#SiKELAM – Warisan Pusaka Tak Bertuan (Bab 2)

Selepas kejadian semalam, Toki menghubungi Ibu dan Ayah aku untuk memaklumkan kejadian yang menimpa aku, Dan meminta mereka pulang ke kampung memandangkan keadaan aku sedikit lemah dan masih trauma.

Petang itu, kenderaan mereka kelihatan di memarkir kenderaan di parkir rumah, Ibu melambai aku dari kejauhan.

“Anak Ibu sihat?” Tanya Ibu seusai melangkah masuk ke rumah. Aku membalas dengan anggukkan kecil.
“Hang kenapa?” Soal Ibu sambil bersila di hadapan aku.
“Entah Bu, Penat sikit ni..” Balas aku sambil memuncungkan mulut panjang sedepa.
Kelihatan Ayah mendekati aku, dan mengusap kepala aku lembut. Sedar tak sedar, aku seakan mengerti mereka meminta maaf atas apa yang terjadi. Alah! Aku yang degil, padan muka aku. Desak hati berbicara sendiri. Toki mengambil tempat di ruang sofa, berdehem seberapa kali meminta perhatian kami. Kami menoleh dan mengambil tempat, Tok juga mengganguk kecil beberapa kali.

“Kenapa Ayah?” Soal Ibu setelah agak lama kami berdiam diri.
“Hmmm.. Irah di ganggu saka keturunan Tok hang, Dia duk mai sebab Tok dah tak ambill tahu, Aku tak tahu yang Tok dok “bela” depa selama ni, dia baru habaq kat aku bebaru ni. Katanya tak boleh nak tolak pasai dah mak Tok hang ni duk berjanji d***h nyawa. Aku yang minta Tok hang pelepaih, tak tau pulak aku dia pi mai tegoq anak hang” jujur Toki panjang lebar.
Aku sekadar bingung mentafsir tiap patah maksud yang keluar daripada mulut Toki, Saka?
“Saka?” Ujar Ibu Ayah serentak.

Tok cuma berdehem dan menarik nafas panjang.
“Lagu ni, dulu arwah tok hang dia ada ambil “pelaris/penyeri” pasai dulu dia duk meniaga warung, jadi nya apa hat arwah ambil tu nak bagi laris meniaga, nak bagi orang nampak dia tu cantik, tapi benda ni bukan hat susuk yang sana sini pi cucuk habih besi emaih ka, tembaga, hat ni memang bagi makan.. bela dia elok, dia bagi orang lain hat duk ada ni pandang cantik berseri lemah lembut. Hat depa ambil keturunan bangsawan, anak bangsawan hat memang elok budi perkerti, lemah lembut tu dak sah nak habaq. Dulunya aku ni tak dak nak ambil pun, dah tau tu syirik, tapi nya masa arwah nak meninggal, dia duk merayu-rayu, macam nak lepaih nyawa bukan main susah. Parah, aku ni duk kesian lah tengok.

Terpaksa lah terima, Jadinya tiap malam jumaat keliwon tu, aku kena bagi dia tu makan, tak da makan apa, bagi nasi pulut kuning dengan teloq ayam. Lepaih tu ada lah bacaan hat kena baca” Ujar Tok panjang lebar.

Nafas aku terasa sesak. Bagai tidak nyata, bagai tidak peduli, bagai ianya Cuma mimpi. Mengeluh seberapa kali.

“Awat dia pi pilih Irah? Tak pi mai kat cek dulu?” Soal Ibu kepingaan. Kelihatan Ayah menggaru dahinya. Mungkin pening nak di terima bulat-bulat.
“Mana aku tau, dia berkenan dekat anak hang. Nama dia ni Seri, Anak bangsawan istana dulu kala, memang dah lama, arwah kata dia ni m**i sebab beranak sulung, arwah kata mak dia ni memang pi minta habis bomoh mana hat duk ada nak pi peridup balik anak dia, dulu mana ada bab agama tu terkenai sangat, depa tak cari ustaz, depa pi cari bomoh.

Katanya sampai mak dia ni sanggup noh pi bertapa kat Gunung Jerai sana. Akhirnya depa pi jumpa bomoh siam alik belah utara Yan, Bomoh tu tak dak dah la ni, tapi rasanya ada lagi anak dia. Depa buat lah Seri ni hidup balik tapi sebagai benda ni, tak tau lah lagu mana depa buat. Itu la ni sampai jadi macam ni, bila mak dia m**i, mak dia bagi-bagi kat keturunan ni, sampai lah dekat aku, aku ni dia tak kacau sangat pasai kita ni duk mengaji, duk cari Allah, dia menggelupoq panaih semua. Tu dia pi cari anak hang” Ujar Tok panjang lebar.

Ayah mengganguk kecil. Manakala Ibu ternganga tidak percaya.
“Entah lah Ayah, Mak, nak kata tak percaya, dalam Al-Quran ada sebut makhluk ni wujud, makhluk Allah juga.. In Sha ALLAH, kita cuba cari jalan. Moga-moga ALLAH permudahkan segala urusan kita” Bahas Ayah tanpa komen panjang.

Toki mengganguk kecil, mengajak Ayah dan Abang aku ke masjid. Manakala Ibu dan Tok segera ke dapur menyiapkan makan malam, aku masih berada di hadapan televisyen ruang tamu, fikiran aku buntu dan agak pening. Bagai kotak minda nyata menipu realiti yang ada, Saka? Masih wujudkah zaman sekarang? Jadi apa yang aku lihat semalam Saka? Tapi nampak nyata, Seri sebenarnya dah meninggal? Beribu-ribu persoalan bagai menerjah kepala akal aku. Kadang kala badan terasa seram sejuk. Menggebu pelbagai rasa ngeri, seram.

