Tangan Hantu di Tengah Hutan

Assalammualaikum. Aku ammar. Aku kembali untuk menceritakan tragedi yang berlaku kepada aku dan paksu pada minggu yang lalu. Aku skip cerita nenek aku sebab aku sedikit ‘terguris’ dengan comment-comment negative dalam story yang lepas. Dan kepada yang memberi nasihat dan sokongan, aku ucapkan ribuan terima kasih. Sebab utama aku menulis di fiksyen shasha ini kerana aku ingin mencuba mendalami bidang penceritaan. Tujuan utama aku menulis cerita aku semestinya untuk mencari teguran dan pembetulan para pengikut fiksyen shasha.

Berbalik pada cerita, aku menggunakan masa cuti aku untuk tinggal di kampung aku bersama sepupu minggu lepas kerana sepupu-sepapat semua turut pulang bersama. Kitaorang balik selama 2 hari je. Suasana di rumah kampung aku meriah sungguh. Macam yang aku ceritakan, adik beradik ayah aku ada 11 orang jadi ada 11 family yang balik kampung untuk berjumpa sekali setelah sekian lama tak balik. Rindu habis. Hari pertama masing-masing tidur di rumah sewa sebab ramai sangat.

Hari kedua, family aku iaitu ayah, ibu dan adik beradik aku semua bermalam di kampung. Dan ada juga 3 family yang turut join kami bermalam sekali. Ada yang tidur di ruang tamu, ada yang tidur di bilik, ada yang tidur di ruang solat dan ruang bawah rumah. Kampung aku ni memang ada rumah dalam rumah. Maksudnya, dulu-dulu, rumah nenek aku ni rumah tinggi yang ada tangga tu. Lepastu adik beradik ayah aku renovate sendiri rumah nenek aku (dulu dulu punya renovate so rumah nenek aku memang still nampak mcm rumah kampung ‘. Ok skip. Kampung aku ni ada dusun durian dan rambutan.

Masuk dalam lagi akan jumpa hutan lipur. Bagi yang taktahu hutan lipur tu apa, hutan lipur ni ada tempat mandi dan trek-trek untuk masuk kedalam hutan. Kejadian ni terjadi waktu malam, ketika itu paksu aku ajak aku teman dia ambik buah rambutan. Kitorang pergi dengan motor berbekalkan lampu suluh, dan raga kecil sebagai tempat mengisi buah rambutan. Dusun rambutan dekat je, cuma kalau nak masuk dusun tu, kitaorang kena lalu rumah nenek piah dan dusun durian tu dulu. Dulu, pernah sekali ayah aku cerita yang kalau nak pergi rumah nenek piah jangan pergi waktu malam.

Dia cakap sebab nenek piah ni ada belaan. Sewaktu lintas rumah nenek piah tak jadi apa- apa pon. Cuba aku memang acah berani tengok rumah dia. Aku terkejut sangat sangat. Tiba tiba ada pocong terbang. Takdela, takde apa pun. Cuma rumah tu nampak suram. Rumah nenek piah terletak di kawasan yang sangat dalam. Dari jalan yang kitorang lalu dengan motor, rumah nenek piah terletak 100 meter jauhnya dari jalan tu. Memang jauh la kan sebab dalam kampung. Pokok-pokok getah memang penuh, semak samun jangan cakap la.

Atas bumbung, di pintu dan tingkap pon ada tumbuhan. Kitaorang lalu jalan tu tak jadi apa-apa pon. Cuma kitaorang lupa bawa glove hutan tu je. Yelakan, takut penuh kerengga takpun semut. Tak pasal-pasal tangan kitaorang jadi makanan. Oh ya. Jalan yg kitorang lalu ni ada simpang. Nak ke dusun durian straight je, manakala hutan lipur, kena amik jalan kiri dan dusun rambutan kena jalan straight lah kan. Jalan kanan ada rumah-rumah pondok berehat penoreh getah. So kitaorang ikut jalan straight, tengah jalan tu, tiba tiba kitaorang rasa jalan kitaorang tu lama, aku rasa lain macam sebab dari tadi kiri kanan pokok durian. Lepastu tiba-tiba ada roadblock. Takdela gurau je. Setibanya di dusun rambutan setelah beberapa minit mengharungi dusun durian. Jadi bermulalah sesi kutip-mengutip rambutan. Aku kutip yang jatuh jatuh je. Yang atas pokok semua paksu yang patahkan dahan. Dahan yang rendah je sebab guna tangan.

