As salam, aku nak kongsikan pengalaman awek aku ( sekarang dah jadi bini aku ) yang dirasuk saka. Ceritanya bermula apabila aku ikut family dia balik kampung sebab ada kenduri kawin sedara dia di batu gajah dan disusuli dengan aktiviti melencong makan angin ke pangkor. Kenduri berjalan lancar tanpa sebarang aktiviti atau perkara pelik berlaku , begitu juga semasa ke pangkor semuanya mengikut susun atur perjalanan.
Namun menjelang petang dan senja yang bakal berlabuh kami putuskan untuk mula kan perjalanan pulang ke kota damansara ( rumah parent awek aku) so dalam perjalanan tu pun masih tiada yang aneh berlaku sehingga lah perjalanan kami masuk ke kawasan setiawan kami berhenti untuk makan di gerai tepi jalan.
Seperti kebiasaannya kami order makanan dan selesai makan kami meneruskan perjalanan. Namun selepas 15 minit perjalanan awek aku mengadu sakit perut, pada aku yang baru kenal dia setahun je masa tu aku ingat sakit perut biasa so kami cari la stesen minyak terdekat. Lupa aku nak bagitau perjalanan ini melibatkan aku, awek aku, akak dia ( anak angkat) dan bf akak dia tu , mak dia ngan adik laki dia ( anak angkat), adik dia dan boipren adik dia so ada 4 lelaki dan 4 perempuan dalam sebuah alza.
Jumpalah satu stesen minyak ni kelihatan seperti tidak beroperasi ( mungkin cuti) tapi toilet nya lampu terbukak dan pintu tak kunci aku suruh la awek aku tu guna toilet tu. Keluar je dia dari toilet tu dia kelihatan lemah aku syak demam ataupun salah makan la kot , ternyata salah tekaan aku tu, rupanya ada yg dah masuk dalam diri dia.
Dia meronta-ronta dalam kereta tu dan aku masa tu walaupun belum sah nikah terpaksa la pegang tangan dia sebab kudrat dia masa tu bukan kudrat seorang wanita. Mak dia waktu seakan dah jangka perkara ni so dia tak la marah aku pegang tangan anak dia masa tu, so walaupun aku akui aku agak panik sebab pertama kali aku sendiri yg handle org kena rasuk macam ni , aku tetap tunjuk reaksi steady pegang dia agak kuat dan bacakan ayat kursi, ummul kitab, 3 qul dan diringi ayat ruqyah dari telefon bf adik awek tu, awalnya dia macam meracau dan kejap okay bila kami ulang-ulang bacaan kami demi bacaan sehingga lah dia sendiri sudah mula senyap dan tertidur dek keletihan buang tenaga meracau tadi.
Tapi bila bacaan ruqyah tu semakin ke penghujung dia celik mata terus meracau balik hingga kan tiba pada satu ayat tu bacaan ruqyah tu tersangkut , pada masa tersebut kami belum syak yang bukan-bukan jadi kami pasang balik bacaan tu dan bila tiba ayat tersebut sekali lagi tersangkut aku dan adik beradik dia yang lain dah syak benda ni mula kacau bacaan tu sebab kali ketiga kami pasang bacaan tu pada ayat yang sama tersangkut dan serta merta awek aku dalam pegangan aku tu tiba-tiba gelak seakan mengilai, aku masa tu dah mula nak berang sebab depan mata benda tu cuba ganggu ayat ruqyah tu jadi aku bacakan ayat kursi lalu aku hembuskan ke muka awek aku terus dia tertidur.
Kira-kira perjalanan dalam 30 km nak sampai ke kuala lumpur aku telefon abah aku tanya kot la dia ada kenal orang yang mampu selesaikan masalah tu malam tu jugak. Abah aku bagitau yang dia boleh cuba panggilkan kawan dia dari bangi untuk cuba selesaikan masalah ni so kawan dia dah on the way masa yang sama aku bincang dengan mak dia supaya balik ke selayang dulu rumah abah ibu aku sebab kawan abah dah dalam perjalanan ke selayang.
Setiba nya kami di selayang, kawan abah dah tunggu di dalam rumah, aku dan bf adik awek aku tu cuba mengangkat awek aku ni, agak memeranjatkan sebab amat berat untuk kami yang berdua mengangkat sedangkan awek aku tu lagi kecik dari aku dan rendah anggaran berat 45 kg dan tinggi dalam 158cm sahaja tapi terasa seperti mengangkat beban 100kg. Apabila masuk saja ke dalam rumah aku dia pun automatik celik mata seakan mengetahui kehadiran kawan abah aku tu.
Kawan abah aku mulakan dengan bacaan ayat quran , namun makin lama makin perlahan bacaan dia sehingga lah aku hanya nampak bibir dia berkumat-kamit tanpa ada sebutan yang keluar dari mulutnya. Aku mula sedar yang kawan abah aku ni bukan lah seorang ustaz, mungkin hanya seorang yang mahir ilmu silat kerana aku pernah lihat depan mata rakan di sekolah teknik aku dulu di kajang lakukan sama tingkah laku nya untuk memulakan langkah silat nya.
Kawan abah aku datang bersama dua lagi rakan nya untuk membantu, kawan abah aku mula menggerakkan jari dan melakar abjad jawi ke lantai dan peha dia sendiri sambil diperhati kan oleh 2 lagi rakannya yang turut sama mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu yang aku tak dapat nak sahihkan.