Hujung telinga aku menangkap perbualan Ibu dan Tok tentang maljis pertunangan anak paklong tak lama lagi, hish! Dah nama perempuan, bergosip tu tak kira tua ke muda. Kedengaran kenderaan ayah berlalu pergi ke masjid. Maka aku masih di ruang tamu yang agak seram pada petang maghrib ni. Aku memandang sekeliling, luas besar dan ada tiang seri di tengah-tengah halaman ruang tamu. Mata aku terkunci dek hujung tiang seri, ada secebis kain kuning di atas tiang itu. Kain apa tu? Desakan persoalan bagaikan membuka jalan aku ke gerbang misteri. Aku menggeleng kecil menidakkan persoalan fikiran. Suasana rumah Toki agak seram, kerana Cuma ada dua lampu ruang tamu yang di buka, dan rumah kampung sememangnya dindingnya agak sedikit berlubang-lubang kecil dek keusangan usia.

Perasaan aku tidak begitu selesa, mungkin kerana pekara semalam masih menganggu sistem organ badan aku, perasaan seram sejuk mula menyapa, kekadang terasa meremang bulu roma hingga ke leher. Sedang aku leka menonton televisyen di atas sofa, terasa bagai ada angin sejuk di bahagian pipi sebelah kiri aku, kadang di belakang telinga aku, tapi aku hiraukan dan menggosok-gosok perlahan menghilangkan rasa itu.

Hish! Manada angin, celah mana datang angin ni, gerutu hati aku sambil menggosok tempat-tempat yang aku rasa sejuk. Hmmm, maybe aku dah tukar jadi manusia penakut. Kan kalau aku cakap dekat mereka, mau dorang kata aku penakut atau buat cerita. Tanpa sengaja, aku muncungkan mulut menidakkan kenyataan malu yang bakal keluar daripada mulut mereka.

Sesekali aku memandang ruang dapur, yang agak jauh tapi masih boleh menangkap bayang Ibu dan Tok yang sesekali bergerak ke sana ke mari, Sudah jadi kebiasaan Tok memang suka menutup lampu di ruangan meja makan. Bagaikan penglihatan aku di tarik, beberapa kali aku memandang ke arah ruang dapur. Menggosok kelopak mata beberapa kali, agaknya penat masih belum hilang.

Aku menggeliat kepenatan, dan anak mata segera memandang ke arah dapur, hampir terbuntang biji mata aku apabila kelihatan bayangan hitam yang berdiri tegak bersebelahan ruang pintu dapur, Boleh di katakan satu badan aku meremang sejuk. Segera aku mengalihkan pandangkan aku, dan kemudian menarik nafas berpusing untuk memandang bagi kepastian, namun demikian bayangan berkenaan hilang dan aku menarik nafas lega.

Hish! Apa benda lah yang aku duk takutkan sangat, perasaan je. Metafora bagai membentak perasaan takut aku. Entah kenapa, perasaan lega itu bagai hilang, terasa seperti aku di lihat sesuatu, setiap pergerakan aku bagai di paku pandangan sesuatu. Eiii! Seram sungguh.

Aku hiraukan perasaan takut, tak terasa mahu memaklumkan kepada Ibu dan Tok, mungkin perasaan aku atau aku masih trauma, segala benda terasa seperti tidak nyata. Hampir sepuluh hingga dua puluh minit mata aku tertatap di kaca televisyen, kedengaran suara Ibu dan Tok bergegas menyiapkan makan malam memandangkan mereka sudah mahu pulang dari masjid.

Suasana masa itu agak sunyi, Cuma sesekali telinga di sapa bebelan Ibu, yang memang sudah menjadi kewajipannya mengutuk aku. Ugh! Anak perempuan ke buat itu, buat ini. Aku menggaru kepala tidak gatal. Tak lama, mata aku bagai pedih di sapa angin yang entah dari mana, sampaikan mengalir airmata pedih.

Mai mana pulak angin ni, gerutu aku kecil sambil menggosok anak mata. Namun demikian, telinga aku bagai menangkap bunyian halus umpama nyanyian kecil, aku memejam mata menggamati bunyian berkenaan. Jantung bagaikan di rentap! Itu.. ituu..ituuuuu suara Seri! Habis seluruh badan aku meremang, seram sejuk hingga ke belakang leher.

“Akuu..Akuu..Cantik..Akuuu..Akuuu nak Cantikkk..”suara rayuan itu bagai memenuhi ruang telinga aku. Perasaan seram sejuk bagai melumpuhkan sistem saraf badan aku. Aku kaku di atas sofa rumah. Terasa sofa yang aku duduk bagai bergerak-gerak perlahan, aku membuka mata dan memandang sekeliling. Tiada sesiapa, aku cuba melangkah mahu lari dari keadaan seram itu. Namun kaki aku bagai lumpuh, dan tidak berdaya mahu bangun daripada sofa itu. Air mata aku mengalir perlahan-lahan menitis ke pipi.

Ya ALLAH, selamatkanlah aku.. Doa kecil dalam hati setelah tidak berdaya melakukan apa-apa, aku cuba bersuara memanggil Ibu dan Tok, tapi mulut aku bagai di kunci rapat. Aku kejung dan kaku di situ, lemah tidak berdaya. Sofa aku bergegar kuat seolah-olah sedang di goyang sesuatu, hampir terpelanting aku daripada sofa. Aku membuka mata dan bayangan Seri benar-benar di hadapan aku. SERI!!!!! Hati aku menjerit kuat dan tidak berdaya melakukan apa-apa.

