Hai, bertemu kembali!! Nama aku Ash, dari Pantai Timur… First, aku nak menjawab soalan dulu… Yes! aku lah yg menulis cerita tentang Menangkap 7 Setan.. Kalau korang perasan, ada 2 versi.. 1 versi ringkas dan 1 versi penuh dalam bentuk penceritaan…
Sebenarnya buat pengetahuan korang, versi ringkas ditulis setelah bertahun² kisah ni berlaku.. Manakala versi penuh ditulis keesokan harinya setelah sesi pembersihan dijalankan.. Semasa aku sedang kemaskini henfon sbb nak transfer data, aku jumpa cerita yang aku tulis versi penuh, sbb itu aku submit ke page ni dan mengekalkan word asal tanpa olah balik..
Ceritanya details sebab masih fresh lagi ditulis dan ceritanya bukan tergantung sebenarnya, kalau korang gabungkan 3 cerita, korang akan nampak ending nya…
- Menangkap 7 Setan versi penuh
- Berubat arwah ayahku ( menangkap 7 setan versi ringkas)
- Bermain Aumcak dengan Hantu
Sebenarnya ianya berkait, dan ada yg tnya pasal arwah ayah aku ( nama samaran Haji Daud), dia telah meninggal dunia dalam kiraan 6 bulan selepas itu.. Sudah ketentuan Ilahi.
Ada juga bertanya pasal picit kaki, yang itu aku hanya perhatikan ustaz buat, dan aku tak pasti apa yang dibacakan… so maaf lah ye.. cuba penjelasan tu, ustaz sendiri yang bagitahu tanpa ditanya..
Ada yg komen pasal penat… Yes, memang penat yang melampau… insyaallah kalau korang ada peluang untuk mencuba, cuba dan rasa sendiri penat yang melampau tu camner… Melawan rasa letih dan takut… Memang macam drama, tapi itulah hakikat… Okay, sekarang aku nak bercerita tentang “Dibantu Lelaki Misteri”, ini bukan cerita aku ye.. Ini kisah tentang apa yang berlaku pada member aku minggu lepas.. Biarlah aku tulis dalam bentuk cerita novel lagi sekali…. Teruskan membaca
.
.
Minggu ini giliran Aziz (bukan nama sebenar) bekerja shift malam dan macam biasa, Aziz selalu mengambil OT supaya dia dapat pulang ke rumah awal pagi, waktu semua orang sudah ramai atas jalanan (7 pagi).
Tetapi disebabkan keadaan nya yang agak tidak sihat malam ini, mungkin kerana cuaca di Johor sekarang agak panas terik, Aziz tidak dapat meneruskan OT dan bercadang terus pulang apabila waktu kerjanya tamat.
*Pukul 5 pagi
Setalah berhempas pulas bekerja shift malam sebagai juruteknik di sebuah kilang di kawasan Seelong – Kempas ( lokasi sebenar ), Aziz telah sedia untuk pulang dengan membonceng motor RXZ kesayangannya.
Dengan berbekalkan lampu yang agak malap dari motosikal tunggangannya, Aziz meneruskan perjalanan pulang menghala ke kawasan rumah sewanya di Kg. Sinaran Baru. Dengan keadaan sekeliling yang sunyi sepi, Aziz tetap juga meneruskan perjalanan tanpa sebarang rasa gentar.
Bukan dia tidak takut, tetapi dia baru sahaja bermastautin di Johor dan tidak tahu menahu bahawasanya jalan yang dia akan lalui sekejap lagi amat angker dan telah banyak mengorbankan nyawa. Berita kehilangan nyawa ini pernah tersiar di stesen television beberapa tahun yang lepas dimana sebuah van pekerja ( pekerja dalam anggaran 7 orang), kemalangan dan maut ditempat kejadian.
