Tajuk:
The Eagles And The Wild Spirit.
Petang itu hujan renyai membasahi bumi,terasa dingin seluruh anggota tubuh ku,aku ke dapur dan membuat segelas kopi panas untuk menghilangkan kedinginan hujan petang,siap sahaja minumanku aku terus menuju ke sofa dan berehat sebentar,aku menghirup secawan kopi yang baru sebentar tadi ku buat sambil mendengar lagu-lagu dari radio klasik yang berkumandang.
“Di masa berpisah mengapa hatiku
Rasa sedih”
“jumpa tak lama bersua dikau kekasih”
“Janganlah kau sayu air mata jangan di buang”
“Kalau rindu pesan saja di awan petang”
Sebuah lagu dendangan dari Allahyarhamah datin rafeah buang yang membuatkan aku teringat pada seseorang yang jauh di kampung halamanku,sehinggakan aku terlena di atas sofa yang ku duduk sebentar tadi.
Petang pun berlalu,kini tibanya waktu senja,lantas aku bangkit dari sofa tempat terlena seketika ku dan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah,selesai sahaja solat ku,aku terus pulang ke rumah dan menelefon seorang demi seorang sahabatku untuk berjumpa di sebuah restoran berdekatan rumahku untuk berbincang mengenai suatu tugas yang amat berat bagiku dan mereka semua.
Sesampainya mereka di restoran itu,aku menghidupkan enjin motorsikal ku dan terus menuju ke restoran tersebut lalu aku berbincang dengan sahabat-sahabatku mengenai serangan yang akan dilakukan oleh pengamal sihir yang dihantar kepada seorang pesakit ku
bukan calang-calang sihir yang dia gunakan,sihir itu telah mengambil nyawa salah seorang ahli keluarga pesakit ku,aku sangat berduka cita diatas kisah nya itu,selesai sahaja perbincangan kami,aku lantas membawa mereka semua ke rumahku.
Sesampai sahaja di rumah,aku mencapai sebatang kayu panjang dan membuat satu petak besar di atas tanah untuk memagar seluruh penjuru tempat pertempuranku, sementara menunggu arahan dari pegawai-pegawai tertinggi ku.
Tepat jam 12.00 malam,aku mengatur strategi peperanganku bersama sahabat-sahabatku untuk menghadapi si tukang sihir durjana tersebut,segala senjata telah ku siapkan,setiap penjuru dinding rumahku telah ku pagar,hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyerang si tukang sihir tersebut.
Tidak lama kemudian,arahan telah sampai kepadaku,dan aku menerima arahan penyerangan dari pegawai-pegawai tertinggi ku,aku bersama-sama sahabatku telah bersiap sedia di atas segala kemungkinan untuk menghadapi peperangan itu,dan aku diberi peranan sebagai seorang ketua di dalam menerejaui angkatan peperangan menentang si penyihir tersebut.
Masanya telah tiba,aku ke dapur dan mengambil semangkuk air lalu aku titiskan sedikit minyak masak dan dicampur dengan dakwat pen sambil mulutku terkumat kamit membaca ayat suci al-quran untuk mengetahui dimana lokasi tukang sihir tersebut,setelah aku mengocak kan air itu dengan jari telunjuk ku,dengan izin ALLAH yang Maha Berkuasa,terbentuklah sebuah kampung yang sangat jauh di seberang lautan,syukur ya ALLAH.
Aku berkata kepada sahabatku,
“kat sini tempat dia,kita akan menghadapi tugas yang sangat berat,semua berhati-hati,aku akan siapkan bala tentera untuk menghadapi musuh-musuh kita”
ujarku pada mereka.
Memandangkan tempat itu terlalu jauh,aku perlu menyeberangi lautan yang sangat luas,sepertimana aku kata kan tadi lepas sahaja lautan itu ada sebuah perkampungan yang terpencil dimana tempat si penyihir itu tinggal,untuk melepasi lautan tersebut,aku mengarahkan 6 ekor unit penempur udaraku merupakan burung helang gergasi untuk membawaku bersama sahabatku kesana,dan kami semua pergi menggunakan roh,lantas helang-helang gergasi tersebut turun mencecah bumi.
