OBSES

Hai. Aku Nad. Ni kali pertama aku kongsi cerita kat FS. Harap korang enjoy la ye. Tajuk cerita aku ialah “OBSES”. Ni mengisahkan tentang seorang perempuan yang terlalu taksub dan obses pada seorang lelaki. Perempuan ni salah sorang pekerja di tempat kerja lama aku 5 tahun lepas. Kes ni pun dah lama dah berlaku. So, let’s begin.

Perempuan ni bernama Nonny. Umur dia 24 masa kes ni jadi. Nonny ni memang lawa. Putih melepak. Memang ramai selalu nak ngorat dia ni. Tapi semua dia tak layan. Sebab dia ni suka sangat dekat sorang bos kitorang ni. Bos ni namanya Hafiz. Hafiz ni muda lagi. Baru awal 30-an. Memang segak orangnya. Tapi, Hafiz ni dah berkahwin dan dah ada 2 orang anak dah. Nonny ni tau je sebenarnye bos kitorang ni suami orang. Tapi dia selalu jugak menggedik dekat bos ni.

Pagi-pagi dia akan masuk kerja awal. Dia akan siapkan kopi and sarapan untuk Hafiz. Ramai je sebenarnya yang dah nasihatkan Nonny ni. Tapi dia ni degil. Lansung taknak dengar cakap orang. Dia ikut kepala dia je. Nonny ni bertudung tau. Tu la lagi kitorang selalu marah dia supaya jangan buat perangai bukan-bukan dia tu. Sebenarnya, Hafiz ni pernah mengadu dekat kitorang yang pekerja lama ni yang dia tak suka perangai Nonny ni. Dia taknak la nanti orang salah faham. Pernah Nonny ni masa kitorang sembang dengan bos, dia datang lepastu peluk bos dari belakang. Terjerit la kitorang ni sebab terkejut. Spontan lepas tu Hafiz terus tolak dia. Melampau budak ni.

Pernah satu hari, Hafiz ni bercuti. Tapi Nonny ni tak tahu. Dia awal pagi lagi dah masuk bilik Hafiz, Dia boleh lepak macam bilik tu dia punya. Sorang makcik cleaner masuk bilik Hafiz untuk kemas. Terkejut makcik tu sebab tengok si Nonny ni bukak tudung. Lepas tu makcik ni panggil kitorang. So, kitorang cepat-cepat pergi bilik Hafiz tu. Memang betul si Nonny ni boleh landing-landing atas sofa dalam bilik Hafiz tu. Buat macam rumah dia pulak. And betul dia freehair dalam tu. Nasib baik la Hafiz cuti. Kalau tak, mau nye jadi fitnah pulak tu. Tak tau la apa plan sebenar Nonny masa tu.

Dia ni macam dah terlalu obses dekat Hafiz ni. Dia selalu tangkap gambar Hafiz, then cuci gambar tu, lepas tu lekat kat meja dia. Slumber dia je. Banyak tau gambar tu. Dia pernah call isteri Hafiz, nak mintak izin bermadu. Gila betul. Sampaikan masa tu Hafiz dengan isteri dia bergaduh. So, last nye Hafiz pecat Nonny dari situ. Dia diberi notis 24jam. Tapi Nonny ni tak nampak sedih pun.

Dia senyum je masa kena pecat tu. Lepas tu dia terus keluar dari office. Lepas tu memang kitorang tak jumpa dia dah. Tapi, tiba-tiba, lepas beberapa bulan, aku dengan Salmi nampak dia ni berkepit je dengan Hafiz kat mall. Tapi masa tu Hafiz ni nampak macam happy sangat. Nampak macam pasangan yang bahagia sangat lah. Yang peliknye, macam mana boleh jadi macam tu.

Lepas beberapa hari, isteri Hafiz call Salmi. Salmi dengan isteri Hafiz ni sebenarnye kawan baik. Kawan dari zaman U dulu. Isterinya ni tanya, Hafiz ada datang kerja tak. Sebab Hafiz ni kalau kat rumah macam lemau sangat. Macam orang sakit je. Dia kata Hafiz masa tu suka marah-marah dia. Suka maki dia.

Lain dari sikap Hafiz yang selalunya memang suka sweet-sweet dengan isteri dia. Menangis-nangis dis cerita dekat Salmi. Malam-malam, Hafiz taknak tidur dalam bilik. Dia akan keluar tidur dekat sofa je. Sikap dia makin dingin dengan isteri dia. Lepastu malam-malam suka gayut cakap dalam telefon lama-lama. Bila isterinya tanya, dia mengamuk. Kitorang syak, something wrong somewhere. Mesti ada kaitan ddengan Nonny ni sebab yang kes kitorang jumpa diorang berkepit tu.

Isterinya ni bagi tau family dia dan family Hafiz pasal apa yang jadi ni. Dia taknak sorokkan. Jadi orang tua dalam keluarga ambil keputusan untuk bawak Hafiz pergi berubat. Tapi Hafiz selalu marah. Dia taknak. Dia sampai maki-maki mak ayah dia sebab taknak pergi berubat. Kakak Hafiz yang paling sulung ni seorang doctor. So dia bagi cadangan, pengsankan Hafiz dan bawa pergi berubat. Jadinya, kakak dia ni terpaksa suntik apa entah dekat Hafiz. So last nye Hafiz pengsan. Diorang cepat-cepat bawak pergi berubat.

