As salam.. aku chempaka, aku pernah kongsikan kisah seram yang bertajuk ‘Rumah Putih’ kat Fiksyen Shasha ni, ribuan terima kasih aku ucapkan kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah aku.
Kali ni aku nak kongsikan 1 lagi kisah seram yang pernah aku alami 20 tahun dulu.
Kejadian ni berlaku pada 1995, masa tu famous dengan kes curi basikal. So, tiap-tiap petang arwah mak aku memang terpekik terlolong la suruh masukkan basikal letakkan di dapur. Style mak aku, sebelum orang kat surau tu mengaji, memang dia kerah la aku suruh tutup pintu, tingkap, masukkan basikal dan pasang ubat nyamuk lepas tu mandi. Disebabkan aku ni degil dan malas, aku selalu la tak buat apa yang mak aku suruh tu sebab pada fikiran aku “ alaa.. relax la awal lagi ni, bukannya dah malam pun”.. so aku selambe badak je lepak-lepak, main masak-masak dengan kawan aku, port kami ialah kat bawah rumah dah macam bilik kedua bagi aku dan kawan baik aku.. Memang dah jadi rutin harian aku dengan kawan baik aku selepas balik dari sekolah, port bawah rumah ni tak la tinggi sangat pun jarak dari tanah ke lantai rumah kiranya kalau orang dewasa nak masuk kena merangkak la juga.. Ada 1 petang tu tengah syok main kawan aku pula cakap nak balik rumah sebab kartun yang dia nak tengok tu dah nak start, setan betul.. maknanya aku la yang kena kemas semua mainan.
Sambil aku kemas mainan tu aku terdengar suara orang kat surau mengaji, aku pun kelam kabut la sebab aku teringat basikal aku tak bawa masuk lagi, aku pergi ambil basikal kat laman rumah, sambil heret basikal tu aku terdengar orang panggil nama aku, aku menoleh tapi tak nampak orang pun, dah masukkan basikal tu aku teringat pulak yang aku belum habis kemas mainan kat bawah rumah tu, masa tu orang kat surau dah senyap mungkin dah stanby nak azan, suasana hening sangat masa tu tapi aku gatal-gatal pulak nak pergi ke bawah rumah tu balik kononnya nak sambung mengemas, dalam remang-remang senja tu jarak antara 6 ke 7 kaki, aku ternampak ada sesuatu tengah terbongkok-bongkok seperti menjenguk port aku tu. Benda tu perlahan-lahan merangkak masuk, aku pun perlahan-lahan undur kebelakang, aku menyorok belakang batang pokok mangga.
Aku amati betul-betul tu bukan orang dan bukan juga binatang ianya adalah makhluk yang aku tak pernah tengok sebelum ni, aku dah meremang semacam masa tu, entah apa benda la yang aku nampak tu. Aku mencangkung sebab nak tengok dan pastikan apa benda la dia buat masuk kat port aku tu.
Elok je aku cangkung rupanya benda tu dah jenguk aku dulu, mata berkilat terkelip-kelip weiiii, mulutnya sedang mengunyah seolah-olah sedang makan sesuatu, krupkrapkrupkrap.. masa tu baru aku teringat kawan aku tadi datang ada bawa ayam goreng, benda tu makan saki baki tadi agaknya…
Aku berdiri kononnya nak lari sekuat hati masuk ke rumah sebab benda yang kat bawah rumah tu dah nampak aku, baru aku nak mulakan langkah aku nampak sehelai kain lusuh berkibar-kibar kat tunggul pokok cempedak belakang rumah aku. Mula-mula aku ingatkan itu kain buruk mak aku, jadinya aku tak endahkan.
Berderau darah aku bila aku nampak kain tu makin besar hamparannya seolah-olah keluar dari tunggul pokok cempedak tu.. Aku mengigil, nak lari tapi aku tak mampu, kain tu berkibar-kibar bagaikan ditiup angin kencang, masa tu aku rasa nak gelap mata dah dek kerana ketakutan yang melampau, dalam jarak 6-7 kaki tu aku nampak pula benda yang kat bawah rumah tu keluar, jelas lihat tubuh dan rupanya, seperti banyak kurap, tidak berisi, berbulu jarang, matanya berkilau tapi tiada anak mata.
Aku lembik lutut, jatuh terduduk sebab apa aku aku sedang lihat adalah sesuatu yang aku tak pernah lihat. Rasa seram, meremang, suasana sangat sunyi ketika itu.
Makhluk tu merangkak mendekati aku, aku lihat tangan makhluk tu seperti akar pokok yang dah tua. Ketika mahkluk itu semakin menghampiri aku, tiba-tiba azan bergema berkumandang seolah-olah aku berada dimasjid yang besar, aku tersentak kerana makhluk itu melolong-lolong serta sahut menyahut entah dari mananya datang bunyi yang lain.
Makhluk tu berdesup lari ke tunggul pokok cempedak dan hilang, kain lusuh yang berkibar-kibar tu pun aku dah tak nampak. Aku terdengar suara mak aku memekik suruh masuk ke rumah dan mandi. Kisah ni aku tak pernah cerita pada kawan baik aku tu sebab aku tak nak dia takut datang melepak kat rumah aku.
Selang seminggu selepas kejadian tu, ayah aku dengan ayah kawan aku tu mencangkul akar tunggul pokok cempedak kat belakang rumah aku tu, aku tanya ayah aku kenapa dicangkul semua akar-akar pokok ni tapi ayah aku cuma jawab jangan masuk campur hal orang dewasa. Dekat sekolah aku terdengar kawan aku tu cerita kat kawan-kawan yang lain, katanya mak dia tengah memasak kat dapur tiba-tiba ada orang tegur masak ape tu? mak dia pun buka la tingkap, bila mak dia jenguk ke luar tingkap nampak benda berbulu tengah mencangkung atas tunggul pokok cempedak tu. Aku faham la kenapa ayah aku buang semua pokok cempedak tu.
Masa kejadian tu aku tak terfikir langsung nak baca ayat suci Al Quran masa tu, dalam fikiran aku cuma makhluk tu nak makan aku ke atau nak terkam aku ke. Pasal kain terkibar-kibar kat tunggul pokok tu pun sama,aku tak terfikir langsung yang kain tu sebenarnya hantu tapi aku cuma berasa seram bila tengok kain lusuh tu berkibar laju.
Lepas kejadian tu aku taubat la nak main kat bawah rumah sampai ke azan maghrib. Patut la orang tua-tua dulu marah sangat keluar waktu senja.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bagus kau lepas main pandai kemas.
walaupun degil dan malas.
budak – budak sekarang kalau lepas main tinggal sepah macam tu je.
cerita rumah putih tu best, yg ni pun best..kipidap