Kak Ina Pengawal Keselamatan

Assalamualaikum semua. Kali ini saya kongsikan satu kisah yang biasa sangat terjadi di sekolah-sekolah. Cuma ini sekolah biasa, bukan sekolah berasrama.
Salam Perkenalan…

Kak Ina menjadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah kawasan pinggir pantai. Murid pun bukan ramai. Sekolah satu sessi je. Hari kedua Kak Ina bertugas, sekitar jam 5.30 petang, kawasan sekolah dah lengang. Hanya Kak Ina je yang ada. Guru-guru dah lama balik semua.
Tiba-tiba Kak Ina terdengar suara budak-budak bergelak ketawa. Kak Ina intai ke bangunan C, bangunan tiga tingkat. Nampaklah kelibat kepala budak berlari-larian dengan gembira sambil berkejaran. Ahhh…sudah, bebudak ni nak kena agaknya, Kak Ina mengomel. Kak Ina memang suka mengomel, ada je benda dia nak cakap. Dengan kucing pun boleh bersembang.

Kak Ina segera ke bangunan C. Kalau dibiar, buatnya jatuh tangga ke, terlompat dari koridor ke, jenuh nak berjawab. Suara budak-budak dua tiga orang tu semakin riuh.

Bukan main lagi kamu semua ya, bebel Kak Ina. Mungkin murid Tahun Satu atau Dua, fikir Kak Ina kerana hanya nampak sedikit je kepala mereka dari koridor tu. Budak-budak tu kan kecil je.

Kak Ina panjat tangga. Juga sambil mengomel. Lenguh tau kaki nak panjat tiga tingkat tu. Suara dan bunyi tapak kaki tetap riuh. Main polis sentri agaknya. Bila tiba di antara tingkat dua dan tiga, Kak Ina dah jerkah. Suara Kak Ina ni, kalau jerkah, sampai ke hujung padang pun boleh dengar.

“Kamu ni tak tau nak balik rumah ke?” Jerkah Kak Ina sambil menjenguk ke koridor, Ehhhh…. Mana pulak budak-budak ni. Tadi baru je suara mereka kat sini. Tak kan masuk ke tandas. Laju betul depa ni lari. Kedengaran suara ketawa dalam tandas pula, dan suara percikan air. Main air pulak budak-budak ni. Ni memang betul nak kena ni, bebel Kak Ina. Kak Ina laju je jalan ke tandas.

“Kamu semu……!!!’ Tak habis pun jerkahan dari mulut Kak Ina waktu masuk ke tandas.. ehh…kosong je. Semua tandas Kak Ina terjah, memang kosong. Tapi… percikan air di dinding, becak air di lantai??

Suasana sunyi sepi. Owhhhh… kamu nak berkenalan dengan aku ye, kata Kak Ina. Ok…”hai,,” Selamba je Kak Ina cakap begitu sambil turun, padahal dalam hati punya la kecut.

Kak Ina turun tangga sambil baca Ayat Qursi. Hingga tiba ke post pengawal, Kak Ina jalan dengan laju. Tak berani nak toleh. Bila tiba di post, Kak Ina intai ke bangunan C, dah tak nampak dah kepala bebudak tu, tak ada lagi suara gelak ketawa. Rupanya itu salam perkenalan kepada Kak Ina, pengawal keselamatan sekolah itu. Baru salam perkenalan tau….

Salam Mesra…

Seminggu selepas peristiwa salam perkenalan, Kak Ina seperti biasa akan pergi kunci jam ikut waktu yang ditetapkan. Jam dah menunjukkan pukul 6.15 petang. Sambil berbual dengan kucingnya, Kak Ina melaksanakan tugasnya.

Ada tiga tempat untuk dikunci jam. Waktu tiba di bahagian jam di kawasan pejabat, Kak Ina dengar riuh rendah bunyi kerusi meja di Tarik di tolak. Ehh… ada murid lagi ke kat tingkat tiga? Kak Ina segera naik. Niat hati nak suruh balik le. Mungkin Kak Ina tak perasan ada murid yang masih berada di kelas sebab sehingga jam 4.30 tadi ada aktiviti sukan.

