SEHARI DALAM SEBULAN ALATNYA BERFUNGSI

29.12.2108

(18sx)

Bawah umur jangan baca bimbang tak faham. Biasalah, dalam 500 orang pembaca, kalau seorang dua tak faham mungkin juga mereka ada masalah IQ rendah atau tergolong dalam golongan lembam.

Assalamualaikum.

Hari ini pokcik sempat berjumpa dengan hamba Allah yang mendakwa dia di sihir itu. Sebenarnya dia merupakan seorang duda yang kematian isteri. Nak dijadikan cerita dia berjodoh dengan isteri barunya sekarang. Sejak itu kejadian misteri mula berlaku satu demi satu.

Pada hari pernikahannya, sudah tentu kebiasaanya ada Salam kokot atau Salam kaut. Apabila dibuka salah satu sampul surat, ada tepung di dalamnya. Dia mula tidak sedap hati. Namun dia tak mahu berfikir bukan-bukan.

Akhirnya selesailah majlis. Hati berdebar-debar seperti malam pertama yang pertama kali. Hahahahahhaha. Entahlah berdebar apa agaknya. Mohd Sanusi (sahabat pokcik) tahulah agaknya berdebar sebab apa. Hihihi.. Senjata dipersiapkan untuk berperang. Dengan Tiba-tiba senjata tidak dapat berfungsi. Haih.. Sebelum ini OK je. Tajam diasah. Tiba-tiba tumpul, sumbing dan seperti sayur yang telah layu kerana kepanasan. Adooiiii rosak program..

Si isteri mula masam Manis masam Manis muka. Tiba-tiba si isteri bersuara. Sebelum ini memang awak macam ni ke, si isteri bersuara dalam nada tidak berpuas hati. Taklah, kata si suami. Malam itu suasana menjadi agak tegang kerana ada sesuatu yang tidak tegang. Huhuhuhuhu.. Macam inilah. Cuba fikir. Kalau saya dalam keadaan macam ni, agak-agak awak saya nak berkahwin ke? Kalau awak rasa tak puas hati kita ke pejabat kadi. Kalau awak sanggup tunggu, cubalah bertahan, tambah si suami..

Terkedu pokcik mendengar kisahnya. Kali terakhir ialah dia berjumpa patung yang pokcik tunjukkan di bawah. Patung yang berikat tersebut juga ada tepung di dalamnya tetapi sudah berbiji kerana tertimpa air hujan yang turun sebelum dia terjumpa patung itu. Dia dah hampir putus asa namun sampai bila agaknya rumahtangga mereka akan bertahan.

Perawat-perawat yang dijumpai berkata dia terkena sihir. Tak kisahlah apa pun yang diperkatakan, pokcik hanya nak usahakannya. Pokcik kata semuanya hak Allah dan pokcik tak nak janji kan apa-apa. Niat dan iktikad kena betul. Niat kalau sihat nanti senang beribadah kepada Allah bukannya niat yang lain. Rasanya sahabat faham maksud lain tu. Kan… Kalau niat nak sihat sebab nak bersama ( make love ) dengan isteri memang tak jadi apa laa. Dalam apa niat atau perbuatan, Allah mesti jadi keutamaan…

Tiba-tiba dia bersuara, sebenarnya dia ( ahli sihir ) buka sihir sebulan sekali sahaja. Huhuhuhu. Maksudnya hanya sekali sebulan dia dapat bersama dengan isterinya. Masa bersama pun macam letakkan dalam lada. Panas dan perit katanya.. Tudia aih. Cuba calit lada tengok macam mana rasa.. Hahahahahhaha..

Jadinya dua-dua pihak jadi lemah semangat untuk mengadakan hubungan kelamin. Si isteri berasa tidak puas hati kerana nafsu suami hanya terbuka sebulan sekali manakala si suami pula takut untuk bersama kerana terasa seperti dicelup ke dalam lada. Itulah perasaan mereka. Pokcik dimaklumkan tadi si isteri pun ada juga ikhtiar di Bukit Iboi kalau tak salah tetapi keadaan mereka masih tidak berubah. Tempat lain pokcik tak tanya laa pulak. Itu pun orang lain yang cerita. Dia tiada tadi.. Mungkin laa si suami kata kepada isteri manakala si isteri pula menyalahkan suami. Jangan tengahnya, dua-dua pihak pergi berubat..

