SESAT DI HUTAN SEMPADAN NEGARA

Assalamualaikum hai readers. Bertemu lagi kita ye. Saya tak serik nak berkongsi cite dekat sini.  Okay, saya nak kongsikan lagi pengelaman saya 15 tahun yang dulu, iaitu sebelum saya menceburi kerjaya dalam industri Oil and gas. Kalau sebelum ni saya dah banyak cerita pasal kejadian-kejadian pelik dan seram sepanjang saya bekeje di pelantar minyak. Tapi kali ni saya nak switch pulak, nak cerita pasal pengelaman saya kat darat iaitu pengelaman sesat dalam hutan, waktu tu saya bekerja sebagai seorang tentera dan kisah ni masih saya ingat sampai bila-bila. Peristiwa ni agak mencabar diri saya, ianya banyak mengajar dan membimbing saya untuk hidup erti berdikari sampai la sekarang.

Saya teruskan lagi, 2004 adalah tahun dimana saya mula menceburi dalam bidang ketenteraan dan keamanan negara. Korang masa tu sekolah lagi ke dah bekeje? Zaman tu whatsapp, facebook, insta belom ada lagi. Saya lepas berenti je sekolah tingkatan 5, terus daftar masuk askar. Masa tu umur baru 19 tahun. Masih mentah beb. Sekarang dah 33 tahun dan dah bersara dari tentera. Siapa lahir tahun 1985 kita geng hehe. Ok saya ringkaskan ye. Lepas tamat latihan 6 bulan, saya dimasuk kan ke unit infantry kompeni C battalion ke-3 Tentera Darat. Selang setahun berlalu, saya kerap dipilih untuk dikerah mengikuti petrol rondaan hutan sempadan iaitu rondaan dari LP(landing point) ke LP. Setiap rondaan ada grid-grid yang diberi oleh pewagai atasan untuk dironda. Time tu seingat saya kitorang belum lagi guna gps yang macam sekarang ni, zaman tu tak secanggih sekarang ni. Gps sekarang ni bole tengok real in satelite. Masa tu sarjan kitorang cuma bawak gps tentera je, saya pun dah tak berapa ingat gps tentera ni cane. Yang saya ingat masa tu kitorang cuma menggunakan kompas dengan pembaris map reading(yang askar tu memang tau benda ni)untuk sukat grid dan juga peta kawasa rondaan.

Senarai Nama Anggota yang membuat rondaan LP Sempadan:-

1▪Sjn Roslin (ketua Rondaan)
2▪Kpl Syamsul (2IC Seksyen)
3▪Lkpl shah (unit semboyan/signal)
4▪Sld Norzan (1st Rifle)
5▪Sld Sofian (2nd Rifle)
6▪Sld Yusry (3rd Rifle)
7▪Sld Rahman (M203)
8▪Sld Hezan (HBAR)

Masatu kitorang seramai 8 orang je dengan posisi masing-masing. Bagi sape yang tak tau apa M203 & HBAR tu, bole google je, kan senang. Sepatutnya rondaan ni dimestikan mempunyai tambahan 2 orang anggota iaitu ahli recce dari unit STP (skuadron tempur perisai) untuk menjadikan kekuatan seksyen rondaan seramai 10 orang, tapi sarjan cakap dia tak nak, dia kata tak adventure la kalau tiap kali rondaan memerlukan ahli recce dari unit lain. Bagi dia seolah-olah kitorang ni anggota seksyen dalam platun yang tak terlatih. Kira tak survival la maksud dia tu. Lagipun ianya cuma “rondaan tetap” istilah dari segi ketenteraan maksud nya, rondaan yang membuat penginapan tetap, tidak berpindah-pindah dan kami pun pergi seramai 8 orang je lah masatu. Time tu, antara kitorang ada yang protest. Masing-masing mengata belakang kat sarjan ni. Yelah, sebab rondaan tu STP tak join. Kalau STP ada, kitorang tak payah susah-susah nak fikir kat depan tu jarak 50 meter ada bukit ke tak, berapa kilometer lagi nak jumpa sungai, berapa lama lagi nak kena berjalan, sebab diorang ni yang akan guide laluan dalam hutan tu. Diorang ni kira no 2 komando la yang tau selok belok hutan. Jadi secara rasmi nya, sarjan ngan lans kopral la yang akan jadi recce dan guide masa tu, dengan rasa tak puas hati lans kopral shah ni pun cakap kat kami

Lans kopral Shah : “Sarjan korang ni cakap besar kan. Kita tengok je nanti. Kalau “sesat” jangan nak salahkan orang lain”.