Chapter-1
(The Eagles And The Air Striker)
Dengan meratip zikir ALLAH di bibir,aku dan sahabatku terus menunggang burung helang gergasi dan bersiap sedia untuk berlepas,aku berkata kepada sahabatku,
“walau apa pun yang terjadi jangan undur,teruskan perjuangan dan tentang mereka habis-habisan!!!!”
ujarku pada sahabat-sahabatku
dengan kalimah suci ALLAHHUAKBAR,helang-helang gergasi itu melonjak ke udara dan membuka kedua sayapnya lalu kami pun berlepas.
Aku dan sahabat-sahabatku
terumbang ambing dibawa terbang oleh helang-helang gergasi itu melalui sebuah kawasan pergunungan,salah seorang dari sahabatku hampir terjatuh kerana terlalu laju ianya terbang aku terus mencapai tangan sahabatku seraya berkata padanya,
“pegang tali helang tu kuat-kuat jangan lepas”
mujurlah tidak menjadi apa-apa,jikalau tidak ianya akan menjadi masalah bagiku,selepas melewati kawasan pergunungan itu, kami menempuh pula lautan yang sangat luas sepertimana aku kata kan tadi,aku meneruskan penerbangan ku bersama sahabat-sahabatku menuju ke tempat si penyihir tersebut dan terlalu banyak halangan yang perlu aku tempuhi untuk sampai ke sana.
Dalam masa aku menuju ke sana,salah seekor pengiring helang gergasiku telah melihat satu ancaman makhluk yang sukar untukku jelaskan,ianya merupakan ular bersayap berkaki empat, wajahnya agak menyeramkan alis matanya tajam giginya menyeringai keluar dan cuba menyerang angkatanku,agak besar fizikal makhluk tersebut,
sahabat-sahabatku bertanya kepadaku,
“apa benda tu long?”
aku membalas,
“entah,aku tak pernah tengok makhluk macam ni,nampaknya dia akan menyerang angkatan kita” ujarku padanya.
lalu aku perintahkan seekor daripada helang gergasi ku untuk menyerangnya dan bertempur lah mereka berdua sambil diperhatikan oleh angkatan perangku dan aku pun memberhentikan penerbangan untuk seketika.
Seekor lagi pengiring helang gergasi aku perintahkan untuk membantu,dicengkam nya ular bersayap berkaki empat itu dengan kukunya yang tajam,makhluk itu tidak mahu mengalah,dilibasnya helang gergasi ku dengan ekornya yang panjang dan tajam sempat mengena sayap sebelah kanan salah seekor helang gergasi tersebut,nasib menyebelahinya tidak terjadi apa apa.
Aku membantu helang-helang gergasi ku dengan melemparkan sebatang lembing emas ke arah makhluk tersebut lalu tepat mengena kepalanya,manakala 2 ekor pengiring helang gergasi ku terbang ke udara dan membuat formasi serangan akhir,dia menuju laju ke arah makhluk tersebut seperti peluru berpandu dan menyambar makhluk tersebut dengan kaki nya,sehingga ekornya terputus dari badan nya,lalu terjatuhlah makhluk tersebut ke dalam laut,maka tamatlah riwayat makhluk berupa ular bersayap dan berkaki empat itu,selesai sahaja pertempuran udara tersebut sepantas kilat mereka kembali semula kepada angkatan-angkatan penempurku,tanpa membuang masa aku terus melanjutkan penerbanganku.
Aku dan angkatanku terus menuju ke tempat si penyihir tersebut sambil di iringi oleh helang-helang gergasi ku,mata mereka tajam memandang ke setiap penjuru arah untuk berkawal,mana lah tahu kalau-kalau ada lagi ancaman yang datang menimpa angkatanku.
Apabila melepasi lautan itu,aku dan angkatan perang ku melihat sebuah kampung yang terpencil penuh dengan hutan rimba dimana tempat si penyihir itu tinggal dan aku menemui sebuah kawasan tanah yang luas tidak terlalu jauh kira-kira 4 kilometer dari tempat si penyihir tersebut,lalu aku arahkan angkatan penempur udara ku untuk mendarat.
