Tersalah Masuk Hostel Kosong

Tak dapat dinafikan sepanjang 7 tahun di universiti Pengalaman pelik dan misteri di hostel mmg ada. Salah satu yg tak dilupakan adalah malam aku lepas habis ulangkaji pada pukul 1 pagi tu. Mungkin tak seram sangat beb. Hanya kongsi secebis pengalaman yang dilalui.

Kisahnya bermula selepas ulangkaji di bilik kawan, aku ambil keputusan untuk pulang ke hostel aku selang beberapa blok je selepas selesai ulangkaji. Sewaktu jam menjengah pukul 1 pagi, kawan aku bernama Rose ajak balik sekali dgn dia (sebab rumah kami bertentangan tapi kami bukan satu rumah). Aku suruh dia balik dulu. Dia pujuk banyak kali supaya aku jangan balik seorang diri. Aku ni degil, suruh dia balik dulu. Baiklah, dia pun balik la dulu. Tak lama lepas tu baru aku balik ke hostel seorang diri melintasi beberapa blok. Suasana agak hening kerana sudah masuk dinihari. Hostel aku apartment tingkat 5.

Sampai je tingkat 5 aku tengok dari balkoni bilik kawan serumah aku gelap tapi tingkap terbuka. Pelik juga. Aku pun masuk rumah. Hati aku berdetik, kenapa kasut tak ada semua ni? Takkan semua dah balik kampung? Ya, rumah aku tak banyak kasut sebab apartment 5 bilik yg sangat besar tu tak full dan ada balik kampung selalu. Aku pun malas nak fikir kerana mengantuk dan terus tutup pintu utama. Satu kebiasaan yg aku tak pnh buat adalah aku pergi kunci pintu utama rumah tu! Pintu utama tu besar dan ada dua daun pintu serta mempunyai selak beserta pemegang besi yang besar. Boleh tahan mewah juga la untuk hostel. Hihi.

Kemudian aku masuk. Lagi menambahkan hairan aku sebab rumah gelap. Hanya nampak samar samar je lampu dari luar. Aku dah pelik. Sebaik masuk aku tengok 5 pintu bilik semua terbuka tapi bilik semua gelap. Aku beranikan diri menjengah salah satu bilik. Aku terkejut sebab aku tengok tilam je warna putih. Barulah aku sedar aku silap masuk apartment kosong! Aku terus panik. Dalam gelap aku meluru ke pintu utama untuk buka. Tapi aku dah kunci pintu tu. Cuba pulas kunci tapi tak dpt buka. Tangan aku dah menggeletar. Memanglah pintu tak boleh buka sebab bukan kunci dia! Yang aku hairan ketika aku lock pintu masa mula-mula masuk tu boleh pula. Macam tak percaya aku terperangkap dalam rumah gelap tu.

Pintu gagal dibuka. Aku tak tahu nak buat apa. Kemudian aku ambil lajak sikit lepas tu aku tendang pintu besar tu sekali. Tak dapat. Aku buat sekali lagi, terkuak daun pintu tu sekali dengan bunyi besi terpelanting diatas lantai dgn bising sekali. Aku tak tahulah pintu tu dah pecah ke apa. Aku tak fikir panjang dan tanpa berpaling terus turun dri tingkat 5. Aku dah cemas sebab aku rosakkan kemudahan asrama. Habislah aku kalau HEPA tahu. Bila turun kepala aku jadi bingung seketika. Macam tak tahu nak tuju kemana. Lepas tu aku nampak guard kt bawah dia tegur aku. Barulah aku sedar dan bertenang semula. Tak lama tu barulah boleh pikir.

Barulah aku perasan, aku bukan sahaja silap rumah malahan silap blok! Yang aku naik tu blok utk kuarantin H1N1 tak silap aku. Huhu. Sampai tingkat 5 blok aku yang sebenar, aku terus panggil Rose. Mandi peluh aku bila sampai depan rumah dia. Rose terus keluar. Dia ckp dia memang tak sedap hati awal awal lagi. Aku cerita kepadanya kejadian menimpaku dari A to Z.

Keesokan hari pada waktu siang aku naik blok yang aku sesat semalam. Sebenarnya aku nak pergi tengok apa dah jadi dengan pintu rumah tersebut. Aku dapati selak besi bahagian atas tercabut. Selak dekat pemegang pun terkoyak. Ada kesan kayu terkoyak dan terkopek. Kunci besi bertaburan di balkoni akibat penangan ‘side kick’ aku yang tidak bertauliah kerana panik semalam. Tapi yang lagi aku hairan, bagaimanakah aku boleh guna kunci aku untuk lock rumah tu. Mengusik jiwa betul bila difikirkan kisah malam tu.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Tersalah Masuk Hostel Kosong”

Leave a Comment