Kopral Syamsul : “Tu la, aku pun tak faham asal dia taknak bawak STP. Susah macam ni”.(risau)

Masatu kami yang soldadu ni hanya mampu diam je. Rasa macam dah tak sefahaman je. Sarjan ni bole tahan la jugak orang nya, ok saya nak describe sikit pasal sarjan ni. Dia ni salah sorang sarjan yang berpengaruh dalam batallion tu. Dia banyak terlibat dalam mana-mana kursus ketenteraan didalam dan luar negara serta mempunyai prestasi yang paling cemerlang dari segi survival, kawad, latihan hutan dan sebagainya. Dia juga bekas seorang jurulatih rekrut terbaik yang tegas tapi pandai bergurau, sado dan jugak berdisiplin. Pendek kata semua warga dalam batallion tu idola habis la dengan sarjan ni.

Hari kitorang nak pergi tu, seperti biasa semua peralatan SOP dan kelengkapan tentera kitorang dah standby awal dah termasuk ration, makanan ringan dan juga bahan letupan seperti peluru, simboli, magzine dan sebagainya. Masatu kitorang excited lain macam je sampai bab-bab petua ni kitorang ketepi kan, bak kate orang tua-tua ilmu di dada tu belum cukup persediaan la. Segala pantang larang melayu ni kitorang anggap macam clishe je. Lagipun sarjan ni jenis yang straight to the point kalau bercakap. Dia ni jenis ala-ala American Soldier la gitu. Masa tu sarjan cakap macam ni

Sarjan Roslin : “Sebelum gerak, saya sebagai ketua rondaan nak bagitau kamu semua. Dalam hutan nanti, saya nak kamu gunakan ilmu ketenteraan. Kita askar terlatih tak yah nak taksub sangat dengan tangkal lah, jimat la, isim pengalau hantu la. Kalau sesiapa yang bawak benda ni, sila tinggalkan! Askar tak yah nak takut hantu sangat. Dalam tentera tak ada semua tu. Faham??”

Soldadu : “Faham Jan!”

Kopral Syamsul : “Askar takut hantu? heh macam pondan” (ketawa sinis)

Lebih kurang macam ni dia cakap kat kitorang. So lepas je brief dan keluar baris tu, kitorang semua pun gerak masuk dalam truck tentera menuju ke LP dalam kem batallion. Sebab kami dihantar menggunakan helikopter blackhawk ketempat sekian-sekian grid yang sudah ditetapkan oleh pegawai atasan. Dan kami dibagi masa selama 6 hari untuk sampai ke grid penamat, iaitu dimana helikopter akan mengambil kami pulang pada hari terakhir. Time kitorang dah sampai hutan di grid permulaan tu, saya orang yang ke 3 diturunkan dengan mengunakan winching. Fuh!! Berputar-putar jugak la saya masa tu. Kalau helikopter blackhawk ni, kipas dia tu kuat sikit tak sama dengan chopper jenis sirkosky. Maka dengan itu bermula la episod adventure kitorang.

Masa hari pertama tu, saya perasan yang kitorang mulakan perjalanan masuk hutan tu tanpa doa pendinding. Tapi apalah yang saya tau masa tu, lagipun saya cuma soldadu je. Nak senang, ikut je la arahan. Masatu kitorang main redah je masuk hutan. Belum apa-apa lagi dah banyak benda dan bunyi kitorang tegur. Sampai je dekat lokasi pembalakan, kitorang rehat smoke break. Time tu sarjan mula bagi pressure kat kami semua. Which is dia tak nak ikut laluan track yang dah di tetapkan dalam peta. Sebab kalau nak ikut track tu memakan masa. Dan tempoh 6 hari yang diberi kat kitorang memang tak cukup. So dia nak tukar plan, dia nak guna laluan shortcut je. Iaitu laluan pintas. Dia cakap, dalam masa 3 hari dah bole sampai ketempat grid penamat. So maksud dia, sekurangnya ada lagi masa 3 hari untuk rehat di grid penamat iaitu tempat penginapan terakhir. Grid penamat tu adalah LP terakhir, tempat helikopter akan landing untuk ambik kitorang balik pada hari ke-6. Ok, Nak lalu jalan shortcut ni kena meredah hutan yang belum ada track. Iaitu hutan yang masih semak samun la. Banyak halangan kena redah, anak sungai, bapak sungai, bukit bukau, belukar, parit, paya dan sebagainya. Fuhh!! Memang letih masatu. Menyesal masuk askar! Kalau bole, rasa macam nak buang je senjata M16 ngan peluru ni. Berat dia buat beban je turun naik bukit. Sumpah, letih weyh. Dengan beg bargan besar lagi Allahu. Jangan kata kitorang yang soldadu, kopral ngan lans kopral pun merunggut masa tu.

