Misteri Amelia

Truuuttt truuutttt…truuuttt trruuttttt.. “Harap maaf, nombor yang anda dial sedang berada diluar kawasan”

“Amelia, ke mana kau pergi? Sudah beberapa hari aku cuba untuk menghubungi kau. Aku rindu nak mendengar suara kau, Amelia..” keluh Mus seorang diri, dia meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja dan berjalan menuju ke birai katil. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya ke atas tilam disambung dengan keluhannya lagi.

“Walaupun sekejap saja waktu kita bersama, tetapi aku rasa bagaikan sudah lama aku mengenali kau. Dah seminggu kita kerap berjumpa, kenapa tiba-tiba kau hilang seminggu begitu saja?” kata Mus lagi sambil membaringkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk tersebut. Mus memejamkan matanya rapat dan mengukir sebuah senyuman di bibir.
“Amelia, masih aku ingat lagi waktu kali pertama kita bertemu di cafe itu. Kau sedang menyuapkan sepotong chocolate cake di bibir, terukir, aku terfikir-fikir.” bisiknya di dalam hati dan akhirnya dia terlelap.
Sinaran cahaya matahari yang menerjah masuk ke dalam bilik tidur Mus membuatkan dirinya terjaga dari lena.

Dia menggosok matanya demi membuang segala ketulan yang tidak diingini. Mus merenung ke luar jendela, mengangumi kebesaran yang Maha Esa. Dia bingkas bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai saja mandi, dia menggapai telefon bimbitnya dengan harapan ada SMS atau pun misscall dari Amelia gadis yang dia baru saja kenal tidak sampai sebulan. Disebabkan rasa hampa dan kecewa, dia melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil.

“Amelia, kenapa tidak ada maklum balas dari kau? Apakah kau mempermainkan aku?” keluhnya seorang diri.
“Atau kau sebenarnya ada yang lain? Tetapi takut untuk mengaku sebab kau pun turut sama punya perasaan seperti diriku?” sambungnya lagi. Mus mengenakan pakaian yang kemas ke atas tubuhnya. Dia sedang bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Pada ketika itu lah telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia melompat ke atas katil dan menggapai telefonnya. Nama ~AmyLheabEbyY~ tertera di skrin telefonnya. Betapa gembiranya diri Mus pada waktu itu. Tanpa membuang masa dia terus menjawab panggilan dari insan yang sudah sememangnya dia tunggu seminggu lamanya.
“Amelia? Hello? Ke mana awak menghilang? Awak tau tak saya call…” belum sempat Mus menghabiskan kata-kata merajuknya itu, dia terdengar suara lelaki di penghujung talian.
“Kau nak Amelia, kau datang Perlis. Dia ada kat sini. Kau kena tolong dia.” kata lelaki misteri itu.
“Kau siapa? Kau buat apa dekat Amelia?” soal Mus tegas. Riak wajahnya berubah menjadi gelisah dan resah.
“Kalau kau nak dia selamat, kau datang sini dan selamatkan dia. Aku akan terus hubungi kau melalui telefon. Tapi, kau harus datang sendiri..” jawab lelaki misteri tersebut dan terus mematikan talian. Mus terdiam, lidahnya keras seperti batu. Bintik-bintik peluh mulai muncul didahinya. Dia tidak tahu apa yang seharusnya dia lakukan ketika itu. Apa maksud semua ini?
“Percaya? Tak percaya? Apa yang patut aku buat? Asal aku pulak yang kena selamatkan dia??” rungutnya sendiri di dalam bilik dengan baju kemeja di badan tanpa seluar di kaki. Mus cuba untuk menghubungi nombor telefon Amelia, tetapi operator mesin yang menjawabnya. Mus cuba untuk menghiraukan kata-kata lelaki misteri itu tadi.
Tritttt trittt… Satu mesej diterima oleh Mus. Nama ~
AmyLheabEbyY~ muncul di skrin telefonnya.
“Kalau kau benar-benar ikhlas nak dengan Amelia. Kau datang sini. Kalau kau cuma main-main saja. Maka, nyawa dia akan melayang. Jadi lelaki yang bertanggungjawab dan bantu dia.”
Mus menggaru kulit kepalanya. Dengan tiba-tiba saja dia menjadi kusut pagi itu.
“Apahal ni? Apa maksud semua ni?” rungutnya dipagi itu. Mus menggodek telefonnya dan mencari nama kawan baiknya, kemudian dia terus membuat panggilan.

“Hello.. Zarif, aku nak mintak pendapat kau lah…” kata Mus.
“Waalaikumusalam sahabat… Ya, apa dia? Luahkan saja isi hatimu itu..” balas Zarif.
“Errr…Assalamualaikum..Hehe..” ujar Mus tersipu-sipu malu.
“Hmm..gedik sangat apahal kau ni? Cepatlah.. Aku nak ke pejabat ni..” gesa Zarif.
“Macam ni..kalau kau memang ikhlas minat kat sorang awek ni, kiranya kau nak jadikan dia isterilah..Kau sanggup tak nak buat apa saja untuk dia?” soal Mus.

“Bergantung pada situasi jugaklah. Kalau diluar kemampuan, aku tak buatlah kot.. Kenapa?” jawab Zarif selamba.
“Hmmm..Kalau awek yang kau minat tu kena culik, pastu ada orang mintak kau bayar duit, kau bantu tak?” soal Mus lagi.
“Hmm? Macam ni lah.. Kalau kau betul-betul ikhlas, kau….Eh..eh.. kau ni siapa? Asal kau… Argh!!!!” kedengaran seperti bunyi orang sedang bergelut dihujung talian. Mus menjerit-jerit memanggil nama Zarif.
“Hello Mus..” kedengaran suara lelaki misteri di hujung talian. Mus terkedu, matanya terbeliak, mulutnya ternganga.

“Oppss.. Lupa nak bagitau kau, jangan libatkan orang lain. Ni tentang kau dengan Amelia saja..Lebih baik kau bergerak sekarang.. Masa berjalan dengan pantas tanpa kita sedar tau? Tikk tokkk tikk tokkk…” lelaki misteri itu mengakhiri kata-katanya dengan membuat bunyi seperti jarum jam berdetik.

