Keris dan Berjumpa Pocong

Assalammualaikum pembaca sekalian…Aku adalah Puteri Bunian Sepatu emas yang baru baru ini ada menghantar kisah aku berkenaan Keris di Raja dan Pocong memburu mangsa.

Terima kasih banyak banyak pada pihak admin kerana menyiarkan kisah aku dan rasa terharu kerana mendapat sambutan dari pembaca sekalian yang agak baik. Terima kasih guys..

Sambungan keris

Ada banyak permintaan yang suruh aku sambung pasal keris emas itu. Sebenarnya sampai umur aku 40an ini aku tak berani menyeru “dia” datang kepada ku.

Kalau kalian nak tahu menurut wan, keris itu penah digunakan semasa kejadian berdarah 13 Mei yang pernah terjadi di Negara kita. Anak wan meminta kebenaran untuk menggunakan keris itu untuk bertempur. Masa kejadian 13 Mei itu berlaku, wan nampak keris itu melayang di udara seperti mencari mangsa. Wan tak nampak pun anak nya di mana mana…

Keris itu melayang meluncur laju ke sana ke mari seperti mencari sesuatu. Tak lama lepas tu wan kata, anaknya itu di bawa balik kerumah oleh truck polis dengan berselempang merah dan badannya berlumuran bermandikan darah. Anak wan dalam keadaan khayal seperti berada di dalam keadaan fana.

Keris itu tidak kelihatan di tangan nya. Wan terus membuka peti besi tempat menyimpan keris tersebut dan wan dapati keris itu sudah berada bersama kembarnya di dalam peti, bila wan keluarkan keris itu dari sarung, bilahnya disaluti dengan darah segar. Wan selalunya akan mandikan keris dengan air kepala muda untuk membersihkan nya. Selepas anak wan sedar dari keadaan khayalnya, dia tak ingat sangat apa yang terjadi tapi yang hanya dia ingat adalah, dia telah memberhentikan sebuah kereta yang penuh dengan keluarga warga cina dan menikam mati kesemua mereka. Betapa buruk dan rosaknya jika kejadian 13 Mei ini terjadi lagi. Diharap generasi kita tidak akan menempuhnya. Amiin.

Aku akan cerita lagi kaitan keris kembar ini dengan hidup aku sehingga alam perkahwinan tetapi biarlah aku cerita dulu apa yang aku alami dari umur ku 9 tahun sehinggalah berumur 40an ni. Hidup aku memang penuh dengan misteri. Bukan setakat pocong aje yang aku penah hadapi, malah hantu raya dan langsuir juga sering muncul dalam hidup aku.

Kali kedua tegur Pocong

Kali kedua pertemuan aku dengan pocong adalah ketika aku berumur 11 tahun. Wan suruh aku pergi kedai mamak madi di kawasan perumahan bersebelahan dengan kawasan rumah aku untuk membeli sekotak rokok benson and hedges. Ya..nenek yang aku panggil wan tu memang perokok tegar. Orang dulu dulu kan kuat berkerja jadi rokok adalah hiburan utama mereka.

Waktu tu dah pukul 10 malam, kedai mamak tu pulak menggada betul…menyampah aku, bukak sampai 12 tengah malam. Pasal dia bukak sampai tengah malam la aku kena pergi jugak beli, kalau tak takder la aku kena menapak sensorang dalam keadaan jalan yang hanya disinari lampu jalan sebatang dua ke kedainya. Arahan wan memang tak boleh dibantah. Wan kalau jerit, sama taraf macam kilat halilintar guruh dentum berdentum, silap silap berpinar bijik mata makan penampau. Kelajuan penampau tu..jangan cakaplah..sekelip mata, tetiba je rasa panas membakar pipi tu.