Dengan perlahan-lahan angkatan helang-helang gergasi ku menjunam turun menutupi semua sayapnya lalu mendarat di kawasan yang luas tadi,aku bersama sahabat-sahabatku turun dari menunggang helang-helang gergasi tersebut dan aku perintahkan helang-helang itu menunggu hingga selesai kesemua tugas ku.
Aku dan sahabat-sahabatku terus menuju ke tempat si penyihir itu dan bersiap sedia di atas segala kemungkinan,dalam perjalanan aku ke sana,aku dan sahabatku yang lengkap bersenjata menempuh hutan belantara yang sangat luas tanpa menghiraukan ancaman yang datang.
Didalam perjalananku menuju ke tempat si penyihir tersebut,aku dan sahabatku terlihat ke arah satu pokok yang sangat besar di tengah hutan belantara tersebut,seekor makhluk yang menyerupai monyet merangkak menuruni pokok di hadapanku dengan wajahnya yang sangat mengerikan,aku dan para sahabatku terpaku sebentar apabila melihat wajahnya yang mengerikan itu,lidahnya menjelir keluar hingga mencapai tanah,keliling anak matanya yang berwarna putih meliar memandang kami semua,giginya yang tajam dan tubuhnya yang agak besar menambah lagi keseramanya.
“jangan takut,teruskan melangkah”
ujarku kepada para sahabatku.
Aku dan sahabatku mengeluarkan senjata berupa pedang dan bersiap sedia untuk bertempur dengan nya,pertama kali aku menduga hanya seekor sahaja yang datang untuk menyerang angkatanku,dan apabila aku amati betul-betul rupa-rupanya sangat banyak pengikut makhluk berupa monyet itu melebihi 80 ekor,kesemua wajah pengikutnya sangat mengerikan.
Ada di antara makhluk tersebut berulat penuh di wajahnya sebesar ibu jari orang dewasa pakaianya serba hitam dan rambutnya yang panjang mencapai pinggang,dia menunjukkan kukunya yang tajam di hapadan aku dan sahabat-sahabatku,aku mula tidak senang apabila melihat makhluk tersebut.
Jumlah mereka terlalu ramai untuk dibandingkan dengan jumlah angkatan penempurku yang hanya 8 orang,lalu aku menadah kedua belah tanganku dan memohon doa kepada yang Maha Berkuasa supaya jauh dari malapetaka.
Aku dan sahabatku-sahabatku menepuhi situasi yang sangat sukar dimana kami semua dikelilingi oleh pengikut makhluk mengerikan yang berupa monyet itu,dengan menyebut dua kalimah syahadah kami bertempur tanpa menghiraukan ancaman yang datang.
Sebuah pertempuran yang tidak diduga,aku dan sahabat-sahabatku mengerahkan seluruh tenaga dan menyerangnya bertubi-tubi menggunakan sebilah pedang ke arah mahkluk-makhluk tersebut sehingga ada di antara makhluk mengerikan itu terputus bahagian badan nya dan jatuh tersungkur ke tanah lalu hilang ghaib.
Pertempuran belum berakhir,mereka menyerangku dan sahabatku dengan ganas sekali, mereka menunjuk kan kebolehanya menyerang dari udara lalu ia turun menjunam ke arah tiga orang sahabatku dan terus mencengkam sahabat-sahabatku lalu mereka bertiga tersungkur jatuh dan pengsan,aku tergamam melihat sahabatku ketika itu,aku pun berlari mendekatinya dan membantunya,aku menghayunkan pedangku ke arah makhluk mengerikan itu hingga kepalanya terputus lalu aku menendang nya hingga ianya rebah ke tanah dan meninggalkan bau yang sangat meloyakan tekak ku.
Aku memapah seorang demi seorang sahabatku yang terbaring tidak sedarkan diri tadi,akibat hentakan kuat di bahagian dada itu ke tempat yang lebih selamat,dan aku mengarahkan seekor helang gergasiku kemari untuk membawa mereka pulang ke pengkalan untuk menerima rawatan,dan helang gergasiku pun tiba lantas terbang ke udara lalu membawa mereka pulang.
Serangan makhluk itu terlalu kuat,aku dan sahabatku yang lain sudah tidak mampu mengatasi serangan makhluk mengerikan itu lagi,makhluk itu menyerang dari setiap penjuru tempatku bertempur dan menyerang setiap seorang sahabatku sehingga mereka tercampak ke tanah,tiga orang lagi sahabatku telah tumbang,aku berlari mendekati mereka dan memapah mereka ke tempat yang selamat,lalu aku arahkan seekor lagi helang gergasiku membawa mereka pulang ke pengkalan.
