Assalamualaikum, nama aku siti (nama sebenar, tapi tak pernah orang panggil aku. So, selamat lah sikit.) Aku ni memang peminat tegar FS ni, hari hari dok membedal baca. Sampai ada cerita yang dah dibaca, aku baca lagi. Tapi silent reader only lah. Okay cukup takat ni, aku merepek.
Apa yang aku nak story ni, takde lah seram sebenarnya. Tapi lebih kepada pengajaran. Maaf kalau ayat aku tunggang langgang, sebab first time menulis cerita macam ni. Harap korang enjoy lah yee…..
Pembaca FS, kisah ni agak lama dah, tak silap aku dalam tahun 2000/01 kalau aku tak silap lah. Masa tu aku masih berumur 6 tahun. Masa tu aku masih anak tunggol, hahah. Sekarang berderet dah adik adik. Dulu perasan anak tunggal, sebab sampai umur 6 tahun masih takde adik. Sampai paksa ibu ayah bagi adik, sekarang terlebih ramai pulak. So dekat sini korang boleh tahu lah kan, aku anak sulung. Kami sekeluarga berasal dari selatan tanah air.
Kami sekeluarga ni hidup bahagia, macam orang lain. Ayah, ibu, aku, nenek dan moyang (masa tu masih hidup). Ayah masa tu cuma meniaga warung, meniaga nasi ayam. Ibu pulak kerani dekat syarikat pembinaan. Ayah meniaga dalam 3 4 tahun jugak lah. Setiap hari, jualan ayah laku. Ayah ada tempat dia sendiri, dia dikenali. Jualan dia tak pernah, tak habis. Alhamdulillah, makin hari makin maju. Sebab banyak kilang kilang tempah nasi ayam ayah, untuk lunch dorang. Selain itu, ayah ada regular customer sendiri. Ohh lagi satu, warung dia tu disewa ya.
Kisah bermula pada satu pagi, macam biasa ayah akan bangun pagi untuk sediakan bahan meniaga dia (walaupun masa tu aku masih kecil, tapi benda tu tetap segar dalam ingatan aku.) Tapi, pagi tu ayah lain. Biasa kalau aku kejut ayah, ayah akan bergurau dengan aku. Tarik peluk tuan puteri dia ni, dicium sampai puas. Baru dia bangun, mandi semualah.
Pagi hari kejadian tu, ayah bangun tak pandang aku pun. Hmm, memang pelik tapi sebab masih kecik. So abaikan jelah. Nenek aku, aku panggil mak yee gais. Mak tegur ayah “kau okay tak?” sebab masa tu ayah jalan ke toilet pun macam orang mabuk. Tapi ayah diam je, dia cuma cakap sakit sangat kepala dia. Okay, then ayah masuk toilet….
Ayah diam je dalam toilet, takde bunyi air pun. Dulu punya toilet, berasing kan. Sebelah bilik mandi, sebelah jamban. Tetibe ayah keluar, terus masuk jamban. Semua pelik dengan kelakuan ayah masa tu, dia masuk je jamban terus dengar dia menjerit sekuat hati. Pastu dia keluar balik, macam takde apa jadi. Tapi dia terus masuk bilik dan terbaring tidur. Aku terus call ibu dekat office, suruh dia balik (pakai telefon rumah okay, dulu takde smart phone bagai ni). Aku cakap ayah sakit, walaupun aku sendiri tak tahu ayah kenapa masa tu. Ibu sampai je rumah, terus meluru masuk bilik. Tetibe dari dalam bilik dengar ibu menjerit, berlari ke bilik tengok ibu dah pangku kepala ayah. Ayah pengsan.
Ayah dibawa ke hospital, menaiki ambulans. Bila siang, ayah okay. Macam takde apa jadi, puas doktor cari punca. Tapi bila masuk maghrib, ayah akan meraung sambil pegang kepala. Sakit sangat dia kata kepala dia. Habis panadol dia telan, tahap overdose lah. Kesian kalau diingat balik. Seminggu ayah duduk wad, tanpa diketahui apa penyakit ayah.
