia sah2 sampai ke pagi dia kacau… 😂
Beraninya check in sorg2….kalau sy mmg x r..hahaha….
Kena berani sbb pergi urusan kerja 😂
Kena berani sbb pergi urusan kerja 😂
hotel dh mcm gah tetiba dlm bilik mcm x semenggah sgt huhu
Yezzzaaa..
Hotel 4 star tapi interior nya mcm 2 star…
Hahaha
Haha Impiana hotel tu memang dah terkenal. Memang berhantu pun.
Itulah saya dah terkena.
X pernah stay situ dan x teragak pulak nak survey2 review orang ramai.
Bila dah kena baru laa bukak tgok review ada yang kena lagi teruk dari saya pun ada.
Sabor jer laaaa haihhh
Ada juga kawan husband cerita sblm ni. Pihak hotel sampai kena panggil budak2 tahfiz minta buatkan bacaan yasin sebab teruk sangat kena gangguan. Kerusi bergerak bagai. Tapi kwn saya stay situ alhamdulillah tak ada apa. Kira awak ni insan bertuah la hehehe
Uishhh teruk jugak ya gangguan tuuu… Saya kena sikit2 ja pun dah cuak 😂
..jauhnya….trun ipoh..nk pg lumut trun tol changkat jering blh trus ke manjung. dkt lumt pun bnyk hotel murah2..☺
Dekat ipoh kawan ramai.
Malam tu lepak dengan kawan2.
Kalau stah di manjung ka lumut ka saya x kenal sapa2 kt sana kang membatu pulak sorang2 seharian.
Itu yg stay ipoh.
Xda laa jauh sangat kalau nk banding saya nak gerak awal2 pagi dari Alor Star direct ke Lumut 😂
Teman org gunung rapat.. sebelah sg rokam jer.. tu le teman mikior jugak knape sedare nak ke ipoh dulu.. x ker jauh tu.. setiap hari teman lalu depan Impiana ke tempat koje. Biasanya mmg ramai org.. takdir sedara kena kacau mlm tu.. 😂
but anyway harap sedare tak serik ke ipoh ye.. hantu tu bukan ipoh mali tu.. oghang ipoh sume baik2 😊
Stay ipoh sbb malam tu lepak dengan kawan2 kt sana… Dekat lumut xda kawan sbb tu x nak stay lumut malam tu 😂😂😂
Sah2 Impiana. Impiana ni klu kat Ipoh mmg ramai ckp berhantu. Hahaha
Itu lah bro.
First time stay impiana.
Silap x baca dulu review2 di google.
Mendapat lah.
😅
i feel you bro, haha i stay sana kena kacau gak pintu kena gegar 2 pagi, nasib tak dengar suara merdu mcm you kena kalau tak mau langkah seribu cabut, hahahaha nice story bro