Seram Mendaki Gunung Ledang

Salam semua, tak pernah lagi menulis cerita cerita pengalaman sendiri sebelum ni dan dah lama tak menulis karangan sejak habis zaman belajar, kalau ada menulis pun sejak keje ni hanyalah tulis audit report, surat rasmi, board paper dan benda benda professional je. Anyway, tengah lepak2 makan kt jibril dengan isteri ni, tetiba teringat kisah masa camping di gunung ledang masa zaman belajar kolej dulu. Takde la seram mana pun, ingat2 lupa dah.

Masa tu aku komander unit kadet bomba sebuah institusi pengajian di johor, dekat je kolej dengan gunung ledang tu, biasalah bila cuti semester ada je kegiatan camping, opkim(operasi khidmat masyarat) dan tah apa2 lagi.

Kisah kali ni adalah kejadian yang berlaku semasa salah satu cuti semester, masa tu baru lagi satu semester jadi komander, kira komander junior lah, pergi aktiviti mendaki gunung ledang dengan lebih kurang 30 orang anggota biasa, komander senior dan beberapa jurulatih, lelaki tak sampai 10 orang pun, yang lain semua perempuan. Tapi macam biasalah bila camping ni, lelaki perempuan, semua muda zaman tengah nak naik, ayat mengayat sesama peserta tu adalah kelaziman, lagi lagi orang ada pangkat sikit ni, senang sikit nak mengayat. Nasib baik sekarang ni aku tak jadi YB, kalau jadi, mesti YB yang berjaya menang sentiasa punya lah.. ayat power bhaii.

Balik ke cerita, sepanjang perjalanan mendaki hingga ke tapak khemah pada hari pertama, semua berjalan lancar, khemah didirikan dengan kerjasama semua, takde yang cabul mulut, bergurau senda pun berpada pada, dalam masa yang singkat, saya yang sentiasa jadi last man semasa pendakian menjadi rapat dengan Asya dan rakan baiknya, ann, dorang ni junior dan jadi rebutan senior sebab keturunan arab dan comel ya amat, dorang tak nak jalan depan sebab senior suka ayat dorang. Apa ko ingat aku junior, aku bukan baka buaya juga ke, silap la.

Anyway selepas siap semua naikkan khemah, team masakan sibuk masak, yg lain2 pun buatlah kegiatan sendiri. Awalnya semua bejalan lancar, sehinggalah seorang komander senior perempuan ajak Asya dan rakan rakan platun beliau satu khemah untuk buat bacaan yasin sebab malam tu malam jumaat, dorang pun bacalah yasiin selepas maghrib.

Masa tu saya cuma lepak2 main ulat gonggok je lepas solat maghrib sambil nak tunggu masa nk dating ngan Asya, selesai bacaan yasin didalam khemah, Asya solat isyak dan lepas solat tu dia dtg pada saya dengan muka pucat dan berair mata, (lawa gak awek ni tak mekap- dalam hati lah, )” abang zie, (nama panggilan rasmi saya di kolej), tadi ada mata merah pandang Asya masa solat, dia betul2 depan Asya, kt sebelah pokok”.

Tempat solat dorang open, ada kanvas atap je, Aku ni kadang kadang sengal gak, terus cakap, “Asya tak mintak nombor ekor ke, buluh perindu ke, tak pun seruling ajaib ke?”.. pelepappp… hinggap penampo kat bahu, aduhh, lembutnya jari. Jam jam tu jugak saya nampak benda melayang layang, di pokok pokok sebelah khemah dorang. Khemah dorang ni ujung woi.

Awalnya menatang ni start operasi, baru pukul 9 lebih kot, masa tu peserta lain tengah bersiap dalam khemah, saya suruh Asya diam dan saya bawa dia ke khemah jurulatih. Kami cerita pada jurulatih dan arahan jurulatih simple je,” benda ni tak mula kacau lagi, kau jaga khemah platun Asya ni, nak jaga sangat anak dara orang kan, ko tido luar khemah dorang”.

Ahh sudah, hamikkkoo, baca doa makan aku tau la, ruqyah2 ni taktau, jahil, budak metalica dan nirvana punya kepala lah katakan. Peduliklah, berbekalkan ayat seorang rakan takde masadepan yg pernah cakap ngan aku masa zaman hostel  dulu “setan tak kacau geng”, aku pun beranikan diri.

So, lepas makan2 dan kegiatan sikit2 malam tu, sebab masing2 kepenatan, aku pun geraklah ke khemah dorang. Tengok2 semua duduk kat luar khemah, apalagi, mulut dan sel sel otak tidak bersambung ni pun bercakaplah,” korang kenapa, ada hantu ke dalam khemah?”.terus dengar suara mengilai, semua mata awek awek platun Asya pandang aku macam aku la punca suara merdu mende tu kedengaran.