Kini yang tinggal hanyalah aku dan sahabatku berdua,aku berserah jikalau terjadi apa apa di medan pertempuran ini dan aku sedikit pun tidak akan berganjak,aku dan sahabatku menyerang bertubi-tubi makhluk puaka tersebut,akibat jumlahnya terlalu banyak aku dan sahabatku sudah tidak terdaya lagi untuk memeranginya di serangnya kami berdua dari arah depan lalu kami pun tersungkur jatuh ke tanah.
“Argghhh”!!!!!
Teriak ku kuat dan didengari oleh sahabatku yang tersungkur tadi,aku dan sahabatku sudah tidak bermaya lagi menentang makhluk puaka tersebut yang kekuatanya tidak terjangkau dek akal fikiran manusia,badan kami kaku,kami cuba untuk berdiri untuk menentang mereka lalu rebah kembali,dengan perlahan mereka mendekati aku dan sahabatku kerana mereka tahu kami sudah tidak terdaya lagi untuk menentang mereka.
Untuk tenaga ku yang terakhir,
tercungap-cungap aku membacakan sepotong ayat suci al-quran lalu menepuk tapak tangan kananku ke tanah dan aku menyebut kalimah suci ALLAHUAKBAR!!!!!
Kttappppp!!!!!
Dengan izin ALLAH,aku terdengar suara ngauman yang sangat kuat,tiba-tiba muncul lah seekor singa jantan berwarna putih bersama angkatan penempur daratnya yang merupakan (harimau belang) (harimau kumbang) (jaguar) (harimau bintang) (beruang kutub) (serigala hitam) dan seekor gorila gergasi untuk membantu ku di medan pertempuran ini.
Chapter-2
(The Wild Spirit Arrive)
Mereka memandang tepat ke arah setiap penjuru medan pertempuran ini dengan wajahnya yang sangat bengis,lalu mereka berbaris di hadapan kami untuk berkawal dan menunggu arahan dariku untuk menyerang semula,perlahan-lahan aku dan sahabatku cuba bangkit untuk menentang makhluk-makhluk puaka tersebut.
Aku dan sahabatku terus berusaha untuk bangkit,dan akhirnya kami berjaya bangkit dari tanah tempat tersungkur kami tadi lalu terus berdiri teguh bersama semangat yang liar itu.
“Alright…the wild spirit are you ready?”
Ucapku kepada mereka dan mereka pun menyahut ucapanku dengan masing-masing mengeluarkan suara yang amat menggerunkan, lalu aku memberi arahan kepada mereka untuk menyerang dari setiap sudut makhluk-makhluk puaka tersebut.
“Now….the wild spirit,go and finish them all !!!!!”
Teriak ku pada mereka.
Mereka terus meluru laju ke arah makhluk puaka tersebut dengan ganasnya mereka menyerang musuh-musuh mereka tanpa belas kasihan,lalu dibantu oleh 6 ekor penyerang udaraku yang merupakan burung helang gergasi,
dan angkatan perangku menyerang mereka bertubi-tubi.
Singa putih itu menerkam satu persatu musuhnya dengan sangat ganas,sehingga makhluk puaka itu langsung tidak ada peluang untuk melepaskan diri dari cengkaman sang raja rimba itu,manakala harimau belangku mengekorinya dari belakang dan membantu untuk menyerang.
Penyerang udaraku terus menjunam laju ke arah daratan dan terus mencengkam makhluk puaka itu satu demi satu dan dibawa terbang menuju ke lautan lalu dilepaskan nya,semangatku bersama sahabatku membuak-membuak apabila melihat mereka bertempur,dan kami pun mara di medan pertempuran itu sambil di iringi sang pemangsa.
Dikala serangan itu berlangsung aku terlihat satu susuk tubuh yang tinggi seperti tiang lampu di pinggir jalan dan wajahnya yang sangat mengerikan dengan rambutnya yang panjang mencecah tanah,lidahnya menjelir keluar,giginya yang tajam menambah lagi keseramanku, kedua anak matanya putih umpama mayat dan bertanduk,aku dan sahabatku terdiam seketika.
