“Cikgu! Kucing tu berhantu cikgu!”
Tiba-tiba seorang pelajar darjah 6 menerjah ke arah aku sambil menuding jarinya pada kucing yang aku sedang belai. Aku pun berhenti membelai kucing yang berwarna oren itu lalu mencekak pinggang.
“Astaghfirullah. Kucing haiwan kesayangan Nabi. Kenapa kamu cakap dia berhantu?” aku tegur.
“Betul cikgu! Saya dengan Imran nampak kucing ni main-main dengan hantu masa kem motivasi haritu!” kata Danish.
Memang benar. Pelajar-pelajar darjah 6 menghadiri satu kem motivasi UPSR di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mutiara pada minggu lepas. Pada malam itu Danish dan Imran berlari lintang pukang sambil menangis. Mereka sangat histerikal sehingga demam. Mereka terpaksa dihantar pulang.
Aku bukan tidak mahu percaya tetapi memang perangai aku yang sukakan kucing. Jadi aku kurang gemar jika orang cuba mengada-adakan cerita tentang haiwan kesayangan aku.
“Dah-dah! Kamu berdua pergi masuk kelas! Kalau saya nak main kucing, itu hal saya bukan hal kamu,” aku kata.
“Tapi cikgu…!” mereka cuba mencelah.
“Sudahlah! Dah pergi masuk kelas!”
Akhirnya mereka mencebik dan berjalan ke hujung koridor bangunan. Aku menghela nafas sambil melihat mereka pergi. Kemudian aku kembali bermain dengan kucing itu.
Timbul juga perasaan kurang selesa kerana apa yang terjadi pada malam itu agak mengerikan. Tangisan Danish dan Imran bukannya dibuat-buat.
Pada keesokan harinya aku terpaksa ke sekolah pada awal pagi selepas solat Subuh kerana aku mahu menyiapkan rancangan pengajaran harian untuk minggu depan. Aku sudah biasa datang pagi-pagi ke sekolah jadi itu bukanlah kali pertama aku datang seawal itu.
Jam menunjukkan pukul 6:15am. Aku masuk ke dalam bilik guru lalu memasang lampu. Lampu pendaflour yang malap memenuhi ruangan bilik guru itu. Kemudian aku ke mejaku dan membuka buku untuk menulis rancangan pengajaran harian.
Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi pintu bilik guru dibuka.
Kreeeaaaakkkk!
Bunyi itu menangkap perhatian aku dan aku mendongak untuk melihat pintu bilik guru dari kubikel aku. Angin gamaknya. Lalu aku pun bangun untuk menutupnya. Sebelum menutup pintu, aku menjenguk keluar untuk melihat sama ada orang yang lalu di situ. Mungkin ada kakak tukang cuci yang ingin masuk ke dalam, fikir aku.
Tiada orang. Koridor gelap dan sunyi sepi. Anginlah itu, aku cuba meneguhkan pendirian aku. Namun, tiada pula angin menyinggah ke kulit aku. Biarlah.
Kemudian aku ke meja kembali untuk meneruskan kerja. Yang peliknya buku aku sudah tiada.
Eh!? Mana hilangnya buku aku? Aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencarinya. Tiada! Lesap begitu sahaja!
Tiba-tiba aku terdengar bunyi buku dihempas pada meja di belakangku. Aku menoleh. Memang benar! Buku aku elok sahaja di atas meja Cikgu Shahman.
Fikiran aku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Tanpa melengahkan masa, aku membaca surah an-Nas sebagai doa pelindung. Aku mengangkat buku itu dari meja Cikgu Shahman dan meletakkan di atas meja aku.
Sejurus itu aku terus ke pantri bilik guru untuk membancuh air kopi untuk menenangkan fikiran. Pantri terletak di hujung bilik guru, jauh dari meja aku. Sebelum sampai ke sana, tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang orang yang berlegar-legar di pantri.
Langkah aku terhenti dan aku terus merenung lama ke arah pantri. Tiba-tiba…
“Meow!”
“Astaghfirullahal’azim!”
Aku terperanjat dengan bunyi kucing di belakang aku. Aku menoleh ke belakang lalu memandang bawah ke lantai. Kucing oren itu mendongak merenung aku dan mengiau lagi.
Aku memegang kepala dan dada sambil tertawa dan istighfar. Rupa-rupanya kucing yang selama ini mengacau aku! SubhanAllah. Suspen betul!