Seri pada pandangan aku, memang cantik umpama puteri kayangan, sangat cantik dan memenuhi ruang minda dan nafsu mana-mana lelaki yang memandang, susuk tubuhnya menjadi pujaan ramai wanita muda.

Sukar untuk aku gambarkan betapa takutnya aku ketika itu, kalau lah ada manusia atau penyukat tahap ketakutan aku, nescaya ianya hampir mengcecah negatif dek kerana terlalu takut. Aku memejam mata aku rapat, menganggap ianya Cuma mimpi, aku menggengam tangan aku sekuat yang termampu, menarik nafas semput berulang kali, mencari kekuatan. Namun, ianya sia-sia, nyata aku terlalu takut dan lemah.
Nyanyian itu masih lagi kendengaran, mendayu-dayu..

“Seri… Nama aku Seri.. Aku cantik di pandang,. Terlalu cantik untuk berkata tidak.. Nama aku seri…. aku cantik umpama mentari. Seri.. Serikanlah wajahku.. Serikanlah rupaku… Seri… Serikanlah tubuh badanku… Seri.. Katakanlah engkauu.. Engkau mahukan seri…” nyanyian itu berulang-ulang kali kedengaran di hujung telinga aku, melodinya seakan-akan mendayu. Tak ubah seperti lagu Menanti Kekasih-Rintihan Kuntilanak, lagu yang popular di Indonesia. Aku pernah mendengarnya beberapa kali, seram sejuk segala tubuh badan aku.

“Irahh.. Irahh. Kauu.. Kauuu keturunan aku.. Kau cantikk, kauuu kena cantikkk” Suaranya kedengaran, suara itu di ulang-ulang tak ubah seperti kaset radio yang di dengar beberapa kali.

Aku memejamkan mata aku serapat mungkin, mencari sisa kudrat keberanian mulut aku terkumat-kamit membaca beberapa p****g surah lazim, walaupun panjang pendek sudah tidak di noktah dengan betul. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba bermonolog dalam hati.

“Aku tak perlukan kau Seri. Aku tak perlukan kau. Aku tak perlukan pertolongan Iblis Laknatullah dari kau. Kau tak wujud. Aku tak nak kau Seri..” butir-butir bicara aku dalam hati aku perjelaskan satu per satu. Kedengaran klishe, namun dengan pertolongan Allah dan kekuatan keberanian selepas membaca surah lazim, aku mampu memuntahkan kata-kata menidakkan kewujudannya.

Seri seolah-olah mengerti ataupun mendengar ataupun memahami kenyataan bicara hati aku, suaranya yang lunak tadi tiba-tiba seperti merintih sayu, seolah-olah hiba, seolah-olah sedih, seolah-olah seperti patah hati.

Aku menarik nafas sedalamnya, mencari secebis keberanian. Aku membuka mata aku, dan tidak jauh dari kaburan pandangan aku, bayangan lembaga hitam seolah-olah semakin dekat dengan aku, kakinya badannya melangkah perlahan.

Suara Seri sudahpun bertukar ngeri, suaranya seolah-olah seperti di hujung telinga aku, suaranya tak ubah seperti dongeng suara ngilaian pontianak, semakin lama semakin kuat.

Kaki aku mengigil menahan ketakutan, aku menutup mata aku serapat boleh, aku memeluk kejap lutut aku, duduk serapat umpama bakal di renyuk dalam kotak segi empat. Sofa yang aku duduk, mula bergerak-gerak tak ubah sengaja di goyang sesuatu, bagai berada terapung di dalam air. Bergerak ke kiri dan kekanan.

Hujung mata kiri aku, di buka perlahan. Lembaga yang ku lihat semakin bergerak perlahan tadi kini benar-benar berada di hadapan aku, nafas aku bagaikan terhenti, dada aku berombak hebat. Sesak! Bagaikan di hujung nyawa. Debaran jantung aku laju aku menarik nafas pendek umpama lemas di dalam air.

Entah mana kekuatan yang aku ada, aku memanggil Ibu dan Tok aku sekuat hati, demi ALLAH seluruh tubuh badan aku meremang, kebas seolah-olah tidak terasa satu apa pun jika di sentuh. Aku menjerit dengan sekuat hati, terasa airmata aku jatuh lembut di pipi. Dari kaburan pandangan mata aku, kelihatan Ibu dan Tok aku berlari ke arah aku, dan tubuh badan aku terasa ringan seperti sedang terbang di awang-awangan.

Aku memandang lesu ke arah mereka, terasa pipi aku di sentuh lembut Ibu, namun tiada daya untuk aku memuntahkan kata. Seolah-olah aku sedang bermimpi atau ianya tidak nyata, aku melihat airmata Ibu menitis ke pipinya.

Aku cuba untuk menyentuh pipinya, bagaikan tiada daya, mata aku terasa berat, nafas aku terasa pendek. Tiba-tiba lembaga hitam yang tadinya hilang kini benar-benar berada di belakang ibu, mata aku buntang dan aku cuba meluahkan kata.

Bagaikan di sekat kotak suara, aku kejung kaku tak berdaya.

“Kau jangan ganggu cucu aku!!!! Jangan ganggu keturunan aku!!!!!! Jangan ganggu cucu aku!!!!!!!” Suara tok kuat menjamah hujung telinga dan itu patah terakhir yang aku dengar.

Aku kaku, pandangan mata aku gelap. Segelap-gelap mimpi ngeri.