Meremang seluruh anggota tubuhku apabila melihat makhluk astral tersebut,aku dan sahabatku terus menuju laju kepadanya,lalu memberikan satu tendangan padu ke arah makhluk tersebut dan diikuti serangan dari sang pemangsa,mungkin itu ketua makhluk puaka tersebut dan seranganku dapat dipatahkan olehnya,aku dan sahabatku tidak akan mengalah,dilibasnya aku dan sahabatku dengan kedua belah tangan nya mujur aku dan sahabatku sempat mengelak jikalau tidak,mungkin ada sesuatu yang buruk berlaku,aku mengeluarkan sebilah pedang yang bersalut emas dan menerpa ke arah nya lantas membelah kedua tangan makhluk tersebut.
Wuaaahhhhhh!!!!!!!!
Terdengar jeritan yang sangat kuat dari makhluk tersebut sehingga bergema seluruh medan pertempuran,lalu aku mengarahkan unit pemangsa daratku untuk menyerang,mereka berlari laju menuju ke arah makhluk tersebut dan ditendangnya salah seekor unit pemangsaku merupakan serigala hitam sehingga tercampak ke tanah,aku terpaku sebentar ianya masih kuat lagi dengan pantas aku menerpa ke arah makhluk itu dan terus membelah ke dua kaki nya,lalu ianya rebah ke tanah meninggalkan bau yang sangat hanyir seperti bangkai ikan yang sudah lama di biarkan,aku pun menjinjing unit penempur daratku yang cedera tadi akibat ditendang dan membaringkanya di sebuah pohon yang rendang sambil dikawal oleh unit penempur darat yang lain lalu aku kembali ke medan pertempuran semula.
Aku dan sahabatku tidak memberi peluang sedikit pun kepada makhluk puaka tersebut,bertubi-tubi kami menyerangnya dibantu dengan unit penempur darat.
Grrraaaauuuummm!!!!!!!
Terdengar ngauman penyerang daratku merupakan seekor jaguar belang menerkam mangsanya dengan kuku nya yang sangat tajam sehingga terkoyak kulit makhluk puaka tersebut,lalu menggigit leher mahkhluk itu dengan taringnya dan di lemparkan ke sebatang pokok yang agak besar sehingga makhluk itu hancur.
Seekor lagi unit penempur daratku tiba,ia merupakan seekor harimau bintang dan berlari sangat laju ke arah makhluk-makhluk tersebut lalu menerpa ganas mangsa-mangsanya dan di ikuti dengan serangan dari harimau belang,harimau kumbang,beruang kutub dan gorila gergasi.
Aku,sahabatku dan sang raja rimba terus bertempur sehingga semuanya selesai,jumlah makhluk itu semakin sedikit kerana serangan ganasku bersama unit penempur udara dan darat ku,aku melihat makhluk yang sangat menyeramkan itu bergelimpangan ke tanah,bermacam-macam rupa aku lihat,ada yang mata nya tersembul keluar,usus kepalanya terurai,wajahnya yang berulat aku gagahkan juga diriku untuk melihat makhluk-makhluk puaka tersebut sehingga meloyakan tekak ku dan sahabatku,lalu makhluk-makhluk itu terus ghaib dari pandanganku.
Pertempuran ku dengan makhluk-makhluk puaka itu telah selesai,kemenangan berpihak kepada kami dan semua unit penempurku,mereka bersorak gembira di atas kekalahan makhluk-makhluk tersebut,aku dan sahabatku mencungap-cungap mengambil nafas lega,kini masanya telah tiba,kami semua berjalan menuju ke lokasi tukang sihir durjana tersebut.
“Alright all warrior’s,we have one more job to do,lets go”!!!!!!
Berkata aku kepada semua unit penempurku dan mereka menyahut lantang ucapanku dengan ngauman suara yang amat kuat dan menggerunkan mereka pun mara di tengah-tengah medan pertempuran tanpa gentar menuju ke lokasi tukang sihir tersebut.
Chapter-3
The Final Battle.