“Siapa pulak ni? Suara dia tak sama dengan yang call aku tadi…” soal Mus di dalam hati. Dia benar-benar tak faham dengan semua yang terjadi. Semuanya berlaku dalam sekelip mata saja.
Ketika Mus melangkahkan kakinya memasuki ke dalam kereta. Hujung mata kirinya seperti tertangkap satu imej bayang-bayang sedang duduk dibahagian belakang. Dengan pantas Mus menoleh, tetapi tiada sesiapa di situ. Kerusi dibelakangnya kosong. Jantung Mus berdegup pantas.
“Ya Allah.. Kenapa semua ni kena kat aku? Ujian apa pula kali ni yang Kau beri?” rungut Mus sendiri.
Mus menghidupkan enjin kereta miliknya, dan dia berlalu pergi dari tempat parking untuk menuju ke arah Perlis. Hati-hatinya dikerumun dengan pelbagai persoalan. Kenapa? Mengapa? Apakah? Dia tidak faham dengan semua yang berlaku pada ketika itu. Hatinya begitu bercelaru. Adakah kawannya sudah mati di bunuh? Atau semua ini hanyalah prank sahaja? Namun, entah mengapa, Mus tetap ingin pergi ke utara bukan untuk menyelamatkan Amelia. Tetapi untuk berjumpa dengan Amelia. Jika benar semua ini hanyalah prank yang dilakukan oleh mereka. Mus berniat untuk memaki hamun mereka semua.
“Selamat datang ke Perlis….” bisik hatinya sendiri selepas dia melepasi signboard tersebut. Dengan tiba-tiba, telefon milik Mus berbunyi. Nama Amelia tertera di skrin.
“Datang ke kampung Wai.” Mus meletakkan telefonnya kembali selepas membaca mesej tersebut.
“Kampung Wai ni kat mana pulak? Aduhhh.. macam-macam hal lah dia orang ni.” rungut Mus seorang diri di dalam kereta tersebut. Setelah menetapkan GPS, Mus terus memecut keretanya menuju ke kampung Wai. Hatinya tiba-tiba terasa berat untuk menuju ke kampung tersebut. Tapi dia tetap nak juga pergi.
“Eh, Selamat datang ke kampung Wai? Pelik…” Mus memberhentikan keretanya di tepi jalan raya. Dia perhatikan papan tanda tersebut. Memang benar ianya tertulis kampung Wai. Lagi sekali telefonnya berbunyi.
“Hello?”
“Kau dah sampai ke destinasi, masuk ke kiri cepat.” arah lelaki misteri itu.
“Macam mana kau boleh tau aku dah sampai? Jap..jap..jap..Gps kata kampung tu lagi 23 kilometer..” jawab Mus hairan.
“Gps kau rosak..Masuk cepat! Simpang pertama kau masuk kanan dan simpang seterusnya kau masuk ke kiri..Belok ke kanan selepas kau melepasi kubur..Itu lah rumah yang Amelia berada sekarang.” kata lelaki misteri itu lagi dan terus mematikan talian. Mus menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal tersebut. Dia turuti saja arahan dari lelaki itu.
Selepas Mus memandu melepasi kawasan perkuburan. Dia membelok ke kanan dan tiba di sebuah rumah lama yang sudah usang. Mus berpeluh-peluh kerana dia merasakan kawasan tersebut terlalu sunyi dan menyeramkan.
“Biar betul? Amelia ada kat sini ke? Macam kawasan jin bertendang je ni..” fikir Mus sendiri. Dia merasakan takut untuk keluar dari kereta itu. Dan, sekali lagi telefonnya berbunyi. Mus menerima mesej dari lelaki misteri itu yang mengarahkan dia untuk masuk ke dalam rumah. Jantung Mus berdegup kencang.
“Ahhhh! Persetanlah semua ni. Better aku balik je lah. Buang masa datang tempat macam ni. Cari nahas betullah dia orang ni.” bentak Mus di dalam hati. Ketika dia ingin mengundurkan keretanya, tiba-tiba saja enjin kereta Mus mati dengan sendirinya.

Mus cuba untuk menghidupkan enjin kereta. Namun, setelah beberapa kali dia mencuba, keretanya tidak hidup.

“Aduhhh..sudah…apahal pulak ni? Alamak..Janganlah buat hal time macam ni..” keluh Mus seorang diri. Hatinya terus rasa tidak tenang kerana keretanya tiba-tiba saja tidak boleh hidup. Mus menggapai telefonnya.
“Siallah! Takde line pulak kat sini!!” marah Mus di dalam kereta sendirian. Dia merasa menyesal kerana mengikut arahan lelaki misteri itu.
“Nak mencarut pun takde guna sekarang ni. Haish…” keluhnya lagi. Untuk kesekian kalinya, telefon Mus berbunyi. Mus terkejut. Nama Amelia tertera diskrin. Hatinya was-was samada nak mengangkat panggilan tersebut atau biarkan saja. Mus terasa hairan kerana di telefonnya itu jelas menunjukkan bahawa tiada line dikawasan tersebut akan tetapi, bagaimana pula dia boleh menerima panggilan dari lelaki misteri itu pula? Mus tiada pilihan lain selain menjawab saja panggilan itu. Perlahan-lahan Mus meletakkan telefonnya ke arah telinga.

“Kau nak selamat? Kau masuk ke dalam rumah tu sekarang.” arah lelaki misteri itu lagi. Ketika itu, Mus benar-benar berada dalam ketakutan. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sebuah perasaan yang tak elok singgah dibenak hatinya.
“Masuk cepat!!!”

Mus terkejut mendengar suara jeritan yang ngeri itu. Dan jeritan itu bukanlah dari dalam telefon tetapi dari dalam rumah tersebut. Gema yang terhasil dari jeritan itu sangat cukup untuk membuatkan sesiapa saja terkuncit dalam seluar.

Mus menyimpan telefonnya ke dalam poket kiri dan powerbank ke dalam poket kanan. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia berbuat sedemikian tetapi dia terasa dia harus buat begitu. Mus melangkahkan kakinya keluar dari kereta. Dia melihat ke arah kawasan sekelilingnya. Seram. Gelap. Menakutkan. Seperti akan ada sesuatu yang jahat dan besar akan melompat keluar dari arah kegelapan untuk menerkamnya hidup-hidup.
“Well, here goes nothing…” katanya seorang diri.

