Hantu air “TEMBUAKAR” di Pelantar Minyak

Assalamualaikum hai readers. Bertemu lagi kita kali ini selepas kisah pertama saya di publish (big thanks to admin FS)cerita tempoh hari “Hantu Di Pelantar Minyak”.

Hantu di Pelantar Minyak

So kali ini dengan rasa bersemangat lagi, saya ingin kongsi kan pengalaman seram saya yang seterusnya. Seperti biasa di tempat yang sama iaitu kawasan pelantar minyak.

Seperti yang kita dah maklum, lautan adalah nusantara bagi mereka iaitu jin (hantu) dan mahluk ghaib. Sama jugak seperti hutan belantara. Jadi kita sebaik-baik mahluk yang dicipta adalah dituntut untuk percaya bahawa wujudnya benda-benda ghaib dan mistik ini. Secara logik nya, lautan ni memang HOME la bagi mahluk jin dan hantu ni. Sebab selalunya lautan yang luas ni lah juga tempat orang membuang saka, jin dan benda-benda syirik. Jadi tak hairan la jika kita terserempak atau sebalik nya.

Okay tanpa membuang masa, kali ni saya nak cerita kisah pengelaman saya tentang, kalau saya tak silap nama dia “Tembu akar” @ “Tumbuh akar” iaitu sejenis mahluk hantu laut. Saya kurang pasti jenis mahluk ni. Sebelum ni saya ada buat research juga pasal natang ni. Tapi mengikut kata orang tua-tua, ianya sejenis hantu laut/sungai yang sangat ditakuti suatu ketika dulu. Ok ceritanya macam ni .. pada suatu malam~

Kisah ni 2013 dimana masa tu saya masih lagi baru dalam kerjaya saya di Oil and Gas. Masa tu kat kawasan perairan south west borneo iaitu kawasan ampa pelantar minyak. Tak perlu saya bagitau location “AMPA” berape ye. Sebab setiap pelantar ada nombor dia sebagai contoh, AMPA 1 AMPA 2 dan seterusnya. Rasanya sesiapa yang kerja offshore di kawasan ni mesti akan tau dimana tempat ni. Huhu. Horror beb!

Pada masa tu jam kira-kira pukul 1 pagi lebih lepas break lunch hour bagi shift sebelah malam. kitorang shift malam as usual from 6 pm to 6 am. Seperti yang saya pernah bagitau sebelum ni, jika pelantar minyak shutdown kami akan membuat activity cool work, hotwork, rigging, tougging dan lebih tepat lagi iaitu maintenance di sekitar pelantar yang shutdown. Time ni saya(yus) muiz, dan saiful. Kitorang 3 ni diberi tugas untuk buat “mastering” dan nak buat benda ni selalunya dekat boatlanding ataupun “sump pump” sebab ni adalah pemisah antara minyak dan gas dari dasar laut. So ofcoz la kami masatu dekat dengan permukaan air laut kan. Dengan suasana masatu agak sedikit gelap sebab lampu pun samar-samar je. Tapi untuk memudah kan keje, kami guna kan lampu headlamp. Ala yang melekat dekat helmet macam pelombong tu.

Sedang asyik buat kerja tu, sambil tu kitorang borak-borak kosong je. Haha. Biasa la masalah dunia, membawang dan sebagainya. kitorang chill je buat keje, tapi masing-masing dengan idea berbagi-bagi skill cara nak buka dan setel kan keje. Titibe kawan saya terlihat satu batang pokok yang sedang hanyut di bawa oleh arus laut. Agak besar la jugak batang kayu ni. Dan dipenuhi dengan akar-akar dan daun kekuningan yang berlumut. Mula tu saya agak la ni mesti kayu balak yang hanyut ni. Bermacam andaian dan berbagai kemungkinan kami rase masa tu. Sebab yelah, first time kan tengok kayu balak besar macam tu hanyut tengah lautan.

Kecurigaan kami bermula apabila “benda” tu hanyut dalam jarak 30 meter dan ia menghampiri tempat kami membuat keje. Iaitu dekat kaki pelantar.

