Assalamualaikum…saya nak kongsi pengalaman seram saya 7 tahun yang lalu,tak berapa pandai nak bercerita,harap maaf kalau bahasa tu tak kena dengan cara saya sampaikan cerita ini.
Kisah ini bermula selepas aku habis cuti tanpa gaji kerana balik kampung untuk jaga mak aku yang uzur, dalam masa yang sama aku baru sahaja selesai kes perceraian antara aku dengan suami.
Sebenarnya aku bertugas di negeri asal ku di Pantai Timur, tapi atas permintaan suami yang berharap aku pindah ke KL aku terpaksa turutkan, tak sampai setahun aku pindah ke KL, suami aku wat hal dengan betina lain sebab tulah aku bercerai. Oleh kerana selama ini rumah yang aku diami itu milik mak mertua, maka aku terpaksa mencari rumah lain untuk melangsungkan kehidupan aku dan 3 orang anak-anakku.
Puas cari rumah sewa, tanya sana, google sini, akhirnya aku dapat iklan dalam Mudah.com di Sri Kembangan dengan tawaran harga yang berpatutan dan fikir aku, oklah daripada tunggu dan cari lagi, silap-silap aku kena buang terus sebab cuti aku dan hampir berakhir dan nak tak nak aku kena jugak dapatkan rumah ni ! fikir aku…Bertemankan anak sulungku yang perempuan Bella yang pada masa itu 10 tahun,adik-adiknya, Fawwaz 8 tahun dan Aeril baru setahun lebih, inilah pertama kali aku memandu dari kampung halamanku ke Kuala Lumpur sendirian yang mengambil masa 8 jam dri sana ke KL atas sebab tinggal berapa hari je untuk aku lapor diri balik, terpaksa aku gagahi jua.
Kebetulan abang akupun ada di Kuala Lumpur masa tu baru 2 hari dia ke KL, sebab ada urusan dengan adik ipar dia, nilah akibatnya nak jalan jauh tak plan betul-betul..kalau tak,tentu boleh konvo sekali dah ngan dia. Bila aku sampai Kuala Lumpur abang aku call dan ajak singgah dulu ke rumah ipar dia,akupun terus pergi dan jumpa dia kat sana.
So lepas selesai makan-makan semua, aku ajak abang aku cari lokasi rumah yang nak disewakan tu (sebab aku ni bab jalan ni memang susah sikit,nak pergi mana-mana guna garmin masa tu tak famous lagi waze) bimbang kalau pergi sendiri walaupun ada garmin,aku tetap cepat cemas kalau silap amik lorong ke ape.
So kami pergilah dua buah kereta dan last-last sampailah rumah tu, tuan rumah dah tunggu dengan anak-anak dia, aku pun mula meninjau-ninjau rumah sewa tu, aku tanya pandangan abang aku, dia kata ok je sebab luas. Kemudian aku tanya pandangan anak-anak aku dan diorang suka, aku pikir ini dah cukup selesa dah untuk aku dan anak-anak. Lagipun waktu dah hampir senja masa tu, aku serahkan deposit dan terima kunci lalu aku terus mulakan operasi angkut barang masa tu dah malam dah aku punggah barang yang tak banyakpun,hanya bawak satu boot kete je, lagipun rumah tu dah full furnished, abang akupun tolong apa yang patut, so amik masa kejab jelah kemas.
Maghrib pertama aku kat rumah yang baru aku sewa tu,rumah tu rumah kedai…bawah kedai tepi tu naik tangga ada belah kiri dua pintu untuk masuk ke rumah masing-masing, aku rumah di pintu yang hujung tu..tapi sunyi sebab dia deretan belakang yang mengadap macam hutan dan bukit bukau sikit..tidak jauh dari Equin Park dan 2km ke Giant, kebetulan masa tu orang semua cuti tak ingat plak aku cuti ape tapi ramai yang balik kampung dan tutup kedai. Abang aku lepak-lepak sampai jam 9 lebih rasanya lebih kurang camtulah,dia pun beransur pulang ke rumah adik iparnya di Cheras, wife dia ada kat sana so tinggal lah aku dengan 3 cahayamataku. Rumah tu luas, 3 bilik dan 2 bilik air,lengkap tiap2 bilik ade katil dan almari,sofa, meja makan dan peti sejuk semua disediakan tapi tingkap dan pemandangan rumah tu tak menarik sebab nampak lori yang parking dibelakang bangunan kedai yang bloknya berhadapan dengan blok yg aku duduk, blok aku ni blok paling belakang dan pintu keluar rumah berdepan dengan semak dan berbukit sikit so memang tak adelah kenderaan lalu-lalang sangat. Selepas aku dan anak-anak semua mandi,kami semua pun masih kenyang lagi sebab melantak kat rumah adik ipar abang masa kami singgah awal tadi,dah makan kat sana so kami dah penat jalan jauh dan punggah barang..so aku pun masuklah bilik utama bersama-sama anak-anak, katil dia cukup besar dan muat aku tido berempat, aku padamkan lampu dan bukak kan sikit pintu bilik tu supaya cahaya lampu dari ruang tamu kelihatan sikit nanti takdelah gelap sangat,masa tu dalam jam 11 lebih kot. Sebab dah terlampau penat aku lena je tido hinggalah jam 12 lebih kurang macamtu aku dengar dentuman pintu dihempas kuat (pintu utama rumah tu door stopper dan fungsinya supaya daun pintu tidak bergeseran pd dinding dan supaya tidak tertutup dengan kuat ala..benda tu yg macam kita masuk bilik doktor tu kan ade benda tu kat atas daun pintu)sepatutnya pintu tu tak akan bunyi kuat camtulah sebab dah ada door stopper tu, ni bunyinya macam orang hempas pintu.