Dan Mus pun berjalan menuju ke arah pintu depan rumah lama tersebut. Semakin dia menghampiri rumah itu, ada bau hanyir yang menyinggah di hidungnya. Bau tersebut membuatkan Mus hampir termuntah. Tetapi dia tahan, dia kena masuk ke dalam rumah itu. Perlahan-lahan Mus menaiki tangga rumah itu yang kelihatan seperti akan roboh sebentar lagi. Setelah Mus tiba di depan pintu rumah, secara tiba-tiba dan tidak sengaja, pintu itu terbuka dengan sendirinya. Bunyi engsel pintu yang berkarat itu menambahkan lagi keseraman yang menyelubungi. Tanpa membuang masa, Mus terus melangkah masuk ke dalam rumah. Keadaan yang sangat gelap itu membuatkan Mus tidak dapat melihat apa-apa. Dari pemerhatiannya, rumah tersebut sudah begitu lama ditinggalkan. Dari luar nampak seperti tidak ada apa-apa. Tetapi apabila sudah melangkah ke dalam, semuanya seperti ingin roboh saja.

Mus cuba untuk menyeluk ke poket kiri untuk mengambil telefonnya, kerana dia ingin menggunakan lampu suluh dari telefon itu. Ketika dia sedang menyeluk, tiba-tiba saja dia kena pukul dikepala dari arah belakang. Mus terjatuh menyembam lantai kayu rumah itu. Kepalanya terasa sakit sangat. Mus terasa lemah. Dan dia terus pengsan di situ.
Mus terdengar suara-suara bisikan halus tetapi dia tidak dapat tangkap apakah maksud disebaliknya. Perlahan-lahan Mus membukakan matanya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling.

“Erghhh..aku kat mana pulak ni?” soal Mus. Dia bangun dari tempat baringnya itu dan memegang kepalanya yang masih lagi sakit. Mus sedang berada di dalam sebuah bilik. Dia mendapati bahawa terdapat alatan yang doktor gunakan untuk melakukan pembedahan tidak jauh dari tempat dia baring.

“Ak..ak…aku…kat.. mana sebenarnya ni?” soalnya lagi. Mus menjadi lagi terkejut apabila dia mendapati bahawa ada tangan dan kaki sedang tergantung didinding. Dan begitu banyak darah yang berada di atas lantai. Bau hanyir sangat kuat. Mus terus termuntah kerana tidak tahan dengan suasana di dalam bilik itu. Setelah puas mengeluarkan segala isi perutnya. Mus terus berjalan keluar dari situ dengan harapan tidak ada sesiapa yang akan dapat tangkap dia.

“Aku tak tahu siapa punya kerja semua ni. Tapi aku harap orang tu mati dalam keadaan yang mengerikan. Paling penting, aku harap kejap lagi tak terserempak dengan sesiapa..” katanya di dalam hati. Perasaan geli dan takut memenuhi hati Mus. Dia harus mencari jalan keluar dari tempat itu. Setelah Mus keluar dari bilik itu. Dia tidak dapat melihat apa-apa. Keadaan di situ begitu gelap sekali. Mus meraba-raba poket seluarnya. Tuah menyebelahi Mus kerana telefonnya masih lagi di dalam poket, begitu juga dengan powerbank miliknya.

“Cun! Hahaha! Selamat dia orang tak ambik telefon ni.” katanya di dalam hati. Mus membuka video di telefonnya dengan niat untuk merakam sepanjang dia berjalan mencari jalan keluar. Dia ingin menjadikan video itu sebagai bukti apabila dia keluar dari tempat itu dan tunjukkan kepada polis.

“Ok..First sekali, kita rakam bilik berdarah ni dulu.” bisik Mus sendiri. Tiba-tiba hatinya terdetik. Di mana Amelia? Adakah dia orang melakukan perkara yang sama terhadap Amelia? Apakah sebenarnya tujuan mereka semua melakukan perkara bangang macam ni? Perasaan untuk menyelamatkan Amelia tiba-tiba muncul di hatinya. Walaupun dia dan Amelia baru saja berkenalan tetapi Mus rasakan seperti sudah lama mengenali Amelia. Dan secara jujurnya, Mus sudah pun tangkap cintan dengan Amelia.

“Tak apalah.. Aku kena selamatkan diri aku dulu. Amelia pun aku tak tahu ada kat mana sekarang.” katanya di dalam hati. Mus berjalan perlahan-lahan mencari jalan keluar. Mus menetapkan videonya kepada night vision agar boleh melihat di dalam gelap. Dia tidak mahu menggunakan lampu suluh kerana risau akan menarik perhatian sesiapa saja yang berada di situ. Secara rasminya, Mus harus melihat ke dalam kamera videonya bagi melihat jalan di depan. Kerana matanya tidak dapat melihat apa-apa ketika berada di dalam kawasan yang gelap itu.
“Dah macam ghost hunt kat tv lah pulak..” katanya di dalam hati.
Mus berjaya menemui pintu depan. Mus menumpukan fokus kepada pendengaran. Dia ingin mendengar jika ada suara-suara orang lain diluar tempat itu. Setelah dia merasakan dia tidak mendengar apa-apa. Barulah dia membuka pintu.

“Aku kat mana sebenarnya ni?” soalnya sendiri. Dia berada di tengah-tengah kawasan hutan yang agak tebal. Dan tempat dia terkurung tadi itu kelihatan seperti bilik stor. Mus memerhatikan keadaan sekeliling. Setelah dia merasakan selamat, barulah dia memulakan langkah. Mus tidak tahu ke mana hala tuju, nak membuat panggilan, line pula tiada. Dia hanya berserah saja. Ketika Mus sedang berjalan, telinganya tertangkap bunyi menggeram.

“Apa pulak tu? Harimau ke?” soalnya di dalam hati. Puas Mus berpusing mencari punca bunyi itu tetapi tidak ada apa yang dia temui. Dan, dia terdengar pula bunyi seperti ranting kayu patah dipijak sesuatu. Hati Mus rasa tidak senang ketika itu. Selepas itu, dia terdengar bunyi menggeram itu tadi berada tidak jauh dari belakangnya.
“GRRRRRRRRRRRRRR…”

Mus terus menoleh ke arah bunyi tersebut dan mendapati bahawa ianya adalah seorang manusia yang bukan manusia. Wajahnya begitu mengerikan, kukunya tajam dan agak panjang dari manusia biasa. Badannya tegap dan tinggi seperti pemain bola keranjang. Giginya yang tajam jelas kelihatan. Kaki Mus menggeletar. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan ketika itu. Walaupun dia tahu sepatutnya dia kena lari, tetapi kakinya tidak mahu mengikut arahan.

“GRRRRRAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!”
Bunyi ngauman dari makhluk itu bergema disetiap pelusuk hutan tersebut. Akibat dari ngauman ngeri itu, Mus terus tersedar dari ketakutan dan dia terus berlari menyelamatkan diri. Mus cuba berlari selaju yang mungkin. Kemudian dia terdengar pula bunyi tapak kaki makhluk itu menghentak bumi. Apabila Mus menoleh ke arah belakang. Makhluk itu sedang mengejarnya.

“MAWAS!!” Mus tiba-tiba saja menjerit kerana makhluk itu memang saling tidak tumpah seperti mawas cuma warna saja yang berbeza.
Mus terus berlari di dalam kegelapan. Dia tidak dapat halakan telefonnya ke depan untuk melihat jalan kerana dia tidak dapat nak fokus untuk berlari. Mus sudah merasakan penat akibat berlari entah berapa lama dan makhluk itu tadi masih lagi mengejarnya. Nak tak nak Mus kena juga lari jika nak selamat. Secara tiba-tiba, kaki Mus tersepak sesuatu dan mengakibatkan dirinya terjatuh berguling. Mus terjatuh ke dalam gaung dan tidak menyedarkan dirinya.

Mus membuka matanya. Kepalanya terasa sakit. Kesakitan yang dia alami membuatkan dirinya sukar untuk membuka mata. Mus memerhatikan keadaan sekeliling. Dia mencari makhluk ngeri yang mengejarnya tadi. Tiada.

