Saka Bidan

Assalammualaikum.

Aku sebenarnya tidak pasti apa yang terjadi selepas lembaga seram itu menerkam kearah ku. Apa yang pasti pagi berikutnya aku sudah terdampar di lantai bilikku. Ibuku bising-bising akan bau hancing yang menyelubungi bilik aku. Aku Cuma iyakan saja bebelan ibukku. Dalam keadaan pening dan mamai aku bingkas bangun lalu menuju kearah ke bilik air untuk mandi. Apabila siraman air mengalir ke badanku terasa sikit pedih tetapi aku tidak ambil pusing sangat, yang penting sekarang ini harum bau sambal nasi lemak yang ibuku masak mengundang nafsu kebulur yang sadis.

Aku mahu ceritakan satu kisah yang agak seram buat tatapan anda. Bersebelahan kawasan perumahan tempat tinggalku terletaknya sebuah kampung yang diberi nama Kampung Melayu. Di pinggir Kampung Melayu ini pula tinggalnya seorang bidan tua sendirian. Orang-orang di sekitar memanggilnya Nek Su dan aku tidak tahu apa nama penuh Nek Su ini.

Nek Su antara bidan yang masih mengamal kaedah tradisional dalam hal-hal menyambut kelahiran. Walaupun di zaman moden ini orang lebih berminat mendapatkan khidmat hospital tetapi Nek Su masih melakukan kerja bidan kerana pengalamannya yang lebih lama menyakinkan sesetengah orang untuk mendapatkan khidmat beliau.

Penduduk yang tinggal di Kampung Melayu ini kagum dengan Nek Su kerana umurnya yang panjang dan kudratnya yang masih kuat untuk membidan. Apa yang aku dengar dari mulut kampung sebelah ini umur Nek Su mungkin sudah mencecah ratusan tahun. Ada juga yang berkata Nek Su ada membela jin saka. Apa yang pasti Nek Su tidak berkahwin dan hidupnya sebatang kara.

Dijadikan cerita Nek Su akhirnya meninggal dunia akibat sakit tua. Dengar dari cerita ibuku, orang Kampung Melayu agak takut untuk menguruskan Nek Su ketika dia nazak di rumahnya. Ini kerana rumah Nek Su yang asalnya kelihatan biasa bertukar menjadi agak suram dan seram. Setiap kali orang kampung datang mahu menghantar makanan mereka lihat suasana rumah Nek Su sangat mengerikan seakan-akan ia tempat pembunuhan beramai-ramai.

Kadang-kadang mereka terlihat tubuh tanpa kepala mengendap-gendap dari celahan pokok di hutan belakang rumah Nek Su. Ada juga terlihat susuk mayat bayi yang isi perutnya terkeluar memburai. Akhirnya Nek Su dihantar sahaja ke hospital berdekatan dan meninggal dunia di sana.
Kisah seram yang menimpa diriku ini terjadi seminggu selepas kematian Nek Su.

Ketika hayatnya Nek Su masih cergas, tidak muncul kisah-kisah hantu yang melibatkan beliau bahkan orang yang menggunakan khidmatnya tidak mengalami hal-hal paranormal yang ngeri. Semuanya menganggap Nek Su adalah orang yang mesra dan baik-baik. Peristiwa-peristiwa seram yang melanda Kampung Melayu terjadi dua hari selepas Nek Su meninggal dunia. Malah ia merebak sehingga ke Kawasan perumahanku.

Penduduk sekitar mengadu mereka ada terlihat kelibat perempuan memakai jubah hitam bertenggek di tepi tingkap rumah. Ada yang bercerita kelibat itu mencari rumah yang mempunyai bayi atau anak kecil. Orang sekitar menganggap ia adalah saka Nek Su kerana hal-hal seramini terjadi sebaik sahaja Nek Su meninggal sedangkan sebelum ini tidak pernah pula berlaku kes-kes penampakan perempuan berjubah hitam.

Ditambah pula keadaan rumah Nek Su yang terlalu usang, seram dan menakutkan tidak seperti sebelum ini. Jika ketika dia nazak orang nampak kelibat, yang ini pula siap kedengaran bunyi ngilai-ngilai. Kadang-kadang orang kampung akan Nampak rumah Nek Su terang-benderang sekitar jam 1 pagi.