Aku ni memang telinga lintah,aku cepat tersedar,apelagi bunyi kuat giler camtu, masa aku dengar tu aku pelik…bunyi tu kuat sangat macam bunyi pintu rumah ni,tapi macam tak logik sebab tak dengar tapak kaki sesiapa pun masuk,dan mustahil tuan rumah tu pedajjal aku,bagi kunci pada sesiapa ke (fikir aku sendirian) pastu aku pun think positive,maybe jiran yang sebelah ni kot (walau hakikatnya aku lalu tadi memang tengok mangga besar dikunci,seolah-olah bercuti panjang atau balik kampung) aku pun cuba untuk sambung tido balik, elok je mata ni nak lena balik,aku dengar seolah-olah plastik makanan yang berada kat atas meja makan kat ruang tamu tu diusik-usik,seolah-olah macam orang tengah bukak plastik tu cari makanan..meriah sangat bunyinya dan atas meja tu memang ade pun kuih-kuih sikit yang dibekalkan oleh adik ipar abang aku dalam plastik, masa aku singgah rumah dia masa mula-mula sampai KL tu. Aku terus bangun intai dari pintu bilik mana tau kot-kot betul ade orang, bila aku intai…takde pun…dan plastik tu elok je macamtu kedudukannya..heran,bunyi tu tepat dalam rumah ni, aku tak tau ape nak buat, nak keluar bilik ke tgk sekeliling..mmg tak lah jawabnya, elok mata dan badan penat jadi segar bugar kerana takut,akupun baring balik dan seingat aku langsung aku tak boleh lena malam tu sedar tak sedar dah azan subuh, aku masih tak berani nak kluar dari bilik tu untuk ke bilik air,kul 6.30 baru aku berani bangun untuk amik wudhuk tu pun lepas dengar macam orang bawah alih lori semua baru aku berani keluar bilik amik wudhuk kat bilik air bagi mengerjakan solat subuh.
Tamat kisah malam pertama kami kat rumah tu, siang hari tu bila anak-anak dah bangun tido,aku keluar bawak diorang gi breakfast dan cari barang-barang sikit macam penyapu, sabun dan beberapa barangan lain. Hari tu hari ahad, esok dah isnin dah kena lapor diri, aku pun memang suka wat keje last minute,cuti dah nak habis baru kalut nak datang KL tambahan pulak aku belum dapat rumah masa dalam tempoh bercuti tu,kepala aku mula pening mana aku nak cari pengasuh anak bongsu aku, pukul berapa esok nak gerak ke sekolah anak-anak aku dan selesaikan urusan pindah balik ke KL (anak-anak aku bersekolah di sekolah lama, di Cheras sebab selepas bercerai dengan bekas suami aku belum lagi sempat untuk proses tukar sekolah diorang,yelah aku cuti pun balik kg aku,dan anak2 aku tumpangkan sementara di sekolah kat rmh mak aku,lepas cuti panjang anak-anak aku tukar masuk balik sekolah lama diorang) banyaknya aku nak kena selesaikan, tentang anak kecik aku lagi,aku tak nak aku silap cari pengasuh nanti dideranya anak aku, so aku tak nak tanggung risiko..sebab harta aku hanya anak-anak je.