“Arghhhh..sakitnya..” rungut Mus. Badannya penuh calar-balar. Dia berusaha untuk bangun dan bersandar di batang pokok. Mus memandang ke arah langit, hari sudah pun siang dan matahari terpacak di atas kepala.
“Dah tengahari rupanya..” kata Mus kepada dirinya sendiri. Otaknya masih lagi bingung dengan situasi yang dia sedang alami. Kenapa dia menerima nasib sebegitu rupa? Perasaan menyesal mulai menguasai hatinya.
“Kalau aku tau akan jadi macam ni, takdenya aku nak jatuh hati dengan kau Amelia.. Kau.. Punca…” keluhnya di dalam hati. Namun Mus tahu bahawa ini semua adalah ketentuan takdir. Dia harus redha dengan semua yang berlaku.
“Siallah.. Mana pulak telefon aku tercampak ni?” ujar Mus sendiri. Dia mencari-cari telefonnya tetapi tidak jumpa. Seterusnya, dia membuat keputusan untuk mencari sungai kerana tekaknya terasa sangat dahaga akibat berlari semalam. Perlahan Mus berjalan. Kaki kanannya terasa sakit, mungkin terseliuh akibat terjatuh berguling seperti roda. Tetapi dia abaikan saja kesakitan itu, Mus tidak ingin kesakitan itu membuatkan dirinya ditimpa masalah seperti lambat berjalan dan bertemu dengan makhluk itu lagi. Kalau boleh, Mus nak elakkan dari berjumpa dengan makhluk itu kerana dia dapat merasakan bahawa dirinya tidak mampu untuk berlari lagi. Memandangkan dirinya juga bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan.
“Tak faham betul aku. Asal aku yang kena benda ni? Kenapa tak orang lain?” soal Mus. Tiba-tiba sebuah imej yang mengerikan muncu di dalam kepala otak dia. Imej tersebut dia pernah lihat. Imej – imej itu adalah apa yang dia lihat ketika dia baru saja sedarkan diri dan dia rakam gunakan telefon. Imej – imej tangan dan kaki yang telah di potong.
“Tangan dan kaki siapa yang kena potong tu? Milik Amelia ke? Atau ada mangsa lain sebelum aku?” soalnya di dalam hati. Mus tiba di sebuah anak sungai. Tanpa membuang masa, dia menadahkan tangannya ke dalam air dan meminum air dari sungai tersebut. Kemudian, dia mencuci muka dan luka-luka yang ada di tubuhnya itu.
Ketika Mus sedang sibuk mencuci dirinya. Dia terdengar bunyi ngauman yang sama macam dia dengar semalam sekali lagi. Tetapi bunyi itu jauh dari tempat dia. Mus hanya mendengar gemanya saja. Pada masa yang sama dia juga turut mendengar gemar suara jeritan lelaki meminta bantuan.
“Ada mangsa lain selain aku rupanya..Aku harap dia dapat meloloskan diri dari mawas tu.” bisik Mus di dalam hati. Mus terus berjalan ke arah bertentangan dari gema ngauman itu. Dia tidak mahu terserempak dengan makhluk hodoh tersebut. Cari jalan keluar saja yang bermain difikirannya ketika itu.
Entah sudah berapa lama Mus berjalan, hari pun hampir gelap. Mus membuat keputusan untuk mencari pokok yang mudah untuk dipanjat dan selamat untuk duduk berehat diatasnya. Setelah menjumpai pokok yang sesuai, dengan segera Mus memanjat pokok itu dan dia duduk berehat di atas. Dia berharap agar tidak ada sesiapa yang melalui jalan itu. Kalau ada pun, biarlah orang itu orang baik seperti pihak berkuasa. Mus memperbetulkan posisinya supaya dia duduk dengan selesa dan tidak jatuh ke bawah.
Sedang Mus leka berehat di atas pokok, tiba-tiba dia terdengar bunyi semak samun yang tidak jauh dari pokok itu berbunyi. Seperti ada sesuatu sedang merentasi semak itu. Dengan tidak semena-menanya, Mus dapat lihat tubuh seekor makhluk berbadan tegap sedang berjalan tidak jauh dari semak tersebut. Walaupun keadaan agak gelap, tetapi dengan bantuan cahaya bulan Mus dapat melihat makhluk itu.
“Mawas setan” katanya di dalam hati. Mus bernafas secara perlahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Kerana dia takut jika mawas itu dapat pula mendengar bunyi hembusan nafasnya itu. Kemudian, Mus mengalihkan pandangan mata ke arah semak yang berbunyi tadi. Dia dapat melihat bahawa ada seorang lelaki sedang meniarap di dalam semak itu. Kedua-dua tapak tangannya menekup mulut. Kemungkinan lelaki itu sedang menutup mulutnya agar tidak ada bunyi yang keluar. Jelas bahawa lelaki itu sedang berada dalam ketakutan. Siapa saja tidak takut jika berada di dalam situasi itu.
Tiba-tiba saja Mus rasakan bahawa dia kena selamatkan lelaki itu. Setelah dia memastikan bahawa makhluk itu sudah pergi jauh. Barulah Mus turun dari pokok tersebut dan menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu masih belum sedar dengan kehadiran Mus. Dengan penuh berhati-hati, Mus menyelinap ke dalam semak itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kemudian, Mus terus menekup mulut lelaki itu. Lelaki itu meronta-ronta untuk melepaskan diri.
“Diam…nanti benda tu dengar. Ikut kata aku kalau nak selamat.” bisik Mus ke telinga lelaki itu. Dan lelaki itu terus tidak meronta lagi. Kedengaran pula bunyi menggeram tidak jauh dari semak tersebut. Ternyata makhluk itu tidak berlalu pergi lagi. Bermakna, dia sedang mencari mangsanya disekitar itu.
“Kita tunggu dia berambus, lepas tu aku nak kau ikut aku panjat pokok kat depan sana. Nampak tak?” arah Mus sambil tangannya masih lagi menekup mulut lelaki itu. Lelaki itu mengangguk kepala tanda setuju.
“Jangan keluarkan sebarang bunyi. Kalau tak, kita berdua akan mati.” sambung Mus lagi dalam keadaan berbisik. Lelaki itu angguk lagi. Setelah memastikan makhluk itu tidak ada lagi disekitar kawasan tersebut, barulah mereka berdua keluar dari tempat persembunyian dan terus menuju ke arah pokok yang diberitahu sebentar tadi. Mereka berdua memanjat pokok tersebut. Mus sempat mengambil beberapa butir batu ketika ingin memanjat pokok tadi.
“Nasib baik daun-daun kat pokok ni lebat, at least dari jauh benda tu takkan nampak kita sebab kita agak tersorok.” kata Mus. Mus melihat ke arah lelaki itu. Jelas kelihatan lelaki itu sedang keliru dan dalam ketakutan. Badannya penuh calar-balar juga. Mus meramalkan bahawa lelaki itu pun turut sama terjatuh ke gaung. Dan sudah tentunya dia juga dibawa pergi ke bilik yang ada alatan pembedahan yang sama. Mus melontarkan batu yang dikutipnya tadi jauh dari tempat mereka, tetapi boleh didengar bunyi batu itu jatuh ke bumi. Mus fokus pada pendengaran.
“Aku rasa benda tu dah jauh. Sebab aku tak dengar bunyi tapak kaki dia lagi.” kata Mus. Memang benar, bunyi tapak kaki makhluk itu kuat. Dia bukan berjalan tetapi menghentak. Mus memperkenalkan dirinya.
“Zakwan..Zakwan Affendi..” balas Zakwan.
“Macam mana kau boleh ada kat sini?” soal Mus.
“Aku dengan dua orang kawan lagi terima panggilan dari seorang lelaki, dia kata kawan kita orang dalam bahaya. Dia suruh datang ke Perlis kalau nak kawan kita orang tu selamat.” kata Zakwan. Mus terkejut apabila mendengar penjelasan dari Zakwan. Situasinya hampir sama saja dengan dirinya.
“Kawan kau yang dalam kesusahan tu.. Nama dia.. Amelia?” soal Mus.
“Mana… mana.. macam mana kau tau?” soal Zakwan pula. Riak wajahnya berubah serta merta.
“Sebab aku pun datang sini kerana Amelia. Aku diberitahu bahwa aku kena bantu Amelia. Tapi aku kena pukul kat kepala sampai pengsan. Bila sedar je, aku ada kat dalam bilik penuh dengan barang-barang nak operate manusia. Lepas tu, aku ada nampak tangan dan kaki tergantung kat dinding. Bila aku dapat keluar je dari tempat tu. Aku kena kejar dengan makhluk yang kejar kau tadi. Aku terjatuh ke dalam gaung. Pagi ni aku sedar, aku dah ada kat bawah dan makhluk tu tak ada.” jelas Mus.
“Kita orang pun kena pukul tapi bukan kat kepala. Kita orang kena paksa, ada beberapa orang lagi yang buat benda ni. Kepala kita orang kena tutup dengan kain hitam. Bila dia orang bukak je kain hitam tu, kita orang dah ada kat dalam bilik. Lepas tu, ada seorang lelaki ni memperkenalkan diri dia. Dia kata, dialah yang call dan bagitau Amelia perlukan bantuan.” jelas Zakwan pula. Mus menumpukan perhatian kepada Zakwan, dia ingin tahu apa yang berlaku terhadap mereka.
“Lelaki tu cakap, dia perlukan darah teruna untuk completekan ilmu yang dia tengah belajar sekarang. Aku tak tau apa yang dia maksudkan. Tapi dia memang psychopath. Aku dapat melarikan diri.. Tapi…” kata-katanya terhenti.
“Kawan-kawan aku, mati..seorang kena operate hidup-hidup. Hatinya dikorek keluar, ususnya ditarik.. Aku hanya mampu melihat. Aku tak tahu nak buat apa waktu tu.” sambung Zakwan.
“Yang lagi seorang?” soal Mus menginginkan jawapan.
“Aku dan dia dapat lari keluar dari bilik tu. Nasib baiklah sebab kita orang tak diikat. Kita orang bergelut sekejap kat dalam tu lepas tu lari. Tapi sayang.. Kawan aku mati sebab nak bagi aku selamatkan diri. Makhluk besar tu tiba-tiba muncul entah dari mana. Dia kejar kita orang, kawan aku berhenti sebab nak halang benda tu. Tapi..tapi..” air mata Zakwan mengalir di pipi. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Dia sedih dengan kematian tragis yang menimpa dua orang kawannya lagi.
“Dengan mata aku sendiri..dengan dua biji mata ni aku tengok kawan aku kena bunuh… Badannya dibelah dua.. Benda tu tarik badan kawan aku macam takde apa.. Dia tarik gitu je..” sambung Zakwan lagi.
Mus termenung setelah mendengar cerita dari mulut Zakwan. Mus dapat merasakan bahawa bukan mereka sahaja yang menjadi mangsa.
“Ilmu? Belajar? Ni mesti bomoh..” kata Mus di dalam hati. Mus tak tahu apa yang patut dia lakukan ketika itu. Nak lari pun, dia tak tahu nak lari ke mana. Dia bukannya tahu selok belok di dalam hutan tu. Setelah Zakwan menenangkan dirinya, Mus kembali bertanyakan soalan.
“Amelia ni.. Kau kenal kat mana?” soal Mus.
“Kelab” jawab Zakwan ringkas.
“Duckling Weebo Club?” soal Mus lagi.
“Ya.” balas Zakwan dan dia mengalihkan padangan ke arah Mus.
“Aku kenal Amelia kat situ juga dua minggu lepas.” kata Mus.
“Siapa Amelia ni sebenarnya?” soal Zakwan pula.
“Itu yang aku nak tahu sangat-sangat. For sure, dialah puncanya kita ada kat sini.” jawab Mus.
“Aku baru terfikir.. Kau pernah tidur dengan mana-mana perempuan sebelum ni? Maksud aku, kau masih teruna lagi?” soal Zakwan, membuatkan Mus menjadi hairan.
“Kau jangan risau, kita akan keluar dari tempat ni. Kita akan selamat. Kita akan lalui kehidupan yang normal. Kahwin dengan perempuan. Selera dengan perempuan. Kita tak kan mati kat sini.” jawab Mus yang beranggapan Zakwan ingin menidurinya kerana takut mereka akan mati kat situ dan Zakwan tak ingin mati sebagai teruna.
“Bodoh.. bukan itu maksud aku.. Aku masih suci. Kawan-kawan aku pun masih suci. Sebab lelaki tu kata dia perlukan darah teruna. Sebab tu aku tanya kau, kau teruna lagi ke tidak? Aku bukan gay, bangang.” balas Zakwan bengang.
“Ohhh… Sorry..sorry..sorry.. Fuh, aku ingatkan apalah tadi.. Aku masih teruna lagi. Apa kaitan?” jawab Mus.
“Dia nak darah teruna, tapi macam mana dia tau yang kita ni teruna? Sebab kawan aku yang playboy pun berkenalan dengan Amelia tapi dia bukan teruna. Tapi kawan aku tak dapat pun panggilan.” kata Zakwan.
“Dia bomoh, itu je aku boleh katakan. Dia mesti ada pakai spell jadah apa semua untuk mengetahui siapa teruna atau tidak.” ujar Mus.
“Kenapa dia nak darah teruna?” soal Zakwan.
“Kau ni kenapa? Bersyukur je lah kau masih hidup. Kau nak fikir pasal mangkuk tu buat apa? Dia nak bunuh kau, ke kau nak pergi hadap mangkuk tu?” balas Mus.
“Saja je sebab nak bagi orang yang baca cerita ni faham apa motif lelaki tu buat benda ni. Takkan nak biarkan jadi tanda tanya.” jawab Zakwan.
“Oh betul juga..” balas Mus.
Hari sudah pun menjadi siang, matahari kelihatan sedang memancarkan sinarnya ke seluruh bumi. Mus dan Zul sedang berjalan mencari hala tuju. Mereka hanya berpandukan matahari saja. Ketika itu, mereka berdua sedang menuju ke arah barat dengan harapan mereka akan tiba disebuah pekan atau pun bandar. Keletihan jelas terpancar di wajah mereka berdua. Lapar, dahaga, dan letih. Mereka tidak tidur dan makan. Hanya minum, itu pun jika bernasib baik jumpa sungai. Mereka meneruskan perjalanan, hanya berhenti ketika malam saja. Itu pun tidak tidur. Masih lagi perlu berwaspada. Nak memburu haiwan liar, mereka tidak ada peralatan atau pun pengalaman. Terpaksalah mereka mengharungi semua itu.
Sudah empat hari mereka berjalan. Mereka berhenti berehat sebentar di sebatang anak sungai untuk minum.
“Penatnya..” keluh mereka berdua. Setelah puas berehat, mereka meneruskan kembali perjalanan. Apabila malam, mereka panjat pokok dan berehat di atas. Apabila siang, mereka akan jalan ke arah barat dan akan bertemu dengan anak sungai untuk berhenti rehat dan minum. Kemudian mereka akan sambung perjalanan ke arah barat. Mereka tidak sedar bahawa mereka sudah melalui jalan yang sama, tempat yang sama, minum di sungai yang sama, dan berehat di atas pokok yang sama selama beberapa hari. Mereka terlalu letih untuk menyedari semua itu. Mereka sebenarnya sudah termasuk ke dalam jerat.
Mus dan Zakwan masih lagi meneruskan perjalanan mereka hari demi hari. Sudah lebih dari seminggu mereka berjalan ditempat yang sama. Mereka langsung tidak sedar dengan perkara tersebut. Mus tidak dapat mengawal keletihan dia lagi, kali ini dia menyerah kalah. Dia tidak sanggup lagi nak terus berjalan. Dia mengajak Zakwan untuk berehat dengan dia. Mereka berehat lebih lama dari sebelumnya. Melebihi lima jam.