Tengah sedap kutip buah, tiba tiba ada tangan yang kutip sama sama dengan aku jugak. Nampak macam tangan manusia. Yelah lampu suluh pon malap-malap je. Aku ingatkan paksu la awal2 so aku abaikan jela. Then aku tanya la paksu. Paksu dah habis ke patahkan dahan-dahan rambutan. Yela nak senangkan aku ambik buah, dia patahkan la dahan so aku boleh ambil macam biasa je buah yang jatuh. Aku tanya-tanya paksu aku. Dia tak jawab pon. Lepas seminit baru dia datang kat aku. Dia cakap dia dah habis patahkan semua dahan yang ada.

Aku rasa macam bengang pon ada. Paksu ni macam nak bagi aku takut waktu-waktu macamni kat tengah-tengah hutan ni. Tiba-tiba ada tangan orang macam tengah merangkak. Terkejut tu takyah cakap la. Aku rasa macam hilang semangat waktu tu. Gila hang, dalam hutan tebal jugak benda merangkak ni kacau. Kitorang pon lepas paksu start motor aku angkat raga bonceng paksu sambil sambil pegang raga penuh. Raga yang penuh diisi rambutan terasa ringan sungguh. Rupanya yang dipetik bukan buah rambutan tetapi buah limau cina. Ha takdela, limau cina takde kena mengena pon. Raga tu memang rasa ringan lah masani sebab dah takut habis. Tak kisah ada serangga yang gigit. Yang aku tahu nak keluar cepat je.

Aku tengok la belakang make sure benda tu dah takde. Rupanya benda tu merangkak laju. Dia merangkak macam harimau bintang dalam kartun tu sopan je tapi laju. Aku bagitahu la paksu. Aku memang dah takut sangat so sebab nak paksu pecut aku bagitahu dia. Tiba tiba ada roadblock pulak kat depan. Roadblock yang aku maksudkan tu ialah, benda tu menjelma menjadi 3 ekor. Nampak macam harimau pon ada. Aku menggigil. Benda tu halang laluan kitaorang untuk balik. Saat itu kami di simpang. Jadi benda tu depan sikit la dari simpang.

Kitaorang memang dah nak sampai rumah dah tapi memang luar jangkaan benda ni halang laluan kami. Waktu tu memang aku terkejut habis la. Paksu aku stop motor. Aku marah paksu sambil menggigil. Yela stop depan benda tu memang cari nahas la. Luar jangkaan aku, paksu aku berbicara dengan benda tu. Aku taktahu dia cakap apa tapi tiga benda tu macam angguk-angguk serentak. Tiba-tiba benda tu hilang slow-slow. Aku macam terkejut gila lah. Tak sangka paksu aku ni ada kebolehan macamni. Sebab masa benda tu datang awal-awal dia yang kalut laju-laju start motor. So lepas benda tu hilang, dia start motor balik, aku naik bawak raga then kitaorang balik cepat-cepat. Sampai rumah semua jamah rambutan fresh tu. Basuh pon tak, terus kupas, makan. Kecuali aku. Aku balik tu terus ambil selimut tutup semua badan, tidur. Sejuk. Esok tu aku demam. Kitaorang balik awal pagi sebab nak cepat sampai rumah sebab aku demam so boleh aku guna banyak masa untuk berehat. Masa perjalanan pulang, aku cerita kat ayah aku apa yang berlaku semalam. Dia cakap tu memang belaan nenek piah.

Ayah cakap kadang-kadang dia ternampak bentuk macam harimau berjalan-jalan kat rumah nenek piah waktu kitaorang balik kampung. Ayah cakap lagi, dia tak pasti tangan yang mengutip buah rambutan dari mana sebab sebelum ini tiada lagi dia terserempak dengan tangan misteri di dusun rambutan. Menurut paksu pula, dia cakap dia memang tidak mengutip buah-buah rambutan yang terjatuh kerana katanya aku dah kutip semua buah yang dia jatuhkan melalui dahan yang patah.

Sampai hari ni aku tak boleh lupa rupa tangan tu macamana. Kekal misteri sampai hari ni.

Terima kasih kerana sudi baca. Jika cerita ini dipublish, aku akan rajinkan diri menulis cerita yang ‘menarik’ pada aku.

Boyunta.

51 thoughts on “Tangan Hantu di Tengah Hutan”

  1. cerita kau dah ok dah. Tapi boleh tak kurangkan ayat dgn gurau “Tiba tiba nampak pochong terbang” padahal takde.. banyak kali pulak tu cara mcm tu dlm cerita kau ni. kurangkan tu je.

    Reply
  2. terima kasih citer ,cuma kalo bahasa tu disimple kan serta dipermudahkan senang orang baca ,ni tak kejap tak kejap gurau , orang pening da cara jalan cerita mu , tetibe mu tambah gurau2 hok gini ,feeling seram pun takde terus jadi nye ,jadi merapu ade la

    Reply
  3. Kurangkan lawak hambar. Cerita dah nice. Cara penulisan kalau boleh simple dn senang paham. By the way, thanks sebab sanggup tulis cerita walaupun bro ada terasa dengan mana2 komen negatif tu. Keep it up bro.