Sepanjang perjalanan tu, diorang kena ganggu. Kereta diorang digegarkan sampai hampir accident. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga sampai rumah Haji Mohammad. Haji ni memang selalu berubat orang. Katanya, dia ikhtiar, yang memulihkan hanya ALLAH. Elok je sampai, Haji arahkan untuk ikat Hafiz. Sebab takut tak mampu nak menahan sekiranya Hafiz melawan.

Lepas tu Haji mulakan rawatan. Masa tu Hafiz mamai lagi. Dia baru nak terjaga daripada pengsan. Kisah yang start dari nak bawak berubat ni semua isterinya pulak yang ceritakan kat kitorang tau. So sambung. Masa Hafiz ni mula nak sedar, dia cuma senyum je sampai nampak gigi. Tak cakap apa-apa. Senyum memanjang. Lepastu tiba-tiba dia kata “Aku nak Nonny! Bawak Nonny ke sini!”. Start situ la isterinya ni bertambah yakin yang semua ni mesti ada kaitan dengan Nonny.

Haji tanya ‘dia’, apa yang dibuatnya dekat Hafiz. Then Hafiz kata, “Aku Cuma calit sikit je. Dia dah kalah dah dengan aku”. lepastu dia senyum semula sambil ketawa. Haji bagi tau diorang yang Hafiz ni mungkin terkena minyak pengasih dengan Nonny ni. Tanpa buang masa, Haji mula serang benda tu dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Hafiz menjerit kesakitan. Meronta-ronta dia. Haji ugut benda tu. Kalau taknak keluar, Haji akan bunuh benda tu. Mulanya dia berdegil. Tapi selepas Haji baca macam-macam ayat, dia berjanji nak keluar.

Proses berubat ni memang lama. Macam-macam dialog antara Hafiz dengan Haji Mohammad. Haji ada tanya, siapa hantar benda tu untuk ganggu Hafiz. Then Hafiz jawab Nonny yang hantar. Katanya Nonny suka Hafiz. Tapi Hafiz sombong. Jadi, Nonny jumpa bomoh untuk mintak minyak pengasih.

Lepas dah habis berubat, benda tu pun dapat dikeluarkan. Dan Hafiz jadi lemah dan kepenatan. Selesai je semua tu, kehidupan Hafiz dan keluarganya jadi seperti sediakala. Nonny? Kitorang tak tau apa jadi pada dia lepas tu. Cuma, lepas beberapa bulan, seorang nenek tua ada datang ke Office dan mintak untuk berjumpa dengan Hafiz.

Rupanya, nenek tu nenek Nonny. Nonny tinggal dengan neneknya je. Kata nenek tu, Nonny dah jadi macam tak waras. Dia terpaksa menghantar Nonny ke hospital sakit jiwa kerana sudah tidak mampu untuk menjaga Nonny dek kerana umurnya yang semakin meningkat dan tingkah laku Nonny yang semakin membahayakan. Kedatangan nenek itu ke pejabat sebab nak mintak maaf bagi pihak cucunya tu. Katanya, dia tahu apa yang Nonny buat dan tak sangka Nonny boleh jadi berani macam tu.

Sebenarnya, Nonny ni selalu pukul neneknya. Lepas Nonny dapat tahu yang nenek dia ni tahu apa dia buat, dia suruh nenek dia diam dan simpan rahsia tu. Nenek ni kata, dia jumpa banyak gambar Hafiz dalam bilik Nonny. Banyak jugak botol-botol kecil untuk setiap gambar tu.

Pernah satu hari, Nonny balik dan cerita yang dia dah Berjaya calit minyak tu dekat Hafiz. Nenek nye cuba nak nasihat, tapi Nonny cekik nenek dia sampai neneknye tak berani nak bersuara lagi. Keesokan harinye pulak, Nonny masakkan makanan dekat dapur. Tapi bukan untuk dia atau neneknya makan, tapi untuk Hafiz. Korang boleh bayang apa dia dah buat dengan makanan tu semua? Dia tangaskan semua tu untuk bagi Hafiz makan. Ada lagi manusia yang guna cara macam ni untuk miliki seseorang kan. Sebab tu la Hafiz ni tiba-tiba jadi gila dekat Nonny.

Ni 5 tahun lepas. Masa tu Nonny masih dalam hospital sakit jiwa. Sekarang aku tak tau mana Nonny. Dengarnya dia dah keluar dah dari hospital tu. Nenek dia pun dah meninggal dah. Aku harap, dia tak buat dekat orang lain dah la. Dan harap jugak dia tak ganggu keluarga Hafiz lagi.

** Tu je la cerita aku. Tak seram pun. Cuma jadikan sebagai pengajaran. Kalau cara penulisan aku tak bagus, maap la ye….

Sekiannnnnn…………

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “OBSES”

  1. macam kisah aku skang ni , tak tahu nak ubat kan suami ku macam mana , dia gila bayang kat sorang pompuan ni sampai anak bini dia lupakan aku hanya berserah pada Allah sajer skang ni

    Reply
  2. Nasib dpt ubatkan. Ada satu kes dkt opis aku mcmni jg la ceritanya, tp pak guard duda terlajak gilakan bini org.
    Dh la akak tu muda lg lawa giler lak tu, compared tu acik tu yg mcm benggali tanah badan besar hitam mcm gorila. seram tengok.
    Now dh cerai, tggu habis edah je katanya than dorang kawin.
    Ilmu hitam merosakkan rumahtangga org. Kesian.

    Reply

Leave a Comment