Jeritan Tok memecah ruang sepi halaman tamu tu, Kedengaran Toki, ayah dan abang aku berlari ke arah kami bertiga, Aku cuma memandang lesu, Sikit pun aku tak lepaskan pelukkan Mak, Mengigil satu badan aku masa tu, Ya ALLAH sukar hendak aku nak gambarkan berapa peratus tahap ketakutan, kalau lah boleh di bagi ranking, agaknya cecah angka tertinggi. Kelihatan ayah agak kelam kabut.

“Pak, Panggil Ustaz Taib (Iman Kampung), Saya tak nak tengok anak saya takut macam ni pak”. Kata Ayah perlahan kelihatan takut dan begitu gusar sekali.

Perlahan-lahan aku cuba membuka mata aku, hinggakan telinga aku dapat menangkap dengupan jantung Ibu aku, Kesian Ibu, Maafkan Kira Bu, Monolog hati aku perlahan, barangkali Ibu juga berdebar malahan risau seperti aku. Aku cuba menggosok mata perlahan, cuba membuka mata perlahan melihat keadaan sekeliling, semuanya kelihatan kabur dan gelap, Cuma aku lihat ada Abang, Ayah, Tok, Toki dan juga Ibu. Kepala aku terasa berat, sesekali di sapa angin bayu yang lembut, mengguap beberapa kali, mengantuk. Entah kenapa, aku bagai di sapa perasaan mengantuk.

Pandangan mata aku tertacap pada Ayah yang sedang membelek surah yassin, manakala Toki sedang menggulung tembakau menyumbat dalam paip lama berukir kayu. Aku turut melihat Tok menyarung selimpang tudungnya jatuh ke sisi bahu, Tok dan Toki bersebelahan, perlahan mereka berborak barangkali tentang apa yang jadi sebentar tadi dan di selangi anggukkan Toki.

Melihat keadaan sekeliling cukup membuatkan nafas aku sudah teratur rentaknya, tenang dan dalam masa sama aku rasa selamat bila dalam pelukkan Mak, Mengantuk dan penat. Itu sahaja yang dapat aku gambarkan waktu tu, Aku menguap luas berair mata aku menahan mengantuk, Entah kenapa tiba tiba rasa mengantuk barangkali kasih seorang ibu menenangkan aku. Sedang aku leka mengira detik kedatangan ustaz. Liar mata aku memandang kipas silling yang sedang berputar perlahan, dua biji lampu pendaflor panjang yang sudah di nyalakan tapi masih belum mampu menerangi sebahagian ruang tamu, Suram!

Siapa SERI? Kenapa dia kacau aku? Apa dia nak dari aku? Keturunan? Dia siapa? dengan tubuh yang aku kira boleh di katakan menjadi idaman mana-mana wanita kampung, bahasa-urban moden boleh aku kira (hourglass); Dengan rambut yang di sanggul tepi berikal mayang, Hitam pekat, Wajahnya tidak terlalu bujur mungkin membulat sedikit, Tanpa alis hitam (eyeliner) pun dah cukup menyerlah redupan matanya, Senyuman, aku kira aku sebagai perempuan sedikit sebanyak tertarik, tahi lalat di hujung dagu runcingnya, dia cukup sempurna fizikal rupanya sehinggakan dalam keadaan takut aku masih boleh mengingati secara terperinci, Siapa SERI? Ibu tak pernah ceritakan pada aku siapa SERI, moyang aku? Tak, tapi namanya Endut, siapa SERI? kenapa dia ganggu aku? Sebab aku pandang cermin? Hmm, Apa tajuk lagu yang di nyanyi tadi?

Monolog kecil hati aku berperang bersama lojiknya akal yang aku kira turut di belenggu persoalan yang sama, siapa dan kenapa? malahan, lagu yang di nyanyikan tu lebih kurang berbunyi seperti melodi, melodi lagu Indonesia (nina bobo); mungkin, atau perasaan aku.. dan Tanpa sedar, aku turut ber-hummingmelodi berkenaan, seolah-olah sudah biasa aku hafal tiap bait melodi yang aku dengar. Semakin lama, melodi berkenaan semakin melirik.. semakin merdu, dan aku semakin terbuai. Tepukan di bahu menyedarkan aku,

“Adik kenapa?” Soalan Ibu menyetakkan ruang minda dan juga melodi lagu yang aku jiwai sebentar tadi hilang. Sepi kembali.

“Entah Ibu, rasa lagu tadi macam adik pernah nyanyi” Ibu cuma diam mendengar kata-kata aku, membiarkan persoalan aku terbang dek awang-awangan. Jam lonceng rumah Tok memecah kesunyian dan ketakutan aku malam tu, Ikut kan hati aku mahu saja aku baling butang kawalan televisyen biar tepat kena jam lonceng lama yang berdetik, mengikut angka masa dan waktu tu sudah pukul 10 malam. Sepi! Bacaan yassin ayah perlahan menyentuh ruang telinga aku.
Apabila ayah membaca surah Al-Qursi.

“Allaahu laa ilaaha illaa huwal-hayyul-qayyuum, laa ta’¬khudzuhuu sinatuw wa laa nauum, lahuu maa fis-samaawaati wa maa fil-ardh, man dzal-ladzii yasyfa`u `indahuu illaa biidznih, ya’lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum wa laa yuhiithuuna bisyai’im min `ilmihii illaa bimaa syaa’, wa¬si’a kursiyyuhus-samaawaati wal-ardh, wa laa ya’uuduhuu hifzhuhumaa wa huwal-`aliyyul-`azhuin” yang membawa maksud “Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha hidup, Yang terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kuasa-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar”

Seluruh badan aku menggigil tanpa sedar, kepala otak aku terus pening mata aku semakin mengantuk, Bahagian belakang telinga aku terasa seram sejuk telapak tangan aku berpeluh sejuk. Perlahan-lahan aku menarik tangan Ibu.

