PANGGIL HUJAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat readers. Nama samaran saya Purple sebab saya suka warna purple. Saya keturunan campuran 2 etnik di Sarawak. Saya seorang revert ya. Therefore, a little back-story that I want to share is that my maternal grandfather was a popular shaman until he embraced Christianity. My maternal grandmother was not really a shaman but she was able to ‘read’ about a person or a situation from patterns of scattered rice.
Ini pertama kali saya berkongsi di Fiksyen Shasha jadi saya harap ampunkanlah sebarang kesilapan tatahabahasa saya ya. Pengalaman2 yang saya kongsikan ini berlaku lebih daripada 15 tahun lalu, jadi saya cuba ceritakan sedetailed mungkin.
Saya membesar dalam keluarga non-Muslim. Dalam rumah tu ada saya, mak, adik-adik, nenek dan datuk. Ayah tak ada sebab parents dah bercerai. Masa tu, kami semua menganut agama Kristian Katolik kecuali nenek dan datuk.
Mereka masih mengamalkan adat pagan dan ilmu-ilmu bomoh. Dan setahu saya masa tu, datuk antara bomoh/dukun yang popular dalam kawasan kami. Jadi, dia memang selalu dipanggil untuk mengubat orang sampai kadang-kadang, berhari-hari dia tak balik rumah. Ada juga orang yang akan datang berubat di rumah kami. Haaa..pengalaman melihat orang datang berubat di rumah nanti insyaAllah akan saya ceritakan dalam kisah-kisah mendatang.
Kali ini, saya akan berkongsi pengalaman yang bagi saya menakutkan. Semasa saya berusia 14@15 tahun, saya pernah disoal oleh datuk. Dia tanya, “Cu, nak belajar apa-apa ilmu?” Saya masa tu tak berapa nak faham maksud soalan dia jadi saya tanya balik, “Ilmu apa, tok?’’ Datuk saya pun kata dia nak ajarkan ilmu mengubat dan indirectly bermaksud, ilmu2 kebomohan dia. Saya yang masa tu memang penganut Kristian Katolik tegar, menolak. Datuk mengalah.
Tapi, dia cakap lagi “Takpa lah kalau kamu tidak mahu. Tapi sekarang kan musim kemarau, nah ambil ni. Kalau kamu rasa panas, bacalah. Mesti kamu rasa sejuk”.
Datuk hulurkan sekeping kertas yang seperti dicarik. Kertas itu tertulis satu ayat. Saya yang masa tu anggap benda tu macam takda fungsi,saya ambil je sebab taknak kecilkan hati datuk. Saya simpan dalam dompet dan saya lupa pasal kertas tu. Sehinggalah….
Ada satu hari, saya dan seorang kawan menghadiri latihan sukan di padang sekolah, rasanya. Ataupun saya dan dia berjalan2 di kawasan padang sekolah. Something along that line.Memang matahari terik dan dia punya panas memang memedihkan. Tiba-tiba saya teringat akan kertas tu. Jadi, saya buka dompet dan ambil. Saya tunjukkan pada kawan.
“Vi, datuk aku ada bagi kertas ni. Dia kata kalau rasa panas sangat, bacalah. Mesti sejuk. Nak cuba?” soalku.
Kawan saya masa tu mengangguk je la. Ya lah, budak2 tak berapa matang macam kami masatu memang penuh rasa ingin tahu. Maka saya pun bacalah ayat tu. Dannn…tak tahu sama ada kebetulan atau tidak, sebaik sahaja saya habis baca ayat itu, terus angin kuat bertiup di kawasan padang itu. Memang terasa sejuk.
Bila dah berlaku benda macam tu, saya rasa seram sejuk sebab saya rasa macam dah buat benda yang tak elok tapi tak tau apa dia. Saya terus ajak kawan saya lari dari tempat tu. Kertas tu saya campak.
Saya tak ceritakan pasal tu pada datuk. Sebab saya takut nanti dia bagi ayat yang lain. Saya cuba ingat balik apa ayat tu tapi sampai sekarang saya tak ingat. Dan saya harap, janganlah saya teringat balik.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Ada rezeki, insyaAllah saya bercerita lagi.
