Batu Arang di Tengah Malam

Assalamualaikum pembaca tegar FS. Aku cuma ingin berkongsi kisah yang aku saksikan sendiri dengan mata kepala aku dan bukan aku sahaja yang menjadi saksi, tapi ada 2 mata lain lagi yang menjadi saksi.

Kisah ini jadi masa aku masih belajar di salah sebuah universiti swasta di bahagian utara Negeri Selangor yang terletak memang di kawasan yang agak jauh ke dalam. Dari kampus ke bandar rawang mengambil masa lebih kurang 30-40 minit untuk ke bandar rawang dan perlu melalui kawasan lereng yang jalannya penuh liku dan selekoh. Ditambah pula dengan landskap kebun kelapa sawitnya dan hutan yang agak tebal pada masa tu. Untuk lebih menjadikan perjalanan lebih ekstrim, banyak cerita-cerita kejadian nahas jalan raya di sepanjang perjalanan. Ada yang bertembung dengan lori, ada yang terus meluncur tegak ke dalam gaung, ada yang melekat di lereng bukit. Pendek kata kebanyakan cerita itu ada benarnya mendangkan keadaan jalan pada masa tu. (batang berjuntai – batu arang – rawang).

Di jadikan cerita pada 1 malam aku dengan kawan-kawan lain (2 buah motosikal) pergi ke bandar rawang pada petang, dan gatal-gatal stay mamak untuk tengok bola di pekan rawang tu sampai 12.30 malam dan masing-masing acah berani kononnya masa tu darah muda masih mengalir lantaran pada malam itu cahaya dari bulan penuh sangat terang. Aku pulak rasa xberapa selesa sebelum mula perjalanan mengenangkan jalan yang bakal ditempuhi nanti.

Dipendekkan cerita, kami pun memulakan perjalanan yang kurang bijak itu, aku sejak dari muka ssudah mula rasa xsedap hati. pada awal perjalanan, kawan yang naik dengan aku tanya,
“Tebal betul hutan kat sini, mesti ade yang tinggal kat sini”.
‘Biar muka buruk tapi jangan bodoh’, balas aku yang cuba melawan perasaan takut.
Sejak dari awal aku dah mula rasa ada sesuatu yang memerhatikan kami. Aku seperti nampak ada sesuatu yang mengekori kami melalui ekor mata aku, tapi pada masa tu aku masih tak pasti.

Menyusuri jalan yang berselekoh, dan selalunya cahaya bulan yang di lindungi orang pokok2 yang lebih tinggi, menyebabkan kami sukar untuk kami memandu dengan laju, bayangkan hanya sekitar 70-80 km/h sahaja. Sehinggalah sampai di suatu selekoh yang agak mendatar, tiba suasana hening malam, yang pada masa itu hanya kedengaran deruman enjin motor kapcai kami, secara tiba2 di pecahkan dengan bunyi beruk-beruk yang bertempikan. Berdesir, dan bertempiaran umpama di sergah sesuatu. Yang peliknya, kami tak nampak walau seekor beruk yang melintas atau melompat di bahu jalan mahupun yang lari menerusi wayar elektrik. Hanya bunyi hiruk pikuk dan kesan pokok yang bergoyang umpama ada sesuatu yang singgah antara dahan ke dahan. Tiba-tiba aku terasa pinggang aku dipeluk rapat. aku kuatkan diri melihat siapa yang memeluk pinggang aku sebegini erat. Ya benar, kawan aku yang membonceng. sejak beberapa tahun kenal ini kali pertama dia peluk aku sebegini, bukan tanda aku suka, tapi bermaksud bukan aku saja yang alamai apa yang aku nampak tadi.

Aku mula terkumat kamit membaca apa yang patut aku rasa seperti iman aku telah bertambah masa tu dengan harapan semua ini berhenti, tapi ternyata aku salah tatkala kami kehilangan satu lagi motor, yang sepatutnya mengekori rapat di belakang kami. Aku jadi serba salah samada perlu kami perlahankan kenderaan atau berpatah balik. Aku mengambil keputusan untuk memperlahankan sedikit kenderaan sekitar 60km/h dengan dapat menjejaki kedudukan motor lagi satu. Aku cuba toleh ke belakang, dan ini kali seterusnya aku dikejutkan. Dibelakang pembonceng aku ada sesuatu yang melekap pada belakang dia, dengan rambut dan kain mengurai panjang. Bayangkan perasaan aku masa tu, mahu saja aku terajang kawan aku jatuh dan tinggalkan dia kat situ. Tapi mengenangkan kawan aku, aku tak buat macam tu. Aku hanya pecutkan motor, tapi jauh dilubuk hati aku risaukan keadaan 2 lagi kawan kami.

Sampai di satu simpang aku nampak ada sebuah motor menunggu giliran untuk masuk ke jalan yang kami lalui. bila diamati rupanya kawan kami yang terpisah tadi! Lega hati aku, tapi hanya untuk seketika. Rakan-rakan kami tadi cuba merapati belakang kami, dan membunyikan hon moto dengan panjang dan berulang-ulang dan apabila aku toleh kebelakang aku hanya nampak mereka hanya memberikan isyarat untuk laju. Dan masa tu aku amat pasti, yang mereka pasti nampak sesuatu pada kami. Pada masa tu mahu saja kau pura-pura pengsan, dan lepas bangun kami ada di hospital dan tak perlu melalui semua ni. Tapi itu hanya pemikiran pendek dan penyelesaian bodoh aku pada masa tu.