“Ibu, Adik rasa tak sedap badan” dan tak semena-mena, pandangan mata aku gelap, kelam dan aku kira aku sudah terlalu mengantuk.

Namun Tidak, sebaliknya berlaku.

Apa yang aku sedar, aku terus di buai mimpi kelam malahan perasaan takut mula menyelubungi diri. Entah selama mana, aku membuka mata seakan-akan baru terjaga dari dek tidur yang panjang. Aku melihat keadaan sekeliling, Ibu Ayah, Toki Tok, Paklong Abang, Ustaz Taib berada di hadapan aku. Terlihat Ibu mengesat airmatanya beberapa kali. Kenapa? Apa jadi? Perasaan ingin tahu bagai menggebu hingga ke langit, jiwa masih utuh dan seakan sesak dek perasaan pelbagai rasa. Ustaz memberikan aku segelas air, di lihat beliau juga turut menepuk bahu ayah beberapa kali dan meminta diri untuk pulang. Manakala Paklong mengekori dari belakang.

“Mari adik, kita ke bilik. Tidur” Perlahan Ibu mengajak aku ke kamar tidur biliknya. Badan aku terasa sengal hingga ke tulang, sukar aku mahu gambarkan. Tapi ianya cukup ngilu bagai pedih ke isi kulit.

“Ibu, Kira kenapa?” Soalku setelah kembali ke kamar tidur.

“Irah
tidur dulu, In Sha Allah esok Ibu jelaskan ya?” Perlahan Ibu menepuk bahu aku. Bagaikan tarikan magnet, aku mengantuk dan terus terlena dek mimpi. Kini, Bukan mimpi yang kelam gelap lagi.

Bunyi kokokan ayam memecah kedinginan subuh, aku menguap membuka mulut aku luas ternganga, mengantuk dan menguap beberapa kali. Sejuk hingga ke tulang sendi. Dengan kemalasan, aku bangun dan menapak kaki ke kamar mandi. Kelihatan Ibu dan Tok sibuk menguruskan makan pagi, seusai solat subuh dan mandi. Kaki aku melangkah ke dapur, perut berkeroncong menyanyikan lagu zapin tak di minta.

“Assalamualaikum” Ujar aku perlahan sambil menarik kerusi meja makan dapur.

“Waalaikumusalam” Balas mereka berdua serentak. Tok tersenyum manakala Ibu menggosok ubun kepala aku perlahan.

“Anak Ibu dah bangun ya, lapar lah ni kan?” Usik Ibu sambil mengcedok nasi goreng ala kampung dan beberapa keropok lekor di dalam pinggan aku.

Aku cuma tersenyum bahagia, di lahirkan sebagai anak bongsu dan Cuma seorang anak perempuan dalam keluarga cukup menyempurnakan kehidupan aku, meskipun kerap kali di buli oleh abang-abang aku, tapi percayalah kasih sayang Ibu dan Ayah bagaikan penuh tak terkira jumlahnya. Dalam kosa bahasa lain, aku boleh di kategorikan sebagai anak manja yang gedik dan turut serta sebagai “Renek-gedik” gelaran sangat popular di kalangan aku adik beradik. Terutama sekali Abang aku yang ketiga, Alang. Kami berdua berbeza 4 tahun, Aku berumur hampir 24 tahun dan Alang berusia linkungan 27 tahun. Tapi kami sering kali bersama seolah-olah kembar tak seiras. Tanpa di minta, dia akan tetap berada di sisi aku, susah atau senang walaupun kami bergaduh bagaikan perlawanan gusti bertaraf antarabangsa.

“Yang kau sengih pagi-pagi ni kenapa gila?” Ucu
menyergah aku dari belakang, hampir sahaja tercekik isi keropok di kerongkong. Kurang ajar!

“Ikut suka aku lah, kau kenapa sibuk??!” Bahas aku sambil mengcebik dan menjuihkan bibir gebu bak Angelina Jolie. Heh! Perasan.

“Mana ada aku sibuk, Cuma aku menyampah tengok, muka dah gaya chimpazi versi renek gedik” Bahas ucu sambil mengcedok nasi goreng di hadapan aku.

“Eiiii! Tak suka lah, berapa kali dah cakap jangan panggil orang renek gedik gila!” Kata aku sambil mengcubit lengannya.

“Arggghhhhhhh!!! Sakit lah setan renek!” Balas ucu menyerengai kesakitan sambil menggosok lengannya perlahan. Aku cuma mampu menggekek menahan gelak.

“Eh kamu berdua, tak baik gaduh depan makanan” Kata Tok entah sejak bila berada di belakang ucu.

“Dia ni ha!!!!” Balas kami bedua serentak. Tok cuma menggeleng.

Kelihatan Ibu cuma menjeling ke sisi, tanda kami perlu diam dan makan. Seusai makan, aku membasuh pinggan dan segera menempelkan diri di sebelah Ibu yang sedang sibuk mengopek bawang, mungkin untuk masak makan tengahari nanti.

“Ibu, apa jadi kat Irah semalam?” Soal aku sambil menarik bakul berisi bawang yang sudah di kopek kulitnya.

“Hmmm…” Ibu cuma mengeluh kecil.

“Cakap lah Bu…” Aku merayu perlahan.