Tiba hari ayah discharge, ayah berjalan keluar dari hospital dengan kami dan dia selisih dengan satu orang tua perempuan. Dari loghat orang tua tu, macam dari sebelah borneo. Tetibe dia tegur ayah “apa anak bawak atas kepala tu nak?” ayah macam tak faham then abaikanlah. Tapi benda tu tak berhenti dekat situ, ayah cuba meniaga tapi tak boleh. Nasi satu periuk besar, habis basi. Kalau tak basi, berubah jadi kaca atau ulat. Bila makanan okay, takde satu customer pun. Pastu bila masuk maghrib, ayah meracau. Habis dia hentak kepala dekat dinding. Sakit sangat. Menangis ibu tengok. Macam macam ikhtiar, dari segala bomoh ustaz tak jalan pun. Malah, dua tiga orang yang ubat ayah tu meninggal. Allahu.
Ibu banyak cuti, sebab jaga ayah. Barang kemas habis digadai, kereta dijual. Kitaorang jatuh. Sedih dengan keadaan ayah, tapi tetap tak putus asa berusaha. Banyak tempat berubat kami pergi ni, semua kata ayah kena bomoh siam. Ditanam dekat warung ayah, dihantar personal untuk ayah. Semua gara gara sakit hati, perniagaan ayah laku. Allahu’alam. Semoga hidayah buat si pelaku.
Duit habis beribu, ke sana sini bawak ayah. Mana yang bgtahu, ada tempat berubat. Situ lah kami pergi.
Suatu hari ni, ayah teringat perempuan tua yang dia selisih masa dekat depan hospital tu. Ayah suarakan pasal orang tua tu dekat kakak dia yang aku panggil mak uda, mak uda ni kalau korang kenal boleh makan hati. Mulut dia, ya Rabbi lancang ke main. Aku yang anak buah dia ni pun, kadang kadang rasa nak cili je mulut dia. Jadi ayah, ibu, mak uda dengan pak uda usaha cari orang tua tu semula sampai jumpa (macam mana jumpa tu, aku taktahu lah pulak. Sebab masa kecik, tak minat nak tahu benda macam ni detail.) Aku tak ikut berubat masa tu, sebab kecik lagi ibu kata. Jadi aku, mak dengan moyang tunggu je dekat rumah.
“Kau takde orang lain ke boleh ubat kau? Orang tua sial tu jugak kau nak. Akak tak setuju kau berubat dengan dia, orang tua sial tu kau tahu tak.” aku dari dalam rumah dah dengar mak uda aku membebel dengan ayat pedas dia. Yang lain diam je, tapi tak disenangi pak uda. Suami dia lah. Rupanye, mak uda dah lama kenal orang tua tu. Tapi tak tahu lah kenapa mak uda benci sangat dengan orang tua tu, lgpun mak uda aku ni ada masalah orang tak boleh lebih dari dia. Dia ni pun ada masalah hati jugak ni.
Ibu dengan pak uda bawak ayah ke rumah orang tua tu semula. Tapi tanpa pengetahuan mak uda lah. Kang dia buat onar, pergi serang pulak. Dah lah orang tu tolong ikhlas. Haihhh, buruk buruk pun makcik aku jugak. Tarikh birthday sama. Hahaha. Ayah berubat sekali je dengan orang tua tu, terus okay. Tapi yang sedih, lepas berubat ayah. Orang tua tu pun, meninggal. Semoga syurga buat mu, atas kebaikan mu. Aamiiiin.
Kami dapat tahu, yang buat ayah owner warung tu jugak. Sebab ada aku bgtahu kan, ayah sewa warung tu. Owner warung tu sakit hati sangat sebab ayah punya nasi ayam tak pernah tak laku. Semua orang suka, tapi perniagaan dia tak jalan. Dia pun bukak kedai depan warung ayah aku. Ibarat dia restoran, dalam 50 meter dari restoran dia warung ayah aku. Sedangkan masa ayah masuk hospital, dia datang dengan manis muka. Siapa tahu, disebalik manis muka dia terselit seribu satu dendam.
Maaf kalau story aku tak seram, tapi korang ambik lah pengajaran. Kadang kadang kita tak rapat pun dengan orang tu, tetibe dia dendam dengan kita tanpa kita sendiri pun tahu apa salah kita. Kalau korang tertarik dengan kisah aku yang ni. In shaa Allah, aku akan kongsi kan satu lagi story berkaitan ayah aku jugak.
Org borneo klu jns pandai mengubat mmg power.
Betol
Sambung lg please!
Cerita best!