Terus aku suruh semua gerak ngan aku pergi khemah jurulatih, sebelum gerak tu, aku musykil nak tengok jugak apa ada dalam khemah tu. Aku suluh ke dalam dan nampak penuh najis taktau la najis binatang apa, melekat, melata dengan banyaknya di atap khemah, di sebelah dalam, di ulangi, DI SEBELAH DALAM ATAP KHEMAH, macam orang buat plaster ceiling, pelik cemana mende tu berak taik naik keatas, sampai sekarang aku cannot brain.

Malam tu dorang tido tumpang khemah lain, nasib baiklah takde yang jerit jerit ke histeria ke apa, aku? Aku tido kat open air dengan komander2 lain sebelah khemah yang Asya tido, jadi lah.

Esoknya baru jurulatih (otai otai bekas askar) bagi tau pada kami komander2 yang dia dah pagar kawasan khemah kami masa kita orang semua sibuk naikkan khemah, tapi pelik, ada yang lepas masuk. Lantaklah tuan, janji takde yang kena rasuk. Jurulatih pesan supaya lebih berjaga jaga dan jangan ada yang cabul mulut. Kami bersihkan khemah dan buat macam takde apa apa.

Walaupun macam tu, sepanjang tempoh perkhemahan sehingga kami naik ke puncak dan turun, aku mengalami beberapa kejadian pelik. Contohnya, aku adalah last man, tetapi semasa di kawasan air terjun, nama aku di panggil dari belakang dan semasa berpusing memandang arah panggilan aku terasa ditolak dan terjatuh ke atas batu, lutut terhentak dengan kuat ke atas batu menyebabkan terpaksa di bandage dan makan painkiller sepanjang camping, xray selepas balik camping menunjukkan kepala lutut aku retak, tak kisahlah sakit. Masa jatuh tu, Asya berlari dengan ann tolong bangunkan aku, bahagianya rasa.. dalam pada tu beberapa kali juga ada ternampak macam makhluk mengintai terhendap hendap mcm smeagol sepanjang pendakian dan malam2 ada nampak benda melayang layang je beberapa malam tu. Sukahati ko lah, ko nak terbang, terbang lah, bukan kena mintak permit pun.

Selepas balik ke rumah, aku demam panas dan sentiasa mimpi jumpa perempuan tua, dia pandang je aku, hampehh betul. Kalau mimpi jumpa Asya takpe jugak.

Ayah panggil atok saudara aku yang pakar bab mengubat ni dan masa berubat tu, adik2 aku cakap nampak kucing hitam melompat menembusi cermin tingkap dari dalam rumah ke luar rumah kt dapur, aku takde bela kucing hitam yang pandai magic, kucing kuning gemok pemalas macam garfield ada la.

Selepas itu takde dah mimpi pelik2 lagi dan aku pergi lagi naik gunung ledang lagi 5 kali tanpa ada apa apa yang pelik dan tanpa Asya sebab aku kantoi dengan awek aku, (peristiwa kantoi ni lagi menakutkan dari peristiwa aku jumpa jelmaan guard yang mati bunuh diri dalam tahanan polis- ni lenkali aku cerita, tapi aku rasa dah ada org cerita kot) anyway, awek aku tu sekarang ni dah jadi isteri aku. Selamat tinggal Asya, ko tetap dlm kenangan.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 thoughts on “Seram Mendaki Gunung Ledang”

    • Seram. Gunung Ledang ni, “penginapnya” ada dari pintu masuk smpi ke puncak. Jadi, jagalah mulut dan kelakuan dari sejak masuk ke kawasan gunung. Mereka pun jenis tak segan nak bgtahu yg mereka ada berhampiran.

      Reply
  1. Seram. Gunung Ledang ni, “penginapnya” ada dari pintu masuk smpi ke puncak. Jadi, jagalah mulut dan kelakuan dari sejak masuk ke kawasan gunung. Mereka pun jenis tak segan nak bgtahu yg mereka ada berhampiran

    Reply
  2. Sudin ko mmg sengal gonjeng..hahaha… apa2 pun mmg misteri betol gunung ledang ni… saya pun org muar..klau nk mandi..area2 bwh jek…sbb takut nk smpai atas.. lantaklah terrelan air kencing org ke…daki org ke… yg penting aku taknk kena ganggu… sbb siang hari pun ada jek kena kacau….
    Sambung lagi citer misteri ko..trbaikk…

    Reply
  3. Aku pun takleh nk brain gak pasal taik tercelet kat dlm kemah bhgian atas… lahabau punya setan..sian asya nk sleep tak boleh sbb ada taik…hahaha

    Reply

Leave a Comment