Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, aku lagi Akak Kek. Sorry untuk cerita aku sebelum ni ada yang komen tentang penggunaan bahasa. Aku gunakan bahasa exactly the way aku bercerita. Maybe kurang sesuai dengan audiens, takpe aku terima dan aku akan perbaiki kelemahan tersebut.
Terima kasih. Untuk cerita kedua ni pun berkisar pengalaman aku dan emak. Lepas tulis dua cerita ni aku makin sedar yang aku dengan mak memang geng. Kami macam kawan, dengan beza umur kami hanya 20tahun, mak la kawan berkongsi cerita aku sampai sekarang. Sayang mak, rindu mak! Aku tak pandai tulis dan cerita aku tak seseram cerita orang lain, tapi aku nak kongsi agar memori kami ni kekal.
Cerita kali ini berlaku ketika kami sekeluarga masih duduk di rumah lama. Masa tu dalam tahun 1995-1996 kalau tak silap. Ayah ketika itu bekerja di sebuah bank dan bila malam atau hujung minggu ayah berniaga di ceramah agama atau politik dengan menjual buku-buku dan cd/kaset agama. Kehidupan masa ni sederhana, tapi seronok. Kalau cuti sekolah kami akan ikut ayah berniaga, nanti ayah akan bagi kami duit untuk beli apa-apa yang kami nak di kedai jualan yang lain. Walaupon aku tak faham apa butir yang orang tu bahaskan dalam ceramah tu tapi best sebab suasana macam pesta. Aku suka makan mihun sup jual kat lori seorang pakcik Kelantan.
Tapi kalau esok nya sekolah, atau kadang-kadang mak tak ikut ayah berniaga, kami akan stay di rumah je dengan emak. Ayah balik tengah malam sebab selalunya ceramah ni habis lewat. Waktu tu ayah berniaga di satu tempat di kawasan pantai. Masa tu yang aku ingat hujan lebat, aku assume tempat ayah berniaga tu pon hujan juga la. Dalam jam 2 pagi aku tersedar ayah balik.
Aku dengar enjin van ayah dimatikan dan bunyi pintu dibuka. Kemudian aku nak sambung tidur macam biasa. Baru aku nak mula bermimpi, sekali lagi aku tersedar tapi aku tak pasti jam berapa. Dan yang peliknya aku dengar bunyik enjin van ayah aku! Dan juga bunyi pintu rumah dibuka. Mata aku masa ni terus segar sebab aku fikir kenapa aku dengar ayah balik 2 kali?
Aku cuba sedapkan hati. Mungkin ayah dah balik tadi tapi keluar semula untuk selesaikan sesuatu kot? Masa tu belum ada 7E, kedai burger atau mamak yang bukak 24 jam rasanya. So ayah bukan keluar beli barang atau makanan yang aku pasti. Dalam berfikir-fikir tu last-last aku tertidur juga. Sebab ngantuk dan esok sekolah. Selepas balik dari sekolah esok petangnya aku tanya mak. Mak masa tu tengah cuci pinggan.
“Mak ayah keluar balik ke lepas ayah balik malam tadi?” nasi lauk sambal ikan cencaru faveret aku, aku suap masuk mulut
“Tak la” jawab mak aku ringkas.
“Tapi akak dengar bunyi van ayah 2 kali and 2 kali tu juga dengar bunyik pintu dibuka” aku masih lagi menyoal sambil hirup air sirap tawar.
Tangan mak yang masih basah kesan baru lepas cuci pinggan tadi mak lap kat kain lap tangan yang tergantung di dinding dapur. Mak tarik kerusi meja makan dan duduk menghadap aku yang tengah makan nasi dengan masih memakai baju sekolah tanpa kain sekolah. Ni memang standard pakaian aku masa makan balik sekolah dulu. Lapar, aku pikir nasi je masa ni, tak dan nak mandi dulu ke apa.
“Mak cerita ni akak jangan citer kat adik-adik” mak aku pesan dengan muka yang serius.
Aku angguk suspen.
“Mak pon rasa ‘ayah’ balik 2kali” adus tetiba rasa tersangkut nasi kat tekak aku ni ha. Air sirap tawar aku teguk lagi.
“Memang mak sedar ayah balik dalam kol 2 pagi macam tu. Masa ayah masuk bilik, mak terjaga tapi tak bukak mata”.
Mak aku cerita lagi, lepas ‘ayah’ masuk bilik, dengan mata yang tertutup mak aku dapat rasa yang ‘ayah’ hanya berdiri depan pintu bilik. Dia tak masuk toilet untuk bersihkan diri tapi just berdiri tegak je macam tu. Dalam mata masih pejam, mak pelik dan tiba-tiba rasa meremang sebab dengar benda tu panggil dia “Zahhh”. Tu memang cara ayah aku panggil mak aku. Nama mak aku Azizah, ayah aku panggil “Zahhh” hhh tu panjang sket yer. Suara ‘ayah’ aku lain dan garau. Bunyi panggilan tu betul-betul kat hujung kaki mak aku.