Sepanjang perjalanan, mental kitorang memang dah goyang la masatu. Sebab selagi jam belum pukul 4.30 petang selagi tu kitorang kena teruskan perjalanan dalam hutan tu. Sarjan strict weyh!. Dah sampai waktu jam yang ditunggu, kitorang pun diarah kan untuk menginap sementara. Time ni mindset fikir nak baring dan tido je. Malam tu kitorang memang tido begilir la. Tiap 2 jam sentri kat luar kemah dan jaga unggun api. Time tu ada la juga gangguan yang biasa-biasa je. Nampak bayang hitam la, dengar bunyi pelik-pelik la, Tapi kitorang abaikan je. Biasa la kan dalam hutan, time penat lelah memang rasa takut tu hilang beb. Yang kitorang berawas cuma penceroboh dan pencuri gaharu je. Sebab itu adalah motif dan misi kitorang dalam rondaan tu. Nak kata takut tu, yes memang takut pun. Giler tak takut. Kitorang kena la alert masa tu, sebab diorang ni bersenjata kan jenis senapang peluru tambur(shotgun). Bila kena-kena bersepai jasad weyh!. Sebelum tu masa dalam perjalanan, kitorang ada la terjumpa kulit peluru jenis shotgun ni. Dan kopral kami buat statement report jadikan ianya bahan bukti untuk diserahkan ke markas batallion lepas setel rondaan nanti. Tapi malam tu keadaan kitorang stabil dan terkawal. Dan keesokan pagi tu kitorang bersiap, sarapan, lepas clearkan bekas tempat menginap baru kitorang gerak dan teruskan perjalanan.

Hari kedua, si hezan dah mengeluh. Sebab dia ni asyik tertinggal je kat belakang. Dah dia yang bawak HBAR, redho je lah. Berat senjata tu weyh!. Dia ni jenis mulut puaka sikit diantara kami berlima, juga paling kuat mengeluh. Bila dia mencarut tu, mulut dia memang tak bole blah. Masatu kami yang lain pun mental la juga sebab sarjan kitorang ni asyik bawak lalu naik bukit je. Ni bebelan hezan kat kami

Sld Hezan : “Aku bengang btol la ngan sarjan ni, haritu suruh bawak STP dia tak nak. Ni kena ikut track shortcut kepala bapak dia pulak, tah betul ke tak. Jangan “sesat” nanti dah la”.

Sld Norzan : “Mulut ko ni. Macam s*al kan!. Bole tak jangan sebut ayat tu? kau ni pun!”.

Sld Yus : “Sabar je la. Ikut je dulu. Aku pun dah tak larat ni. Jahanam btol sajan ni!”

Sld Sofian : “Zan, mulut jgn celupar sangat weyh Lempang kang!”

Sld Rahman : “Rileks la zan. Ko Kata kat aweks haritu ko pewira melayu?” Mana telo ko, cer tunjuk cikit?

Sld Hezan : “Diam la ko bodo. Awek nenek aji ko!”

Mengeluh, merunggut, mencarut, takde sefahaman, betengkar sesama sendiri. Begitu la keadaan kami masa tu.

Hari kedua ni macam biasa, tiada apa berlaku. Dah masuk hari ke-3, kitorang pun sampai di grid penamat. Cuma LP je belum jumpa dekat area tu. So kitorang ada masa 3 hari untuk rehat sampai la hari kitorang balik. Bijak juga otak sarjan kitorang ni kan. Ok skip. Kat situ berhampiran dengan sebatang sungai dekat bawah bukit. Air sungai tu tak la deras sangat, best kalau mandi. So kitorang pun buat penginapan tetap dekat situ. Masing-masing sibuk cari kayu untuk dibuatkan tempat tido standart tentera dengan beralas kan puncho, kelambu dan joli. Waktu tu baru 4 petang. Cuaca belum gelap lagi, jadi Sarjan dengan Lkpl Shah ni tengah bincang dekat mana nak letak signal radio PRM tu. Maaf saya dah lupa jenis modal radio PRM tentera ni. Dia jenis yang mesti letak kat atas bukit yang tinggi, pastu antena dia tu mesti kena sangkutkan kat atas pokok yang tinggi la untuk detect frequency sebab ia mengunakan cable. Dengan tak sabar-sabarnya, petang tu lah juga sarjan ngan lans kopral ni pergi recce tempat nak pasang radio ni. Diorang gerak bedua je, tak bawa senjata cuma bawa water pouch dengan pakaian jungle PT, dan kami masa tu diarah kan untuk siapkan tempat tido diorang bedua dan siapkan makanan bila diorang dah balik kemah nanti. Dan lepas je saat itu, bermula lah kejadian-kejadian mistik.

Petang tu dah jam 6 lebih dah, cuaca dah gelap. sambil tunggu sarjan & lans kopral ni balik, dua orang rakan saya sofian & rahman ni pula pegi cari kayu api dekat kawasan kemah, dan saya macam biasa hidupkan unggun api. Masatu saya tengah pasang unggun api dekat kemah saya ngan sofian. Ada 3 unggun api saya hidup kan. Sambil hidupkan api, lighter ni pulak buat hal. Korang tau tak yang “lighter aladdin” tu, time tu lighter tu dah rosak, dah tak dapat petik lagi. Saya pun dengan selamba baling lighter tu kat semak dalam hutan kat depan kemah saya ngan sofian. Titibe tak sampai beberapa saat lepas baling tu, saya kena baling semula dengan lighter tu dari arah semak tu. Dalam hati, “Huhh apa benda yang baling tu” time tu memang dah tak banyak fikir la. Saya terus pegi kat kopral anggap tak ada apa berlaku.