Ok balik semula kisah aku kat rumah tu tup tap tup tap dah masuk senja balik, lepas maghrib tu aku terus bawak anak-anak aku keluar makan plak, jalan-jalan area situ dan balik dalam jam 9.30 lebih kurang…aku pun kemas-kemas sikit barang-barang dalam rumah,baju-baju tak sempat susun dalam almari lagi, tiba-tiba anak aku Fawwaz datang berbisik “Ibu…ade hantu tengah belek-belek kain baju kita kat dalam bilik tu” katanya matanya menjeling menandakan dia tuju pada bilik tgh..(anak-anak aku jenis hijab terbukak sikit) aku tanya, “sekarang ‘dia’ masih ade lagi tak abang?” aku tanya anak aku,dia hanya berwajah cemas dan menganggukkan kepala tnda ‘ya’ aku tengok semua kain yang tersusun tadi dah macam jatuh daripada susunannya ,tapi aku tak nampak apa-apa cuma aku dah start meremang bulu roma seluruh badan dah…aku kuatkan hati pikir,tak ade ape…anak-anak ni silap pandang..aku ke dapur untuk cuci mug lepas minum tadi,tiba-tiba anak aku jerit lagi dia kata “Ibu…ade hantu tu” jerit Fawwaz lagi,dia mula panik dan peluk belakang aku, kali ni bukan Fawwaz je, si adik, si Bella semua dok berpelukan dari belakang aku. Aku tnya “ape lagi ni,nmpk ape?” dia ckp “hantu..hantu hodoh,muka dia mcm terkopek-kopek dan mmg sangat hodoh,kuku dia panjang,baju putih dia buruk dan ade mcm kesan darah-darah, dia macam belek-belek je barang make up ibu..” jelas Fawwaz lagi,aku ni dah mati akal nak wat keje terbantut sebab anak-anak aku nampak itu ini,semua dok berbaris belakang aku sebab takut. Aku ni dahla penat masih tak hilang lagi, aku je sorang yang dewasa kat situ, takut macamana pun aku mesti beranikan diri demi anak-anak aku. aku cakap kuat-kuat (acah berani depan anak-anak) “woi…kitaorang tak kacau engko, engko takyahlah kacau kitaorang.. aku sound hantu tu (dalam hati aku,aku mintak ngan Allah jangan bagi aku nampak bagaimana rupa depa, aku tak kuat, setakat bunyi-bunyi tu aku masih boleh bertahan) aku kena tunjuk kat anak-anak yang aku tak takut benda tu kalau aku tunjuk lemah, anak-anak aku pun tentu tak kuat.Pastu aku sambung balik ke dapur..kejab tu si adik nangis tunjuk kat coffee table,aku tanya”Nape syg?..” “akut-akut..” (cakap dia yang masih pelat-pelat sikit)tu je yg dia ckp sambil nangis dan tunjuk atas meja tu, Fawwaz cakap hantu atas meja tu hantu gemuk katanya, badan dia berlipat-lipat katanya..aku takleh imagine macamana rupa nya yang aku tergambar icon tayar Michelin tu toyol gemuk lemak bertingket-tingket tu..aku jadi lagi cemas sebab dah macam-macam geng hantu dan keluar untuk ganggu kitaorang, aku buntu sangat, aku pun bacalah ayat qursi kejab je ok pastu datang balik.
Aku amik phone aku pasangkan yasin kuat-kuat, Fawwaz yang pegang phone tu, mula-mula ok je tapi lepas tu terus senyap terus phone aku, aku cakap nape plak ni..aku amik phone tu aku cuba mainkan list audio yang lain, bila time lagu rancak boleh plak keluar suara, tapi pasang je quran jadi mati suaranya…aku dah gelabah dah banyak ekor dah ni..lagipun malam makin menyusul ke tengah malam, aku memang malas nak ganggu abang aku, sebab dia pun tentu penat sebab nak gerak balik ke kg semula so aku call jiran lama aku, aku panggil Che Wan (che wan ni dah berumur dalam lingkungan 50an orang penang tapi dialah yang jaga anak-anak aku dulu transit bila balik sekolah) aku cite kat dia, tolong kami…dia kata datanglah mai tido rumah kami.
Aku kemas-kemas baju aku,kain baju anak-anak serba sedikit kunci rumah dan terus naik kete,sambil mulut aku tak henti baca ayat qursi..naik je kete,aku terus lock dan drive kat area yang nampak crowd sikit barulah aku berhenti untuk tinjau jalan yang harus aku amik, bukannya mahir aku ni bab-bab jalan. Perjalanan daripada Sri Kembangan ke Cheras tu sepatutnya takdelah jauh sangat,tapi aku jadi sesat sampai pusing tempat sama 3 kali padahal ikut je signboard, gps pun hado sampai-sampai dah nak masuk kul 1 pagi aku sampai rumah jiran aku..malam tu kami tido lena. Esoknya aku terpaksa amik MC sebab dh kena gangguan,pakaian pun hanya setakat persalinan tu je, anak-anak pun tak settle lagi. Aku bincang-bincang ngan Che Wan, sebab aku dah buntu..tak tau macamana nak selesai hal ni,masa dah singkat,so Che Wan ni pun ajak aku gi cari sekitar Cheras tu mana ade rumah untuk disewa,memandangkan dia dah dah lama kat area tu, aku ikut dan rasa bersyukur kerana Allah hantarkan seseorang untuk bantu aku.. aku call tuan rumah dan ceritakan ape yang aku dan anak-anak alami, tuan rumah tu Kak Ita namanya, dia ckp rmh tu baru sebulan kosong, sebelum ni rumah tu disewakan kpd seorang lelaki yg dah beristeri, tapi isteri dia keje kat JB, so dia tggl sorang-sorang kat rmh tu katanya, tapi dia memang jarang ada kat rumah, cumanya dia takde pulak mengadu apa-apa pada tuan rumah.Pelik..tapi mungkin sebab tu kot dia jarang ada kat rumah, dan mungkin sebab tu jugak kot dia tak lama menyewa di sini, dah tentunya dia takkan mengadu kat tuan rumah tentang rumah berhantu tu sebab dia lelaki, takkan dia nak ia kan perasaan takut (fikir aku sendirian).
