Gangguan Flat-Angakara Tidur Lewat

Hi.. Salam guys, terima kasih Fiksyen Shasha sebab siarkan cerita Kampung Orang Asli.. cerita pengalaman seram yang pertama aku alami sepanjang hidup. Terima Kasih yang sudi baca, yang tak baca lagi sudi-sudi kan la baca.. hehe…Ok kali ni aku akan cerita kisah seram yang dialami oleh orang yang terdekat dengan aku iaitu suami aku sendiri.

Aku tinggal di Selayang, rumah sewa flat tingkat 15. Belakang rumah aku bukit, jadi pagi-pagi memang hijau je. Dah lama aku sewa kat situ, dah la murah bayar sewa bulan-bulan. Selama 5 tahun aku “stay” kat rumah ni, dia usik sikit-sikit je.. tu “normal” la kot bunyi guli, dia main bunyi tarik perabot, bunyi tarik meja semasa suami aku balik keje lambat. Biasanya aku “ignore” je bunyi-bunyi ni..

Suatu malam tu aku tido awal, suami aku dia jenis tido lambat, kadang-kadang dia tengok bola, tengok “wrestling” atau main “game”. Jadi malam tu dia tido pukul 3 pagi. Suami aku tido kat tilam bawah, luas sikit dia kata sebab atas katil anak aku tido buas macam 10 orang dah, sempit. Tiba tiba dia bangun mencari cari aku punya “handphone”. Dia buka “handphonee” aku, jadi cahaya “lighting” “handphone” aku tu buat aku terjaga. Aku ni kalau tido pun, aku akan cepat terjaga kalau ada bunyi-bunyi bising atau bunyi apa-apa pergerakan.

Kiranya anak terjaga ke, suami terjaga tengah malam ke, mata aku “automatik” akan buka sendiri tengok situasi yang belaku. Jadi aku tanya la dia.. “cari apa dalam handphne tu”,  dia tanya aku pulak “mana video surah yassin, buka yassin jap”. Aku pelik je mikir kenapa dia suruh bukak surah yassin ni, aku cari-cari aikk..mana apps al quran yang aku install haritu.. takde la pulak. Aku tanya dia” Kenapa? takut ke? Kena kacau ke”? Dia cuma balas hmm hmm je. Aku malas nak tanya banyak-banyak malam-malam buta , macam tu.. aku kata takpe, esok cerita ok, dia kata ok, aku buka je laa youtube bacaan al quran ni.. aku suruh tido atas katil je, senang aku nak “protect” dia dan anak aku. Jadi aku tido, tangan kanan aku pegang suami aku.. tangan kiri aku pegang anak aku tengah tido..

Esok pagi pukul 6 pagi, bangun solat mandi siap nak pergi kerja aku tanya dia ape jadi semalam, dia cerita pukul 2 pagi, dia pergi laa area ruangan tepi dapur rumah sebab nak hisap rokok, ruangan tu biasa aku buat ampaian baju sebenarnya sebab dia “open space”. Ruangan tu bertentangan dengan koridor depan rumah aku. Sambil hisap rokok dan main “game” dia ternampak satu kelibat melintas depan dia kat koridor tu. Tapi sekali lalu je la, masa tu bulu roma dia dah meremang, jadi dia ambil keputusan buang rokok, pergi ruang tamu sambung tengok bola. Masa kat ruang tamu dia kata rasa diperhatikan je.

Mula-mula dia buat tak layan, malas nak layan katanya.. tapi makin lama makin seram sejuk je rasa. Jadi dia fikir nak tido la.. dia tido mengiring menghadap aku, masa tu la benda tu kacau dia. Suami aku kena tindih tapi dia melawan. Dia nampak objek yang kacau dia tu tengah berdiri ditengah tengah antara aku dengan dia. Tapi dia menghadap suami aku laa.. nampak wrana putih kekuningan macam kain buruk juga.Suami aku tetap melawan, semakin dia lawan makhluk tu tundukan diri dia sikit demi sikit (tunduk macam kite tengah rukuk tu)  Suami aku makin lawan mata dengan dia tapitak mengalah. Dia marah, dia lagi tundukan separuh badan dia menghadap suami aku. Muka nasib baik la tak nampak, kabur-kabur je..