Dan malam tu pula semua masih lagi risau menunggu kepulangan sarjan dengan lans kopral ni. Tunggu punya tunggu, diorang bedua ni tak juga balik-balik, dah pukul 7 malam. Bermacam spekulasi dah kitorang fikir masa tu. Sebab kat kemah kami cuma tingal 6 orang je, kopral syamsul dan kami 5 orang soldadu. Kopral ni pun dah cuak dah, mati-mati dia fikir sarjan ngan lans kopral dah kena tangkap oleh musuh la kena bunuh oleh si pencuri gaharu la. Sebab kami tunggu hingga jam 8 malam pun diorang tak timbul-timbul lagi, tambahan pula diorang masa gerak tu tak bawak lampu, dan tak bawak senjata. Jadi malam tu kopral arah kan kami untuk buat rondaan secara bertiga. 3 orang termasuk saya pegi meronda untuk cari sarjan ngan lans kopral ni.

Kopral Syamsul : “Sofian, yus, norzan.. kamu buat rondaan ye. Cari mereka. ikut laluan dimana sarjan ngan lans kopral kamu lalu petang tadi”.

Kopral Syamsul : “hezan ngan rahman, kamu stay ngan aku kat kemah, kita tunggu diorang balik”.

Masa kitorang buat rondaan tu, kami bertiga memang tak konfiden bole cari diorang. Time tu pulak senjata kitorang reload “make ready” kunci keselamatan trigger pada safe. Peluru betul weyh, sorang-sorang cuak giler masatu. Bayang kan dengan keadaan hutan tebal, pokok besar-besar dan malam tu kami bertiga cuma harapkan lampu torch je. Gelap dalam hutan balak ni lain macam. Time kami naik bukit tu, sofian ni dah tersebut lagi ayat tu.

Sld Sofian : “Oi zan, betul ke laluan ni ko nampak sarjan lalu tadi? Ko jangan salah zan, nanti tak pasal-pasal kita pulak yang “sesat”

Sld Norzan : “Eh, betul la aku nampak tadi. Ko diam je lah. ikut je jangan banyak bunyi”.

Sld Yus : “korang rapat sikit k. Jangan jauh”

Masa dalam perjalanan naik bukit tu, titibe “Duup duup duup duup duup” kitorang dengar bunyi tapak kaki macam ada “benda” yang berlari tak jauh depan kitorang. Tau kan cane bunyi kalau kita belari dalam hutan. Bunyi dia macam tapak kaki besar dan macam ramai je bunyi dia masatu. Pastu di ikuti dengan bunyi daun-daun kering kena cakar dan bunyi orang batuk buang kahak. Betul-betul bunyi tu dekat depan kami. Time tu kami 3 pun apa lagi, gelabah masing-masing cari perlindungan weyh, saya ngan sofian ni pula terus “stand to” (meniarap). Masatu jantung ni jangan cakap la, berdegup kencang beb! Telinga ni berdesing lepas dengar bunyi tu. Dalam otak fikir dua benda je, pertama musuh dan kedua binatang buas. Tunggu punya tunggu, bunyi tu dah takde, norzan pun cakap

Sld Norzan : “weyh, kite patah balik je lah pegi kemah. Aku rasa tak sedap hati ni”.

Sld Yus : “haah la, aku pun rasa macam tu”

Sld Sofian : “ok, ko depan zan guide aku ngan yus”

Time tu kami bertiga turun semula dari bukit dengan “alert position” nak balik pegi kemah, tapi sampai setengah jam kami tak jumpa-jumpa jalan balik ke kemah tu. Masatu fikiran kami sorang-sorang dah lost. Sorang cakap sebelah kiri sorang cakap sebelah kanan. Norzan sampai bertengkar mulut ngan sofian, saya pula tak tau nak follow cakap sape. Masing-masing ikut kepala sendiri. Dalam hati saya, “Dah agak dah memang dah sesat la ni”. Saya cuma tawakal je dalam hati. Sampai la jam 12 kami belum tembus lagi jalan balik ke kemah, hinggalah kami ternampak cahaya lampu suluh dan unggun api.