Kak Ina ni sangat rajin, kalau murid-murid tu masih belum siap susun kelas, kononnya nak bantu le agar cepat siap. Bila tiba di tingkat 3, Kak Ina mengomel lagi. Bukan main bebudak ni ye, nak ngemas kelas pun, buka lah pintu. Tak le rasa terkedup sangat.

Kak Ina buka pintu kelas yang masih terdengar bunyi kerusi meja di sorong-sorong. Tappp…. Terbuka je pintu, terus sepi. Kelas kosong tanpa seorang murid pun. Kak Ina masuk ke kelas dan periksa bawah meja guru, dalam almari. Sah… memang tak ada sesiapa.

Jam hampir 6.30… terdengar pula bunyi tiupan rekorder dari bilik muzik. Ada murid buat latihan ke? Kak Ina segera tutup pintu kelas, dan bergerak ke bilik muzik, di tingkat yang sama juga. Depan bilik muzik, tiupan rekorder agak sayup-sayup. Pintu berkunci. Kali ini Kak Ina tak tunggu dah, nampak pula langsir dalam bilik muzik terselak perlahan-lahan.

Baik aku turun, kata hati Kak Ina. Kang diajaknya aku nyanyi dangdut kang, mau menanah telinga orang kampung.

Kak Ina segera turun. Selalunya kak Ina suka menyanyi-nyanyi kecil, kali ni lupa dah semua lagu. Nasib baik Ayatul Qursi tetap terhafal di lidah… itu salam mesra penghuni alam ghaib sekolah….

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Kak Ina Pengawal Keselamatan”

  1. mak aku dulu seorang jaga di sebuah sekolah. aku pernah mengikut mak aku selepas waktu sekolah. pernah satu hari tu aku nak ikut mak aku pergi clocking. sewaktu berjalan menuju ke bangunan2 kelas, entah kenapa kepala aku terasa ingin mendongak ke atas. dan ketika aku mendongak ke atas, aku ternampak seorang gadis lengkap memakai pakaian sekolah dan bertudung (melayu). kemudian aku pun memberitahu mak aku tentang keberadaan gadis tersebut. mak aku pn suruh aku mengabaikan saja. aku tanya ” kenapa budak tu tak balik lagi mak? Dia pandang kita je.” mak aku menjawab ” biarkan aje dia kat situ. tu bukan budak”. itu sahaja yg mak aku beritahu. kemudian aku baru tersedar yang aku lihat itu bukan manusia. setelah sampai ke tingkat 3 bangunan di mana budak tadi berada, aku lihat budak tu sudah tiada. tetapi sewaktu melalui susur tersebut kedengaran bunyi meja kerusi seperti ada orang di dalam kelas. mak aku suruh abaikan je. dan setelah siap clocking, kami terus turun semula ke pondok jaga. mak aku pun bercerita memang ada makhluk lain kat sini yang akan bergurau senda ngan kita manusia biasa.

    Reply
  2. ak pn prnh kne jg… time tu ak jd jaga kt pusat kegiatan guru(pkg),dpn ad msjd, 1 baris dr masjid, ad kdai mkn kelantan… prnh mse clocking point 2,nk ke point 3,blh lalu jln dkt, tp kne lalu tmpt cikgu2 mkn, and ad grill yg blh buka tutup tu, mmg pintu grill tu xprnh ditutup, pkl 11mlm da siap clocking, lalu tmpt cikgu mkn tu, balik post guard, minum kt kdai kelantan tu, pkl 1,dr point 2 nk ke point 3,jln, bukak pintu grill, clocking, balik post guard, tggu smpai plk 7,balik umh, bru ak tingat, spe yg tutup pintu grill kt tmpt cikgu mkn tu dlm mse 2 jam? and pkg tu mmg ad mahkluk lain yg tinggal hasil penceritaan guard2 lame…

    Reply

Leave a Comment