-PURPLE-
Aku fokus baca dari awal…ingt story pun pnjang sbb kata menakut kn..alih2 itu je yg ko nk story…rugi masa aku je baca
Kah kah betul tu. Potong stim sangat.
thanks for sharing. nice.
Min, boleh tak publish cerita senonoh sikit?
apa yang tak senonoh?
Maaflah kalau bagi anda cerita ni tak menakutkan. Sebab tu saya kata, bagi saya ianya menakutkan. Daripada hari panas terik, terus tiba2 angin menderu, mendung dan sejuk lepas saya baca ayat tu, mestilah saya takut sebab teringat balik kata2 datuk.
Saya cuma berkongsi pengalaman.
No worries purple. Boleh diperbaiki in the next posting.
Cerita okay dah.tapi panjangkan lagi sebab baru nak feel dh habis.hihii
its ok
Kisah Pengait
26 November 2016
Assalammualaikum. Nama aku ammar, aku kembali lagi dengan kisah seram yang diceritakan oleh rakanku yang tinggal di Sarawak.
Untuk memudahkan penceritaan, aku namakan rakanku yang aku gelar ‘shika’ ni sebagai ‘aku’.
Hai, aku Ika. Aku ingin ceritakan tentang kisah mistik yang benar-benar terjadi pada aku sekeluarga.
Aku merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Waktu kejadian yang tidak diingini ini berlaku, aku masih lagi di bangku sekolah.
Angin saling bertiupan membuatkan rambut aku berterbangan menutupi muka. Aku menyelak rambutku kembali untuk melihat suasana indah diantara pantai dan bandar itu. Dari jauh terlihat gunung tinggi yang kaya dengan hasil hutan yang menjadi kebanggaan rata-rata masyarakat sehingga kini. Aku menggunakan masa yang ada untuk mengisi masa cuti tahunan dengan bercuti di rumah panjang di area KK. Tempatnya aku rahasiakan demi menyimpan aib dan misteri tempat itu. Hari pertama, tiada apa terjadi. Aku tidur bersama adik-adikku di ruang tamu ditemani nenekku yang sudah lanjut usianya berbekalkan lampu yang segan-segan menyala.
Sungguh nyaman sekali pengudaraan di rumah panjang yang terletak di tengah-tengah belukar ini. Aku sungguh bahagia kerana cuti aku sangat berbaloi. Namun bahagia itu berakhir apabila hari kedua aku tinggal di rumah itu. Selepas waktu makan, aku terlihat seorang pemuda sedang berjalan di hutan. Namun tiba tiba, muncul beberapa makhluk yang aku tidak tahu asal usulnya sambil membawa sesuatu di tangan. Setelah itu pemuda itu dibelasah dan diheret ke bawah rumah. (Maklumlah, di Sarawak, rumahnya tinggi tinggi belaka) . Aku melihat pemuda itu dipotong kepalanya dan dimasukkan kedalam bekas yang aku pasti itu adalah gundi. Badannya dilempar kedalam sungai bersama darah yang meleleh. Sungguh tragis. Pada kala itu, makhluk itu sedari bahawa mereka sedang diperhatikan dan mereka memandang ke arahku. Pada masa yang sama, ibuku terlihatku dan terus mengajakku untuk masuk ke dalam rumah. Aku mendiamkan diri mengingatkan perkara kejam yang dilakukan makhluk-makhluk itu.
Setelah makan malam, ibuku mengajakku tidur bersamanya namun aku menolak. Jadi bermulalah episod seram. Pada awalnya, aku hanya mendengar bunyi orang memasak didapur, aku biarkan sahaja kerana aku fikir ibuku memasak. Namun setelah membuka mata, alangkah terkejutnya aku melihat pembunuhan yang tragis tadi di depan mataku. Kehadiranku langsung tidak diendahkan makhluk2 itu. Aku bagaikan seorang yang halimunan. Setelah itu aku terlihat makhluk makhluk itu membawa gundi yang dimasukkan tadi ke hutan. Aku turut mengekori mereka. Setelah beberapa langkah aku ekori, alangkah terkejutnya aku melihat istana yang indah tinggi dan teguh tidak bertiang. Aku terlihat banyak kepala dimasukkan kedalam api dan kemudiannya ditanam dibawah istana indah tidak bertiang itu. Setelah diperhati, jantungku seperti meluruh. Aku melihat kepala aku dan keluarga dibakar dan ditanam di bawah astana tersebut. Aku terus menjerit ketakutan.