“Kita dah lama sangat macam ni. Aku tak tahu pulak hutan ni besar. Dah berapa lama kita berjalan?” soal Mus dengan suaranya yang dengar tak dengar.
“Entahlah..Kita ni kat hutan Malaysia lagi ke? Aku dah tak rasa macam manusia sekarang ni. Aku tengok ni pun dah nampak macam ayam golek je..” jawab Zakwan keletihan.
“Ish..Kau jangan weh. Jangan jadi kanibal. Aku tak nak mati kena ratah dengan kau.” balas Mus yang agak terkejut dengan kawan barunya itu. Setelah puas berehat, mereka sambung semula perjalanan. Tiga hari perjalanan, mereka sambung berehat panjang.

“Aku tak tahan dah ni. Lapar kebulur melampau dah. Sampai tahap makan pucuk-pucuk yang ada kat sini dah ni.” keluh Zakwan.
“Kau tengok ni. Tempat aku kencing semalam pun masih bertanda lagi weh. Basah lagi pulak tu.” kata Mus.
“Ha? Mana?” tanya Zakwan ingin tahu. Setelah dia perhatikan tempat yang disebut. Hatinya mula berdetik. Apakah mereka berjalan ditempat yang sama saja? Mus pun baru tersedar selepas diberitahu oleh Zakwan akan perkara itu. Mereka berdua mulai merasa sangsi. Mus membuat keputusan untuk membuat tanda dibatang pokok. Dia membuat tanda X besar supaya mudah untuk mereka lihat. Kemudian, mereka menyambung perjalanan.

“Ha! Kau tengok ni! Ni yang aku tanda semalam!” teriak Mus sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah tanda X yang dibuat semalam. Zakwan terpinga, kini mereka sudah tahu bahawa mereka hanya berpusing ditempat yang sama sudah entah berapa lama. Kali ni mereka berdua membuat keputusan untuk berjalan mengikut arah lain pula.
“Kita selama ni ke barat, esok kita ke selatan.” cadang Mus. Zakwan hanya bersetuju saja dengan pilihan Mus. Setelah mereka berehat, mereka kembali menyambung perjalanan.