Dalam perjalanan ke kedai tu, aku kena melalui sebatang pokok ceri yang agak rimbun daunnya..ke depan sikit aku akan melalui barisan pokok buah buahan seperti pokok nangka dan mangga. Rumah rumah di kawasan perumahan itu pulak seperti rumah panjang yang bercantum sebelah menyebelah dan dipisahkan dengan blok demi blok tapi lurus memanjang yang berhadapan dengan jalan tar besar yang memisahkan kawasan perumahan itu dengan kawasan perumahan yang lain. Dalam perjalanan pergi semuanya berjalan lancar. Aku tak nampak apa apa pun yang mencurigakan walaupun cahaya lampu tiang jalan tu memang tak berapa terang tapi dalam perjalanan balik…iskh memang malang betul la nasib aku malam tu.

Tak semena, mata aku tertancap pada sekujur tubuh berbalut kain putih bersandar elok ditepi pokok nangka. Masa tu aku tak sangka lah yang itu pakcik cong, jadi aku dengan berani nya menegur dia sambil berjalan menghampiri tubuh tu. Yelah, cahaya lampu jalan tu pun boleh kelap kelip jugak waktu tu. “sapa tu??..kau ker ela??..wei..aku terajang kau kang….”

Aku ingat kawan aku si ela. Dia memang suka pakai baju kurung putih dan memang ada kejadian dia suka menyakat aku. Tapi makin dekat aku cium bau hanyir, makin dekat makin teruk baunya dan apabila lagi dua langkah jarak aku dengan dia, barulah aku nampak ikatan pocong di kepala dan dia seperti terangkat sikit keawang awangan. Matanya hitam, mukanya putih dan sangat pucat..memang wajah yang kengkawan lihat di filem filem seram tu, macam tu lah rupa nya.

Aku apa lagi, lari tak cukup tanah la, sampai je simpang yang ada pokok ceri, aku nampak pulak kak langsuir bertenggek sikit punya baik kat pokok tu sambil mengilai. Serius woii..suara mengilai tu memang seram gila..heeeeeeeeeeeeeeeeeee…eeeeee.eeee. Aku rasa aku tak lari malam tu, tapi aku terbang balik ke rumah. Sampai je rumah, seluar panjang aku basah lencun…kuang ajaq betul, sampai terkencing aku dibuatnya. Tapi nasib baik rokok benson and hedges wan aku selamat. Kalau lah rokok tu cicir ker, rosak ker, wan aku lebih menggerikan dari hantu yang baru aku lepas jumpa tadi. Macam biasa lepas tu aku demam.

Kali Ketiga jumpa Pocong

Kali ketiga ni berlaku semasa aku sudah anak dara, berumur 25 tahun. Sudah berkerjaya setelah menamatkan persekolahan sehingga ke menara gading. Semasa aku belajar, ada kejadian besar yang berlaku dalam hidup aku, tapi tiada kaitan dengan pocong. Nanti aku akan ceritakan di lain kali part ni.

Wan sudah pun menjual rumah banglo nya dan membeli sebiji kondo dikawasan perumahan baru yang berdekatan dengan kawasan perumahan lama kami. Cuma kawasan perumahan ini di atas bukit. Wan juga membeli sebiji lagi untuk dijadikan sebagai unit sewaan. Tugas aku setiap bulan adalah mengutip sewa kondo sewaan tu.

Kondo yang disewa terletak di blok belakang unit kondo yang aku dan wan tinggal. Oh ya masa ni, atuk aku dah pun meninggal dunia di usia nya 150tahun..memang panjang usia atuk.