    Reply
      • Mak kau bagi ko nama boyunta ke? Nama ko pon tak real, ada hati nak kata orang…lain kali, letak nama Sood Bin Samdol baru boleh marah orang pakai nick name…

        Mak kau hijau, tak lah gurau je…bapak ko hijau, tak lah gurau je…eh betul la bapak ko hijau…ko rasa terhibur tak kalo aku gurau macam ni?

        Reply
      • Adik, awk kata baru nak belajar menulis kan.. Org da bg nasihat, kena la terima.cerita awk da best, tp lawak hambar awk tu xkena tempat.terima kritikan org dgn berlapang dada ye. Teruskan berkarya.akak nak baca cerita awk lg. 😉

        Reply
  4. Ok, since awak cakap awak nak mendalami bidang penceritaan, jadi ada dua benda dekat sini yang saya nak tegur.
    1. Macam yang semua dah komen dekat atas, kurangkan lawak sebab potong mood pembaca. Kejap, ya, kejap tidak.. Jadi, agak rasa kurang senang dekat situ.

    Ejaan. Contohnya, ‘bawak’—> ‘bawa’ | ‘jangan la’—> ‘janganlah’. Kita ikut standard Bahasa Melayu, ya. ‘Lah’ dengan perkataan sebelumnya perlulah digabungkan menjadi satu ayat.

    Dan, sedikit tips untuk timbulkan elemen seram.
    Contoh:-
    A) Rupa-rupanya, ada pocong dekat situ.
    B) Rupa-rupanya, ada pocong dekat situ!
    Sebagai pembaca, saya akan baca B tu dengan nada yang terkejut! Jadi, bolehlah nak serap sikit mood2 saspens kat situ.

    Sekian 😉

    Reply
  5. Xpaaa.. Boleh diperbaiki lagi dik. Bkn teruk sgt pn smpai x paham cuma perlu diperbaiki la.. Kak orange puji adik sbb berani hantr cerita dkt sini bkn mcm ssetgah org berani membaca dan kecam ja. Hehee.. Ylah..kdg2 Tukang kecam ne lagi seram dari hantu. Kata2 drg tu boleh buat x lena tidur jgk. Haha.. Apapun.. Kipidap don gibab. Hehee

    Reply
  6. Terus menulis dik! Ambil komen – komen yang positif untuk perbaiki tulisan. Ignore yg negative, betul as you said mereka berani kutuk kerana guna nama samaran

    Reply
  7. Ko ingat kelako ke….dgn ayat ko yg xbape nak klako tu…dah lepas ni xyah hantar ape2 cerita seram menyampah plak ak…mengelabah nak cerita pastu cite ko kelaut dlm dah lepas simpan je cite ko kat umah nenek piah…biar pocong yg terbang tu amik….

    Reply
  8. Tu la.. Napa nak petik buah mlm2.. Berdua lak tu.. Dah tentu2 lalu depan umah nenek yg ada belaan tu.. Yg kat umah reramai tu patut temankan.. Bukan tau mkn je.. Alahai.. Peringatan pd lain2.. Jgn berani Sgt petik mlm2.. Setan merayau2.nak pergi gak bwk 10 org..

    Reply
  9. aku nak komen cikit neh. tapi awak jgn ambik hati ye.. baik aku berterus terang lh.. sebenernya cara awak mengarang citer ni kwang kwang kwanggg!!.. sekian.. (apa mcm komen aku ni?? ada suspen tak atau buat2 suspen) tu lh dia iras2 cara awak citer.. harap faham..

    Reply
  10. Kalau hati tisu, jgn mnta pndpat pmbca… Mcm smua org kta, storyline ok, but lwak tu cm syok sndri… Acah2 lwak

    Reply
  11. -tiba2 ada roadblock kt depan…xde la gurau jer…
    -bukan kutip rambutan tp limau cina..xde la gurau jer…

    hek hek hek hek..lawakl siut..aku x berenti lagi ketawa ni..oitt tlg aku weii..akui xleh berenti ketawa ni…tolong….xde la gurau jer..

    Reply
  12. Cerita ko mcm bodoh, xyah tulis dh mcm sial. Patut la ko dpt komen2 negatif. Aku baca dh sedap tibe2 ko potong dgn lawak bodoh ko. Pegi mampus la sial!

    Reply
  13. Tlgla kalau cerita tu bagi pembaca rasa seramnya tu,bukan lawak…FS ni berkaitan kisah2 Seram…hilang mood nk baca FS leni…

    Reply
  14. aah dik xyah gurau sgt sbb akk ni klu membaca sejenis yg menghayati dan masuk dalam cite tu skli..potong la dik klu gurau2 cmtu..

    Reply

Leave a Comment