(rujuk berita :https://youtu.be/_wwHIRjPB04 )
(rujuk ulasan: https://youtu.be/gD5U4D8GMlE )
Dengan berbekalkan jiwa anak muda yang sedang sakit kepala dan demam, perlahan² dia membonceng motor dan tibalah dirinya di lencongan yang dimaksudkan. Awalnya tiada apa yang berlaku, tetapi tiba² motor yang dibonceng beliau mati sendiri betul² di kawasan lencongan tersebut.
Aziz cuba menghidupkan kembali motornya, tetapi gagal berbuat demikian dan dengan keadaan waktu pagi yang dingin, Aziz menyalakan rokoknya sebatang demi sebatang sambil cuba menahan mana² kenderaan yang lalu kawasan tersebut pada waktu 5 pagi itu.. Yes! Jalan itu agak cerah dengan lampu jalannya yang terang pada lencongan, tetapi itu pun betul² pada lencongan sahaja, lain² kawasan agak gelap kerana banyak pokok besar yang melindungi cahaya dari terus menerjah ke atas jalanraya. Berbalik pada cerita tadi, tiada satu pun kenderaan yang berhenti apabila dia menahan, yang hanya ada, adalah high beam semata² .
“Sungguh pelik, kenapa semua high beam? Ingat aku perompak kah?” bisik Aziz
Aziz mngeluarkan henfon dari kocek dan melihat skrin, jam masih belum lagi pukul 5.30 pagi dan battery henfon nya sekarang agak low dan bila² masa sahaja boleh padam. Kerana sudah agak buntu, Aziz cuba menuntun motornya ke kawasan hadapan sedikit dan tibalah dirinya dihadapan Kilang Venture ( lokasi sebenar ), Aziz tanpa bnyak soal, terus cuba mendapatkan bantuan pak guard ( nepal /Bangladesh) untuk caj fon miliknya kerana dia ingin menelefon rakan² untuk datang membantunya.
Tetapi sayang sekali, pak guard tidak membantunya.. Mungkin kerana risau akan keselamatan dirompak dan sebagainya, Aziz dibiarkan diluar kilang sahaja tanpa dibantu. Kawasan kilang Venture itu agak gelap kerana tiada satu pun cahaya lampu jalan disitu.. Sekiranya pembaca biasa dengan jalan ini, pembaca akan perasan kawasan ini yang mana kilang Venture berada di atas kawasan bukit sedikit selepas lencongan.
Aziz lagi menuntun motornya ke kawasan lencongan kembali, kerana fikirnya kawasan itu cerah dan mungkin akan ada yg akan membantunya kali ini. Setelah diparking motornya betul² di tepi barrier besi tepi jalan, Aziz menyalakan lagi rokoknya.
Dan Tuhan hantar bantuannya. Kali ini seorang pakcik tua yang mukanya agak bersih, entah datang dari mana dengan membonceng motor EX5 menegur Aziz.
” Kenapa ni nak?” tegur Pakcik Tua
Aziz cuba untuk tidak menjawab, kerana lagaknya pakcik itu sangat pelik… Entah datang dari mana, dengan semua lengkap putih; serban putih, jubah putih, janggut pun putih.
Setelah didesak berkali², Aziz mula menjawab.
” Motor mati la pakcik, saya dah try start, tapi sampai sekarang masih belum hidup.” balas Aziz
“Boleh tak kalau pakcik tolong tunda motor saya ke hadapan?” Kata Aziz lagi sekali sambil menunjukkan ke aras jalan memghala ke Kempas.
“Boleh nak!” Balas pakcik tua
Tanpa banyak soal, mulalah sesi menunda motor dari lencongan tadi ke kawasan hadapan sedikit sehinggalah sampai ke jejantas betul² di hadapan Sekolah Rendah Agama Hidayah ( lokasi sebenar ).
“Nak, berhenti sekejap! Cuba start motor ni, pakcik rasa dah hidup ni.” kata pakcik tua
Aziz tanpa banyak soal,terus start motor dan ajaibnya, motor terus hidup dengan sekali start sahaja. Memang gembiralah hati Aziz sebab dia sudah boleh pulang terus ke rumah dan berehat.