Tetapi fikiran aku tentang kucing itu terhenti apabila aku ternampak seekor makhluk ngeri berambut panjang dan berdarah di baju putihnya di hujung bilik guru yang sedang memandang tajam ke arah aku. Darah mengalir keluar dari mulutnya yang dicangkuk dengan mata kail dan matanya bernanah kerana ditusuk dengan paku.
Makhluk itu mendepakan tangannya ke arah aku sambil mengerang. “Haaaaaaaaaaa…….!!!” bunyi makhluk itu. Tiba-tiba kucing itu pergi ke belakang mendapatkan makhluk itu lalu menggesel-geselkan badannya kaki makhluk itu yang penuh dengan besi-besi yang tertusuk menyebabkan ianya berdarah dan bernanah.
Mulutku ternganga dan mataku terbeliak luas. Aku begitu kaget melihat makhluk itu dan jantungku hampir terhenti. Walaupun aku ketakutan, aku tetap menyebut-nyebut nama Allah supaya tidak diapa-apakan oleh makhluk itu.
“Ya Allah, ya Allah, ya Allah. Lindungilah aku daripada makhluk itu ya Allah. Kau sahaja yang berkuasa dan pada kau sahaja aku berharap!”
Dialog aku bersama Allah telah memetik keberanian aku untuk menghalau makhluk itu.
“Jangan ganggu aku wahai makhluk Allah. Aku ke sini untuk beribadah dengan mengajar anak-anak murid aku. Aku tak nak kacau kau dan kau jangan ganggu aku. Kita sama-sama hamba Allah, sama-sama kerdil. Jangan kau ganggu aku. Pergi kau dari sini”
Setelah itu aku memejam mata aku dengan rapat sambil mengalunkan zikir Allahuakbar. Sambil berzikir sambil itu aku membuka mata aku perlahan-lahan.
Alhamdulillah akhirnya makhluk itu telah hilang. Begitu juga dengan kucing oren tadi. Aku menghela nafas tanda syukur dan lega. Kemudian aku memberanikan diri untuk ke pantri sekali lagi dan membancuh kopi lalu kembali meneruskan kerjaku.
Pada pukul 6:50am, para pelajar dan guru mula hadir ke sekolah seperti biasa. Gelak tawa pelajar yang bermain kejar-kejar di tapak perhimpunan menjadi musik kepada telinga aku. Beberapa orang guru sudah masuk ke dalam bilik guru.
“Eh? Awalnya kau datang Ishak?” tanya Cikgu Shahman.
“Ha’ah. Saja nak siapkan kerja awal. Tenang sikit nanti. Hehe…” kata aku.
“Heee… tak takut kena kacau ke?” Cikgu Shahman berseloroh.
“InsyaAllah tak. Kita ni tak boleh takutkan apa-apa pun selain Allah. Mintaklah dekat Allah supaya meredakan ketakutan kita dan melindungi kita daripada syaitan. InsyaAllah Dia akan tolong,” syarah aku pula.
“Hadoi. Kan dah kena ceramah free. Iyeee la Ustaz Ishak!” lalu dia meletakkan beg di atas meja dan duduk di kerusi sambil memeriksa Whatsapp.
Benar. Allah adalah tempat kita bergantung. Jika hati kita dilanda kegelisahan dan ketakutan, berzikirlah kepadaNya supaya hati kita menjadi tenang. Allah berfirman dalam surah al-Ra’d ayat ke 28; “Orang-orang yang beriman akan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”
Rasanya apa jadi pada kucing yang aku selalu belai itu? Macam mana dia boleh hilang sekali dengan makhluk tadi?
“Cikgu Shahman,” aku menegurnya. “Ada nampak kucing warna oren tak sebelum cikgu masuk ke sini?”
“Kucing? Setahu aku mana ada kucing kat sekolah kita. 20 tahun aku dekat sini tak pernah nampak kucing pun,” dia menjawab.
Maka aku terdiam…
Kredit: Cikgu Ishak
alamak..kucing aku warna oren jugakkk ni…. oyennnnn!!!
dah mcm cerita dongeng la pulokkk
Kucing aku juga berwarna oren. Yenyen demok. Ni memang kucing. Real kucing anak si Molly (mak yenyen)
Hihi, yela sis. Kita pun taktahu kucing tu jelmaan atau macam mana kan, kekal misteri sampai skrg ni.