Muiz : wuii geng, tengok tu batang hanyut ni macam nak menuju tempat kita lah.

Saya : haah, yelah iz .. melawan arus pulak tu.

Saiful : lain macam je aku tengok batang ni. Macam pulau hanyut! Hahaha gelak saiful.

Semasa kitorang sesama gelak ni, titibe ada satu bau yang sangat hanyir dan busuk. Tak tau cane nak describe bau ni. Tapi ianya sangat-sangat buruk bau dia. Sehingga kan kami tak sanggup nak tahan dengan bau tu. Dan pada masa yang sama

Saiful : weyhh weyhh… korang tengok tu!

Saya : subhanallah! Apa bende ni.

Muiz : terdiam.

Apa yang kitorang sedang saksikan pada masa ni, batang tu menghembus kan air diatas permukaan dia. Seperti ikan paus yang sangat besar. Dan ia bergerak menghampiri kaki pelantar. Yang mengejutkan kitorang, benda ni akar dia menjalar hidup dan berpaut melilit kat kaki pelantar. Sangat mengerun kan waktu ni, sehingga kitorang bertiga tak tau nak buat apa sambil tengok benda ni hidup live depan mata kitorang. Bentuk dia sangat menakutkan seperti batang besar yang menyerupai lembaga dan mempunyai rupa wajah gelap yang sangat-sangat menakutkan. Lalu saiful cakap kat kitorang..

Saiful : Cepat lari weyh! Belah weyh!

Saya : Tanpa banyak fikir saya terus lari buka langkah(5 anak tangga sekali langkah beb!)

Bayang kan betapa takut nya saya. Huhu! Saiful jangan cakap la, smpai nak terjatuh dia time lari naik tangga tu sebab berebut naik dengan saya. Dan dalam keadaan tu titibe muiz pula menjerit..

Muiz : (dia meraung menangis) Anak aku! Anak aku!

Lebih kurang macam tu la muiz menangis dan meraung sambil sebut nama anak dia. Dan kami berdua pun tersentak seketika tengok keadaan muiz macam tu. Kami tengok dia campak helmet dan safety glass dia dan bergegas nak bukak kasut safety boots dia seperti nak buat sesuatu. Macam nak terjun laut nak pegi kat “benda” tu. Dengan berbekal kan iman yang tak seberapa nak ada kat saya dan saiful, kami berdua pun tanpa berfikir panjang berpatah balik dan pegi tarik muiz bawak naik atas untuk lari tingal kan benda tu. Tapi muiz berkeras dengan kami dan dia cakap, dia nak selamat kan anak dia!

Wah! Bengang kami weyh time ni. Anak pebenda yang muiz merepek sambil meraung menangis macam tu. Sambil dia tunjuk tangan dia kat benda tu dan cakap “anak aku.. anak aku..” Seram pulak kami berdua time tu. Tapi saya dan saiful malas nak fikir pasal tu dan kami bedua pun peluk dia bawak naik atas walaupun masa tu keadaan kami terpaksa bergelut dengan si muiz ni dari terjadi apa-apa yang tak di ingini berlaku. Dan dalam pada tu juga, situasi ni disedari oleh seorang incharge kami dari atas pelantar. Saya nama kan dia sebagai “pak mulyadi”(bukan nama sebenar) dia ni indonesian islam kuat solat dan sangat berpengelaman. Time tu dia tengah nak check keadaan kami buat keje nak otw pegi bawah pelantar. Dan dia terkejut tengok kami kat bawah tu dalam keadaan huru hara. Sebab bole nampak dari atas kalau kite tengok dari lantai grating tu kan.