Seperti biasa, selepas tazqirah sedikit, pokcik pun memulakan proses rawatan. Dia kelihatan tenang. Maklumlah otai.. Selepas pokcik ikhtiarkan pagar sekali lagi pokcik tanya perasaannya. Tak ada rasa apa-apa pun,katanya. Amboiiiiiiiiiiiiiii.. Biasanya kalau keadaan itu berlaku, maksudnya gangguan itu tidak berada di permukaan luar tubuh. Itu kebiasaanya bukan semestinya. Ini berdasarkan pengalaman pokcik sendiri..

Pokcik terangkan kepadanya tentang kedudukan jin yang mengganggunya. Dia diam. Entah Setuju entah tidak pokcik tak tahu. Entah-entah dalam kepala otak dia, dia kata nak tipu aku laa tu,kan. Hahahahahahahaha. Gurau-gurau saja. Jangan ambil serius. Lepas pagar tadi pokcik scan dia mohong-mohong. Alamak… SAKA. Apa pula kaitan dengan barang-barang sihir yang dijumpai.. Entah macam mana pula pokcik nak terangkan kepadanya. Nanti dia kata pokcik mohong lagi.. Pening pokcik nak susun ayat…

Dengan suara yang lembut pokcik mula berbicara. Macam ni, saya kena cakap yang betul. Boleh terima ke? tanya pokcik lembut. Ya, katanya tegas. Pokcik teruskan bicara. Ada tak ahli keluarga encik yang jadi bomoh? Atok, nenek dan sebagainya.. Dia pun memberitahu, sebenarnya ayah saya bomoh. Dia berubat menggunakan kain hitam. Dia mengibas-ngibas pesakit semasa melakukan rawatan. Mungkin dia dah tiada pilih an lain sebab tu SAKA tu datang kepada saya, terangnya lagi.. Pokcik diam sejenak. Dalam hati pokcik berkata, mungkin dia anak lelaki tunggal. Jadinya SAKA itu terus datang kepadanya .

Macam ini. Kalau saya ikhtiar pisahkan SAKA tu boleh tak? tanya pokcik dengan lembut. Kalau kita ikhtiarkan sihir dan tumpukan pada sihir macam mana? Dia tanya pokcik pula. Alamak. Nampak gaya dia macam sayang pula pada SAKA tu. Pening dah pokcik. Pokcik pun mula bercakap dengan berhemah. Sebenarnya kebanyakan SAKA dah tua.. Sebab itulah encik kena juga sihir. Pokcik tak nampak apa faedahnya menyimpan SAKA. Nak kata dia lindungi tuannya, encik terkena juga sihir, pokcik menambah..

Dia diam. Silap-silap SAKA tu bergabung pula dengan jin sihir yang datang kerana nak melawan jin sihir, SAKA tu dah tak berdaya. Lagi satu, sebagai orang Islam kita tidak boleh mengharapkan pertolongan jin. Kita serahkan semua urusan dan memohon pertolongan kepada Allah. Sepertimana usaha pokcik pada hari ini, pokcik hanya mengharapkan ehsan Allah dan tidak menjanjikan kesembuhan. Itu semua terserah kepada Allah, sambung pokcik lagi. Dia seperti boleh menerima apa yang diperkatakan oleh pokcik.

Setelah itu barulah pokcik persilakan dia duduk di hadapan pokcik. Namun, oleh sebab masalahnya berkaitan dengan bahagian sulitnya dan gangguan sudah meresap ke dalam tubuhnya maka pokcik meminta dia baring. Untuk pengetahuan semua, pokcik usahakan hamba Allah ini di rumah sahabat group kita juga kerana dia yang meminta pokcik usahakan hamba Allah ini..

Dia baring di hadapan pokcik. Pokcik hanya meminta dia bertenang dan ingat akan Allah.Setelah itu barulah pokcik teruskan usaha merawat ya. Makin lama dia makin hanyut. Matanya Sekejap terpejam Sekejap tertutup seolah-olah sudah berada di alam lain. Dia terasa badannya kini sudah tidak mencecah lantai.

