Lembu Matador Hitam
Assalamualaikum warga FS yang dihormati. Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang terjadi kepada diri seorang sahabat. Cerita ni tak seram sangat pun hanya saya suka untuk berkongsi. Dan penceritaan ini saya tulis berdasarkan cerita dirinya sendiri.
Saya bersekolah disebuah sekolah berasrama di daerah Pekan Pahang. Waktu tingkatan 5, awal tahun. Sewaktu saya mengikuti aktiviti di padang, tiba-tiba saya rasa seperti di selintang kaki. Kena bentes. Jatuh pun sikit je, tak de lah sampai berguling-guling macam Neymar tu. Lepas jatuh saya masih boleh bangun. Cuma malam tu saya rasa ditindih, tak dapat bernafas. Tapi kejap je. Esok paginya, waktu keluar dari bilik mandi, saya pitam. Sebelum tu saya terdengar suara ketawa halus mengekek-ngekek di telinga. Dibawa masuk ke dorm lah beramai-ramai. Demam panas. Warden pun bawa ke hospital dan warded.
Keluarga saya telah dimaklumkan tapi abah dok Kelantan, jauh nak datang kan. Datang la bapa saudara yang duduk di satu kawasan felda dan uruskan pemindahan hospital yang lebih dekat. Saya dah tak boleh berjalan. Kalau saya cuba bangun berdiri, badan saya akan melengkung ke belakang. Macam huruf U. Doktor kata saraf saya problem. Seminggu warded, abah bawa balik ke Kelantan. Masa tu punyalah siksa, nak bergerak kemana-mana harus dipimpin, tapi susah betul. Kalau melengkung bongkok ke depan okaylah juga, ni ke belakang.
Waktu tidur juga sangat terganggu. Saya akan mimpi ular hitam, anjing hitam, jatuh dalam gaung. Ada masanya saya takut nak pejamkan mata. Bila masuk waktu senja, mata ni jadi sangat mengantuk, macam digam rasa kelopak mata. Kalau saya lawan juga mengantuk tu, samar-samar akan ternampak muka lembu hitam yang besar di depan muka saya.
Mengelupur saya meronta-ronta nak menjerit tapi tak ada suara yang keluar. Kejadian tu akan berakhir bila azan maghrib berkumandang.
Hampir tiga bulan saya hanya terbaring. Nak mandi dengan sempurna sangat susah. Saya ni tinggi lonjong, jadi bila ada abah dan adik-adik lelaki barulah dapat papah saya ke bilik mandi untuk mandi dengan sempurna. Kalau tak, mak lap-lap je badan. Belakang saya jadi berkudis-kudis dan ada parut hingga sekarang.
Pasti ada yang kata, kejadian ni kerana penunggu atau jin kat asrama kan… ? Sebenarnya bukan. Setelah hampir tiga bulan tu, kawan abah datang melawat. Dan kawan abah syorkan untuk saya cuba berubat dengan seorang jiran satu felda. Felda sebelah kawasan saya. Bila jumpa je, yang pertama Pok Chu buat, pegang perut saya. Punyalah sakit hingga meleding badan saya ke belakang. Nasib baik Pok Chu dah suruh saya kencing dulu sebelum diurut. Kalau tak, mau mandi orang tua tu. Sakit ya amat sangat.
Rasa dalam perut ada benda berpintal-pintal. Perut saya diurut, ditarik-tarik urat dan otot perut. Masa tu tak malu dah, nangis meraung. Tapi muka Pok Chu selamba katak je… cool je dok urut. Nampak slow je urutan tu, lemah lembut je gayanya tapi say ani rasa macam dicakar-cakar. Lepas selesai urut, Pok Chu bagi saya air sejuk. Air dari telaga. Kalau ikut logik akal, air tu rasa payau je kan. Sejuk biasa je sebab waktu berubat tu malam.
Teguk pertama masuk mulut, terus tersembur. Mak tanya kenapa saya luahkan, saya jawab dalam lelehan air mata, kenapa tak bagitau tu air panas, pahit pulak tu. Tok Chu sengih je. Dia pegang saya dan abah tuangkan juga air tu dalam mulut. Rasa nak pitam menahan rasa panas dan pahit air tu. Saya balik dengan niat tak nak dah datang rumah tu. Tapi impian hanya tinggal impian.