Kami berjalan di dalam kegelapan malam menempuhi seluruh hutan belantara,suasananya sungguh tenang sambil ditemani sang unggas yang berterbangan,dimasa perjalananku ke sana,aku terdengar suara seseorang yang agak garau seakan-akan membaca jampi serapah,aku mengarahkan angkatanku untuk berhenti sebentar,lalu aku terlihat sebuah rumah yang sangat usang dimana si penyihir itu tinggal.
Aku dan sahabatku terus menyerbu masuk ke dalam rumah usang yang didiami nya itu,sementara unit penempurku mengawal di luar perkarangan rumah tersebut,alangkah terkejutnya aku dan sahabatku apabila melihat bahan-bahan sihir yang digunakan si tukang sihir durjana tersebut seperti tengkorak kambing gurun,lilin mengelilingi setiap penjuru rumah usang itu,bau asap kemenyan menyengat masuk ke dalam hidungku dan ada sepasang gambar bersaiz kecil dimana si penyihir itu hendak mengenakan mangsanya.
Aku dan sahabatku mencari si penyihir tersebut di setiap penjuru rumah usang itu,namun kami gagal menemuinya dan tidak lama kemudian aku dan sahabatku terdengar bunyi sesuatu seperti deringan loceng dari atas bumbung rumah ini,aku dan sahabatku melihat ke atas rupa-rupanya ada seorang lelaki berpakaian serba hitam menutupi kepala,kulitnya hitam dan gelap wajahnya yang bengis ianya adalah si penyihir tersebut,dia bersembunyi di atas bumbung rumahnya dengan tiba-tiba dia menjunam turun ke bawah dan menyerang kami menggunakan tongkatnya,lalu kami berdua melompat laju ke sudut kiri dan kanan penjuru rumah untuk mengelak serangan nya.
Kami bangkit untuk menyerang,dan meluru laju ke arahnya lalu aku dan sahabatku memberikan satu tumbukan padu ke bahagian perut si penyihir itu…baammmm!!!!!! tepat mengena perut si penyihir tersebut dan dia hanya mengundur kebelakang sedikit sahaja akibat tumbukan padu kami tadi,aku dan sahabatku terus tergamam apabila melihat serangan kami tidak sedikit pun memudaratkannya.
“hahahahahahah”!!!!!!!!
“engkau berdua masih budak mentah untuk dibandingkan dengan kekuatan ilmu sihir aku,engkau berdua bukan lawan aku”hahahahahah!!!!!!!!
Terdengar si penyihir angkuh itu mentertawakan aku dan sahabatku kerana serangan kami gagal terhadapnya lalu dibacanya mentera ilmu kebal untuk melindungi dirinya dari serangan kami bedua,tanpa berlengah aku terus menuju ke arahnya dan memberikan satu lagi tendangan padu ke bahagian dadanya lalu ditepisnya kaki ku sehingga tercampak ke dinding.
Warghhhhh!!!!!!! jeritku menahan kesakitan,manakala sahabatku terus meluru ke bahagian wajah si penyihir itu dan memberikan satu hayunan siku ke arah mukanya dan penyihir itu menahan hayunan tersebut lalu ditendangnya sahabatku di bahagian perut hingga jatuh tersungkur ke lantai.
“huaarrghhhh”!!!!!!! teriak sahabatku menanggung kesakitan akibat ditendang oleh si penyihir tadi, sehingga membuak-buak darah merah mengalir keluar dari mulutnya,aku menjerit memanggil namanya namun sahabatku tidak bermaya untuk menyahut panggilanku,lalu sahabatku pun tumbang dan tidak sedarkan diri.
Kini,aku seorang sahaja yang tinggal untuk menentang si penyihir tersebut,dengan lafaz bismillahhirahmannirahim,perlahan-lahan aku cuba berdiri dan akhirnya aku berjaya bangkit semula,lantas aku menuju ke arah sahabatku untuk melihatnya,sungguh sayu hatiku apabila melihat sahabat seangkatanku terbaring berlumuran darah di mulutnya,lalu aku memapah sahabatku dan menyandarkannya di dinding rumah ini,tercungap-cungap aku berkata kepada sahabatku,
“engkau jangan risau,biar aku sorang bertempur dengan si jahanam tu”ujarku padanya.