Usahlah difikirkan sangat. Hanya orang terpilih je jumpa, semua izin Allah. Yang penting kita geng, suka kucing. Asal nampak kucing je nak belai. Hmmm…lepas ni macam was2 pulak..huhu
aq pon ad kucing oren .ade3.33 tu jantan .
Mesti comel meow² tu kan sis 😄
betul lah erk apa yg anak murid tu ckp…mgkin tu bkn kucing tpi jelmaan…
Alahai…!!! Part paling seram BG sy bila membaca dn merasakan penceritaan ini ditulis oleh seorang wanita tetapi bila cikgu Shariman menegur dgn nama cikgu Ishak!!
Mmg seram bila memikirkan. Rupa2 cerita cikgu ishak yg ditulis oleh seorang wanita, Cik Fatin..
Yer.. Sy duk terbayang cikgu perempuan td, salute la berani giler. Tiba2 cikgu ishak rupenyer… Patut selamba jer bancuh air kopi lepas jumpa hantu.. Kalau sy dh cabut lari amik mc. . 😅
kau punya story teringat pulak aku dgn satu kejadian ni. ptg tu aku bosan sgt jadi aku ajak adik aku bg stray cats makan dkt satu kawasan ni. area bangunan yg dekat dgn semak. situ mmg bnyak stray cats. ketika tu mmg dh akhir senja. memang nak maghrib. tengah sedap2 bg makan, tetiba azan maghrib berkumandang. time azan tu, tiba-2 ada tiga ekor anak kucing hitam berlari-lari dekat aku dgn adik aku. muncul dari mana entah taktahu. tiba-2 diorang berlari. ke arah kami dan memang dalam keadaan sgt lapar. gelojoh gila makan. adik aku pun pelik sbb sebelum tu dia dh check sekitar2 tu mmg tkde ank kucing dh. hahahha aku malas nak fikir lain, aku cuma anggap yg memang diorg tu kucing walaupun ada kepelikan kat situ .
Saya ada cerita
Kalau sudi baca.Pastikan komen cerita saya dan cerita ini.
Namaku Dhabitah.Saya guru pelajaran matematik.Pada waktu malam saya ada banyak kerja.Saya masa itu sangat letih.
Pada pukul 12.00.Saya masa itu dah nak habis kerja siapkan tanda buku murid-murid.Tiba-tiba ada perempuan bertanya saya.’Cikgu boleh saya tolong cikgu’.tanya murid perempuan.’Boleh tapi awakkan murid awak pandai ke?.’Saya pandai cikgu’.tanya murid perempuan.Saya dan murid tu pun buat kerja.Selepas habis saya upah murid dan dia pergi.
Keesokkanya cikgu khamis datang kat saya dan beritahu dia tengok cctv dan beritahu bahawa pada tahun lepas murid perempuan itu meninggal dunia.Saya sunggun sedih.
Murid yang tolong tandakan buku tu pukul 12malam ke 12 tengahari? Alfatihah, semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang bertaqwa.
Alah cikgu share lah kat fs. 😉
maaf cu, nenek curious dgn gaya penceritaan ko cu… betol ke cikgu ni? cikgu tingkatan berapa? sekolah berasrama ke atau sekolah harian? lamanya sampai kol 12 tak balik2.. hahaha.. yg buat nek lagi konpius bila cu ckp esok pagi cikgu khamis dtg bgthu dia tgk cctv, da knp cikgu khamis tu tibe2 tgk cctv? takpe, kalau betol cikgu maths selalu stay up balik lewat mlm, nnt nek teman ye…nek dtg naik penyapu terbang…kih3
Awak cikgu ye. Kenapa penggunaan ayat mcm tak berapa betul. Tp nasib baiklah cikgu math. Kalau bm, habislah murid2. Btw, pukul 12mlm ada murid nak tolong tanda buku? Murid tu dah kenapa duduk kat sekolah pukul 12 malam? Kenapa pula tiba2 cikgu lain nak tgk cctv. Mcm mana la kerja cikgu x habis masa waktu bekerja. Time bekerja pegi tgk cctv pula. Maaf, boleh cuba lagi ye dik.
Fatin Adila Razali
Pada pukul 12.00malam
Dia sangat baik hati
Fadila Adila Razali bolehkah beri emel.Saya akan hantar cerita tentang saya lagi.