“Janji dengan Ibu, jangan takut, jangan fikir bukan-bukan okay?” Ibu menayangkan telunjuk anak jari dan segera aku mengganguk menyambut anak jarinya.

“Okay, semalam masa Ayah hang duk baca yassin itu, ayah baca dah dua kali, Ibu perasan yang badan hang mula menggigil, mula-mula Ibu ingat hang sejuk ka apa, tapi bila Ayah mula baca yassin tu kuat sikit, hang mula menggelupur. Ibu terus keloi panggil Tok hang tak sebelah. Masa tu, hang dah tidoq ka tak sedaq Ibu tak tau, Ibu terus tepuk pipi hang banyak kali. Tapi hang tetap tang situ, tak dak bergerak. Ibu dah risau dah, lepaih tu, Toki hang pi tarik badan hang dia pi ribakan hang.. Ibu masa tu tak tau fikir apa, duk keluaq ayaqmata..” Bebel Ibu dalam bahasa utara yang agak susah aku nak hadamkan. Ibu menyambung bebel dan abang aku mengambil tempat di sebelah aku.

“Lepas tu Bu?” Soal aku kembali.

“Bu, cakap bahasa kita orang lah, ucu susah nak faham” Bahas Alang sambil tersengih.

“Bahasa orang? Awat Ibu duk cakap bahasa alien ka? Hang kena belajaq, Ibu orang sini. Kena lah faham” Bahas Ibu balik seolah-olah merajuk.

“Okay okay, ucu minta maaf ye Ibu?” Pujuk ucu sambil menggosok perlahan peha Ibu.

“Tah kau ni.. Lembab” Bahas aku tiba-tiba. Ucu segera mengetuk aku dengan jarinya.

“Oi sakit!” Aku menggosok dahi aku perlahan, cuba membalas tapi deheman Ibu buat kami berhenti dan tersengih kerang busuk.

“Nak Ibu sambung tak?” Soal Ibu. Kami mengganguk kepala serentak.

“Lepas tu, Tok kamu tu terus berlari ke rumah Paklong…” Kata-kata Ibu buat kami berdua tersengih memandang masing-masing. Ibu faham yang kami berdua sememangnya kurang faham slang-utara.

“Ayah kamu tak henti-henti duk membaca surah yassin, kepala Ibu masa tu kembang sejambak, meremang habis bulu roma ibu, Ibu takut. Takut dengan keadaan masa tu, seram sejuk badan Ibu..” Ibu menarik nafas menyambung cerita.

“Masa tu, Toki kamu masih tak berhenti cuba untuk kejutkan kami yang masa tu mak rasa dah nak putus nyawa risaukan kamu kaku tak bergerak, dalam kepala ibu dah macam-macam Ibu fikir, Nauzubillah..iminzalib. Lepas tu, Toki kamu duk baca surah Al-Mulk dan dia tiupkan kat kedua-dua belah telinga kamu, berselang-seli dengan bacaan surah Al-Shifaq yang lain. Lama berulang kami Toki aku baca dan masa tu, baru lah kami memberikan respon, badan kamu masa tu dah perlahan-lahan bergerak… menggeletar macam kamu kesejukkan”. Ibu diam dan kembali menyambung cerita.

“Badan kamu menggeletar sekejap kuat, sekejap perlahan rentaknya. Toki masih duk baca surah-surah lazim kat telinga kamu, Ayah masih duk baca surah yassin kat hujung kaki kamu.. Ibu menangis tengok kamu masa tu, sedih sebab kamu lalui apa yang tak sepatutnya” cerita Ibu lagi. Sesekali berdehem.

“Ayah hang masa tu duk pegang erat badan hang, lepas tu suara hang mula lah keluar…” Ibu menjeling ke arah kami berdua, memahami bahawa Ibu agak kekok bercerita dalam slang-baku.

“Hang mula bersuara, hang duk kata… “sakit pakkk… tolong… sakittt paaakk… tolong…”. masa Ibu dengaq suara hang, Ibu kembang kepala meremang habis sampai bulu kaki. Suara hang merintih perlahan, macam hang duk sakit sangat..”. Aku mendengar terperinci kata-kata Ibu.

Ujar Ibu lagi, badan aku bergetar mengikut rentak bacaan surah lazim toki, Ayah aku mula mendekatkan dirinya pada tubuh badan aku, Ayah menghentikan bacaan dan membiarkan Toki meneruskan pembacaannya. Tak lama aku mula meraung kesakitan seolah-olah aku sedang di cederakan oleh sesuatu. Aku mula menjerit kesakitan.. “TOLONGGGG!!!!!…. TOLONGGGG!!!!! AKU SAKIT!!!!!!” Jeritan aku mampu menggegarkan rumah usang itu.

Ujar Ibu lagi, Toki menjelaskan bahawa apa yang terjadi pada aku adalah di luar kawalan aku, atau bahasa mudahnya (aku di sampuk), Toki mula meminta Ayah melaungkan azan di tengah ruang tamu, betul-betul berhadapan tiang seri, suara azan ayah memecah kesunyian malam, tak lama. Aku mula meronta hebat, Aku menjerit sekuat aku, seiring dengan suara laungan azan bapak, Jeritan aku membuatkan Toki hilang sabar, Toki mula meminta Ibu memegang badan aku daripada terus meronta dan Toki mula melunjurkan kaki aku, Tanpa menunggu Toki mula menekan hujung ibu jari aku sekuat mungkin, Suara jeritan aku menenggelamkan laungan Azan ayah.