Kiranya ‘benda’ tu masuk bilik dan berdiri di hujung katil. Bilik mak aku ni tak la besar mana, muat-muat katil, almari, meja solek dan ruang sedikit untuk solat dan ruang pintu ke bilik air. Mak aku matikan diri je. Dengan harapan ‘benda’ tu pergi dan ayah aku yang betul balik. Tapi malangnya sekali lagi benda tu panggil mak aku “Zahhh”. Dalam mengigil mak aku buka mata, dan dengan lampu samar-samar dari luar tingkap bilik, mak nampak makhluk bersisik. ‘Benda’ tu tinggi dan besar. Ayah aku tinggi tapi dia lagi tinggi dan besar dari ayah aku.
Muka benda tu tak nampak sebab cahaya dari luar tingkap hanya suluh ke bahagian badan. Dan nampak colour benda tu, colour hijau Emerald yang berkilat. Sisik di badan nya besar duit lima puluh sen lama. (Soalan: sekarang ada lagi ke duit syiling 50sen? Besar mana yer)
Mak aku baca ayat kursi, berpeluh-peluh sambil berselubung dengan selimut dan berharap ‘benda’ tu tak mendekati mak aku.
“Masa ni mak dah fikir bukan-bukan jangan emak dicekkik nya dan harap ayah cepat la balik”. Mak hampir-hampir menangis tapi mak tak menjerit sebab dia cakap tak nak kitorang terjaga nanti kitorang takut. Mak kata adalah dalam 3-5 minit jugak la dalam selimut dan dia baca je semua ayat atau doa yang dia ingat. Dalam masa yang sama masih dengar ‘benda’ tu masih panggil mak aku. Tak kuat tak perlahan, tapi cukup untuk merenggut sisa keberanian mak aku. Gitu. Kalau aku kat tempat mak mungkin aku dah terkencing.
Tiba-tiba lagi sekali mak aku dengar bunyi ayah aku balik, kemudian ayah aku masuk bilik. Kali ni mak yakin ni ayah, sebab ayah buka lampu bilik air. Dari dalam selimut mak aku panggil ayah, dan ayah menyahut. Nasib baik ayah yang betul. Mak aku keluar dari selimut dan menceritakan kepada ayah yang tadi dia nampak ‘benda’ bersisik. Ayah dan mak berpendapat ‘benda’ tu hantu air yang ikut ayah aku dari tempat ceramah di tepi pantai. Tapi dia sampai dulu maybe dia ikut jalan short cut. Huhuhu. Mak aku mengakhiri ceritanya sambil gelak. Aku masih terpaku dengan jari dan pinggan yang dah kering kesan makan nasi tadi.
“Dah tu tak payah nak melopong, cepat basuh tangan, basuh pinggan terus mandi dan solat” sambung mak menghentikan lamunan aku yang masih terkejut. Aku kemudian membersihkan diri, solat dan join mak aku tengok drama Hong Kong. Dulu famous drama Hong Kong ni, pasal polis-polis. Dan kami meneruskan kehidupan macam biasa.
Sekian,
Akak Kek.
Ingatkan Aquaman datang melawat tadi
HAHAHAHHAHAAHA
HAHAHHA best best. Seram jgak kne mcmtu
best. best.. tak sia2 lama tggu cerita baru page ni.. haha
admin, awat lamaaaa sgttt x update? takde org hntr crita ke? :'(
Terbusy beberapa hari ni. Bawak anak akikah di kg.
OOOo gitttcheww… Ok min, semoga dipermudah segala urusan.
Adoii…lma nau tunggu citer bru .. mekasih akk kek .. cmner nk polo citer2 akk kek ni?
Aku pernah tengok tangan hantu air laut..bersisik htam berkilat…berkuku ayam…lengan bersungut Dua tiga…aku Masa tu budak lagi..tangan tu keluar dari dlm pasir lembab Cuba menarik tgn ku sampai Ada kesan merah mcm di garu …ketika itu aku bersendirian ditinggal mama ku yg terus berjalan si tepian pantai bersama adik beradik yg lain…mama ku Tak percaya APA yg aku cerita..
Duit 50 posen dulu ada je lg…..terselit lam bekas kumpul syiling tu….diameter besar la sket dr duit skang kan… Bla bc citer ni teringat kt arwah ma huhu.. Pg bfast.. Blk skolah terhidang dh mknn…pep pn citer Best ^_^
Hi izzati nia..dah kwrn ke..tnye je
Certe best dan seram…
goosebump
part “Zahhhhh” tu arrrr seram
akk suke cite ni..sbb akk hayati n dpt masuk dlm cite tu skli… best ni..