Petang tu aku dah gelisah, takkanlah nak tumpang lagi malam ni kat rumah org, aku cakap “Che Wan..temankan kitaorang untuk malam ni boleh?” dia kata “tak payahlah balik dulu, tido dulu sini… nanti kita sama-sama cari rumah lain,mesti akan ade nanti” So aku ikut je, esoknya sambung lagi MC aku(nak cuti lagi macam tak bestlah sebab dah banyak bulan aku cuti tanpa gaji)..cari-cari jumpalah tak jauh daripada blok Che Wan.Rupanya Che Wan contact orang tu yang dah sewa rumah tu tapi dia belum masuk menetap kat rumah tu lagi,hanya bawak masuk perabot dan hias dulu sebab dia menyewa awal supaya lepas dia nikah dah tak ade masalah nak cari rumah..so aku diberi peluang beberapa bulan je untuk tinggal di rumah tu sementara tempoh yg ade aku kena cari rumah lain. So akupun setuju lah janji aku bayar sewa kat dia. Walaupun aku dah rugi dengan deposit dan 2 bulan kos sewa rumah kat Sri Kembangan tu, tapi aku rasa lebih selamat,takkanlah aku nak duduk lagi dalam keadaan ketakutan, mungkin aku tak nampak..tapi kesian anak-anak, rugi duit takpelah demi untuk anak-anak,fikirku..
So petang tu kami pun menyusur balik ke Sri Kembangan untuk kemaskan dan amik semua barang-barang kami dan pindah. Sampai sana,kami terus naik tanpa hentikan enjin kete, masa tengah punggah tu si adik sedang lena atas baby seat nya so Fawwaz dan Bella dok sibuk tolong ibunya ni angkat barang, diorang sebenarnya dah mula Nampak ‘something’ tapi diorang tak bagitau lagi sebab perasaan takut sangat masa tu rasanya.
Oleh kerana aku dah sedia maklum rumah tu ‘berpenghuni’ so aku kejutkan si adik dan pimpin dia naik atas so ape-ape jadi depan mata, takdelah dia sorang-sorang kat dalam kete tu. Masa dah bawak turun barang-barang tu, aku angkat si adik naik atas dengan botol susu dia kat mulut masih mamai-mamai lagi, aku letakkan dia dekat ruang depan sebelum masuk ke rumah. Si Bella dengan Si Fawwaz tengah tergesa-gesa mengangkut barang-barang turun dan muat ke boot kete. Tiba-tiba si Bella yang tengah angkut bekas besar berisi sabun tu ke bawah (sabun jenis serbuk tu dah siap-siap masukkan dalam Tupperware supaya senang nak guna) tiba-tiba je dia menjerit aduh pedih ibu pedih! aku dengar rintihan dia cepat-cepat aku turun dan dapatkan Bella, aku tanya dia nape?dia cakap masa dia bawak bekas Tupperware sabun tu tiba-tiba penutup dia terbukak dan semacam ade yang hembusan angin menerpa ke mukanya membuatkan sabun tu terus masuk mata dia, aku tak pikir panjang, dan rasa sangat sakit hati sebab ni dah gurau kasar namanya dan yang kenanya anak aku! Dasar hantu laknat! tanpa pikir panjang aku amik bekas air besar kat boot kete, lalu berlari naik atas dan beranikan diri masuk rumah tu untuk isikan air disinki dapur,kali ni tak sama keadaan dengan kali pertama melangkah masuk ke rumah tu dengan tidak tau apa-apa tentang rumah tu, kali ni memang jantung ni 3 kali ganda laju dari biasa dan masa tu Allah je yang tau aku rasa jantung aku ni dah tak berhenti bergedup kencang giler..then aku rasa aku dah sesak nafas sebab terlampau takut..lama plak rasanya botol tu nak penuh,penuh je air tu aku laju je lompat turun anak tangga, nasib baik tak jatuh… sampai bawah tu aku terus tu siram mata Bella dengan air tu dalam kepala otak aku ni ‘blur’sebab aku masih dihantui rasa takut lagi masa aku naik balik untuk amik air tu, kenapa aku takut sgt?mana taknya…masa aku tengah isi air tu siap suara perempuan menangis kuat giler..seolah-olah menangisi kami yang akan terus pindah keluar dari rumah tu, dan suara tu betul-betul bunyi bawah meja makan yang berada di belakang aku masa aku isi air dan bunyi tu makin hampir dan hampir dengan aku..maunya aku tak takut! suara tangisan dia terngiang-ngiang lagi dalam kepala otak aku ni.