Dia terapung dan berada di udara. Inilah perasaannya yang diberitahu kepada pokcik selepas sahaja pokcik usahakannya. Tumpukan kali ini lebih kepada bahagian perut ke bawah. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Dia mengakui badannya sudah ringan seizinNya tidak seperti keadaannya sebelum ini. Pokcik nak suruh dia balik ‘TRY’ terus orang rumahnya ke KL pulak. Hahahhahahhahhaa..

Dia kelihatan amat gembira dan berpuas hati. Alhamdulillah.. Dalam pemahaman pokcik, sihir yang dikenakan terhadapnya tidaklah begitu kuat dan membahayakan kesihatannya. Patung yang dijumpai dan abu/tepung/debu tanah yang dijumpai lebih kepada PERCUBAAN SIHIR sahaja dan KONONNYA SAKAnyalah yang cuba PROTECT dia daripada sihir itu.. Dengan kata lain SAKAnya lah penyelamat. Kalau POWER kenapa SIHIR kena juga pada tuannya. Kan. Na’uzubilahimin dzalik… Syirik. Apa pun alhamdulillah selesai bab sihir dan SAKA seizinNya..

Tiba-tiba dia bersuara lagi. Boleh tak pokcik usahakan anak saya? pintanya perlahan. Kelihatan dia tertunduk mengharapkan pokcik usahakan anaknya itu. Kenapa pula dengan anaknya? Sebenarnya anak saya ada penyakit sawan, katanya perlahan. Perawat-perawat sebelum ini beritahu dia kena di tepi sungai tempat dia memancing, tambahnya lagi. Setelah itu pokcik diberitahu kebiasaanya dia kena pada waktu subuh.

Ketika adik-beradik berkumpul untuk makan beramai-ramai dia akan makan secara berasingan. Pernah suatu ketika dia terjatuh tersembam ketika sedang makan dan tidak sedarkan diri. Mereka tidak berbuat apa-apa dan hanya memerhatikan dia menggeletik di lantai tidak sedarkan diri dan menunggu sehingga dia pulih sendiri.. Sejak itulah dia jadi rendah diri dan tidak makan bersama dengan ahli keluarga yang lain..

Dia juga pernah hampir lemas kerana terjatuh di dalam kolah mandi di rumahnya. Sejak itulah ayahnya mengetuk dan memecahkan kolah mandi di rumahnya itu. Apabila pokcik mendengar kisah tersebut lembut hati pokcik untuk usahakan anaknya itu. Isteri sahabat pokcik diminta untuk pergi ke rumahnya dan memanggil si sakit datang. Tak lama kemudian isteri sahabat pokcik datang bersama si sakit. Umurnya dalam lingkungan 20-an.

Sebaik sahaja dia duduk, pokcik persilakan dia datang berhampiran pokcik. Setelah bersalaman, pokcik memulakan bicara. Lama mana dah sakit? soal pokcik. Lebih kurang tujuh atau lapan tahun lepas, katanya mesra. Sekarang ini rasanya macam mana, tanya pokcik. Biasa saja, katanya.. Setelah berbual sebenar sambil pokcik minum air teh yang dihidangkan pokcik meminta izin untuk melihat keadaannya..

Dia membenarkan pokcik untuk melihat sepintas lalu keadaan dirinya. Ye laa, kan. Tengok mohong-mohong saja. Bukannya pokcik tukang tilik yang boleh ceritakan itu ini perihal si sakit biarpun selepas itu keadaan si sakit tak ada perubahan pun seizinNya. Lagi satu, pokcik bukannya nak masuk pertandingan bercerita bertajuk DONGENGAN MISTIK PERAWAT MABUK KETUM.

Setelah membaca sepotong ayat, pokcik terus memerhatikan unsur-unsur negatif yang bertapak di tubuhnya. Setelah selesai, pokcik pun berkata, awak ada masalah tangan dan kaki kanan ke terutama bahagian kedua-dua lutut? Tak ada, katanya. Sekarang ini rasa macam mana, tanya pokcik. Biasa je, katanya.. Adoiiiiiiiiiiiii… Takkan salah kot apa yang dapat pokcik kesan tu.. Sahabat pokcik dan ayah si sakit memandang ke bawah. Nak menahan gelak agaknya.. Hahhahahhahha.. Parai kitai….

Si sakit tenang sahaja. Pokcik terus ikhtiar pagar dirinya. Ketika ini barulah dia bersuara. Saya berdebar-debar, katanya. Haih, tadi kata ok takdak apa dan kini baru nak memunculkan diri. Dah terlambat. Pokcik memintanya bertenang sebabnya bukan dia yang takut tetapi gangguan yang ada padanya. Dia mula gelisah. Lutut kanannya mula menggeletar dengan kuat. Tak lama kemudian bahagian kaki kirinya juga mengikut.

Tak lama kemudian tangan kanan dan kirinya mula mengeras. Tangan kanan dan kiri sudah tidak boleh dibengkokkan. Dia semakin menggeletar. Kelihatan dia sudah tidak mampu duduk. Pokcik memberi isyarat kepada ayahnya untuk menyediakan bantal bagi membaringkan dia.. Ayahnya ikut sahaja apa yang diminta oleh pokcik.

Setelah dibaringkan pokcik teruskan usaha untuk mengeluarkan gangguan yang ada padanya  Ternyata kepalanya amat panas. Kelihatan peluh sudah membasahi dahinya dengan banyak. Setelah itu dia mula tenang. Kakinya sudah mula bergetar dengan perlahan. Sekali lagi pokcik bangunkan dia setelah melihat keadaan agak stabil.

Setelah duduk dia berkata, tangan dan lutut saya sakit. Hihihi pokcik hanya gelakkan sahaja. Haaa tadi kata tangan  lutut dan kaki semua OK. Si sakit, ayahnya dan sahabat pokcik hanya mendiamkan diri. Tak apa, in shaa Allah sekejap lagi saya akan usahakan mengeluarkan semuanya satu persatu kalau Allah izinkan. Setelah itu pokcik terus pergi ke tangan kanananya yang lurus dan mengeras itu dan menarik keluar sisa-sisa gangguan  Setelah itu barulah pokcik alihkan perhatian ke bahagian kiri tangannya  Alhamdulillah dah tak sakit, katanya. Tangan kanan dan kiri dibengkokkan dan digenggam serta dilepaskan. Ayahnya tersenyum melihat keadaan itu.

Setelah itu barulah pokcik beralih ke kaki kirinya yang mengeras. Dengan permulaan lafaz basmallah alhamdulillah kaki kirinya berjaya dipulihkan seizinNya. Akhirnya sekali barulah kaki dan lutut kanannya yang amat kuat bergetar tadi. Alhamdulillah Allah permudahkan. Kini dia sudah tidak bergetar  berdebar, sakit dan sebagainya seizinNya.

Tadi terasa ada sesuatu keluar dari kaki dan tangan. Lepas tu bergerak laju keluar dan hilang, terangnya. Pokcik hanya menganggukkan kepala mengiyakan apa yang diceritakan olehnya. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusan pokcik dan pesakit. Baru pokcik tahu, orang sawan akan terasa berat di kepala, tangan dan kaki tidak boleh dibengkokkan kerana kekejangan dan akhirnya mereka tidak akan sedarkan diri. Apa pun sekali lagi pokcik mengucapkan syukur atas rahmat dan ehsan serta perkenankan usahakan pokcik pada kali ini..

Alhamdulillah dia pun memberitahu ayahnya dia sudah tidak berasa berat seperti sebelum ini. Badannya juga ringan. Alhamdulillah ketika pokcik menulis posting ini dia tidak lagi sawan dan keadaan ayahnya juga sudah seperti orang normal yang lain.

Sebulan Kemudian

Pokcik balik ke kampung. Kebetulan pula hamba Allah yang pokcik usahakan ini mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya. Nak dijadikan cerita, selepas solat Subuh, pokcik lepak sekejap untuk rehatkan diri di katil sambil melihat cicak di siling rumah.. Dalam mamai-mamai Tiba-tiba dengar suara ada orang datang ke rumah emak pokcik.. Macam kenal sahaja suara tu.. Memang tepat, isteri sahabat pokcik yang datang…

Katanya ada hamba Allah nak minta pokcik ikhtiarkan. Pokcik tanya siapa, rupa-rupanya hamba Allah yang pokcik usahakan kes senjatanya BERFUNGSI sehari dalam sebulan dan anak lelakinya yang sawan tempoh hari… Pokcik tanya, jadi pulak ke. Manalah tahu, kan… Tak, kata isteri sahabat pokcik. Dia nak minta usahakan isterinya dan anak perempuannya, tambahnya lagi… Ooooooo…

Mulanya pokcik liat jugalah. Maklumlah nak balik ke Kuantan dah.. Huhuhuhu.. Tapi disebabkan isteri sahabat pokcik beriya-iya sangat, kasihan pula. Kan. Pokcik tanya sakit anak perempuannya itu.. Gatal seluruh badan, katanya… Kalau gatal pergi suntik la, kata pokcik.. Tak, gatal badan tapi tak nampak gatalnya pada tubuh, katanya pulak.. Adehhh gitu pulak… Liat sungguh, kata isteri sahabat pokcik sambil ketawa..

Ye laa, kata pokcik.. Pokcik pun ikut dia ke rumah hamba Allah tu.. Sesampainya di sana, tuan rumah sudah sedia menunggu.. Anaknya yang sawan tempoh hari ada bersama.. Dah OK ke, tanya pokcik ringkas padanya. Alhamdulillah dah. Dah yakin nak bergaul dengan orang. Dah boleh bawa motor ke sana sini. Sebelum ni tak berani, terangnya. Alhamdulillah kata pokcik ringkas.. Alhamdulillah juga sawannya sudah tidak datang seizinNya. Ayahnya pun kelihatan gembira.. Pokcik tengok mesra lain macam dah dengan isterinya. Pergi buang sampah pun dah sama-sama. Alhamdulillah.. Senjata dah terbang ke bulan laa tu.. Hihihihihi…

Isterinya dan anak perempuannya datang. Dah mandi ke? tanya pokcik pada anak perempuannya. Belum, katanya. Haaa elok sangat, kata pokcik. Kebetulan di rumahnya ada pokok bidara.. Tolong ambil daun bidara secekak dua, kata pokcik pada anak lelakinya. Dia akur. Setelah daun diambil pokcik doakan daun itu. Nah, pergi mandi.. Bilas dengan air rendaman daun ni, sambung pokcik.. Dia bangun dan terus bersiap untuk mandi dan terus ke bilik air..

Sementara anak perempuannya selesai mandi, pokcik panggil si isterinya. Mari sini, kata pokcik. Dia akur.. Macam ni, laa.. Saya usahakan sahaja. Selebihnya urusan Allah. Saya tak boleh dan tak berani nak janjikan apa-apa,kata pokcik. Dia angguk. Selepas pagarkannya pokcik tanya, sakit pinggang dengan belakang tengkuk ke.. Aahh, katanya sambil tangannya bergerak ke belakang dan menuju ke arah pinggang. Belakang tengkuk pun sakit. Tapinya pinggang rasa macam pijar kena lada, katanya.

Tanpa banyak bicara pokcik check sikit lagi. Alamak, nampak macam simptom SAKA. Tapi pokcik tak beritahunya.. Kalau ada apa-apa saya ikhtiar buang ye. Tak nak dah kan, apa-apa yang tak elok,tanya pokcik. Tak nak dah, katanya ringkas.. Ketika usahakannya dia kelihatan gelisah. Kakinya bergerak. Kelihatan ibu jarinya dimasukkan ke dalam.. Mmmm memang simptom SAKA. Saka yang tak nak pergi gayanya tu.. Biarkan.. Hihihihihi…

Pokcik teruskan tanpa bercakap lagi selepas itu. Tak lama kemudian dia mula tenang. Jarinya mula dibuka seperti biasa.. Kenapa jari tu, pokcik buat-buat tanya.. Sakit, katanya lagi.. Mari nak tengok, kata pokcik sambil senyum. Dia membuka tapak tangannya. Terus pokcik usahakan tarik keluar. Sakit lagi tak, tanya pokcik. Tak ada dah, katanya ringkas. Ringan dah badan,katanya lagi. Alhamdulillah selesai satu bab…

Tak lama kemudian anak perempuannya selesai mandi.. Dia kemudiannya bersiap dan datang ke arah kami tidak lama kemudian. Macam mana rasa lepas mandi, tanya pokcik.. Segar badan. Gatal pun tak ada dah, katanya ringkas. Alhamdulillah selesai satu bab. Mari sini, kata pokcik. Dia pun datang.. Dia duduk berhampiran pokcik. Takkan anak dara duduk atas riba pokcik pulak. Tu baru pelik… Kan.. Apabila datang ke arah pokcik, dia dah rasa lain macam. Berdebar, katanya. Tangannya mula menggeletar.. Tenang, kata pokcik… Dia senyum tak senyum….

Tanpa melengahkan masa, pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Dia mula tak tentu arah. Sekejap tangannya ke depan sekejap ke tepi sekejap ke belakang. Boleh saya duduk macam ni? Kaki tak boleh nak luruskan tiba-tiba, katanya. Boleh, kata pokcik ringkas.. Selesakan diri. Banyakkan ingat kepada Allah, sambung pokcik… Dia diam… Ketika itu dia mula tenang sedikit… Pokcik terus doakan.. Ketika itu entah ke mana dah dia pergi.. Fikirannya sudah tidak berada di dalam rumah itu.. Itu diakui sendiri olehnya selepas itu….

Setelah habis satu bahagian pokcik bertanya, debar lagi ke? Tak dah. Tangan pun dah tak menggeletar. Tenang, pokcik kata. Sekarang ni rasakan di mana tempat sakit… Dia diam seketika.. Kepala rasa sakit sangat, katanya… Tanpa berbicara, pokcik terus usahakan kepalanya itu.. Sakit lagi, tanya pokcik.. Alhamdulillah dah hilang, katanya ringkas.. Sekarang tenang semula, cuba rasa lagi,kata pokcik… Setelah lama diam, dia pun mengatakan alhamdulillah. Tiada lagi sakit di mana-mana, Fikirannya tenang sangat. Kosong kepalanya, katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Sebenarnya dia dah sakit lebih daripada 5 tahun. Dia tak berani ke mana-mana kalau menunggang motosikal kerana sudah banyak kali terjatuh. Biasalah jatuh sebab bawak laju, kata pokcik. Tangan tak stabil kot, sambung pokcik. Tak, kena kat kawasan taman saja.. Memang saya tak bawa laju. Memang terasa ada orang yang menolak saya dari belakang walaupun bawa motor seorang diri.. Hihihihihi. Macam-macam jenis.. Ada pulak jenis jin tolak motosikal nak bagi orang jatuh. Alhamdulillah jin tu tak sampai masuk ke salur darahnya. Kalau tak, lagilah parah.. Kan.. Macam-macam. Ini bukan Bisikan Syaitan tetapi perangai jin seperti syaitan.. Hahhahahha..

Sekian buat kali ini.. Moga berjumpa lagi. Salam hormat..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

23 thoughts on “SEHARI DALAM SEBULAN ALATNYA BERFUNGSI”

  1. mintak maaflah nak cakap, cerita kau sungguh macam sampah. tak payah terus menulislah di masa hadapan coz tak best pun, takde benda bagus langsung. macam mana FS boleh luluskan cerita useless macam ni???!!! sila meninggal.

    Reply
      • woi syaitan, kaulah bangang. semua cerita mestilah kita semua baca, bodoh. kau pun sama kan??? kalau tak, takkanlah kau boleh nak komen kat komen aku ni, mestilah kau dah baca cerita sampah ni and dah baca juga semua komen2nya, tak gituuuu, bongok??? lain kali bangang kau tu simpan kat kepala lutut kau. kau tu yg pergilah meninggal. dasar tolol, bahalol.

        Reply
  2. Aku bercelaru baca cerita ni. Jenuh nak hadam. Sekejap cerita dia berubatkan si suami, pastu si isteri. Tiba2 anak lelaki, pastu ada anak permpuan pulak. Pastu ubatkan si isteri pulak. Then suami dia plk. Adoii pening kepala. Hahaha

    Reply
  3. citer die ok gak la.. cuma die x bg tau secara detail sgt psl pnyakit.. gangguan.. cara pengubatan die.. terlalu general sgt.. tu je.. kalo die cter lg detail kompom gamai yg pas bace mntak contact detail.. huhuhuh

    Reply
  4. pok cik ni orang baling nie…mohong2 nie orang balik ja dok cakap..hehehe…tp orang baling nie bnyak yg pandai berubat..

    Reply
    • Saya pon nk pokcik seman punya phone number..nk minta tlg tgkkan abah saya…asyik tak sihat je…😔sis ade dpt tak

      Reply

Leave a Comment