“Kau dengar cerita tak? Hantu saka bidan tu kacau Kak Hani. Dia cerita benda tu duk ketuk-ketuk tingkap minta tengok cucu Kak Hani”
Perbualan antara jiran dengan ibuku perihal Saka Nek Su.
Malam itu aku seperti biasa sendirian di bilik duduk berhadapan meja tulis dengan matlamat mahu menyiapkan kerja. Mitos mengatakan di kala sunyi adalah waktu yang sesuai untuk mencari sebarang idea ketika itulah idea datang mencurah-curah. Sebab itulah waktu membuang air besar adalah waktu terbaik mencari idea.

‘tup’
Satu ketukan kedengaran
‘tup’ ‘tup’
Dua kali ketukan kedengaran
‘Scratchhhhh’
‘Scratchhhhh’
Bunyi tingkap jenis ram dicakar
Sunyi seketika. Aku hanya memerhati ke arah tingkap. Nasib baiklah tingkap ditutupi kain langsir.
‘Pangggg’
Satu hentakan kuat berlaku. Ya ada sesuatu menghentak tingkap bilikku.
“Aku nak masuk. Aku nak budak”
Tersentak juga aku dibuatnya. Aku masih diam tidak bersuara. Dengan pantas aku mengapai headset dan terus mendengar lagu. Mataku tajam mengadap komputer riba. Harapnya dengan cara ini aku tidak perlu dengan bunyi-bunyi angker di luar tingkap bilikku.

‘EKKKK!!!’
Bunyi seperti tingkap ram dibuka. Aku cuba untuk menjeling. Perlahan-lahan mataku melirik ke arah tingkap.

Ya Allah !!!
Di balik langsir itu terbentuk gelembung seakan sesuatu menembusi tingkap bilikku.

‘PAPPP’
Kain langsir direntap, manakala lampu bilik tiba-tiba padam. Ketika inilah aku melihat satu susuk cuba masuk ke dalam blikku. Ya separuh badannya sudah berjaya masuk melepasi tingkap. Badannya mengesot-ngesot cuba untuk membolosi lubang-lubang tingkap ram itu. Dia mendongakkan kepalanya dan ketika ninilah dia menampakkan wajahnya. Gelap sungguh mukanya.

Matanya juga hitam membulat. Mulutnya ada torehan Panjang yang membentuk bukaan yang besar. Giginya taring besar-besar sehingga lidahnya sendiri dicarik-carik. Titik-titik darah jatuh dari mulutnya. Sekilas pandang rupa lembaga itu tak tumpah macam Nek Su.

“Aku mahu budak!!!”
Dari kerusi aku tersentak jatuh. Agak sakit apabila jatuh terpelosok dari kerusi. Ketika aku tidak tahu kenapa aku tidak sekelumitpun membaca ayat-ayat Ruqyah. Aku hanya membeliakkan mata dan mengigil ketakutan.
“Aku mahu budak!!!”
“Rumah nih takda budak setan!!!”
Walaupun ketakutan aku cuba berinteraksi.
“Kalu macamtur aku mahu makan darah kau!!!”

Aku tergaman.
Agak lama hantu itu mengeliat-liat untuk meloloskan dirinya akhirnya dia berhenti bergerak. Kepalanya mula menunduk ke bawah. Kelihatan dia cuba memanjangkan lehernya. Terbentuk satu garis torehan di kulit leher. Lelehan darah mula mengalir keluar dari celahan torehan itu. Sedikit demi sedikit kulit di lehernya terpisah dari badan. Semakin banyak darah mengalir keluar sehingga membentuk lopak darah di lantai bilikku.
‘Dub’

Ya, hantu itu cuba memutuskan kepala dari badannya dan dia berjaya. Kelihatan oragan-organ dalam turut jatuh dari badan hantu itu. Bau hanyir darah semakin busuk dan meloyakan.

Aku pula hanya terus kaku tanpa mampu bersuara. Bagiku dapat memenjamkan matapun sudah cukup, tidak mampu lagi mataku melihat benda-benda ngeri ini.