Itu ingatan aku yang masih jelas sehingga sekarang. Masih ada beberapa kejadian selepas itu tapi aku tak berapa ingat. Sehinggalah, sampai di rumah. Berebut-rebut kami masuk ke dalam rumah. Motor dan helmet di tinggal bergelimpangan. Semua tidur atas katil single yang sama sebab terlalu takut. Alhamdulillah, kami dapat tidur dengan jayanya sehingga hari esok kami bangun dan aku bertanya apa sebenarnya yang jadi malam tadi.

Aku tanya pada kawan aku, bagaimana mereka boleh mengikut jalan yang berbeza sedangkan bergerak sama-sama dari awal. Jawab kawan aku, mereka nampak kami belok di satu simpang, dan apabila mereka bunyikan hon, aku buat tak tau. Diorang cuma ikut saja sebab mungkin aku nak cuba jalan lain, dan apabila menghampiri kepala simpang, kami menghilang dan tiba mereka nampak kami datang dari arah yang lain. Sambung kawan aku lagi, mereka nampak ada sesuatu dibelakang kawan yang membonceng aku, memeluk dari belakang, rambut panjang, manakala di bawah motor aku ada satu lembaga yang berbungkus dan tergantung. Berdiri segala bulu di badan aku medengar penjelasan kawan aku. Selepas habis membawang tentang kejadian malam tu, kawan aku yang membonceng aku bangun untuk mandi.

Bila dia memusingkan badan nya, jelas kesan lebam garis hitam, dan aku membuat kesimpulan itu adalah kesan cakar. Sangat jelas! Kawan aku tu pun terkejut sebab dia tak rasa sebarang sakit dan kami pun pergi berubat mintak sorang pakcik berdekatan rumah kami untuk tengokkan apa kena dengan kawan kami. Dia pun ambil air mineral dan limau nipis, baca sikit dan suruh kawan aku mandi dgn air tu sekali sebelum subuh, sekali sebelum maghrib selama 3 hari berturut, dan alhamdulillah kesan tu pun kurang dan menghilang. Katanya kawan aku ni tegur dan benda tu mengikut. Masa tu aku rasa nak je aku lempang muka kawan aku sebab cabul sangat mulut awal2 dah cabul.

Pengajaran aku pada masa tu tak payah la nak meroggeng lagi dah lewat-lewat malam, tambah-tambah kalau dah tau anda perlu melalui sesuatu yang bahaya. apa pun terima kasih baca cerita aku yang boring ni. Kawan aku yang cabul tu pun dah pandai sikit dah sekarang. dia dah tak balik lewat malam, dia balik pagi esoknya terus. Sekian.

14 thoughts on “Batu Arang di Tengah Malam”

  1. Eh jalan tu boleh tembus batu arang ye?

    Ni mesti student UNISEL..
    Dulu rajin lalu jalan tu, cuma lepas maghrib takde lalu dah..
    Melainkan betul-betul kecemasan

    Jalan Bukit Tagar tu pun boleh tahan jugak

    Reply
  2. Ni jalan yang simpang tasik puteribtu terus lagi kan. Yang kalau lalu malam2 environment dia macam dalam movie hantu tu kan

    Reply
  3. Beraninya korang jalan tu.. Aku yang naik kereta ni pun rasa tak jejak je pedal minyak tau.. Mujurlah adik dah tamat pengajian sana.. Ada nampak kereta follow rapat je..tak pasal konvoi. Dia speed aku speed. Asalkan aku tak bersendirian. huhu

    *story skema sangat la..santai2 sudah..

    Reply
  4. cerita seram . tapi tak suka cara penulisan panjang dan ikut cara penulisan novel . guna je ayat biasa mesti lagi best. tq share cerita 🙂

    Reply
  5. uishhh….nasib berdua atas motor…kalau sorg2 mau jatuh motor tuu..hahahah….berani laaa korang2 ni….dh taw tempat tuu ccamtu berani lak balik malam…hahaha…nanti ada cerita lain cerita lah lgi ye…

    Reply
  6. Waktu couple ngan wife aku dulu, boleh kata tiap2 minggu lalu jalan tu naik c70 pulak tu.
    kalau sapa yg tau ada sepohon pokok daun warna merah. ramai yg dah kena kejar dengan bola api area tu tp alhamdulillah aku xpernah kena apa2 walau pon pernah sekali balik malam siap tayar bocor lagi tp sbb hati x berapa kental nak tolak motor malam2 so aku balon je jalan. sampai rawang dekat ngan petronas baru berhenti.

    Reply
  7. WAKANDATOTO
    ? BANDAR TOGEL TERPERCAYA DAN AMAN ?
    JP BERAPAPUN DI BAYAR
    ?BO BONAFIT?

    Di Lengkapi Aplikasi BBFS 7 DIGIT
    Diskon Pembelian Terbesar
    ?2D 29%
    ?3D 59%
    ?4D 65%

    ? HADIAH ?
    4D di X 3.000?
    3D di X 400?
    2D di X 70?
    BONUS REFFERAL: 2%
    BBFS : 7 Digit
    Minimal DEPO : 10.000
    Minimal WD : 50.000
    Minimal Betting : 500 / line

    KONTAK PERSON ADMIN
    GRUP FB : Wakandatoto
    NO WA : +855 96-775-8918
    BBM : WAKATOTO
    LINE : WAKANDATOTO

    silakan klik di bawah ini :
    http://www.wakandatoto.net/daftar

    bandar togel online

    Agen togel

    Reply
  8. itu jalan perindustrian rawang. dari rawang boleh tembus ijok. laluan berliku dan hutan simpan. aku pun pernah kena kacau masa lalu malam.

    Reply

Leave a Comment