Terlihat nenek dan ibuku serta bapa di sisiku sedang aku terlantar diatas katil yang panjang. Aku terasa badanku seperti panas. Aku terus bertanya kepada ibuku kenapa aku begini. “Bubu kinapak saya begini” ibuku menjawab “subuh tadi bubu jumpa kau dalam tuh sampan tidur. Buat apa kau sana”. Aku terkejut kerana setahu aku semalam aku tidur diruang tamu bersama nenek dan adik-adikku. Mendengarkan kata-kata ibuku. Aku pun menceritakan perkara yang terjadi padaku semalam. Setelah mendengar kata2 ku itu nenekku terkejut. Dia terus membuka kata. “sebenarnya dulu ada orang kaya tinggal dalam hutan hujung sana. Dia kaya sebab bina tuh bangunan tiada tiang. Misteri. Orang katak dia guna pengait. (sebenarnya pengait ni digunakan untuk ambik kepala orang dan tanam kedalam bangunan atas kepercayaan untuk mengukuhkan bangunan.). Nenekku menyambung “Dulu ada pawang lawan dia tapi dia menghilangkan diri dan ingin membalas dendam terhadap orang kampung kerana malu atas kekalahan dia kepada pawang tersebut, tetapi sampai sekarang tak jumpa jumpa orang kaya tuh.” Aku terdiam seribu bahasa. Baru aku faham kejadian yang berlaku kepadaku hari itu. Pada waktu petang, setelah solat dan makan kami terus meminta izin dan berangkat pulang ke sabah kerana ayah aku mempunyai kerja secata kecemasan sebagai doktor pakar bedah. Sampai sekarang aku tidak melawat rumah itu dan kini nenekku juga tinggal bersama keluargaku. Kejadian ini terngiang-ngiang dalam ingatanku sampai bila-bila dan tak akan aku lupakan. Aku harap cerita ini menjadi pengajaran kepada semua yang membaca supaya berhati-hati dimana-mana sahaja kita berada. Terima kasih kerana membaca. Doakan kecemerlangan aku untuk pt3 pada tahun hadapan.
Follow ig aku boyunta for info
Cerita ni aku kena reject nak thu jugak kenapa
Ok aku silap letak tarikh menulis 26 november 2018
cerita kau menarik tp ayat macam novel sangat..jadi tak suspen
Bukan mcm novel tp macam karangan sekolah no wonder coz u are a student. Idea bagus tapi penulisannya boleh dibaiki. Unsur suspen ada cuma disampaikan secara direct. Anyway, for pt3 student it’s just good enough for u. Yg penting Ada idea n u Cuba mempuitis Kan ayat dgn bberapa penggunaan perkataan. It was a good try. Mungkin bole baca bnyak lg buku genre Seram n study Cara penyampaian unsur suspen or Seram ok dik. Good luck for pt3!
ktk org sini bah?kmk pun anak mix etnik melanau mix bugis…btw mun dapat cara penulisan ktk perbaiki sikit oww..kmk mdah ajak..bukan kondem 🤗
Minta maaf akhir reply. Kamek orang Kuching. 😊
Xpa, kamek sik ambik hati. Segala komen untuk kebaikan diri kamek juak. Berlapang dada dalam semua keadaan.
