Perubatan Aneh

Bismillahirrahmanirrahim , hai Assalammualaikum pembaca FS. Aku gelarkan namaku Nuna (bukan nama sebenar) .Cerita yang bakal aku sampaikan ini bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa sekadar pengajaran buat kita semua untuk lebih percaya pada Yang Maha Pencipta. Cerita ini berlaku sekitar 2 tahun lepas sewaktu aku praktikal .

Pada ketika ini, datuk aku masih lagi sakit terlantar. Sakitnya bukanlah sakit biasa, lebih spesifikasikan kepada penyakit misteri. Datuk ku dulu seorang yang aktif, kuat bekerja, fasih berkata-kata dan suka membuat lawak. Dia seorang yang ceria tapi garang pada waktu yang sama. Suatu hari, datuk ku telah jatuh sakit. Secara tiba-tiba dia tidak menjadi seorang yang waras. Dia tidak mahu makan minum mahupun bangun. Hanya tidur sepanjang hari tanpa memperdulikan kedatangan orang-orang di rumahnya serta kelakuannya aneh dan ingin marah sahaja.

Kemudian, ibu ku berjumpa dengan seorang kawannya. Aku gelarkan Kak Ira (bukan nama sebenar). Kak Ira bercerita kepada ibu ku bahawa dia telah pergi berubat dengan seorang pakcik dan dia memberitahu ibu ku, sewaktu dia berubat pakcik itu telah mengeluarkan benda yang ditanam oleh orang untuk menyihir dia. Dalam waktu dan keadaan yang terdesak, ibu ku mengambil keputusan untuk berubat dengan pakcik itu dengan niat ingin menyembuhkan penyakit misteri datuk aku. Yelah anak mana yang sanggup melihat ayahnya sakit begitu, selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita berbakti kepada orang tua kita.

Selang beberapa minggu, kami pun bergerak ke rumah pakcik itu di Pontian, Johor. Rumahnya betul-betul berhadapan dengan masjid. Tepat jam 9 malam, pakcik itu pun mulakan sesi perubatannya. Pada mulanya atuk enggan pergi berubat, setelah dipujuk berkali-kali barulah dia nak pergi. Sesi dimulakan dengan mandian garam. Atuk kena mandi dulu di rumahnya barulah boleh berubat. Kemudian nenek ku disuru baca yassin menghadap kiblat semasa sesi merawat ini dijalankan.

Lupa nak bagitahu, sebelum kami ke sana kami diminta menyediakan barang-barang untuk dibawa ke sana. Antara yang aku ingat, bunga mawar 7 warna (sebab aku yang kena cari dan beli) Garam , air, kain kosong pun 7 warna (kain semeter macam tu) ada lagi tapi aku lupa dan paling mengejutkan pengeras. Pengeras pula dikenakan dengan jumlah RM777 tak silap akulah. Aku mula hairan bila dia kata harus ada pengeras. Siapa sebenarnya pakcik ni ? Ustaz ke ? Pawang ke? Wallahualam.

Sesi bermula. Pakcik tu menyediakan besen kecil dan kain berwarna putih. Dia memasukkan tangan sebelah kiri kedalam besen tu dan tangan sebelah kanan untuk mengambil barang yang ditanam oleh orang di rumah nenekku. Dia baca ayat Alquran dan selebihnya terkumat kamit membaca ayat tanpa kami tahu ayat apa. Setelah 5 ke 10 minit barang yang dihantar oleh orang di rumah nenek ku terpelanting keluar dari besen tu. Alangkah terkejutnya kami sehingga calar dan luka tangan pakcik itu sebab ternampak cebisan batu konkrit bersama barang-barang itu. Menurut pakcik tu, barang-barang ini dah lama ditanam dan dikonkrit tanpa nenek dan atuk aku sedar ada orang menanamnya.

Kemudian, kami melihat isi bungkusan yang diikat. Warna kain putihnya dah kotor seperti warna tanah. Lagi mengejutkan semua, barang didalam bungkusan itu ada tali kain kafan, rambut , paku karat yang panjang dan ada beberapa lagi yang aku tak ingat sangat. Mengucap panjang semua yang berada di situ. Setelah itu, pakcik itu mengambil bungkusan itu dan dibacakan sesuatu kemudian menyuruh kami membuangnya di laut.