Aku terus siram air tu sampai kosong bekas besar tu aku tuang kat mata Bella. Aku tanya Bella..nape tak tutup ketat-ketat dulu bekas tu tadi?Bella jawab..masa dia angkat tu sebelum sampai ke boot, penutup Tupperware tu tiba-tiba terbukak sendiri dan masa tulah dia rasa angin bertiup ke mukanya.,aku tau itu sah-sah perbuatan hantu jembalang,setan laknatullah tu.
Aku bagitau Bella suh tunggu je kat bawah, lagipun memang tak jauh pun dari tangga tu boleh nampak dia kat bawah..aku suh Fawwaz tunggu luar rumah dengan si adik…biar je aku sorang masuk dan pastikan semua barang dah bawak keluar, takut tu memanglah takut tapi aku tak sanggup plak nak biarkan anak-anak aku ketakutan, aku bertanggungjawab pada anak-anak aku, tak ingin aku anak-anak aku tempohi lagi sebarang kejadian dalam rumah puaka tu..
Aku rasa aku tak sempat pun nak check ke semua bilik dalam rumah tu, aku seluk je poket seluar dan keluarkan kunci dan terus tutup pintu rapat dan terus kunci. Elok je aku tarik grill rmh tu kedengaran si adik menjerit dan nangis sekuat hati, aku terkejut giler tengah aku dok gabra nak kunci rumah tu cepat-cepat, tiba-tiba dia plak meraung…masa tu Bella terus naik dan peluk adik dia, Fawwaz plak himpit belakang aku umpama ketakutan…Bella cakap ibu…jarinya lurus menunjuk ke arah anak tangga yang merupakan satu-satu jalan keluar dari rumah tu dan dia bersuara ibu..tu..tu.. aku tak pasti apa yang ada di depanku masa tu.. aku tarik anak-anak aku yang 2 beradik tu, sambil sebelah dukung si adik, sebelah merangkul yang 2 beradik tu aku ikut je anak tangga tu sambil azan sekuatnya..dah tukar ke peranan lelaki dah jab aku masa tu terpaksa azan supaya benda tu lari.. berulang-ulang aku azan tanpa henti..lagi kuat aku rasa bulu romaku berdiri tegak,lagi kuat aku baca hinggalah berjaya turun dengan selamat..syukur Allah lindungi kami dari perkara yang tak diingini.
Aku terus suh anak-anak masuk kete…aku capai barang-barang yang belom masuk boot, aku masukkan dan berlari masuk kete dan lock je dari dalam..masa tu semua diam je kerana takut yang amat,dengan si adik pun terjegil mata dia mungkin sebab masih ade lagi bayangan makhluk tu.
Dok dalam kete, aku bukak mp3 ayat-ayat suci dan aku tenangkan diri dulu sebelum nak drive, sebab aku memang kadar denyutan jantung tu masih laju sampai menggigil-gigil tangan pegang stering. Anak-anak aku yang 2 beradik tu dah tutup muka dengan tapak tangan masing-masing, jelas aku lihat dari cermin belakang, mungkin ‘benda’ tu masih ade di situ. Bila dah keluar dari area tu, aku pun tanya Bella “Kakak..ape yang dekat tangga tadi yang kakak nampak tu?” sambil dia menahan nafas sebab terlampau takut “Ade hantu, dia pakai baju putih, tapi comot, rambut dia panjang, kusut dan mengurai, matanya besar dan menakutkan, gigi dia macam jerung tajam-tajam, dia pandang je kat kita bu sambil tu dia merangkak menaiki tangga” jawab Bella “dia berdengus dan suaranya macam marah, sebab tulah adik takut ibu..” sambung Bella lagi. “Aa..ah ibu…baju yang dia pakai tu ada darah kan kak?” si Fawwaz mencelah. Bella hanya menganggukkan kepala. “Gigi dia tajam-tajam dan mukanya keluar ulat,” ujar Fawwaz lagi. “Aaa..ah camtulah rupa dia bu”jawab Bella.
Aku rasa mcm nak pandu 200km sejam lepas dengar anak-anak aku bercerita masa tu, rasa nak bawak anak-anak jauh dari makhluk laknatullah tu. Tengah-tengah jalan tu Garmin aku tiba-tiba macam hang pastu jammed tak boleh click ape-ape. Aku pun tawakkal lah balik tanpa garmin, tanpa gps..walau apapun aku panjatkan syukur pada Ilahi kerana kami dah bebas daripada ‘Rumah Berpenghuni” tu..harap-harap tak ade yang mengekori jelah itu je harapan aku dan aku terima ini sebagai ujian dalam hidup untuk membesarkan anak-anak sendirian. Semasa aku asyik mencatatkan kisah ini,bulu roma aku tak henti-henti meremang…orang kata hantu ni dia tak boleh dengar bila kita bercerita tentang dia..harap dia takde ziarah aku jelah, biarlah dia ziarah korang pulak sebagai pengalaman buat korang yang belum melalui alam mistik ni.