Okay masa mula kami gerak tu, laluan naik bukit tu dari sebelah kanan kemah. So kami start gerak dari arah kanan. Tapi time nampak cahaya lampu suluh ngan unggun api tu, kami berada di sebelah kiri bukit iaitu arah kiri kemah. Kami pun balas cahaya lampu tu dengan cahaya torch light kami. Bila kami perhati betul-betul, rupanya tu kemah kami. Kami pun turun dengan selamat. Tapi yang peliknya macamana kami bole naik dari bukit sebelah kanan dan turun dari bukit sebelah kiri. Pelik kan. Tapi memang kami dah tau la yang kami sesat kejap masatu. Malam tu disebab kan sarjan ngan lans kopral ni belum balik-balik kemah, kopral nak kami semua jangan tido. Dia nak kami semua tunggu diorang bedua balik sampai pagi. Lepas je kami cite dekat kopral yang kami dengar bunyi “benda” belari masa meronda kat atas bukit tu, dia suruh kami standby reload senjata “make safe”. Dia nak kami semua berjaga-jaga malam tu. Sebab kata kopral, mungkin kemah musuh atau pencuri gaharu tu berhampiran dengan kemah kita. Dan lagi kopral bagitau, dia baru saja nampak kelibat “orang tua bongkok lalu kat tepi lereng bukit dengan membawa lampu pelita”. Time tu dia tegur benda tu dan suluh pakai lampu torch, pastu terus benda tu hilang. Fuuuhh!! Dengar kopral cakap macam tu, begetar tulang lutut weyh!. Time tu jugak lah dia nak bagitau. Tapi hezan ngan rahman pun cakap betul, diorang pun ada nampak.

Malam tu memang kami tak tido, berjaga sampai kepagi. Masa tu kira-kira jam 2 pagi, kitorang yang berjaga dekat unggun api ni tengah syok borak, titibe dengar pulak bunyi suara dengusan. Bunyi dengusan tu kuat sangat. Macam bunyi binatang besar tengah bernafas. Kawan kami si norzan ni banyak tau la juga pasal “benda” dan pantang larang hutan ni. Dia ni orang kampung dan biasa masuk hutan. Lagipun dia ni antara soldadu yang senior dari kami. Dia cakap, bunyi dengusan tu bunyi hantu ranggau(ada masa saya akan cite pasal hantu ni). Dia mintak kami jangan tegur bunyi tu. So kami abaikan je bunyi tu. Masing-masing kami risau malam tu, tambahan pula sarjan tak ada. Dan orang yang paling susah hati masatu, kopral syamsul la. Sebab kalau berlaku apa-apa, dia ni tak tau nak jawab apa kat pegawai atasan dan yang paling sadis lagi, dia tak tau nak buat apa, dan tak tau nak bagi oderst apa kat kami dalam hutan tu. Sebab dia baru je berjinak join rondaan tu. Sebelum ni dia hanya unit bahagian QMS (Quatermaster) tapi diposting ke platun untuk jadi ketua seksyen kitorang.

Sampai je pagi tu, kira-kira pukul 6 pagi, tengah kami semua mengantuk melayan mata, sarjan & lans kopral ni pun datang balik kemah. Alhamdullilah, semua senang hati masatu. Pagi tu la diorang citer kenapa diorang tak balik kemah malam tadi. Rupanya diorang bedua sesat. Diorang cakap tak sampai 15 minit lepas diorang gerak meningalkan kemah, titibe keadaan berubah dan sekeliling hutan jadi semak samun. Sampai la ke malam diorang tak dapat cari jalan menuju balik kemah. Dan malam tu, diorang dibayangi orang hitam disebalik pokok-pokok besar. Seakan orang tengah mengintai mereka. Sarjan cakap, setiap pokok mengeluarkan asap dan dibalik asap tu nampak satu sosok lembaga hitam sedang memerhati mereka. Diorang pun tak dapat tido malam tu, sebab lapar dan kehabisan air. Sorang-sorang kami kecut perut dengar cite sarjan. Dan kami pun ada citer juga pasal kejadian malam tadi kat sarjan. Dia suruh kitorang berawas-awas je. Lepas je habis sesi mari bercerita ala-ala Fiksyen Shasha tu, sarjan pun arahkan kami buat pentadbiran masing-masing. So pagi tu kitorang ada yang masak, ada yang mandi kat sungai dan yang betul kan tempat tido. Dah jam 12 tengahari kami makan bersama dan sarjan cakap nanti jam 2 petang, dia nak 3 orang buat rondaan ke LP. Dia nak kopral, sofian & norzan buat rondaan untuk pegi dekat grid penamat iaitu LP tempat landing helikopter. Sebab grid LP tu kalau dilihat dari peta, tak jauh dari kemah kitorang . Dan kami 3 orang soldadu yang tingal saya, rahman & hezan kena suruh bergilir untuk jaga radio diatas bukit.

Seperti yang saya dah bagitau, signal radio tu kena letak atas bukit kan. So jarak dari kemah ke bukit tu tak la jauh sangat dalam 7 -10 minit je bole sampai tempat tu. Biasa kalau rondaan dah start, yang meronda ada bawak radio PRM juga untuk berhubung dengan orang dekat kemah. So yang jaga radio dekat kemah ni kami bertiga la. Tapi bergilir-gilir satu jam setiap sorang. Cuma radio tu kena letak atas bukit jarak 100 meter dari kemah kitorang. Giliran saya pulak tepat jam 4 petang. Sebab selagi yang meronda ni belum balik ke kemah, selagi tu radio atas bukit ni kami kena jaga. Manalah tau diorang kecemasan ke apa. So masatu tepat je jam 4 petang, hezan pun turun pegi kemah nak pangil saya untuk gantikan dia.