Pertempuran terus berlangsung,aku cuba bangkit dan mengerahkan seluruh tenagaku untuk menentangnya,tanpa membuang masa aku terus meluru laju ke arahnya dan memberikan satu anjakan lutut sebelah kananku ke bahagian dagu si penyihir tersebut.
Gedegangggggg!!!!!!!
Hayunan lututku tepat mengena dagu si penyihir tersebut lalu dia pun jatuh tersembam ke lantai dan dia bangkit untuk menentangku semula.
“hah?!!!,kuatnya dia!!!”
Soal hati kecilku terkejut,dengan tiba-tiba dia meluru ke arahku dan menghayunkan tongkatnya ke arah dadaku,aku menepis serangannya sambil memberikan satu tendangan padu kaki kananku ke bahagian perutnya lalu berhamburan darah menyembur keluar dari mulutnya dan dia tersungkur jatuh ke lantai.
“wooaaarrghhhh”!!!!!!!!
Jeritan nya kuat kedengaran sehingga memecah keheningan malam,tanpa berlengah aku mengunci kesemua pergerakan tubuhnya menggunakan sebaris ayat pemusnah sihir berserta tumbuk kan padu terakhir ke bahagian hidungnya maka terkuncilah seluruh tubuh si penyihir tersebut,lantas aku menoleh ke arah dinding untuk melihat sahabatku yang tersandar tadi,lalu aku merapati sahabatku dan memapahnya untuk keluar dari rumah si penyihir itu lantas kami berdua menuju menuruni ke anak tangga rumahnya dan terus keluar meninggalkan rumah usang tersebut.
Chapter-4
Mission Complete.
Si penyihir tersebut terus terbaring kaku di dalam rumah usangnya itu tanpa sebarang pergerakan tubuhnya,aku memandang ke arah langit kelihatan petir saling sambar menyambar sehingga menggegarkan bumi,sejurus kami berjalan keluar terdengar kuat sorakkan seluruh unit penempurku meraikan kemenangan kami,lantas aku menghampiri mereka dan mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana membantu semua sahabat-sahabatku di medan pertempuran ini.
Tiba-tiba aku melihat satu lintaran petir menyambar dari atas langit menuju ke atap rumah si penyihir tersebut
Grreeggguunggg!!!!!
lantas bertempiaran segala atap-atap rumahya dan seluruh rumahnya terbakar hangus dijilat api yang marak,aku mengucap kalimah panjang apabila melihat kejadian yang menimpa si penyihir itu,lalu aku mengarahkan semua unit penempur udaraku turun untuk membawa roh kami berdua dan unit penempur daratku pulang ke pengkalan yang bertapak dirumahku,gergasi-gergasi itu pun datang dengan megahnya sang helang lalu melebarkan kedua belah sayapnya dan membawa kami semua terbang ke udara.
Sebuah kisah pertempuran,satu erti persahabatan dan seangkatan semangat yang liar tidak mungkin dapat aku lupa kan.
Setibanya kami di pengkalan aku melihat sahabat-sahabatku terbaring tidak sedarkan diri,lantas aku ke dapur dan mengambil air mineral untuk diberikan kepada mereka,dengan perlahan-lahan mereka minum lalu terbaring semula tidak sedarkan diri dek kerana terlalu penat akibat bertempur dengan si tukang sihir bersama khadamnya itu,aku tersenyum melihat gelagat mereka lalu aku menuju keluar di hadapan laman rumahku dan memandang ke arah langit seraya mengatakan
“adakah lagi manusia seperti si penyihir tersebut melakukan perkara terkutuk itu”
-THE END-
1st!!!!!
Wow… Amazing story… Betul ke rekaan semata-mata ni? Macam logik macam tak logik..
hmmm i cannot brain with this story……..
Imaginasi yg bagus!
Ilmu ghaib..
camni ke pengamal perubatan buat erk nk rawat pesakit2 yg terkena sihir? mcm real pulak cerita nii…hebat r penulis…hihiii…nanti story lgi erk…hehee… thumbs up
karangan ni mcm knl jek…sihat ke daeng..
hahahaha kompom daeng nih
cerita katun ni. cuma khas utk budak 10 tahun kebawah.
kalau ad sambungan sambung lah lg … best
Ni lh cth karya penulis yg suka main game. Punde dan bugima