“Ha! Kau tengok ni Wan! Tanda yang sama!” teriak Mus sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah tanda yang dimaksudkan. Zakwan jatuh terduduk. Dia tidak tahu mahu menunjukkan reaksi apa. Mus menyatakan bahawa mereka berdua kini mungkin sedang dipermainkan.
“Kalau macam ni. Aku lebih rela mati saja dari terus terseksa macam ni.” keluh Zakwan. Mus hanya terdiam saja. Sejujurnya, Mus sendiri tidak tahu apa yang seharusnya dia lakukan ketika itu.
“Macam ni lah..Aku ada satu cadangan..” kata Mus kepada Zakwan.
“Apa dia?” soal Zakwan ingin tahu. Mereka saling berpandangan. Untuk beberapa saat, tiada perkataan yang keluar dari mulut Mus dan Zakwan hanya memandang saja ke wajah Zakwan.

“Hoi..Cakaplah cepat. Jangan buang masa..” tegur Zakwan. Mus tersentak, dia baru tersedar.
“Uish.. sorry..sorry.. Aku tertidur weh..” balas Mus, membuatkan Zakwan merasa sedikit bengang.
“Jadah apa tidur sambil mata terbuka..” marah Zakwan. Kemudian, dia menggesa Mus supaya memberitahu cadangan yang dia ingin usulkan sebentar tadi sebelum dia tertidur. Mus menyarankan agar mereka berdua saling berbunuhan sesama sendiri bermula dengan Mus membunuh Zakwan kemudian apabila Zakwan sudah mati, Zakwan pula yang bunuh Mus.

“Kau serius dah jadi gila ni. Kalau kau bunuh aku, aku mati.. Macam mana orang mati nak bunuh kau pulak?” soal Zakwan tegas.
“Takpelah, nanti aku kejutkan kau.” balas Mus. Mereka berdua menggaru kepala.
“Boleh kejutkan ek? Aku tak pernah tahu pulak.” soal Zakwan bingung.
“Ya, boleh. Cepatlah. Meh sini aku patahkan tulang leher kau.” arah Mus. Ketika Mus ingin menghampiri Zakwan, dan Zakwan pula seperti rela saja dengan perbuatan Mus. Muncul pula seorang lelaki bersama seekor makhluk berbadan tegap. Mereka datang menghampiri Mus dan Zakwan.

“Hahahahahahaha! Seronok aku tengok kau orang berdua ni. Terperangkap dalam jerat yang aku cipta. Menjadi gila. Bagus! Bagus!” kata lelaki misteri itu.
“Kau siapa?” soal Mus.
“Dialah yang call aku kata Amelia perlukan bantuan.” jelas Zakwan.
“Hahahaha! Ya, akulah yang memanggil kau orang untuk datang ke mari. Untuk aku ambil darah teruna kau orang demi aku menyudahkan ilmu yang aku tuntut! Ilmu yang bakal berikan aku kehidupan yang abadi dan kekayaan!” jelas lelaki misteri itu.
“Wa, kau bukak seluar kau, pastu kau tonggeng.” arah Mus.
“Hoi, kau nak buat apa? Kau gila ke? Dia nak bunuh kita ni, kau boleh nak songsang lagi pulak.” soal Zakwan yang kehairanan.
“Dia nak darah teruna, so aku ehem kau, kau ehem aku. Kita dah tak teruna lagi lah.” jelas Mus.
“Aku tolak cadangan kau.. Biar aku mati teruna dari mati secara hina. Nabi tak mengaku umat.” balas Zakwan.

“Nabi? Nabi? Nabi Muhammad? Rasul yang terakhir. Allah. Allahuakbhar? Allah Maha Besar?” kata Mus di dalam hati. Ketika itu, dia merasakan seperti masa sedang berhenti. Dia sedang memikirkan sesuatu yang selama ni dia sudah lama lupakan. Sebenarnya dia tidak lupa, tetapi dia leka. Terlalu asyik dengan duniawi.
“Allahuakbhar. Allah Maha Besar.. Allah sang Pencipta Alam. Pencipta langit dan bumi.” fikirnya lagi.
“Ya, sekarang barulah aku tahu, kenapa aku boleh kena macam ni. Ini semua adalah ujian. Ujian dari Allah.. Sebab selama ni aku telah melupakan dan menjauhkan diri dari Dia.” katanya di dalam hati.
“Ya Allah ya Tuhanku. Yang Maha Agung, Maha Penyayang dan Maha Mengampuni. Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku. Kau ampunkanlah diriku ini, hamba yang hina lagi kecil kerana telah lama melupakanMu. Aku tahu bahawa Engkau ya Allah, tidak pernah melupakan hambaMu. Aku memohon ampun dariMu ya Allah. Dan aku memohon petunjuk dariMu. Jika ini adalah ajalku, aku terima dengan hati yang redha ya Allah. Namun, jika belum tiba masaku lagi, Kau tunjukkanlah jalan keluarnya. Aku memohon kepadaMu ya Allah.” doa Mus di dalam hati.

Kemudian, Mus menepuk bahu Zakwan dan terus berlari dari situ. Zakwan terus mengikut dia berlari tanpa sebarang pertanyaan. Lelaki misteri itu tercengang di situ. Entah dari mana Mus dan Zakwan mendapat kekuatan dan tenaga untuk berlari tanpa henti. Makhluk ngeri itu pun tidak dapat mengejar mereka. Mus dan Zakwan terus berlari meninggalkan lelaki misteri itu tetapi makhluk ngeri itu tetap terus mengejar. Sehinggalah mereka tiba di satu kawasan yang lapang. Kaki mereka berhenti dari berlari. Dihadapan mereka pada ketika itu ialah beberapa orang askar bersenjata lengkap dan beberapa orang awam. Kemungkinan orang kampung yang berdekatan. Zakwan terus berlari ke arah mereka.

“Tolong! Tolong kami! Tolong kami! Kami kena kejar dengan benda besar!” teriak Zakwan. Mus pun turut mengikuti jejak langkah Zakwan. Tiba-tiba mereka semua dapat merasakan seperti gegaran kuat dan bunyi hentakan ke tanah. Bunyi tersebut semakin dekat ke arah mereka semua.
“Dia dah datang, dia dah sampai!” jerit Mus. Maka, muncul seekor makhluk berbadan besar keluar dari kawasan hutan itu. Makhluk itu mengaum dan mengakibatkan seluruh alam bergema. Askar-askar yang berada disitu terus mengacukan senapang ke arah makhluk tersebut dan melepaskan tembakan berdas-das ke arah ia. Darah memercik ke sana sini. Mus dan Zakwan berlari menyembunyikan diri disebalik batu-batu besar yang ada di situ. Akhirnya, makhluk itu tumbang. Jatuh ke bumi. Ia kehilangan darah yang banyak, dan kebanyakkan badannya sudah ditembusi peluru. Makhluk itu mati ditempat kejadian.

