Angkara Tuan Rumah

Assalamualaikum semua! Jutaan terima kasih sekiranya cerita ini disiarkan di dalam FS untuk pertama kalinya dan aku sudah lama follow FS. Pernah sekali aku menghantar kisah tapi di post di FS tv. Okay lanjut. Kisah ini sudah lama tapi aku baru tahu semalam yang diceritakan oleh ayah aku. Jadi aku nak share dengan semua followers FS.

Kami dulu tinggal di kawasan kampung dan rumah kepada tuan rumah betul-betul berhadapan dengan rumah kami. Tuan rumah nie seorang wanita aka nenek (rumah sewa biasalah). Aku wakilkan A sebagai tuan rumah ni. Si A ni dia ada membela keluarga jin iaitu digelarkan mak, along, alang, angah almaklumlah dia seorang tukang urut dan pandai mengubat.

Kisahnya begini. Si A ni pagi, siang, petang, selalu suruh ayah aku untuk ambil buah rambutan di belakang rumah kami tapi ayah aku seorang yang sibuk dengan kerjanya. Bila lepas balik dari kerja mesti letihkan. Tapi si A ni selalu paksa ayah aku. Jadi terpaksa turutkan aja la.

Ayah aku yang panjat pokok rambutan dan pakcik aku yang kutip buah rambutan bertaburan di bawah. Dari apa yang diceritakan, semasa dia di atas pokok, ayah aku duduk dalam posisi yang stabil tapi tiba-tiba dia merasakan seperti ditolak kuat dari belakang sehingga hampir jatuh. Ayah aku sempat berpegang pada dahan sebelah kiri tapi merasakan seperti disepak kuat pula pada tangan sehingga jatuh dari pokok tersebut. Tumit kaki kiri ayah aku terkena batu sehingga rata tak nampak tumit dan tangan ayah aku patah disebabkan oleh itu .

Ayah aku dah lama tau dah yang dia ni benci sangat dengan ayah aku. Apa yang salah pada ayah aku pun tak tahu. Sewaktu ayah aku sakit, si A ni tak datang langsung untuk menjenguk ayah aku di rumah. Ayah aku tak boleh jalan disebabkan tumit dia. Jadi ayah aku banyak cari orang untuk sembuhkan kaki dia supaya boleh jalan semula. Ramai yang dia jumpa tapi tidak sembuh juga sehinggalah ayah aku pergi berubat di pedalaman kampung orang asli di Batu Pahat, Johor.

Kata orang tersebut, yang tolak ayah aku jatuh adalah tiga beradik iaitu along, alang, angah (jin belaan si A). Patutlah dia beria sangat suruh ayah aku ambil rambutan, ada niat lain rupanya. Orang asli tu cakap “dah teruk sangat dah kaki ni, boleh ketuk dengan hammer ni & apos”. Ayah aku dalam diam risau je. Tapi sebenarnya orang asli tu bertukar seperti harimau dan menjilat tumit dan sehingga harini Alhamdulillah ayah aku boleh berjalan tapi seperti apa yg pernah aku bagitau, tumit dia jadi rata dan jalan agak sedikit aneh.

Ayah aku tak faham apa sebenarnya dia benci sangat dekat ayah aku sampai dia buat macam tu. Macam dia nak halau je kami ni keluar tapi benda ni dah lama berlalu dan kami pun dah lama berpindah pada tahun 2005 selepas kelahiran adik bongsu saya. Si A ni dah meninggal dah. Anak dia ada jemput dan dia wakilkan anak dia untuk mintak maaf atas segala apa yang si A ni pernah buat semua tapi ayah aku maafkan aja la walaupun benda ni memang meninggalkan kesan.

Maafkan ye kisah yang aku ceritakan ni pendek je. Kalau korang suka, nanti aku ceritakan tentang aku pasal bunian ye..

eyka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

9 thoughts on “Angkara Tuan Rumah”

  1. cerita sedikit berterabur kalau tengok ayat2 yg ditaip..
    Kisahnya begini. Si A ni pagi, siang, petang, selalu suruh ayah aku untuk ambil

    pagi,siang,petang…apa benda…

    Tapi sebenarnya orang asli tu bertukar seperti harimau dan menjilat tumit dan sehingga harini

    sehingga harini apa???? tergantung…

    senang cerita,kau boleh g repeat paper bahasa melayu SPM

    Reply
  2. kesembuhan dtg hanya dgn izin Allah.bkn kerana jelmaan harimau yg jilat.makhluk xde kuasa.bleh jatuh syirik.apa2 pun cite ni best

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.