Kemudiannya kawan abah aku tu menepuk lantai ruang tamu rumah ku serta diikuti hembusan nafas yang agak kasar oleh dia dan rakan-rakan nya sehinggakan apabila diperhati dengan teliti seakan seekor kucing.
Aku tidak meragui apa perbuatan mereka kerana aku mahukan perkara ini selesai malam itu jugak kerana kesian kan awek aku yg tampak sangat lemah.
Beberapa minit berselang awek aku mula bersuara tapi dengan nada garau jadi aku dapat tangkap yang benda tu nak berkomunikasi dengan kawan-kawan abah aku tu. Lalu kawan abah aku tu bertanya ” siapa kau dan apa punca kau datang? ”
Jawab awek aku ” aku yang ditugaskan untuk menjaga dia dan keluarga dia ni ” maka terungkai la sudah persoalan yang bermain dalam fikiran aku sejak tadi.
” Kalau betul kau yang ditugaskan menjaga dia ni, kau bagitau siapa nama tuan kau ” soal kawan abah aku pada awek aku yang sedang dikawal oleh benda tu.
” Mansur ” jawab nya dengan nada tegas.
Aku dengan spontan melihat mak awek aku, dan mak awek aku pun terangkan yang MANSUR ni nama atok belah arwah ayah awek aku ni. Awek aku ni kehilangan ayah nya dalam beberapa tahun lepas akibat sakit yang dipercayai ada kaitan dengan beberapa perkara yang sulit untuk aku ceritakan.
Jadi kawan abah aku pun sambung tanya atas sebab apa dia muncul. ” Kedai yang dia ni makan tadi ada pelaris, jadi aku muncul hanya untuk mempertahankan dia ni ” jawab benda tu melalui awek aku , aku pulak masa tu dah termenung flash back keadaan kedai tu yang sebenar nya bila difikirkan memang agak pelik sebab kedudukan kedai yang sunyi jauh dari kedai-kedai lain dan hanya kami yang makan disitu.
Aku mula berfikir entah wujud atau tak kedai tu sebenarnya aku pun mula sedikit resah. Lalu setelah sahih punca kehadiran nya yang tanpa diundang tu, kawan abah aku pun mula bersuara agar benda tu keluar dari tubuh awek aku tu.
Seakan setuju awek aku tu mengangguk dan terus kembali tidak sedarkan diri dan kawan abah aku dan rakannya teruskan sedikit bacaan nya dan minta mak awek aku untuk renjiskan air supaya awek aku sedar. Kemudian dia minta abah aku sediakan sebaldi air dan lalu dia bacakan sesuatu yang pada aku seperti ayat al-quran dan kemudiannya menyuruh mak awek aku mandikan awek aku tu dengan air tersebut.
Awek aku pun sedar dan kelihatan waras tapi dalam keadaan yang amat lemah dek kerana ditumpang sesuatu yang besar dan kuat. Kawan-kawan aku juga ada 2-3 orang yang datang setelah aku hubungi untuk bersedia dengan apa-apa keadaan ada yang menasihatkan aku supaya amalkan sambungan ayat kursi hingga habis surah al-baqarah supaya semangat nya semakin pulih dengan izin ALLAH s.w.t .
Aku dapat rasakan yang kawan abah aku tu bukan lah membuang terus benda tu tapi hanya memintanya untuk tidak terus menerus duduk dalam badan awek aku tu sebab nya selang beberapa tahun aku berkawin dengan awek aku tu dan selang pula setahun kami kawin dia sekali lagi dibelenggu benda tu lepas kami selisih faham tentang sesuatu yang asalnya kecil tapi dek kerana benda tu rasa bini aku tu seakan terganggu maka dia mula untuk mengambil alih keadaan.
Aku yang dah mula baca situasi ni terus maklumkan pada mak dia ( lepas kawin aku terus tinggal di kota damansara dengan mak dia) walaupun pada mulanya aku dianggao bersalah mungkjn punca masalah ni timbul tapi aku tak pikirkan dulu pasal tu sebab aku pentingkan situasi sekarang ni dulu tanpa buang masa aku terus info abah aku dan terus hubungi kawan abah aku tu.
Sekali lagi kawan abah aku datang cuma kali ini di kota damansara dan seperti yang sebelum ini dia ada bawa 2 rakan nya untuk membantu. Juga seperti sebelum ni dia lakukan perkara yang sama
dan diakhiri dengan dia minta bini aku mandi air yang dah dibacakan ayat yang sama seperti sebelum ni. Alhamdulillah sampai lah sekarang keadaan masih terkawal dan tiada lagi tanda-tanda benda tu walaupun masih ada gaduh kecil tapi dapat diselesaikan dengan mudah tanpa ada sebarang gangguan.
Sekian kisah saya yang mungkin akan memberi sedikit pengajaran dan tauladan pada kita bersama.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
terbaik cerita ni
untunglah cik tunang dapat awak
kena hati hati lepas ini
Semoga isteri saudara diberi kesembuhan selamanya. Agak susah nak meramal keadaan jika emosi isteri saudara sentiasa stabil, dan emosi yg stabil lah yg kita harapkan sentiasa. Kena pesan pada isteri agar sentiasa berzikir dan membaca Al Quran kerana pada bila2 masa sahaja dia boleh diganggu.
Kedai makan tu ingat x area mana? Tempatnya mcm mana? Sebab sy org sitiawan
kenapa tak usaha buang je .
nanti melarat sampai cucu cicit pulak