Aku ade kucing. Sebenarnya stray cat dtg kat rumah aku. Warna dia cokelat. Utk senangkan aku aku just panggil dia LAT. Dia ni memula garang. Aku panggil x penah nak dtg. Sampai la aku bagi dia mkn waktu dia betul2 kelaparan. Sejak tu la dia melekat kat rumah aku n manja dgn aku. Perangai dia ni pelik. Kebiasaan sebelum maghrib atau sebelum nak tido mlm aku akan cek luar rumah aku. Setiap kali dia nampak aku dia akan gesel2 badan dia kat kaki aku pastu dia akan duduk menghala keluar pagar dan merenung pokok kuini depan rumah aku.. Setiap kali ye.. Misteri betul dia ni.. Masa dia tenung pokok kuini tu ko usap la badan dia camne pun dia x kan berganjak. Sampai la dia rasa benda yg dia tenung tu x de baru dia akan reaksi manja2 kat aku semula.. Hmm
Kalau nak dengar cerita sila bagi nombor telefon.Saya takkan block.
Mak aku pon bela kucing. Banyak, sebab silih berganti. Mati @ hilang seko, mesti xlame pastu akan muncul seko yg baru…yg seram n mistiknye kucing2 mak aku ni, walapon diorang berak kt luar rumah, bau harum sundal siang malam taik diorang tetap berkumandang kt dalam rumah…seram kn???…seram sampai nyakitkan hati…
Maybe kucing tu nak sharing is caring sikit kewangian aroma tradisi tu.
Cerita agak seram. Kalau ak sorang2 camtu dh pengsan agaknya.Huhu
Cikgu lelaki patotla berani bukan main berdialog bagai lepas subuh dah berani mai sekolh..hehe…apapn memg seram..kdg2 benda ni pun dia uji pada org y tertentu ja
cita lame .pernah baca
Ada ni cu, kucing oren kat rumah nenek ni ada 3 ekor2.. Tiga tiga ekor tak mkn saman.. Bawak betina kehulu kehilir🤦♀️
Hihi, bertabah la nek. Dia nak kenalkan la tu bini dia😂
cu, ko ni si penulis kat atas tu ke… nek konpius sbb masa nek baca cerita ni nek rasa ko mcm pompuan dr gaya penceritaan.. tp bila sampai part ko kata ““Eh? Awalnya kau datang Ishak?” tanya Cikgu Shahman.” eh lelaki rupenya…
hahaha
bila nek baca balik ayat last : “kredit cikgu ishak”
baru nek faham.. aduhhh… nek da nyanyuk nampaknya…
masalahnya cu, dia bertukar2 betina.. esok tompok hitam, esok kelabu..esok lagi belang2.. terakhir, dia bawak balik bini yg da mengandung..nak minta restu nak kawen la tu, dia kata xnk jadi mcm kes Sufi…nek kata, nak wat camne, dah terlanjur.. ko kena bertanggung jawab “kontot” (nama dia sbb ekor dia pendek)..
Cerita atas tu saja buat suspen sikit nek, hehe.. Takpela nek, restukan jela meow² tu. Besar ganjarannya jaga mereka. Mereka pun akan doakan kita. 😄
nenek da restukan hubungan mereka.. skrg tggu hari jek bini dia nak menetas..makin meriah la rumah nenek lpas ni..uhuk3
Org pakai erph/ebrm dh skrg ni.. 🤣🤣
Ni cerita lama sis, saja kita share semula😅
adakah sebab cerita cikgu ishak ni, kem memperkenalkan erph/ebrm?
Saya ada 3 ekor kucing. Stray cat. Dua kucing kampung sekor bengal. Yg bengal ni dtg sekor2 kt dpn pintu umah saya masa kecik. Skg dh besar sikit. Betina. Peliknya dh besar ni, kucing kampung jantan saya nk ajak mengawan si bengal ni x on heat lagi. Pastu kaki bab memanjat. Bila pandang kita, dia bg bolat mata dia betul2 bolat x berkedip. Bila kita sound br dia kedip2 mata. Hrp dia kawen dpt anak xtaulah bila. Comel pun comel…
Semua binatang nampak jin nak² kucing, kucing paling jinak dengan manusia(jinak) tu pasal petua orang dulu² bela kucing untuk jaga rumah drpd jin² jahat…wallah hualam