Kisah ini telah lama berlalu..kini anak-anak aku Bella dah masuk usia 15 tahun, Fawwaz 13 tahun dan Aeril 6 tahun. Korang kira sendirilah dah berapa tahun berlalu. Sehingga kini kisah tu tetap menjadi ingatan kami. Bila aku tanya anak-anak aku “Ingat lagi tak masa kita kat Sri Kembangan dulu?” “Ye…ingat, hantu yang muka penuh berulat, bertaring..” jawab Fawwaz..ternyata ingatan itu tetap segar dalam ingatan walaupun kami tak ingin mengingatinya. Kisah ini kisah yang benar-benar aku alami dan bukan rekaan semata-mata…banyak lagi aku lalui kisah seram tapi rasanya inilah yang terseram dalam koleksi pengalamanku yang lain huhu..
Apapun aku syukur sangat walau sebegini ujianNya, masih ada yang sudi bantu, aku takkan lupa jasa jiranku sampai hayat. Moga Allah panjangkan mereka..
banyak sgt ayat yang berulang2, too much unnecessary details, taktau nak cakap. pening baca sbb banyak part yg repetitive. dan mcm ulang2 cakap ayat sama nak emphasize pada bahagian yang tak penting.
contoh: part bagitau dah makan dkt “rumah adik ipar abg masa singgah rumah dia awal tadi”. lepas tu bagitau lg adik ipar abg bekal kan kuih “masa singgah rumah dia masa sampai KL tadi”.
contoh lain: part explain pasal sekolah anak. ayat belit2 pening.
ok lah. tu je komen. berpinau dah ni. overall cerita ok. tp penceritaan needs some improvement and lots of practise.
kau ni cikgu bahasa melayu ke ?sibuk sangat nak komen itu ini .biar lah dia .dia nak share je cerita dia .tah2 dia banyak kerja nak buat .alahaiii.bukan dia nak buat novel pun nak kena betulkan semua tu
betulll
betul tu
Sorry caca buat awk baca berulang2, sebenarnya masa karang tu sy stop sekejap utk kerja2 lain, kemudian smbung balik, ade yg kadangkala sy edit balik perenggan atas sambung ke bawah dan last2 tu tertekan submit tanpa di semak..anyway sy pun mmg mungkin xsepandai org lain bila bercerita secara bertulis..harap maaf
Boleh tahu tak lokasinya? Kami nak cuba buat paranormal di sana..
rumah kedai area tmn equine, rmh tu mmg penyewa xlama stay
Seramnyaa. Alhamdulillah takda pape..
nice
sedihnye baca…xbley imagine bila smua buat sendiri…laki ko mmg jahat kak….semoga dia dpt balasan..biar hantu2 tu cekik bekas laki ko kak
kan penulis kata dia xpandai menulis..aku pon kalau bercerita, mmg ayat ;pusing2..jnji org fhm sudah..nk ayat bes2 baca novel ye..huu
alahai.. dh tu kalau tak pandai takkan selamanya nak tak pandai.. org ckp supaya boleh perbaiki.. bercerita dgn menulis tak sama.. bkn nak suruh ayat best mcm novel.. tp bagi tersusun dan cantik sikit memudahkan pembaca..
kecoh ahhhh
ye sy akn cuba perbaiki, in shaa Allah..terima kasih atas teguran
Hahaha sokong 😉
Tak semorang pandai menulis untuk bercerita.
Moh terima seadanya
Tq Rose atas sokongan anda
Tq mami atas support
cerita ni lebih kepada ketabahan seorang ibu tunggal. mmg besar sgt dugaannya. part hantu tu mmg seram. cuma ayat berulang2 so cerita jadi panjang unnecessarily.
Tq atas teguran mishachantek
kalau nak jalan cerita sedap dibaca, bacalah novel ye bukan sini. dah sah sah yg pos sini semua penulis amatur. ok la ni boleh je fham sekali pakej meremang dari awal smpi habis. btw kalau penulis baca komen ni, you are a strong mother. semoga sentiasa murah rezeki dan dilindungi Allah
Terima kasih atas doa sistur buat kami..moga Allah mbalasnya dgn 1000 kbaikan..
Menarik jalan cerita.
Penuh suspen.
Semoga kak Haila dan anak anak sentiasa kuat.
Btw, saya pon duduk dekat dengan Seri Kembangan juga. And tahu lah Equine dengan Giant tu katmana hehe :p
hahaha saya pon duk di equin skrg, sy pon rasa sy tahu kat mna.. sy takut kat apartment je. tp dia tulis rumah sewa atas kedai. sy rasa sy tahu. dekat je ngan apartment tu.