Perlahan-lahan kepala itu bergolek. Seperti sudah jumpa kedudukan yang sesuai, perlahan-lahan kepala hantu itu terapung ke udara. Usus, jantung, hati, perut yang melekat dibawah lehernya berjuntai-juntai. Di celahan oragan-oragan yang berjuntai itu jatuhnya beberapa ekor lintah ke lantai dan setiap lintah itu dengan laju melekat di jari-jari kakiku.

“Aku mahu darah kamu……heeeee”
Kepala itu terapung mendekati ku. Mata hitam membulatnya hanya beberapa inci dari aku.
“Heeeeee……”
Mulutnya terbuka luas menampakkan gigi-giginya yang taring. Luas mulutnya mampu membaham kepala aku. Lidahnya pula menjilat-jilat mukaku.

Aku ketakutan, mengigil, mataku mula berair, peluh semakin deras mengalir. Aku hanya mampu memejam mata.
‘zass’

Terasa satu tiupan angin menampar pipiku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Tiada apa-apa di depanku. Lampu bilikku kembali menyala. Bilikku bersih seperti tiada apa-apa yang berlaku. Buat kali kedua aku pengsan.
Pagi itu aku tersedar. Aku masih berada di posisi yang sama sebelum aku pengsan. Kedengaran riuh di luar rumahku. Kelihatan jiran tetangga memenuhi ruang luar rumah. Kelihatan beberapa kereta polis di blok hadapan. Aku keluar rumah lalu mencari ibukku.

“Kenapa mak?”
“Rumah Cikgu Man tu hah, Anak dara dia dengan anak bongsu dia mati dalam bilik”
Mak Cik datang mencelah
“Tu la, diorang citer perut anak daranya terburai, kepala anak bongsunya lak hilang, baru setahun umur budak tu. Ish ngeri betul. Sapa punya kerja la ni, takut pula aku”
Aku hanya mampu menelan air liur.

Itu sahaja kisah dari aku. Terima kasih kerana sudi membaca.

11 thoughts on “Saka Bidan”

  1. aku kenal nek su tu..dia berjiran ngan aku..sampai skrg umah dia penuh ngan saka2 dia..kadang2 aku pekena lepak ngan saka2 tu…saka2 tu ok sbnrye..

    Reply
    • Yerlah tu…teman dgr ko yg jd tuan pd saka tu semua…hebat lah ko nnt…kalo boring…boleh tanggalkan paler ko tu pi terbang ronda2 kt kampung…tp jgn dok kaco teman & keluarga teman cukuplah…kang teman bakar paler ko tu htr pi neraka…jg elok2 kang nnt mati kering lak ko kena kokak ngan saka tu sumer…

      Reply
    • Eh aku pon mcm tau nek su tu.. rumah die dulu penuh bunga2 kan.. haritu lalu depan rumah die nampak ade perempuan cantik baru pindah

      Reply
  2. Name sbnr Nek su tu.. Kamariah Su bt Kamarudin, cucu tokngah daud dari kg jawa sepapat.. Atuk nek su yg buka penempatan kg melayu tu..

    Reply
  3. Oooo… kepala empunya laman Fiksyen Shasha (FS) ini tak bagi copy and paste artikel yang terpapar.

    Sebenarnya kepala empunya FS ini silap besar — Mozilla Firefox boleh curi artikel dalam FS menjadi kepada PDF file.

    Jikalau pembaca tak percaya FS tak percaya — cubalah guna Mozilla Firefox dan klik pada ikon printer — dari ikon printer boleh save kepada/menjadi PDF file.

    Reply
  4. tak tau la fiksyen atau cerita sebenar, tp aku bg 5 bintang! sbb aku x suka baca fiksyen kt fs ni, kecuali kalau pengalaman sebenar. papepun, keep up the good work dan sambung lagi sbb cerita mcm x habis 🙁

    Reply
  5. Apa kata admin buat butang like and dislike. Senang sikit nak pilih2 baca. Ni takdelah rasa dah baca setengah pastu rasa bengang amat….

    Reply

Leave a Comment