Sld hezan : “Yus, turn ko pulak jaga radio kat atas. Dah jam 4 ni”.

Sld yus : “Eh yang meronda tadi belum nak balik lagi ke, atau tak nak balik? Kat mana signal radio tu korang letak? Jauh ke?”.

Sld hezan : “Belum, tadi diorang radio check diorang belum jumpa lagi LP tu. Ntah-ntah diorang melepak kot tak meronda. Ko naik je la terus atas bukit tu sampai ko jumpa cable radio warna hijau. Hati-hati yus, ada nenek tengah tunggu ko kat atas tu. Haha”

Sld rahman : “hahaha. Kim slm kat nenek ye”

Sld yus : “huh. Nenek abah ko!”

Macam ni la gurauan kami masa tu. Saya adjust sikit je untuk pembaca lebih memahami dialog dalam cite ni. Ok sambung, saya pun dengan mengeluhnya naik jelah atas bukit tu. Saya cuma berpakaian jungle PT je masatu. Tak bawak senjata, tak bawa air cuma bawak pisau lipat askar je. Sampai je atas bukit tu bila saya nampak cable radio tu, dalam hati ” ohh kat sini rupanya diorang letak, tak la jauh sangat pun”. Time tu memang bosan la juga jaga radio tu, tambah lagi sensorang. Kiri kanan bunyi krik krik je. Saya pun duduk jelah bersandar kat pokok tu sambil meraut ranting kayu guna pisau. Setengah jam berlalu titibe radio bunyi

Peronda : “3 1 bravo, this is 3 1 alfa radio check..radio check over!”

Sld Yus : “3 1 alfa, 3 1 bravo ok over”

Sld Yus : ” 3 1 alfa sent over?”

Peronda : 3 1 bravo Yus, ko kat ne? Sarjan cakap dia suruh ko turun sekarang dan bawak radio tu sekali. Kitorang dah sampai kemah ni. Over!

Sld Yus : 3 1 alfa, 3 1 bravo clear roger n out!

Saya pun cam marah la dalam hati, ” Aduh apahal diorang tak bagitau awal eh, dah sampai kemah baru nak cakap” lepas je kemas radio tu saya pun turun bukit macam biasa. Dah nak pukul 5 dah masa tu, turun punya turun cuaca makin gelap. Dan saya tak jumpa jalan menuju ke kemah. Mula tu saya fikir depan lagi kot, saya pun jalan je lah macam biasa. Tapi malang nya semakin gelap je saya rasa, dan pokok sekeliling pun besar-besar, ala yang pokok balak tu. Seriau juga weyh tengok pokok besar macam tu. Kemah kitorang ni dekat dengan sungai, so akan dengar bunyi aliran sungai. Tapi masa tu saya tak dengar langsung bunyi air sungai. Dalam hati saya berbisik “alamak sesat ke aku ni” dalam hati asyik perkataan ni je disebut-sebut. Tapi saya teruskan perjalanan gak, saya ikut kata hati mungkin depan lagi kot so saya pun jalan lagi kedepan. Walaupun keadaan sekeliling masatu lain dari sebelum saya naik tadi, tapi saya cuba bawa bertenang. Time tu saya dah tak ada cara lain dah, saya pun panggil la diorang dengan isyarat suara

Sld Yus : “WHuuuuuuu” (time ni belum ada balas sahutan lagi, saya try kali kedua)

Sld Yus : ” WHuuuuuuuu”

Titibe “Whuuuuu” ada balas sahutan tak jauh dari arah depan saya. Dalam hati saya, “ok kat depan lagi rupanya”. Saya pun jalan je lah lagi, sampai la gelap suasana masa tu. Sebab rimbunan pokok-pokok besar, dan cuaca pun nak gelap dah pukul 5 lebih. Jalan punya jalan, saya dengar lagi orang panggil “whuuu” bunyi sahutan tu kat arah depan saya makin dekat bunyi tu. Saya bisik dalam hati “asal tak sampai-sampai ni” saya dah mula mengeluh. Rasa tak puas hati, saya panggil lagi

Sld Yus : “Whuuuuuuu”