Kebetulan masa tu anak aku tido dia ngigau rengek2, jadi aku bunyikan suara aku haisy.. tido… sambil tepuk anak aku, dan aku pusingkan badan aku ke arah suami aku dan tersentuh dia. Masa tu dia dah boleh gerak dah, bende tu takde dah. Suami aku suruh bukak ayat quran tu sebab dia kata penat, nak tido sebenarnya malas dah benda-benda kacau ni. Aku yang dengar cerita dia pagi-pagi tu terus bertukar muram, seramnyaa. Tapi sempat bebel pula, org suruh tido awal tak nak.. malam-malam duk bertenggek hisap rokok situ sape suruh.

Aku ingat dia insaf la nak tido awal. Tapi hampeh, jenis tak takut dia ni. Hati batu juga, dia kata “annoying” je semalam sebab dah la penat ni nak tido, kacau pulak masa tido dia.. Sebab dia tak insaf, benda tu usik lagi dia tapi cara lain pula. Tapi 2 bulan kemudian laa.. rasa bulan 7 tahun 2018 dia usik.. Flat ni kitorang “stay” dekat-dekat  dengan keluarga mak mentua aku. Adik-adik ipar aku pun sewa area yang sama, “floor” yang sama.

Waktu Malam minggu tu aku pergi rumah mak mertua aku, lepastu aku merajuk dengan suami aku, jadi aku balik rumah aku pukul 10 malam. Aku dh tido dah dengan anak aku, sedap-sedap tido tiba-tiba suami aku “call”. Aku pada masa itu sedang merajuk, jadi aku malas nak angkat panggilan dia. Tapi dia “call” 2 3 kali, dan aku yang tak sampai hati terus angkat panggilan. Aku bertanya “ kenapa? Ngantok ni”. Dia bertanya “awak kat mana”? Aku pula nak marah tanya aku soalan yang remeh “rumah laa, mana lagi, orang dah tido dari tadi lagi ni”. Dia diam, dia suruh aku buka pintu, dan aku terus pergi buka pintu. Lepas tu aku tengok muka dia pucat semacam waktu tengok aku .

Aku cakap “dah kenapa ni?”.. dia tanya “anak mana?”. Aku jawab ”tido dah” . Dia tanya lagi “dah lama ke awak dalam rumah? Betul tak keluar pergi mana-mana ke?” Aku dah cuak. Dah kenapa tanya aku soalan macam ni. Dia terus buka cerita..

Masa dia duduk depan pintu rumah kami sambil main phone, kebetulan depan rumah aku ada sofa lama, jadi boleh la duduk-duduk lepak dekt situ. Biasa ramai yang melepak kat luar, sebab masa tu baru pukul 12.00 tengah malam, kira awal lagi, kepda yang biasa tido lewat. Malam tu dia kata semua dah masuk rumah dah dan dia pula nak masuk juga.

Tiba-tiba di hujung koridor, dia nampak aku dekat sana sambil pandang dia dengan muka marah merajuk. Suami aku tengok, dia fikir itu dalah aku, dia pun bangun “start” terus pergi ke arah situ tapi makhluk yang menjelma sama dengan aku tu lari ke tangga hujung koridor pergi kebawah. Suami aku jalan laju sikit nak kejar la konon katanya. Dia pikir aku merajuk dengan dia sambil main lari-lari kot. Dia kata dalam hati nak pergi mana isteri aku ni, berani pula dia main pergi lari bawah tingkat 14 tu..

Tapi sampai tengah jalan suami aku berhenti, dia terfikir , mana anak? Kenapa tak bwa sekali, mustahil isteri aku tinggalkan anak sorang-sorang pula. Masa tu la dia teringat nak “call” aku. Masa tu aku cakap aku kat rumah tengah tido, dia confius, aikkkk…

Lepastu suruh aku bukak pintu tu.. aku yang dengar cerita tu pun seram sejuk..Apa tak seramnya setan menyamar jadi aku, dia pakai baju tshirt dan siap bertudung yang aku kerap pakai tu pulak.. Suami aku kata sebijik muka aku, tudung adijuma yang aku slalu pakai, tshirt pink lengan panjang aku slalu pakai, nasib laa dia tak ikut betul-betul. “So moral of the story”, sentiasa berfikiran waras sebelum buat apa-apa keputusan. Jangan merajuk lebih-lebih. Selalu ingat Allah dan jangan lupa solat… Sekian cerita aku..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment