Assalamualaikum warga FS dan salam sejahtera. Kali ini saya bawakan satu kisah berkaitan ilmu pengasih atau penunduk. Semua ini terjadi hanya kerana tertekan, tidak lagi dapat menahan sabar dan pastinya kerana hasutan iblis.
Aku bagi nama samaran Kak Mon pada isteri, dan Pak Man pada suami. Ehhh… kenapa isteri letak “kak”, suami letak “pak” ? Sebab Kak Mon ni lawa, kecik molek, kiut miut le kata orang kampung. Pak Man ni umur tua daripada isteri, kehenseman pun ala-ala kadar je.
Waktu awal perkahwinan, Pak Man suka jadikan Kak Mon punching bag, pantang salah sikit, siap la. Tu belum lagi tengking herdik dengan bahasa yang indah tu. Jiran-jiran hanya mampu bersimpati. Anak dah 6 orang tapi perangai Pak Man tak berubah pun.
Satu hari, kak Mon dikunjungi saudaranya. Melihat keadaan Kak Mon yang agak teruk tu, ye lah, tiap hari urus rumah, tiap petang ke kebun pisang. Nak cari belanja dapur juga urusan Kak Mon. Pak Man juga ke kebun tapi hasilnya hanya untuk dirinya sendiri. Belanja sekolah anaknya yang berderet tu dia tak ambil tahu. Tapi nasi kena dihidang juga, kalau tak, Kak Mon dibelasah. Saudara Kak Mon memberikan satu amalan yang perlu Kak Mon baca setiap hari berserta sedikit ritual yang mudah. Dengan syarat ritual tu sesiapa pun tak boleh tengok. Jadi Kak Mon buat di kebun pisangnya.
Setelah seminggu, jiran-jiran dah tak dengar lagi kekecohan pergaduhan antara Kak Mon dan Pak Man. Pak Man pun ada je di rumah. Jadi pendiam, malah jumpa orang pun dah tak bertegur. Pergi kebun, balik. Itu je rutin. Tak ada lagi nampak Pak Man bersama kawan-kawan semeja judinya. Kak Mon rasa lega. Bukan sebab Pak Man sentiasa ada di rumah tapi badannya dah tak dibelasah lagi.
Hal ini berterusan sehingga anak-anak semua membesar. Pak Man semakin jadi penurut. Tetapi Kak Mon tak adalah pula pegi berskandal lain. Setia je. Kak Mon juga menjadi guru mengaji di kampung tu. Ini pun setelah Pak Man berubah tu. Sebelum tu mana boleh, nanti tak pasal-pasal depan budak mengaji Kak Mon disilatnya. Kak Mon juga menjadi guru sekolah agama. Kak Mon ada sijil 4 thanawi tau. Dulu waktu masih sekolah, Kak Mon selalu masuk pertandingan tilawah.
Di sini bermulanya putar balik kafarah. Orang-orang kampung mula melihat perubahan Kak Mon. Dulu semasa Kak Mon hidup dalam seksaan, Kak Mon tidak lagi memegang Quran, solat pun berkejar-kejar. Bukan menuduh Kak Mon tak solat. Setelah Kak Mon menjadi ustazah fardu Ain, Kak Mon semakin kerap beribadah dengan tenang. Tiap malam mengaji Quran. Tapi Kak Mon masih ke kebun pisangnya. Lama-kelamaan, perubahan Kak Mon makin ketara. Kak Mon selalu merayau keliling kampun tak kira panas terik ke, hujan ke. Tapi yang bagusnya, aurat Kak Mon masih terjaga. Tetap bertudung walaupun senget benget.
Kak Mon juga sangat suka pergi ke rumah kenduri. Berdiri senyap di tepi dapur atau ruang masak gotong royong. Mau tak terkejut, tengah sibuk mengacau masakan, tiba-tiba je terjengol Kak Mon berdiri terpacak. Muka Kak Mon kelihatan hitam gelap kusam. Kalau nak kata sebab berjemur merayap tu, mesti tangan dan kaki pun terbakar matahari juga. Tapi ni tak, muka je gelap. Kak Mon ni berkulit putih. Jadi sangat kontra le dengan kulit lain.
Kalau Kak Mon datang ke rumah kenduri tu, dia hanya minta “Nak kuah… nak kuah sikit”. Selalunya jiran-jiran tu akan bungkuskan le makanan. Tapi dia hanya ambil masakan berkuah sahaja. Dah dapat, dia beredar. Slow je jalannya. Sepanjang jalan nak tiba rumah, Kak Mon akan buka plastik tu dan jilat kuah tu. Bersememeh le muka, tudung dan baju.
Pak Man apa cer kan? Mesti ada yang tanya. Pak Man rutinnya sama. Awal pagi kekebun hingga petang. Bukan dipedulinya isterinya merayap ke mana pun. Dah jadi macam orang bengong tu. Kak Mon berkelakuan begitu bertahun-tahun. Ritual di kebun pun dah tak buat sebab Kak Mon dilihat hanya merayap macam tu je. Selalu juga jiran terkejut hingga pengsan. Bilik air rumah kampung ada yang dibina di luar. Elok si jiran ni keluar dari ambil wuduk untuk maghrib, terpacak je Kak Mon depan bilik air. Dengan bertelekung putih tapi tak berkain. Dah kecoh pula jadinya.
Kesimpulannya bagi aku, Kak Mon mengamalkan satu ritual yang salah, berkemungkinan besar ada unsur pujaan. Bila Kak Mon dah mula solat, dah kembali kepada Al-Quran, benda itu dah marah dan panas. Kesannya, Kak Mon jadi begitu. Yang sedihnya, tempias perkara kebengongan ini turut dirasai oleh anak Kak Mon. Ada yang hidup di alam khayal. Bergantung dengan pil penenang dari doktor kerana kebengongannya mengganggu orang lain. Kak Mon ambil ritual amalan tu kerana dah tak tahan dengan perlakuan suaminya.
Kak Mon semakin sembuh sekarang atas bantuan keluarganya. Pak Man juga, dah semakin pulih. Dah mula menegur jiran sekampung. Kak Mon lupa, niat tak menghalalkan perbuatan.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
1st ok la not bad
suka cerita mcm ni, ada pengajaran, santai dan x kelam kabut. thanks sudi berkongsi.
First
Baguslah Kak Mon dan Pak Man dah sembuh. Semoga mereka berdua diampuni oleh Allah atas kekhilafan masing masing.
fuh..alhamdulillah…nasib baik kak mon da berubah. arap2 pak man juga berubah. kesian pd kak mon.
Sayangnya, cantik2 jadi punching bag.. Biasanya yang syantik ni disyayangi tak gitu..
Daripada bela biawak hidup baik sendiri saja..anak2 pun isteri yang tanggung.. Apa lagi yang diharapkan suami begitu.
lepas dah sembuh tu pak man masih berperangai syaiton ke dah insaf?
Banyak pengajaran dalam cerita, ikhtibar pada yang berkeluarga.