Tak semana-mana lepas je saya panggil “whuuu” tu, time tu kiri kanan depan belakang weyh serentak bunyi “whuuuuu” dia balas sahutan saya tu. Ya Allah bergetar beb seluruh tubuh! Setiap langkah saya gerak, ada bunyi “whuuu” dari kiri berselang seli bunyi dari kanan depan dan belakang. Saya tak tau nak ikut arah mana. Gugur gak jiwa askar saya masa tu. Cyez tak tipu! Rasa menangis weyh saya dibuat nya. Bunyi tu ada dekat ada jauh tak henti-henti. Kata orang, kalau bunyi tu dekat ertinya dia jauh dan kalau bunyi tu jauh bermakna dia dekat. Dah la gelap, nak masuk maghrib sesat pulak tu. Saya pilih untuk patah balik masatu, nak pegi kat tempat diorang letak radio ni tadi. Time patah balik tu, tak jauh dari kawasan saya ada lagi bunyi pokok besar tumbang. Tau kan cane bunyi pokok tumbang. Tapi tengok kiri kanan takde pun pokok yang tumbang Time ni saya dah mengigil takut giler beb. Tapi saya terus kan je gerak patah balik, dan memang saya main redah je lah masa tu. Time nak patah balik tu, saya dah tak jumpa laluan yang saya lalu tu. Sampai la saya berhenti kat satu batang pokok ni dan terduduk kesal. Saya tak tau nak buat apa masa tu. Tengok jam pun dah pukul 6.30pm. Saya hanya mampu terduduk je kat situ dan mengeluh. Banyak macam benda saya dengar, bunyi orang pijak daun kering la, kelibat benda melintas, bunyi suara binatang buas. Semua pelik-pelik bunyi saya dengar masatu.

Dalam hati, memang malam ni aku mati la kali ni. Memang sesat la aku kali ni. Semua rasa penyesalan masatu saya luah kan weyh. Menangis ingat kat mak ayah. Dengan keadaan gelap, dan tak tau berada dekat mana, takde apa yang saya dapat buat masa tu melainkan terkedu dan ketakutan. Memang kitorang askar masa rekrut atau latihan ada dilatih untuk survival. Tapi situasi dalam latihan dengan situasi yang tak dirancang ni tak sama. Tambahan lagi dalam keadaan belum bersedia dan tak punya apa-apa kelengkapan atau keperluan. Tu lah kecuaian saya. Dan masa tu mula la tergerak hati saya nak baca surah yang saya tau. Time macam ni kalau iman cuma yang ada tu tak seberapa, confirm masatu banyak surah kita akan lupa. Cuma ada 1 surah je yang kita akan sentiasa ingat iaitu Al-fatihah. Ye, memang Al-fatihah je lah surah yang saya ingat masatu. Berulang-ulang saya baca masa duduk sambil mengigil ketakutan tu. Bayang kan, selama 2 jam lebih tu saya beserah je. Apa nak jadi, jadi lah. Sampai la jam 8 malam ada satu cahaya lampu suluh dan bunyi orang memangil nama saya “Yusssss”. Saya pun masatu perhatikan cahaya lampu tu. Dan saya tak balas sahutan tu. Takut orang jahat ke, pencuri gaharu ke. Titibe bunyi tu makin dekat, dan cahaya lampu suluh dengan suara yang panggil tu macam saya kenal. Saya pun balas sahutan tu dan alhamdullilah rupanya lans kopral dan rakan-rakan saya tengah cari saya masa tu.

Sarjan masa tu dekat kemah mati-mati fikir yang saya ni dah kena tangkap oleh si pencuri gaharu. Dia cakap, “mati lah aku kali ni kena BY”(turun pangkat) apa dia nak jawab kat pegawai nanti kalau betul saya ni hilang. Haa! tau pun dia takut. Misi kitorang ni gagal sebenarnya. Dah banyak benda jadi tak betul. Dan rupanya masa kopral, sofian & norzan pegi meronda tu, diorang ni pun sesat juga. Masatu diorang berpusing-pusing ditempat yang sama. Sebab tu diorang tak jumpa dimana LP tu. Diorang cakap, ada satu tempat time diorang smoke break tu, diorang berhenti dan merokok kat situ. Dan diorang campak bekas kotak rokok kat situ. Dan bila diorang teruskan lagi perjalanan, diorang lalu ditempat yang sama, tempat diorang campak bekas kotak rokok tadi. 3 kali dorang berpusing lalu tempat yang sama. Padahal kalau tengok dalam peta, dekat je LP tu. Tapi kitorang tak jumpa-jumpa sampai lah hari terakhir kitorang balik.

Masa hari terakhir tu, kitorang terima panggilan signal dari unit udara yang helikopter nak ambik kitorang balik. Time tu memang dah dengar la bunyi heli tu nak sampai. Disebabkan kitorang tak jumpa LP tu, kami gunakan simboli je yang signal roket tu. Untuk memberitahu posisi kedudukan kami yang kami masatu dekat dengan grid LP tu. Dah tu yang bengang nya, heli tu bole je landing cantik dekat LP tak jauh dari tempat kami letupkan simboli tu di jarak 50 meter. Kami pun bergegas pegi tempat heli tu landing. Punyalah hairan kami masatu, dekat je beb LP tu, luas pulak tu. Tak jauh dari kemah kitorang pun. 3 hari kitorang cari tempat tu tapi tak jumpa. At last, alhamdullilah kitorang balik dengan selamat.