Tiga kali perubatan tu di ulang. Kali kedua dan ketiga juga sama. Cuma waktu minum air perigi tu untuk kali ketiga, dah tak panas dah airnya. Kebetulan pula malam ketiga tu malam Jumaat. Sewaktu Pok Chu suapkan air tu setelah selesai berurut, di luar rumah terdengar suara ketawa mengekek, sama macam yang saya dengar sebelum pitam di sekolah. Bunyi tapak kaki berlari mengelilingi rumah juga riuh rendah. Seiring dengan suara lembu mengemboh. Pok Chu bangun dan simbah air lebihan dalam jug ke luar rumah. Terus senyap. Kami yang lain dah hijau biru muka menahan takut.
Sebelum balik Pok Chu dah pesan, nampak apa-apa jangan tegur. Biarkan je. Betul, dalam perjalanan balik dua tiga kali kereta hampir terbabas elakkan lembu hitam besar yang tiba-tiba ada ditepi jalan. Perjalanan 15 minit yang sangat mencabar. Lembu hitam tu dah macam nak lawan matador je. Saya hanya mampu berzikir dalam hati, ternampak-nampak mata lembu tu merah je tenung saya.
Masa tu saya tak ingat langsung tentang sekolah, tentang pembelajaran, nak SPM kan. Cikgu sekolah buat rombongan datang melawat saya. Dari Pahang datang ke Kelantan. Sebab masa tu saya dh macam orang lumpuh. Tergolek mengiring je.
Setelah saya diubatkan, Alhamdulillah saya kembali mampu berdiri dan berjalan. Saya belajar berjalan macam budak kecil baru bertatih. Tu pun sebab abah bising suruh bangun jalan juga. Tahan sakit tu. Nak jadi lumpuh seumur hidup ke? Takut punya pasal, saya kuatkan juga diri.
Hampir 4 bulan dah sakit, abah bawa saya untuk putus ubat. Mak dan abah tanya kat Pok Chu, kenapa saya jadi begitu. Rupanya, ada hamba Allah yang cuba menghantarkan amalan sihir jahat kepada abah. Tapi terbabas kepada saya. Mak dan abah ada pendinding diri jadi saya yang kosong ni le terima akibatnya. Hamba Allah tu kirimkan sihir untuk buatkan abah lumpuh dan gila. Semuanya hanya kerana duit. Hamba Allah ni nak pinjam duit tapi abah tak bagi. Jumlah banyak kan. Kalau sepuluh dua tu kira ok le juga. Kami bukan orang kaya pun. Pok Chu menasihatkan mak dan abah, jangan le pulang-pulangkan sihir tu. Biar Allah yang balas.
Saya kembali ke sekolah setelah 4 bulan lebih tercuti.. ter ye, bukan saya sengaja. Hanya dalam masa beberapa bulan nk pulun study sebelum SPM. Syukur, walaupun dalam sakit, dalam cuti yang panjang, saya lulus dengan keputusan peperiksaan baik. Hanya 6A, 4B je mampu saya capai sedangkan saya target 10A. Kesan kejadian lembu matador hitam tu, hamba Allah yang menghantar sihir tu hidupnya porak peranda, dan bagi diri saya pula, kaki saya rengkat sedikit.
Kalau diperhati dengan teliti, kaki saya agak pendek sebelah. Syukur kepada Allah, masih diberi kesempatan untuk terus bertaubat dan berbakti kepada keluarga.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
kesian nye awk…smoga tetap tabah menghadapi semua dugaan ini..Moga Allah swt blas blik apa yg org tu dh buat kt awk…Hrap awk skeluarga brsabr yer
.
Kau sekolah mana dulu. Aku smataf. Byk gak kisah kat asrama aku ni
Best cerita dari penulis ni.
Pengalaman yg pahit dn penuh dngn pengajaran.
Segala dibumi tiada yg kekal.
Tahniah sbb berjaya harungi dugaan yg hebat camtu… moga terus cekal… baca cerita anda buatkan saya teringat satu kisah… kalo x silap… ‘JC… tok guru menentang lembu new zealand’… hahaha….