Time dia nak turun tu, titibe ada satu bunyi yang sangat menakutkan datang dari “benda” batang tadi tu. Seperti bunyi binatang tengah mengaum marah. Garau bunyi dia. Tak tau cane nak explain bunyi tu. Ada dalam 5 ke 10 minit bunyi garau tu. Dan bunyi tu bertukar jadi bunyi seorang budak-budak tengah menjerit berulang ulang.

agrhhhhhhhhhhhhhhh.. arghhhhhhhhhhh…

Nyaring sangat bunyi menjerit ni. Di ikuti dengan bau hanyir tadi yang semakin membusuk. Muiz time ni dia terduduk dan blur macam orang kena sampok tapi mata dia terbukak dan pandang ke arah mahluk tadi tu. Mahluk batang tu menampak kan sepasang mata. Merah sangat mata dia tambah lagi benda tu berpaut kat kawasan gelap melekat kat kaki pelantar. Jadi wajah mahluk tu tak jelas kelihatan.

Dan dengan pantas supervisor saya pak mulyadi ni dia turun mendapatkan kami. Dia melihat keadaan kami mase tu seperti dia mengetahui sesuatu apa yang terjadi dekat kami bertiga. Lalu dia terus laung kan azan mase tu. Dan kami terasa pelantar time tu seakan bergoyang bergegar dengan kuat. Air laut pun berkoncang mase tu. Sehingga la bunyi budak menjerit tadi tu sayup-sayup kedengaran dan terus hilang dari pandangan.

Kawan saya muiz pun separuh sedar mase benda tu dah hilang. Dan dia nampak lemah, saya skip ok. Dan esok nye dia dihantar pulang ke darat. Mungkin effect rasukan dari benda tu. Saya kurang pasti. Tapi yang pak mulyadi cakap kat kami benda tu bole merasuk manusia dan bole menyebab kan kematian jika tersilap langkah. Dan kami diberitahu lagi, yang mahluk tu sejenis hantu laut/air orang panggil “tembuakar”. Bende ni, kata orang dulu-dulu kite jangan sesekali tegur bile ternampak. Dan ada jugak mitos mengatakan, jika kite alert dah nampak benda ni dari jarak jauh. Adalah lebih baik untuk meninggal kan tempat tersebut secepat mungkin. sebelum perkara yang tak di ingini berlaku. Sebab hantu jenis ni meminta nyawa.

Kurang pasti la saya tentang fakta-fakta ni. Tapi bagi yang kaki pancing mesti ada pengelaman kan pasal natang ni. kadang tu ada betol nya juga kan cakap orang tua yang dah hidup terlebih dulu sebelom kita. Tak dinafikan dalam keadaan dimana sekalipun tempat kita berpijak, yang pastinya disitu jugak adalah tempat mahluk-mahluk jin dan syaiton ini berada. Jadi kite yang baik-baik manusia ni, sentiasa lah beristigfar semoga kita dalam perlindungan Allah SWT. Dengan adanya pesanan ini juga adalah untuk mengingati diri saya yang kerdil ini. Waullahualam.

Jika ada di lain kesempatan, akan saya kongsi kan lagi pengelaman seram saya yang lain semasa di pelantar minyak. Sebab terlalu banyak perkara-perkara mistik berlaku sepanjang saya bekerja di lautan yang luas ini. Seperti ternampak kelibat pekerja india yang telah mati akibat incedent kemalangan di pelantar dan hantu yang menyerupai kawan saya, jelmaan kapal layar perang dan banyak lagi.

InsyAllah saya akan kongsikan by part pada siri kisah-kisah seram saya yang lain selepas cerita ini di publish nanti. Apapun, sebelum terlambat saya ingin meminta maaf jika cara penulisan saya kurang menepati ciri-ciri seperti yang para pembaca nak. Atau pun kurang difahami dan tidak menyeram kan. Dengan adanya kritikan atau komen-komen korang, amatlah saya hargai untuk memperbetul kan lagi cara penceritaan saya.

Saya ucap kan selamat menyambut tahun baru 2019 yang akan datang tidak lama lagi. Dan saya doakan untuk semua readers di ruangan FS ni dipermudah kan segala urusan dan di murahkan lagi rezki di tahun 2019 akan datang. Amin

32 thoughts on “Hantu air “TEMBUAKAR” di Pelantar Minyak”

  1. Very nice! Walaupun awak tak mintak, taoi menarik pengalaman awak. Semoga apa2 yang pernah terjadi buatkan awak lebih dekat dengan Allah, dan sentiasa dalam lindungan Nya. Lepas ni ceritala pasal jelmaan kapal yang awak nampak. Saya selalu curious sebab orang dulu2 selalu cerita nampak kapal hantu.