Aku terpaksa pergi ke kondo berkenaan pada pukul 10 malam kerana lambat balik dari tempat kerja. Maklumlah tahun 2000an dulu, mana ada maybank2u, Cimb click. Unit sewaan tersebut terletak di tingkat 7. Sejam aku tunggu nak kutip sewa. Lepas segelas segelas air aku teguk. Alasan penyewa, anaknya belum bagi bahagiannya lagi dan menyuruh aku tunggu sekejap sementara anaknya pulang. Nak dekat pukul 11 lebih malam baru la anak nya pulang. Setelah dapat duit, aku pergi ke lif, tekan punya tekan, lif tak bukak bukak. Jadi aku turun ikut tangga yang berhadapan dengan hutan pokok getah kecik dibelakang kondo tu. Kawasan tu masih belum banyak lagi diteroka. Masih ada lagi kawasan hutan yang tebal sekitar kawasan tu. Sampai je tingkat 5 aku perasan ada lembaga putih terlompat lompat tepi pokok getah. Aku boleh nampak sebab pokok tu terletak di atas bukit yang sama paras dengan tingkat 4 dikondo tu. Kebetulan masa tu aku tak pakai spek mata dan aku masa tu dah rabun jauh. Jadi aku turun lagi ke tingkat 4 dekat sikit dengan lembaga tu. Bila sampai dekat, terus meremang segala bulu yang ada. Apalah nasib aku ni, manjang aje berjumpa dengan pakcik cong ni…aku apa lagi, bagai pelari pecut memecut lari tak cukup tangga turun dari tingkat 4. Aku rasa aku langkah 3,4 anak tangga kot. Nasib baik aku tak tersungkur…

Aku berlari selaju yang boleh ,menuju unit kondo aku di hadapan kondo sewaan wan aku tu. Sampai je diperkarangan lif, aku tekan butang lift tu sekuat hati aku, sebaik aje pintu lif terbuka, meluru masuk seorang wanita yang rambut teramat kusut dengan pakaian yang compang camping mendahului aku. Seingat aku lah, aku sorang je yang berdiri depan pintu lif tadi. Tapi entah kenapa aku masuk juga lif yang sama dan menekan tingkat 8. Aku berdiri membelakangi perempuan tu sambil menekan no 8 dengan harapan lif memecut laju ke tingkat 8. Tetiba perempuan tu gelak mengekek perlahan. Pintu lif terbuka, sebelum aku melangkah keluar aku sempat menjeling ke belakang. Perempuan tu takde.

Aku berlari sekuat hati ke unit tempat tinggal aku, sampai je depan pintu, aku jerit panggil wan sekuat hati. Bila keadaan sedikit reda baru aku ceritakan pada wan apa yang terjadi. Wan hanya gelakkan aku saja. Wan cakap kenapa tak pergi aje pada pocong tu, dan buka pocong di kepala nya. Kalau buka ikatan pocong tu mesti dia akan bagi kau apa yang kau nak…aduh wan nii..kenapalah wan boleh bagi cadangan macam tu. Wan cakap, suatu hari nanti aku akan tahu kenapa aku sering berjumpa perkara seram dan misteri macam ni…

Kini aku dah tahu kenapa…..aku akan ceritakan di lain hari..terima kasih pada pembaca kerana baca sampai habis. Jumpa di lain hari. As salam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

24 thoughts on “Keris dan Berjumpa Pocong”

    • owh yeker…entahlah, masa tu tak penah pakai pun, masih guna cara tradisional untuk simpan dan ambil duit, mungkin sebab masih baru teknologi tu…

      Reply
    • Atuk aku meninggal tahun 1993, dia lahir tahun 1840+ gitu.. Memang dalam keturunan dia panjang panjang usia. Terpulang kalau nak percaya atau tak…

      Reply
    • Aku pun xpcaya ce gugle org paling pnjg umur berapa..kalo x msti msuk surat khabar punya.ak dh xpcaya cerita die ni..rekaan dongeng

      Reply
    • tiada yang mustahil di dunia ini dengan izin Allah..soal ketetentuan umur dan ajal seseorang, Allah SWT lebih mengetahuiNya daripada apa yang manusia ketahui, ada perkara yang berlaku memang diluar jangkaan akal manusia, kerana pengetahuan manusia itu terbatas, sedangkan Allah itu Maha Mengetahui apa yang makhlukNya tidak ketahui

      Reply
  1. cerita yang menarik, mungkin ada di kalangan pembaca tidak percaya dengan apa yang di ceritakan, itu mungkin kerana mereka belum mempuyai rezeki untuk menerima pengalaman itu… jika suatu hari nanti ada di antara kita hadapainya, pasti ada di antara kita mungkin akan kata ooo mcam ni rasanya

    Reply

Leave a Comment