Cerita pada 2017 November, aku baru berkhawin dgn gadis manis dari Singapura. Bercadang untuk buat roadtour la sepanjang cuti panjang. Isteri aku telah membuat tempahan bilik di semua tempat terkemuka di Cameron Highland. Memandang baki cuti masih ada. Kami terus bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke utara. Jam sudah menunjukkan jam10 malam. Kami teruskan perjalanan ke sana. Sepanjang perjalanan, hujan renyai.
Setibanya kami di pintu utama resort berkenan jam12.30 pagi. Suasana agak menakutkan dikeliling bukit dan kabus. Aku terus pergi ke kaunter untuk dapatkan kunci bilik kami dan terus memandu ke blok penginapan yang tidak jauh.
Disini permulaan seram kami apa bila setiba meletakkan kereta kami, seekor kucing hitam sedang memandang sambil mengiau. Dalam fikiran aku, mungkin kucing ini kesejukan. Aku biarkan dan terus menuju ke bilik dari tempat parking. Sekali lagi kucing tersebut mengiau seolah-olah marah. Aku jenis sayangkan kucing. Aku membawa masuk.
Tetapi kucing tersebut mencakar lalu larikan diri. Setelah aku masuk. Isteri aku terus ke tandas. Aku rasa tidak sedap hati buat rondaan bilik. Almaklumlah dapat pakej bulanmadu. Suite lah. Jadi isteri aku keluar dari tandas. Aku pulak masuk ke tandas. Tiba-tiba kaki aku rasa kesejukan bilik air ni semacam. Bila aku buka almari barang alangkah terkejut bila aku nampak budak lelaki hitam memandang aku. Aku terus berlari keluar dari bilik air.
Terus terdetik dalam hati “patutlah kucing tadi tak bagi aku masuk”. Keadaan itu, aku tenangkan hati sambil menyuruh isteri sediakan air panas. Aku sambung ronda suite aku. Sedang aku menyelak langsir bilik untuk memandang keluar. Rupa-rupanya, mata aku tertumpu pada susuk tubuh putih keseluruhan di balik pokok pisang. “Ya Allah ! Pocong!”. Bukan satu tapi dua. Kali ini aku mengigil terus aku kata pada isteri aku “jangan buka langsir ini sampai subuh!”.
Keadaan ditenangkan isteri aku yang mukanya agak ketakutan. Terus aku tidur bersama isteri aku. Sedang lampu malap, isteri aku menyapa aku, “b, belakang sayang ada apa-apa tak?”. Aku bangun tergamam lalu terus aku mendial kaunter. Mohon tukar bilik. Dengan pantas kami mengemas dan keluar dari bilik tersebut. Isteri masih terpingga-pingga.
Sampai di kaunter pekerja tersebut, aku bertanya. “ bilik tu….” terus pekerja membalas “ sy paham…..”. Terus dia berikan bilik yang paling dekat dengan kaunter. Setibanya aku dibilik baru. Isteri saya tanya “apa yang b nampak tadi?” . Aku memberitahu “ b nampak pontianak betul-betul berdiri sebelah sayang dengan kuku yang panjang!”. Malam itu bukan malam honeymoon tapi malam keliwon bagi aku. Sesudah subuh, kami terus balik ke Kuala Lumpur.
Fenimm sy bc crte ni..😂😂😂
Ape2pun Nice try…
Haha😹😹
Laju nau 😊 tapi cerita memang seram.
cara die cerita laju macam fast and furious … btw nice story 🙂
Wow that escalated quickly
xdpt projek
Ermmm… susun ayat Dan bercerita dengan baik. FS ada pembaca setia yg ramai… jadi penulis bertanggung jawab untuk menulis dgn baik.
Nama hotel pliss .
“isteri aku telah menempah di semua tempat terkemuka di cameron highlands”
nape banyak sangat buat tempahan?
sampaikan semua tempat.
tau la nak honeymoon.
kesian kat orang lain jugak yg nak tempah sama.
tu yang kena kacau tu.
tamak sangat.
haah aku ingat dia bercuti and tempah satu hotel satu hari contoh kalau 5 hari kat sana dia tempah 5 hotel gittewwww mak peningggggggggggggggggg
Terhiburnya baca. Padat, cepat, hahaha sesuai untuk mereka yang sibuk tetapi tetap mahu membaca fiksyen shasha hahahhahahaha
Sebuah cerita dan satu pengalaman yang menyeramkan. Tetapi cara penyampaian cerita belum cukup unruk menimbulkan rasa seram kepada si pembaca. Banyakkan membaca dan mendalami tatabahasa melayu kalau nak jadi seorang penulis yang baik. Penulisan yang baik, akan memudahkan si pembaca memahami apa yang hendak disampaikan oleh si penulis.
#untuk
gear 5 ni. laju semacam. hahah
belom sempat nk takut dah hbis baca hmmmm
haha ni segment Fiksyen Shasha Express
hotel mana. nak tahu
Apelaaa. pekerja tu pun tau bilik tu berhantu. Dah tau kenapa bagi customer check in situ. Nak tahu name hotel pleaseeee..
Dulu pernah menginap di Co***orne Hotel yg apartment. Dapat tingkat atas sekali dan rumah2 yg ada di tingkat-tingkat di bawah tempat kami semua kosong. Suami ternampak ada benda putih di pokok depan balkoni dan boleh pulak ada kaki berjuntai d tepi tingkap bilik tido padahal kami di tingkat atas sekali. Esok nya baru suami bercerita. Meremang bulu roma mendengarnya.
pebendaaaaaaa hang citaaaaaa emmm k la k laa.. ai bagi u 1/10 sbb laju nohhhhh
hahaha….laka2 je comment..
cerita ok. tp yg komen lagi ok. terhibur baca komen jer.haha