    Reply
  2. Hantu tumblr ni haha..dilautan banyak lg yg masih bstatus ghaib kerana belum diteroka tmasuklah cuaca,magnetic,fire ring….err bang..ada pengalaman dak china coast guard mai merempit dekat2 plantar?

    Reply
  3. Orang Melayu adalah bangsa pelayar hebat. Jadi banyak rahsia ilmu lautan yg ada tapi disebabkan terjajah ratusan tahun ilmu2 ni semakin hilang. Jika ada pun, ia direkodkan oleh penjajah British dan disimpan oleh mereka. Tembuakar/hantu laut/air adalah salah satu drp ilmu pelaut Melayu dahulu kala.

    Reply
  4. Nice…Kisah pasal benda ni dulu memang famous di daerah Kami tapi versi sungai.Harus diingat benda ni boleh menyerupai bentuk tak kira apa . Walahualam.

    Reply
  5. best cerita yus..teruskan bercerita ya..nak dengar pengalaman2 yang seterusnya, disamping tu
    jaga la diri bebaik bila kerja kat pelantar tu

    Reply
  6. pernah baca kisah makhluk ni tapi tak pasti bahasa sabah @ brunai. kisahnya seorg budak tu mandi dgn beberapa org kwn kt jeti sungai kampung nenek dia lewat petang. tgh mndi2 tu tetiba diorg nmpk ada 1 objek mcm batang kayu dipenuhi akar yg terapung & berpusing (rasanya bergolek) mendekati jeti. benda tu memancutkn air sm mcm cerita di ats. diorg cpt2 naik ke ats & perhatikan benda tu. smpai je benda tu kat jeti dia belit tiang jeti dgn akar yg ada kt badan dia. tetiba ada sorg budak tunjuk2 kt benda tu sambil panggil paa.. paa… seolah2 bapa dia ada kt tempat makhluk tu tersadai. dia siap nangis2 nk pegi kt makhluk tu seolah2 bapa dia ada kt situ. kebetulan bpk sedara budak tu dtg & bgtau yg bapak dia ada kt rmh bkn kt situ. bdk tu trs nangis & berlari ke arh benda tu tp bpk sedara dia sempat tangkap. tetiba bapak bdk tu yg btul dtg baru bdk tu diam & sedar yg benda kt sungai tu bkn bpk dia. trs diorg semua kena marah dgn bpk budak tu sbb tunggu kat situ lps nmpk benda tu. dia bgtau benda tu tembuakar & sepatutnya diorg terus tinggalkn tempat tu lps nmpk dr jauh. sesiapa yg mendekati benda tu akan dililit dgn akar tu & ditelan. bpk bdk tu panggil ustaz utk halau & smpai mlm br benda tu hanyut tingglkn tmpat tu. time tu diorg terbau busuk hanyir mcm kayu reput.
    Dari kisah2 ni kita blh conclude yg benda ni blh pukau sesiapa yg ada berdekatn dgn menyamar sbg ahli keluarga terdekat supaya pegi kt dia & bila dh dkt dia akn belit & telan mangsa. Jadi kalau berada kt tempat berair ni tak kita laut, sungai @ tasik klau nmpk benda2 pelik ni cpt2 la pegi dr situ. tak pyh nk rakam & viral bimbang lain yg jadi.

    Reply
  7. DiKampung kami versi sungai pun ada ‘batang’ ni. Kami panggil ‘galau’ boleh menyerupai binatang hutan. Orang tua kami cakap, kalau mandi sungai or mau limpas sungai; jangan kempunan saja. Galau or ‘batang’ ni jarang timbul kalau tidak kempunan or air sungai besar / banjir.
    Sangat menarik cerita Tembuakar ini. Thanks

    Reply

Leave a Comment