Moral of the story. Hampir semua kami merasa sesat dalam rondaan tu. Walau cara sesat tu dalam situasi yang berbeza. Kecuali rahman & hezan. Tapi diorang bedua ni pun ada gak kena ganggu oleh benda pelik-pelik. Cuma kat sini saya cerita yang saya ingat je yang terjadi dekat diri saya. Dengan ini, saya nak kongsi sikit ilmu ketenteraan yang saya ada kepada pembaca dan juga pengajaran. Jika kita nak masuk dalam hutan, pertama kita kena jaga adab dan tingkah laku. Dalam kisah ni, tak perlu saya sebut lah ye. Pembaca pun dah maklum dengan karekter yang saya ceritakan. Jangan terlalu ego, cakap besar seolah mencabar benda-benda ghaib ni. Kita sesama menumpang je di bumi ni. Seelok nya baca la doa pendinding atau pelindung dan beri la salam kepada penghuni hutan. Kedua, mulut kena jaga. Kitorang dari awal dah banyak kali sebut pasal sesat. Mencarut, Mengeluh, merunggut pasal sesat sampai betengkar sesama sendiri. Jangan la nak sebut-sebut perkataan sesat tu. Ko sebut memang ko akan sesat la. Ni yang orang tua-tua pesan. Perkataan sesat tu tak bole sebut kalau dalam hutan. Lagi satu, kalau dengar bunyi pelik-pelik tu, diam je tak yah nak tegur. Tak yah kepochi sangat, buat je macam biasa. Bila kita tegur bunyi pelik-pelik ni atau tegur nampak benda pelik ke, benda tu sengaja nak berkomunikasi dengan kita. Seolah ko tak suka dia kat situ. Mungkin dari situ datangnya gangguan. Ketiga, kalau nak menginap/bermalam dalam hutan, cari la yang dekat dengan sungai, kalau sekiranya kita sesat, kita ikut je lalu tebing sungai tu sampai jumpa jalan keluar. Seterusnya, bila menginap dalam hutan, pasang la unggun api seberapa banyak untuk menghalau dari gangguan binatang buas. Dan yang terakhir, dalam ayat surah Al-fatihah tu ada satu kalimah iaitu “ih dinasyiratal mustaqim” bila kita baca berulang-ulang dengan istiqamah, insyAllah jika kita sesat, kita akan jumpa jalan keluar. Waullahualam bissawaf.

Ada masa, saya kongsi lagi cerita yang lain.

24 thoughts on “SESAT DI HUTAN SEMPADAN NEGARA”

  1. Best. Masa peralihan 2009, aku kursus sekali dengan geng2 komando. Banyak cerita pengalaman depa masa operasi dalam hutan. Nanti hang sambung la cerita lain pulak na. Terbaik! 👍👍👍👍👍

    Reply
  2. lagi logik dan masuk akal jalan ceritanya dari cerita yang kononye ngaku ex – comando tu.

    cuma nak tau je yus. korang masa kat dalam hutan tu solat tak?

    Reply
    • Ini cerita bekas askar wannabe.. Tah hapa2 HBAR.. Mana ada pakai heavy barrel dah. Last pakai HB SLR awal 90an.
      Pangkat Soladadu pun x mana ada. Prebet ada la.. Anyway. Banyak lagi kesalahan fakta. Apapun, nak buat cerita ketenteraan ni fakta kena betul.

      Reply
  3. Citer psl ketenteraan yg betul2 real lah…hanya yg pernah lalui jer tau camner….yg x pernah alami tu mn nk tau…mmg betul pon…kat dlm hutan tu…komando yg berpengalaman pon boleh sesat jd mcm2…inikan pulak anggota br lps rekrut…aper pon citer miker mmg best…nnt citer lg yer…best banget

    Reply
  4. 1985ers in da club yall…correction bosku, taun ni klu ikut tahun kita dah 34…ko mcm aku gak la, dr gomen terjun oil n gas…”tunjukkan kami jalan yg lurus”…love this phrase so much…

    Reply
  5. Best gile cerita ni. Aku menghayayi dari mula sampai habis. Boleh buat filem lah adoiii teliti setiap penceritaan. Nanti cerita lagi ok. Mesti byk lg kn pengalaman dlm hutan

    Reply
  6. ko nampak adik2…beza cara anak2 80’s bercerita camne…xde ayat “takut wehhhh” “siutt”” “biy” bagai tu semua…

    Reply
  7. yup..masuk hutan ni niat kena betul..saya pun kadang2 masuk tp sbb nak naik ke puncak gunung je huhu..pnh buat trans kt banjaran titiwangsa 9 hari 8 mlm dlm hutan turun naik gunung bwk beg 40 liter. tp dlm hutan ni la kalau kita nk tgk org tu jaga ke x solatnya..huhu. selalu kalau masuk, doa saya dalam hati,’ aku berlindung dibwh kebesaran dan kekuasaan-Mu ya Allah dari segala kejahatan yang aku temui dan aku takuti’. insyaAllah..semoga dipermudahkn segalanya, mmg x mudah utk setiap org tp, hati kita jgn leka dr ingat Allah, dia pencipta segala makhluk.

    Reply

Leave a Comment