Terima kasih atas ucapan yg baik2..moga dirahmati Allah
Tq rose atas doa..
Best haila… Bukan nak kata seronok dengar orang kena gangguan tapi kagum kekuatan haila untuk anak2. Semoga anak2 kenang jasa haila dan berbakti untuk haila. InsyaAllah…
Terima kasih azie..moga ianya mnjadi doa yg tmkbul..amin
macam tau je rumah kedai ni kt mane…2km dari giant and equine park..jeng jeng jeng..
Tabah nya kakak ni..saya salute kak…..jalan cerita akk pun ok….cerita akk best…xde pun ayat belit2….boleh share lg kak
tq nony..
Cik Haila,
Semoga Allah murahkan rezeki Cik anak beranak dan diberi pahala berlipat ganda kerana bertungkus lumus membesarkan anak-anak.
Ex husband tu malas aku nak komen. Takde hotak punya orang.
Tq Juwita..Moga Allah bls seribu kbaikan atas doa sis…amin
Best!! I mean kisahnya best. Xcliche
Aduhhh .. sedihnya. Harap kakak sentiasa tabah utk besarkan anak². Cerita akak mmg seram tp sy lg sedih bila bayangkan susah payah akak nk menghadapi masalah sorang²😢
tq maimon..Alhamdulillah
Seramnye..trtnye2 gak kt mne lah rumah kdai tu..
Best je cerita dia..sebalik cerita mengambarkan ketabahan hati seorang perempuan walaupn berpisah tetap cekal Dan tabah harungi hidup dgn anak2..susah senang dgn anak2…xde Hal la ayat berulangpn hak penting ak mejiwai cerita akak Ni..terbaikkkk kak…semoga hidup bahagia selamanya..
Tq atas support ComOt_sEram
Teman pon mcm tau jer tempat ni…rasanya skrg dh penuh pendatang asing yg duduk kawasan tu…apa pon mmg tersentuh hati teman bila baca kisah akak ni…bayangkan slps bercerai dgn anak2 yg ms tu tgh kecil lg..dok uruskan semuanya sendiri…dgn gangguan dr makhluk halus lg…mmg betul2 tabah hati akak ni…mmg betul kata org..tgn yg dok hayunkan buaian ni boleh menggoncang dunia….kalo teman kt tpt akak ni pon dh mati sakit jantung…teman respek ngan akak ni…lantaklah apa org nk kata psl penulisan akak ni…aper nk malu kan…bkn semua org boleh menulis…mcm ni pon dh cukup bagus….teman doakan hidup akak sekeluarga dipermudahkan oleh Allah…amin
💆
Nasib baik lah aku ni jenis suka membaca tanpa skip.. ayat ulang2 ke, ayat belit2 ke, bagi aku ok je asalkn cerita tu sampai ke hati.. kira ok la tu penulis nk share pengalaman dia.. awal2 pun dia dh bgtau dia x pandai nk menulis cerita.. apapun, penulis seorg ibu yg tabah.. semoga Allah swt sentiasa merahmati hidup kamu sekeluarga.. aamiin
Terima kasih Aza…amin yra
lebih kpd sedih baca cerita ni. allahu .tabah nya akk hadap semua tu sorang sorang .kalau saya kat tempat akk, memang saya tak kuat .
Terima kasih pada yg beri sokongan, pada yang pening baca cerita tu saya mohon maaf dah lama karang dalam 2 tahun yang lps, ms nk hntr tu asyik tambah-tambah ape yg rs mcm xde beritahu , dan susunan agak kelam kabut..sorry ye kisah ni mmg dah lama berlaku..Alhamdulillah anak2 pun dh besar tapi pengalaman2 mistik tu banyak jgk yang nak dikongsi tggu admin siar nanti insya Allah..
tak tau nak rasa seram ker, sedih ker geram ke, seram tu dh tentu ler sebab hantu2, sedih pulak sbb semua ko kena hadap sendiri tu yg buat aku geram dgn ex somi ko tu…sebenarnya dia hantu dr hantu2 yg kacau ko anak beranak tu. kalau tak sebabkan laki ko curang sampai ko cerai tentu ko tak jumpa dgn hantu2 sri kembangan tu huhuhu
Betul tu opah kau…bercampur baur perasaan bila baca kisah ko dik
Terima kasih krn cuba selami keadaan ini yg hanya mnunaikan amanah Allah..shgga kni sy xde nak khwin lain krna serik dgn kgagalan rmhtgga dan takut anak2 tsisih…hrp semua yg membaca komen sy dipermudahkan segala urusan.
sis haila, rumah Kat seri kembangan tu katne ya. umah kedai yg Kat desaminium tu ke
Sya pun duduk rumah sewa dekat seri kembangan jgk…klau bley rumah kedai tu dekat berhadapan dgan petronas ke
Xperasan plak tapi xjauh dari jusco kalau xsilap…
Pangsapuri mawar kot…lot belakang sekali tu…berhadapan “bukit”…mmg gelap lorong tu, sebab atas “bukit” tu, ada jalan besor…pokok² penuh kat tebing tu…merimbun. lori² byk parking kat bawah. Bangunan pun mcm dah kusam…buruk…x der mentenen…cuba google map…bleh street view lorong tu…
Bkn pangsapuri ,tapi deretan rmh kdai..
