Assalamualaikum buat warga pembaca Fiksyen Shasha. Terima Kasih buat admin jika kisah aku ini dapat disiarkan. Kisah ini tidaklah begitu menyeramkan namun cukup menyedarkan aku dan keluarga. Aku lebih suka dikenali sebagai Sophia ( bukan nama sebenar ). Disini aku jelaskan terlebih dahulu, aku mempunyai 4 orang adik beradik. 2 abang, aku dan adik lelaki. Ya, hanya aku puteri didalam keluarga.
Abah kandung aku meninggal sewaktu aku berumur 8tahun dan semenjak itu ibu berusaha keras menanggung kami adik beradik. Pagi bekerja sebagai guru, petang menjadi guru agama dan malam pula mengajar anak-anak kecil mengaji. Disebabkan ibu sibuk, kami adik beradik kurang rapat dengan ibu dan banyak habiskan masa di rumah arwah tokwan serta ibu saudara yang lain.
Seingat aku, kisah terjadi sejak aku berumur 12 tahun, dimana ibu banyak mengamuk seperti bukan ibu yang aku kenali. Dia juga sering mengadu badannya sakit serta kakinya terasa berat.Pernah sekali aku tidur bersama ibu, aku ditindih. Mata aku terbuka tapi badan aku tak boleh bergerak.
Tangan aku cuba capai ibu kat sebelah namun yang menakutkan lagi bila badan ibu menjadi hitam. Tidak seperti seorang manusia. Aku cuba membaca semua surah yang aku ingat tapi akhirnya aku tertidur. Ibu pernah kuatkan diri berjumpa ustaz dan dia menjerit jerit. Tu bukan ibu.
Suaranya berubah-ubah. Ustaz minta aku bawa ibu balik ke rumah arwah tokwan. Sejak dari itu ibu banyak dirasuk. Kami sekeluarga banyak habiskan masa dirumah arwah tokwan sebab risau jika ibu dirasuk, tiada sesiapa yang akan menolong kami dirumah. Gangguan masih menjadi jadi apabila ibu sering memarahi aku kerana tidak menyahut panggilannya ketika aku keluar dari tandas padahal aku syok baring dalam bilik lepak dengan abang-abang. Habistu siapa yang keluar dari tandas? Kami sering nampak seperti ada orang yang sedang berjalan dibelakang tapi masing-masing mendiamkan diri.
Sewaktu umurku 13tahun ,aku pulang dari asrama dan melihat ramai orang dirumah. Rupanya ibu bakal berkahwin pada malam itu namun didiamkan sebab takut aku tidak bersetuju. Siapalah aku untuk menghalang kerana ayah tiri kami sangat baik. Sejak ibu dan ayah berkahwin, ibu mudah sakit seperti sakit badan, batuk yang lama dan kadang-kadang ibu bermimpi perkara yang buruk. Sejak itu juga, kami adik beradik banyak menjauhkan diri dari ibu kerana tidak selesa dengan ayah tiri. Pernah abang aku yang sulung bergaduh dengan ibu dan dia keluar melalui tingkap pada pukul 1pagi.
Abang aku yang kedua pun mengikutinya dari belakang tapi sewaktu dia keluar dari tingkap, ada satu benda tengah sujud warna hitam berbulu sambil bertanya, ” Apa kau buat dekat ibu kau?” . Yes, benda tu bercakap.
Lepas kejadian tu abang yang kedua demam dan banyak diganggu. Dia pernah bersilat diluar rumah masa waktu hujan. Bersilat pakai parang okay. Aku pernahlah tidur kat ruang tamu sebab panas kat dalam bilik. Tepat pukul 3pagi, abang kedua aku bangun then buka pintu rumah tepuk tangan siap cakap, ” Meh lah masuk.. Jangan takut ..” Weh aku seram time tu terus call ibu yang kat dalam bilik. Abang aku banyak masuk balai polis tau sebab dia benci tengok ibu ayah then dia ambil barang tajam macam nak bunuh ibu ayah. Tiap-tiap malam dia ambil tali pinggang dan pukul dinding macam nak lepaskan marah kat ibu ayah.
Bila dia dah pergi berubat, barulah dia mengadu dia asyik nampak kepala bergolek dalam rumah, nampak ada kepala dalam kereta dekat seat, asyik dengar orang berbisik dekat telinga. Ustaz cakap sebenarnya ibu terkena gangguan hantu raya, dimana ada lelaki yang pernah minat tu hantar untuk berada dirumah serta berada disebelah ibu. Area rumah yang kami tinggal sekarang adalah kawasan parit dulu. Banyak orang yang buang benda tak betul dalam tu so punca rumah tu jadi makin keras. Abang kedua pula jadi macam tu sebab dia lemah semangat.
Aku pula pernah diganggu di asrama dimana dia tidur disebelah dan aku ditolak dari katil double decker bahagian atas tu okay. Jatuh pulak atas baldi sampai pecah baldi tu, tapi yang pelik badan aku takde lebam takde apa. Aku naik je katil tu tengok ada orang berbungkus dengan selimut, mati-mati ingat member rupanya benda lain. Bangun pagi esok baru member bagitahu nampak ada benda hitam tidur sekali dengan aku. Kadang-kadng dia kacau meyerupai aku sampai adik junior asrama pun takut nak tegur sebab tak tahu aku ni yang betul atau klon.
Banyak tempat ibu pergi berubat tapi gangguan masih sama sampai ada banyak ustaz lari dan menolak untuk mengubati ibu kerana pernah terjadi ustaz baru je bertolak nak ke rumah kami tapi tayarnya dipecahkan diluar rumah serta dia diganggu dengan teruk. Ibu masih lagi dalam proses rawatan dan abang kedua pula sudah semakin sihat. Kami adik beradik masih lagi nampak penampakan dirumah dan kami hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan bagi keluarga kami.
Terima kasih kepada para pembaca.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Semoga ibu anda dikurniakan kesembuhan
Amin.. Terima kasih
Semoga Allah permudahkan segala urusan bagi kamu sekeluarga dan kami.
menarik jugak la cita hang ni..aku doakan semoga hang satu famili sihat
amin
Amin.. Terima kasih
cuba awak cari syed syaddiq. dia bnyk jugak share pengalaman kt fdlm FS ni…
syafakillah buat awak sekeluarga…cuba amalkan secara harian bacaan ruqyah…selain psg kt hp ikut sekali baca lelama jadi hafalan…tiada penyakit yg tiada penawarnya dengan keizinan Allah taala…amalan bacaan manzil juga digalakkan seperti yg nabi amalkan selepas solat…angkat tgn dan berdoalah seikhlas hatinya terhadap Allah taala…tiada ujian yg tidak tertanggung oleh hambaNya…dugaan dan ujian tanda Allah syg…syukurlah…insyaAllah…