Sorry yer teman konpius…penulis dlm kisah ni ckp beragama kristian katholik..tp dlm kisah ni rsnya 2-3 kali dok ckp Insyaallah…yg bermaksud jika diizinkan Allah…atau mmg org belah sana biasa dok sebut mcm tu dlm perbualan seharian…sajer nk tau jer…apa pon kisah ni mmg menarik…penulisan pon bagus…salah sikit dr segi tatabahasa tu normallah…boleh diperbaiki…teman suka kalo cerita @ mitos kaum2 pribumi Sabah & Sarawak…
FYI: Betulkan jika ada kesalahan. Segala teguran di terima. Mungkin atas sebab berikut:
1) mungkin dia terbiasa kut dengan member2 yang muslim cakap “insyaallah”
2) dia ada mentioned “masa tu kami semua menganut agama kristian karolik…” which was 15 tahun yang lalu. Tidak heran jika sekarang penulis sudah menjadi seorang Muslim.
3) menurut kebanyakkan Kristian, mereka tetap bertuhan kan Allah (tetapi lebih kerap menggunakan nama “God”) dan mempercayai bahawa Nabi Isa A.S (Jesus) adalah anak daripada Tuhan dan Mariam.
Sekian, saya hanya memberi penjelasan. Peace!!
Penulis ada cakap yang penulis revert. Dulu Kristian. Sekarang Muslim.
she’s a REVERT.
Awal² dia dah bagitahu dia revert so sekarang dia beragama islam.
Minta maaf ya lewat reply. Keluarga saya dulunya Pagan, lepas tu peluk agama Kristian Katolik. Lepas tu, saya sendiri pilih untuk peluk Islam.
InsyaAllah semua teguran saya terima dengan berlapang dada.
Cita menarik.. Yg mengecam tu biasa lah purple.. Abaikan je.. Sebab ada Org2 mcm ni la ada penulis2 malas nak hantar cerita lagi.. Nanti kongsi cita lagi ya.. Best nak tau cita org Sarawak dan Sabah..
kannn. yg mengecam tu kadang lebih2 mcm dia hebat sgt je. menyampah baca komen poyo2 tu.
Terima kasih atas sokongannya. Takpa saya faham. Mungkin mereka inginkan yang lebih seram mengikut cerita lain yang ada di sini. Saya belum pernah lagi ‘nampak’ makhluk2 tu secara depan2, cuma kadang2 ada ‘rasa’ dan kena sakat.
InsyaAllah nanti kalau ada masa, saya cerita lagi pengalaman2 yang pernah saya lalui sebagai sebagai cucu bomoh dan juga pengalaman masa belajar hingga sekarang.
Aku pernah buka laci rahsia mak aku, aku jumpa 1 buku agak2 dah lusuh, aku baca isi kandungan dalam tu ada ayat2 tertentu serta step-step untuk hilangkan diri ( ghaib ) dari mata kasar orang. Cepat2 aku simpan balik, sampai sekarang aku tak pernah tanya mak aku. Tapi kadang2 mak aku ada terlepas cerita yang dia amalkan ayat tu masa darurat dulu-dulu dan sekarang contohnya lepaskan kan diri dari kastam airport & sebagainya. Tapi aku tetap belum tanya mak aku apakah ayat tu? Dia pun belum nak beritahu aku lagi. Untuk pengetahuan, mak aku dulu muda2 belajar silat lagi hebat dari ayah aku. Tapi aku tahu, dia dah tak ada ilmu pelik2 tu semua bila ayah aku paksa mak aku buang dengan makan satay ( pantang larang ) sesuatu ilmu.
Ilmu orang lama ni kita memang curious nak tahu, kan? Mendiang atuk saya dulu pun selalu simpan buku 555 tu dan banyak catatan. Tapi tak faham apa dia tulis. Lepas dia meninggal, tak jumpa dah buku tu.
Apa2pun, saya doakan semoga kita semua dalam rahmat Allah selalu.
readers kat sini mengharapkan kalau seram tu keluar hantu terjojol.
sebab tu diorang kondem.
kalau sipi – sipi tu bagi readers macam baca dewan pelajar je.
Minta maaf lewat respond ya.
Iya, tak boleh salahkan mereka juga. Masing-masing punya citarasa, kan? Terima kasih atas sokongannya.
Pengalaman berbeza2…nnti cerita pengalaman atuk berubat pula
InsyaAllah. Nanti hujung2 tahun sikit saya share ya. Terima kasih atas sokongannya. 😊