X byk kisah yg dikongsikan dlm FS yg blh membuatkan aq meremang. Kisah ini betul2 membangkitkan rasa seram sewaktu membacanya. Inilah kenangan pahit yg x terlupakan oleh si penulis yg membuat aq merasa spt aq plk yg berada dlm situasinya. Walaupun byk perkataan yg tertinggal, tapi alhamdulillah, masih blh difahami.
Timo kasih atas sokonge demo..
Serammnya cerita siss tp masa yg sama sedih jg. Smoga sis dn anak2 terus kuat dn bhgia.. Aamiin
Terima kasih…Sisthur doa yg sama untuk awk
Aku respek la dgn ko Haila. Betul la orang cakap, perempuan ni lemah tapi bila pasal anak, boleh jadi kuat. Dah macam singa. Dalam keadaan lepas kena cerai, pastu ditinggalkan dgn 3 anak kecik, kena cari rumah bagai, kena pulak pengalaman seram. Aku rasa kalau ko tak kuat boleh jd gila. Bersyukur la. Tak semua orang boleh lalui pengalaman macam tu.
Setuju..kerana Allah itu Maha Mengetahui kelemahan hambaNya, dikurniakan anak2 sebagai tulang belakang utk bdiri teguh hadapi apa jua..
Seram bila di amati perenggan by perenggan. Tapi rasa marah lebih membuak-buak mengenangkan kehidupan akak terkontang-kanting berseorangan membesarkan Bella dan adik-adiknya. Semoga terus tabah dalam mejalani liku-liku hidup kak.
terima kasih atas ucapan yang baik2 jaszron…mungkin apa yang berlaku ini adalah bahagian yang sudah tertulis dalam hidup akk..redha dengan apa yang berlaku mungkin khilaf sendiri krn tlalu yakin suami xkan menduakan akk, sedangkan dunia ini hanya pinjaman, hanya Allah yang jua kekal abadi.
Pergh! Aku rasa kalau aku ada dalam situasi macam nie pun. Aku gedah jea demi anak-anak. Aku lagi rela tempuh daripada anak-anak yang kena tempuh. Biarlah orang nak cakap, malu jea lelaki terkencing dalam seluar sebab takut hantu ke apa. Yang penting anak-anak aku selamat.
Ye…bila seseorang itu jatuh, dia akan kuat dengan adanya insan yang dia saying di sisi, samalah keadaan ini, kalau anak2 takde dalam hidup mesti tak kuat nak hadapi semua ni…anak2 adalah harta yang lebih bernilai dari semua yang ada di dunia ni..
Ni cerita paling seram saya baca dlm FS sepanjang beberapa hari ikut baca kisah2 seram.. jalan cerita tu buat saya meremang bulu roma sbb teringat pengalaman sendiri berdepan dgn pocong kat rumah sewa dulu2. Saya yg dewasa ni pun seram, apetah lagi budak kecik..
ye bila kita dengar je cerita org lain kita akan dapat hayati bila kita dh pernah laluinya
sis haila, rumah Kat seri kembangan tu katne ya. umah kedai yg Kat desaminium tu ke
rumah tu tengah2 nak ke Giant dan Taman Equine tu dik…
eh! xde plk jelmaan elle kt sni yerk? huhuhuhuhu
Bila anak2 baca balik kisah ni, si Fawwaz tnya…xde mention pun psl dia kena ggit lps kua dri rumah tu..Allah lupa….kua dri rumah puaka tu dh berkali sesat sblum slmt smpai rmh jiran walaupun agak lewat,smpai2 je rumah jiran kami tu Fawwaz kata rs pedih2 blkg dia, selak bju dia blkg..amik kau berbekas ggi atas bwh…hantu punya hantu sgguh…dh lapo agknya ke mrh ktorg kua dri stu.. haha
Huiih..seram sungguh dan saya salute dengan anda yang bertabah menempuhi dugaan hidup ni.saya pernah melalui zaman membesarkan 4 anak sendirian,tapi alhamdulillah tak pernah lagi diduga dengan kisah seram,tapi saya setuju dengan komen diatas…bila kita di tekan,dilukai sebenarnya kita menjadi lebih kuat demi anak anak kita…takda apapun ketakutan didunia mampu meruntuhkan semangat kita kalau melibatkan keselamatan anak anak, tahniah buat anda kerana tabah dan berani memikul tanggungjawab besar ini.semoga anda terus dikurniakan Allah semangat sekuat waja dan dirahmati selalu.. Ammiiin 😘
Terima kasih atas dorongan…