Cerita Ibu lagi, Paklong datang bersama Tok, Tanpa berlengah paklong terus memengang lengan aku dan Tok menarik Ibu ke sisi ruang tamu sambil menenangkan Ibu yang sedang sendu menahan tangis, Masakkan sanggup melihat anak daranya dalam keadaan sebegitu, Aku mula merintih meminta simpati, kata Ibu lebih berpuluh-puluh kali aku menangis sendu.. “Saaaakit… saaakit…saaaaakit….tolongggg…saaaaakit”. Aku merintih perlahan.

Ibu berkata lagi, Rintihan aku langsung tak menerbitkan perasaan bersalah mahupun kesian Paklong dan juga Toki, Tak lama selepas tu, Ibu jelaskan bilamasa Ustaz Taib memberi salam bersama abang aku, aku segera bingkas bangun dan meronta-ronta cuba melepaskan diri, Suara aku bertukar serak basah dan kemudian lirikan mata aku seperti aku takut, terlalu takut.

Ujar Ibu lagi, Ustaz Taib meminta Toki dan Paklong melepaskan genggaman mereka, aku segera bingkas bangun dan merenung mereka sambil ketawa perlahan, Ya, dengan tubuh fizikal budak perempuan berumur 24 tahun, cukup mendebarkan mereka, yang sememangnya tak pernah melihat keadaan aku sebegitu rupa, malahan jika minta aku bayangkan sehingga kini belum mampu mengolah secara terperinci umpama menonton siaran ulangan.

Apbila Ustaz memberikan salam kepada aku, aku cuma ketawa sambil menyilangkan kedua-dua lengan aku, tak ubah seperti seorang wanita bongkak dan secara tak langsung menayangkan sisi sombong perempuan bandar. Ustaz menanyakan soalan kepada aku,

“Wahai bukan pemilik jasad, kenapa kau kacau anak cucu cicit Adam?” Ustaz Taib melangkah secara perlahan lahan ke arah aku, aku semakin ketawa sakan dan membiarkan soalannya tidak terjawab.

Kata Ibu lagi, Paklong dan Toki bersedia di posisi masing-masing, Paklong di sebelah kanan aku manakala Toki di sebelah kiri aku, Ustaz Taib mula membaca surah-surah lazim, dan aku mula mengundurkan diri ke belakang perlahan-lahan seperti cuba meloloskan diri dari situasi itu. Aku semakin melangkah kebelakang seiring dengan bacaan mereka berempat, Bahas Ibu lagi, mereka berempat mula membaca surah lazim berulang kali dan aku mula mendepakan tangan dan cuba mengoyangkan kepala tanda tidak selesa.

Bacaan semakin kuat kedengaran, dan aku pula menutup cuping telinga, aku mula menyanyikan melodi yang aku nyanyikan sebentar tadi bersama Ibu, lagu SERI terus berkumandangan seiring kuat dengan bacaan mereka, Ustaz Taib mula membuka langkah sambil memegang kain lilit serban yang di buka pada awal tadi. Ustaz mula melibas-libas perlahan lantai rumah Toki dan aku mula membuntangkan mata menandakan aku tidak suka dan marah dengan kelakuaannya,Ustaz mula bersuara.
“Aku minta kau keluar daripada badan cucu cicit anak Adam” Aku membalas dengan ketawa mengilai dan lenggok badan aku umpama aku sedang lentok menari perlahan, Ustaz Taib bertindak lebih agresif daripada sebelumnya.

Ibu menyambung ceritanya lagi, Ustaz Taib menjerit meminta Paklong dan Toki bersedia kerana bacaan yang di bacakan akan mengakibatkan seluruh badan aku memberi tindak balas hebat, dan bacaan Al-Mulk berserta surah Lazim seiring laungan azan daripada Ayah cukup menjadikan suasana begitu kelam kabut dan menakutkan, Ibu cuma mampu memandang dan mengalirkan airmata, tubuh Ibu di gosok perlahan oleh Tok.

Libasan kain lilit daripada Ustaz Taib membuat seluruh tubuh aku kejung dan aku mula menggelupur seperti ayam yang sedang di sembelih, suara aku kasar dan serak menahan kesakitan, jeritan aku memecah keheningan malam, aku semakin meraung kesakitan dan menjerit sekuat hati.

“Tolong… Tolong, aku tak buat lagi dah… Tolong” suara rintihan aku membuat hati mak luluh, tangisan aku membuat air mata jantan ayah dan abang aku mengalir. Ustaz mengisyaratkan Toki dan Paklong supaya memengang kedua-dua tangan dan kaki aku, aku merintih dan sesekali mendengus marah; jelingan mata aku tajam dan sesekali aku buntangkan mata aku sebagai tanda amaran. Ustaz mula menekan hujung tumit kaki aku sambil membacakan surah lazim, jeritan kesakitan aku semakin kuat dan seakan akan serak dek kekuatan lolongan tadi.

“Tolong… Tolong.. Aku tak buat lagi” berulang ulang suara aku merintih meminta tolong, Ustaz membetulkan kedudukannya dan mula menanyakan soalan.

“Kau dari mana?”Ustaz Taib bersuara.

“Sini asal aku”, kata Ibu aku menjawab dengan suara yang cukup perlahan dan lembut, seoalah-olah aku sedang bercakap dengan para-para kenamaan atau lebih tepat lenggok bahasa istana dulu kala.

“Kenapa kau ganggu anak ini?”Soal Ustaz lagi.

“Kerana aku keturunannya, dan aku berhak memilihnya, tu perjanjian aku dan nenek moyangnya” lembut aku membalas persoalannya sambil sesekali merintih perlahan minta di lepaskan genggaman daripada mereka. Riak wajah aku bukan lagi marah tapi seolah-olah aku cuba memujuk lembut Ustaz yang sedang menyoal siasat siapa (aku) sebenarnya.