Persoalannya disini, dari mana datangnya bungkusan berserta cebisan batu konkrit dalam besen itu sedangkan mulanya hanya air kosong sahaja. Aku dan ibuku sudah berfikir lain. Kemungkinan pakcik itu dibantu oleh khadamnya atau lebih dispesifikasikan sebagai bantuan jin. Wallahualam dan itulah kali pertama dan terakhir kami berubat disitu sebab timbulnya syirik apabila pakcik itu menyuruh kami menggantung ayat yang serupa dengan ayat Alquran tapi isi kandungnya lebih kepada mensyirikkan.

Pesan ku kepada anda semua, janganlah mudah terpedaya dengan mainan syaitan yang ingin menyesatkan kita semua. Moga Allah mengampunkan dosa kami . Mungkin kita tidak perasan bahawa perkara ini boleh menyesatkan kita dan menyekutukan Allah. Allahuakbar. Kini datuk ku semakin pulih sejak berubat dengan seorang ustaz. Alhamdulilah moga datuk ku kembali pulih seperti sedia kala amin.

10 thoughts on “Perubatan Aneh”

  1. sy teringat ms duk dgn mkck sy dlu. dia pergi berubat dengan sorg pkck ni. tp ms proses berubat tu, kena mndi air garam jg. lps tu de ayt2 yg sy x phm d sebut nye. last skali dia bg mkck sy 1 paku besar. de tulisan ats paku tu, dia ckp tulisan tu ayt al-quran. tp1 pe pn sy x phm tulisan tu. dia suruh simpan & bw je ke mn2 mcm tangkal la. sy pn ckp kt mkck sy…tu kn tangkal, jatuh syirik jd nye. pkck tu punye jelingan…..mcm nk cekik sy je. lik je dr umh pkck tu, de je gangguan jd pd dri sy. yg pelik nye, mkck sy x kena pn. adakah pkck tu menghantar khadam nye utk kacau sy? adoyai……

    Reply
  2. aneh la sbb ada kain 7 kaler bagai tu… ad je perubatan yg cara mcmni tp menggunakan ayat2 suci al quran.. bab pengeras tu x aneh sbb setau sy klu nk buang atau tarik brg2 yg dihantar ke org yg disihir mmg ada bayarannya..n brg2 yang ditarik boleh dibuang sndiri tp byk syaratnya seperti solat taubat 1000 rakaat..betulla syirik klu bwk barang berupa tangkal tu. ckup zikir n baca ayat kursi stiap solat utk pendinding diri. pengalaman sy sndiri dan kawan2 sekeliling.

    Reply
  3. kalau berubat mintak pengeras beribu tu pembohong lah namanya.
    perawat y betul mahir ikhlas xtunjuk taring
    xde pon kena bayaran malah kita pon tak tahu orgnya boleh merawat.

    kg kami ada sorang pakcik sama2 menoreh getah estate kawan mak abah kami.
    kepala gila2 suka bergurau. rupanya harimau sembunyi kuku.
    berkebolehan membuang saka tanpa ada sesi rawatan cam bomoh ke pawang ke bersilat ke apa rukyah ke.
    dia datang rumah pesakit y susah nak mati akibat saka sekadar seperti ziarah lalu mintak segelas air dari rumah pesakit.
    air tu dia bawak pergi kemana2 y dia suka sambil pesan pada waris2 pesakit
    ” kalau takdir pesakit dah habis nyawa jgn disentuh/atau diapa2kan sebelum dia kembali”
    itu je pantang/peringatan dia.
    1sen pon xde pengeras melainkan waris nak bagi sedekah untuk dia sebab pakcik ni pon kaya ada sawit berekar2 cuma malas nk buat sendiri. dia menorah kat estate tu pon sebab teman bini muda dia yang belum retire.

    Reply
  4. xpelik klu bunga mawar 7 jenis, tp yg pelik, kain 7 warna n pengeras yg mahal…sbb mmg kt tmpt ak pn ad tukang urut yg mntk pengeras yg bnombor ganjil, tp xsampai pn rm1,die just sruh byr bwh singgit, cm 95sen, 85sen xpn 75 sen… tp yg plg popular, 35sen je…

    Reply

Leave a Comment