Aziz mulai hendak menoleh ke arah pakcik tadi dan cuba untuk mengucap terima kasih, tetapi ajaibnya lagi sekali, Pakcik Tua tadi serta motor EX5 hilang ghaib. Nah sekarang Aziz yang tiada rasa gentar apa² tadi, terus bermandi peluh!
Dia terus memulas throttle motor dan balik ke rumah sewa kami! Haa ajaib kan?
Memang Misteri pakcik ni… Syaitan atau suatu bentuk pertolongan? Cuba anda rungkaikan… Misteri yang tak terungkap…
p/s: 99% adalah kisah benar dan diceritan kembali dalam bentuk cerita mengikut apa yg si Aziz cerita kat Aku… 1% adalah ayat yang ditambah untuk dijadikan dalam bentuk penceritaan… Anggaplah ini sebagai bacaan malam, jangan terbawa² sangat dlm kehidupan… tq dan jumpa lagi lain kali dlm kisah lain..
#bukan_budak_wechat (xna, keww)
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
“5.30 – 6.00 pagi time makhluk beriman bersiap dan pergi ke masjid nak tunai solat subuh”, jawapan aku.
Ah sudah.. Kalau simpang tu rase da di ‘cuci’oleh seorang pengamal perubatan.. Hehehe.. Tp xmustahil pon.. Sepanjang jln lama kempas tu hingga ke simpang 3 hujung tu.. Ade je tumpah darah.. Termasuk lah arwah adik ipar sy..
Seronok citer kau Tp satu je nak tegur. Menunggang bukan membonceng. Bonceng utk org yg duk belakang . Tu je..
xde link ke cerita sebelum2 ni
nak bacaaa
Nak tya penulis ni faham tak apa itu membonceng dan menunggang.
jalan seelong ni yang aku tahu jln super kampong y amat sempit dan sibuk dengan kenderaan berat x heran kalau ada tumpah darah.
tapi ulhumdulillah selamat adik aku sewa kat seelong 4 ulang alik kerja pagi siang malam xde apa2 yang menakutkan.
malah aku pon duk ulang alik malam pegi jumpa mak aku y tinggal dgn adik aku .
mungkin xde rezeki aku dalam hal2 mistik ni
Betul kata cekodok dan Ahmad. Bonceng tu yg duduk kat belakang penunggang. Kena reti beza bukan tulis/taip semata.
Cerita lebih kurang macam ni pernah aku baca kat mastika dan majalah2 sejenis dengannya. Cuma pak cik misteri yg menolong tu ada buka penutup minyak pastu ada baca2. Pastu dia tutup balik bahagian tu dan pesan kat mamat yg motor abis minyak tu “jgn dibuka dah lps ni.” Camtu dia pesan. Dia kata motor tu dah boleh guna. Mamat tu heran la sbb minyak memang dah xde langsung macam mana pak cik tu kata motor dah boleh guna? Dia try hidupkan enjin memang betul hidup. Pastu nak cakap terima kasih pak cik tu dah ghaib. Dia terus pecut la. Yg dia hairan dah seminggu guna motor tu meter minyak sentiasa tunjuk full. Dia jadi cuak pulak kalau motor tu ada yg x kena. Teringat jgk dia yg pak cik misteri tu pesan jgn buka penutup minyak tu tapi dia dia dah fikir macam2. Dia takut motornya meletup ke apa nanti. Tu yg dia nekad buka jgk. Terkejutnya dia bila tengok dlm tu kering kontang! Rupanya selama ni motor dia gerak tanpa setitik minyak pun. Rugilah dia sebab x ikut pesanan pak cik misteri tu. Jimat beli minyak sampai bila2. He..he..
A
Dah lama aku tunggu peluang jumpa org jin atau makhluk mcm tu utk bantu aku jika kehabisan minyak tp nak bagi minyak tu kering kat tempat2 sunyi mcm tu memang x kan le.tp kalo terjadi cam tu dan dibantu olehnya memang x kan buka tutup tangki moto selagi boleh guna, sape x nak untung x yah isi minyak kan?