“Kau tidak berhak ke atas cucu cicit Adam ni, Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa memiliki hak mutlakNya ke atas setiap yang bernyawa di atas muka bumi Allah ini!” kuat Ustaz membalas jawapan aku. Aku cuma ketawa kecil dan menggelengkan kepala.

Ujar Ibu, perwatakan aku seolah-olah aku berusia lewat 30-an, kadang kala lirikan dan percakapan aku seperti seorang penggoda yang sedang memujuk rayu, lunak suara aku kedengaran begitu tersusun dan sopan, untuk budak berusia 24 tahun, ianya sesuatu yang sukar di terima akal.

“Tidak…. nenek moyangnya telah berjanji padaku, mereka juga menyatakan keizinan untuk menerima aku sehingga putus keturunannya, maka kau tidak di izinkan memisah aku daripada keturunan ini” Ujarku perlahan sambil cuba meminta diri di lepaskan.

“Tidak! Aku tak kan benarkan kau terus berada dalam keturunan ini! Kerana TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH DAN MEMINTA PERTOLONGAN SELAIN DARIPADA ALLAH SWT!!!” Jerit Ustaz Taib sambil menekan tumit kaki aku. Aku menyeringai kesakitan.

“Aku tak kan putuskan perjanjian dengan keturunan ini. Bukankah kau daripada golongan yang menepati janji? malahan pula, nenek moyangnya berjanji dengan perjanjian berdarah. Dan d***h nenek moyangnya ada dalam tubuh anak ini. Maka aku berhak!” Aku cuba berlembut dan lenggok aku tak ubah seperti sedang memujuk seorang lelaki yang tetap pendiriannya.

“Aku tak kan menyekutukan ALLLAH SWT dgn apa pun! Dan perjanjian kau adalah perjanjian iblis laknatullah!!!!” Ustaz Taib bersuara kuat. Tapi ujar Ibu, aku masih berlembut menuturkan kata.

“Mengapa? Bukankah perjanjian aku ini baik belaka? Aku tidak mendatangkan keburukan, malah aku memberikan kelebihan kepada keturunan ini, aku memberinya cantik, aku memberinya seri, aku memberinya suara lunak, aku memberikan lenggok longlainya, malah aku memberikan lirikan agar semua mata memandang, bukankah golongan kau memuja pujian?” Aku membidas dengan lemah lembut, Ibu kata riak wajah Toki dan ayah terkejut dengan lenggok bahasa aku, Ibu berkata lagi kadang kala Ayah memandang ke sisi tak sanggup melihat lenggok aku tak ubah seperti wanita yang cukup pandai menggoda dan menundukkan mana mana lelaki.

“Tidak!!!! Kelebihan kau perjanjian kau hanya tipu daya iblis!!!! Kau iblis yang di laknat Allah, kau iblis yang bijak menipu daya manusia. Iblis laknatullah!!!l keluar daripada badan anak ini!!!!!!” Ustaz Taib melaung hebat.

Aku mendengus marah dan membuntangkan mata! Sudah tiada lagi riak wajah perempuan menggoda yang ada cuma riak wajah marah dan benci.

“Tidak!!!!!!!” Aku membalas sambil meronta hebat.

“Maka binasalah kau iblis laknatullah!!!!” Seraya ustaz melilit kain serban ke dua belah kaki aku, dan memicit kuat ibu jari kaki aku.

Aku menjerit kuat seiringin dengan laungan ALLAHUAKHBAR daripada Ustaz Taib, Jeritan tu terlalu kuat dan tiba tiba badan aku Kaku.

Kata Ibu, Aku tiba-tiba terdiam selepas jeritan terakhir yang mungkin menyentak penghuni malam hening tu. Ustaz Taib menepuk perlahan pipi aku, Aku mula tersedar dan pandangan sekeliing kabur. Aku mula cuba menggerakkan tangan namun terasa lemah seperti aku baru sahaja selesai mengangkat benda yang terlalu berat. Ayah menarik sedikit badan aku dan meriba sebahagian tubuh aku di ribaanya. Aku cuma menangis sepi.
Penceritaan Ibu terhenti di situ, Derapan kaki Tok melangkah dekat ke arah kami bertiga. Aku bagai kaku di situ, walhal Kotak minda aku sedang ligat menterjemahkan kejadian yang telah berlaku. Pelik dan sukar di terima akal.

Dan selang beberapa hari, aku demam panas.
Kadang-kala kelibat Seri bagaikan mengekori hujung mata aku, badan aku terasa seram sejuk. Malahan, sering kali aku terjaga lewat malam, masih mentafsir makna di sebalik kejadian ini.
Alam ghaib, Makhluk ghaib, tunjahan minda sedar bagai mengetuk meditasi realiti aku beberapa kali.

“Irahh… iraaaaahhhh… Kemari naaak…” Suara di hujung telinga menarik pandangan aku ke sisi tiang seri di tengah halaman ruang tamu.
Nafas aku sesak. Itu SERI!!!!!!!!!!!!

*Bab Sebelumnya*

Warisan Pusaka Tak Bertuan
#Bab 1 : (https://fiksyenshasha.com/sikelam-warisan-pusaka-tak-bertuan-bab-1/)

#SIKELAM – Warisan Pusaka Tak Bertuan (Bab 1)

Si Kelam

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “#SiKELAM – Warisan Pusaka Tak Bertuan (Bab 2)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.