“Astagfirullah Al Azim.. Inilah dia benda yang kita nak buru selama ni. Akhirnya kita dapat bunuh juga.” kata salah seorang orang awam yang berpakaian seperti seorang ustaz.
“Maknanya, betullah jangkaan Imam selama ni. Memang benda ni bukan jin atau syaitan?” soal salah seorang dari askar tersebut.
“Ya, bukan jin, bukan juga syaitan. Saya tak tahu tentang benda ni tapi apa yang saya tahu, ada manusia disebalik semua ni. Dan, manusia itu bersengkokol dengan syaitan.” jelas Imam tersebut.
“Dan, itu membuatkan ramalan kita tepat. Ini semua kerja Professor Rezza.” balas tentera tersebut. Mus dan Zakwan yang hanya mendengar perbualan mereka sejak tadi terus datang menghampiri.

“Errr..Maafkan saya, saya sebenarnya…” Mus dan Zakwan menceritakan segala-galanya kepada semua yang berada di situ. Dan mereka berdua agak terkejut apabila mereka mengetahui bahawa lelaki misteri itu sebenarnya adalah seorang Professor gila yang dimana impiannya adalah untuk mencipta Frankenstein.
“Jadi, apa kaitan kegilaan dia dengan membunuh orang, menculik lelaki teruna, dan nak buat Frankenstein?” soal Mus yang memang tidak faham dengan situasi ketika itu.
“Dia gila. Terlepas dari hospital sakit jiwa. Dia ada lagi seorang abang, abang dia ni kita anggarkan gila juga. Walaupun abang dia tak masuk wad sakit jiwa. Tapi abang dia yang melepaskan adik dia ni dari wad tersebut sebab dia nak merealisasikan impian adik dia.” jelas tentera tersebut.
“Ohh..terlebih sayanglah ni.” kata Zakwan.
“Habis tu, Amelia tu macam mana pulak? Siapa dia?” tanya Mus ingin tahu.
“Dia mungkin telah meletakkan dadah di dalam minuman mangsa, dan mangsa telah berkhayal kononnya telah bertemu dengan bidadari, kononnya. Benda tu kita akan siasat lagi dan tadi saya dah inform ke ibu pejabat. Dia orang dah beritahu ke pihak polis dan kelab itu bakal diserbu.” jelas tentera itu lagi. Mus dan Zakwan mengerti dengan penjelasan tentera itu.

Mereka berdua diiringi oleh tentera-tentera itu semua pulang. Dan, mereka diarahkan supaya tutup mulut dan jangan menghebohkan tentang perkara itu kerana mereka khuatir jika ianya mendapat perhatian media. Maka, pasti akan ada lagi Professor gila seperti Rezza itu. Lagi-lagi apabila dia berjaya mencipta makhluk pembunuh dan berjaya mengawal makhluk itu. Perkara tersebut akan menjadi masalah kepada dunia kelak. Mus dan Zakwan pun telah berjanji akan merahsiakan perkara tersebut.
“Habis tu, macam mana kau jelaskan kat mak dan ayah kau tentang perkara ni?” soal Mus kepada Zakwan.
“Entahlah, abang tu tadi kata nanti dia orang akan buat-buat cerita yang kawan-kawan aku kena makan dek harimau.” jawab Zakwan. Perbualan terhenti disitu. Mus hanya termenung ke bawah. Kerana, mak dan ayah Zakwan sudah membuat laporan bahawa anak mereka hilang. Tetapi dirinya? Tiada.

“Zarif….” bisiknya di dalam hati. Dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap Zarif. Mus membuat keputusan untuk pergi menjenguk kawannya itu. Dia ingin kepastian apakah benar bahawa kawannya itu sudah mati dibunuh. Mus dihantar semula ke rumah lama yang dimana dia meletakkan kenderaannya.
“Hmm.. No luck. Enjin tak boleh start.” kata Mus.
“Takpe, kita tolak masuk dalam truck ni. Tapi, nanti kereta kau calar lepas tu ada kemek sikit, takpe?”
“Bolehlah bang. Tak ada choice. Takkan nak beli kereta baru pulak kan?” balas Mus redha.
Keretanya telah dihantar ke bengkel, dan Mus dihantar pulang ke rumah selepas dia melapor diri dibalai polis. Setelah semuanya selesai, dia mengambil teksi untuk pulang ke rumahnya dan berehat. Keesokkannya, Mus terus pergi ke rumah Zarif memandangkan dia masih lagi belum membeli telefon baru untuk menghubungi kawannya itu. Ternyata semuanya adalah realiti dan bukan mimpi. Zarif mati dibunuh oleh seseorang yang pecah masuk ke rumahnya, badannya ditikam dengan menggunakan pisau yang besar dan tajam.

“Maafkan aku..Zarif…” Mus menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya. Dia memandang ke arah sejadah yang masih belum dikemaskan selepas solat tadi. Mus membuat keputusan untuk lipat sejadah tersebut selepas dia selesai merokok. Sedang dirinya sedap merokok. Tiba-tiba dia terdengar bunyi besi kecil jatuh dari arah dapur rumahnya, mungkin sudu yang jatuh. Mus bangun dari birai katil dan bermalasan saja dia berjalan menuju ke arah dapur.

“Mus….”

Langkah kaki Mus terhenti apabila dia terdengar seorang perempuan menegurnya dari arah belakang. Mus kenal suara perempuan itu. Dia menoleh perlahan-lahan.
“Amelia…….?” kata Mus sambil matanya terbuka luas. Dia merasakan amat terkejut sekali ketika itu. Mengapa dia boleh melihat kelibat Amelia pula? Sedangkan Amelia ini adalah efek dari dadah yang dimasukkan ke dalam minumannya dikelab tempoh hari. Atau, semua ini masih lagi belum berakhir? Adakah Mus secara tak sedar sudah didadahi? Tetapi, penampilan Amelia kali ini bukanlah sebagai perempuan yang cantik. Penampilannya agak mengerikan, saling tak tumpah seperti puntianak.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Misteri Amelia”

Leave a Comment