Seram di kolej Delima 1, UiTM Shah Alam

Selamat siang/malam pembaca FS dan penggemar kisah momok sekalian. Nama aku Nana. Panggil saja Nana. Aku bekas pelajar di sebuah universiti di Shah Alam iaitu UiTM. Kisah angker ini adalah pengalamanku sendiri sepanjang aku menetap di kolej Delima 1. Kolej Delima 1 ni sekitar tahun 2000 adalah kolej yang berhadapan dengan kolej Perindu. Kolej Delima 1 ni juga antara kolej tertua di UiTM Shah Alam. Bangunan kolej ini juga agak usang, tak silap dalam 3-4 tingkat dan terdapat 2 blok yang berhadapan antara satu sama lain.

Kisah Pertama

Aku ditempatkan di sebuah bilik berdekatan dengan tandas. Tandas di kolej Delima 1 ni berada di tengh-tengah blok di mana ia juga merupakan communal shower dgn tempat basuh baju juga. Akj pernah dengar senior berkata selalu bilik-bilik yang dekat dengan tandas akan kena kacau. Aku tka oedulikan sangat sampailah satu malam ni…Aku tiba-tiba terjaga dari tidur lebih kurang jam 3 pagi…tiba-tiba aku dengar tapak kaki berjalan-jalan di luar bilik ..gaya jalannya lain macam…aku tiba-tiba rasa takut yang amat sangat. Dalam bilik aku ada 4 roommates. 2 Katil double decker di hujung bertentangan. Masa aku dengar tapak kaki tu rasa badan aku tak boleh bergerak. Tiba-tiba…aku dengar orang ketuk pintu 3 kali…bunyinya macam ketuk dengan tongkat (dalam imaginasi aku la)…lepas tu senyap..aku pun fikir siapa yang ketuk bilik orang pagi-pagi buta lepas tu senyap..tak lain la mesti syaitan ni…aku punya takut tu sampai ku tak mampu nak panggil akak roommate aku yang sedap tidur kat katil bawah…aku hanya mampu baring dalam ketakutan..masa tu doa pum tak sempat fikir apatah lagi nak baca surah surah mahupun ayat suci..sesudahnya aku tertidur sampai pagi.

Kisah Kedua

Suatu hari aku balik dari melepak kat bilik member aku Suzie. Bilik Suzie di tingkat 2, bilik aku di tingkat 3. Dalam perjalanan balik dari bilik Suzie, sekjtar jam 12.30 malam..aku berasa pelik..selalunya ada lagi manusia-manusia yang berjalan-jalan kat koridor kalau setakat jam 12.30malam ni. Tapi malam tu cukup sunyi dan sedikit seram…Nak balik bilik aku kena naik tangga tengah, dekat toilet sebab tu jalan paling dekat nak ke bilik aku tu. Nak sampai ke tangga tu aku nampak sorang perempuan rambut hitam panjang lurus ni. Berdiri betul-betul lepas tangga. Dia membelakangkan aku. Pakai gaun putih. Aku mula rasa tak sedap hati. Berdebar-debar…makin aku dekat dengan tangga tu makin aku berdebar-debar. Macam biasa bila aku berhapan dengan suasana cemas macam ni aku dah tak ingat surah ke doa ke apa-apa dah. Kepala aku macam kosong je masa tu. Bila aku dekat je sikit lagi nak sampai ke tangga tu, tiba-tiba perempuan tu dengan slow motionnya memusingkan badan dia, sekali dengan kepala dia pun pusing, nak menghadap aku…aku apa lagi, naik tangga tu dengan berlari tak cukup tanah…sampai je bilik tutup dan kunci pintu baru ingat nak selawat. Nasib baik tak ada gangguan susulan lepas tu. Kalau dia ikut aku sampai bilik mau menitis gak air mata aku.

Kisah Ketiga

Aku ni masa zaman uitm dulu takdelah alim sangat. Bak kata orang, iman senipis kulit bawang jela…Pada suatu hari sorang member rapat aku ajak main spirit of the coin..aku ni jenis cepat terpengaruh. Asal ajak je ikut 😀 adventurous la katakan. Mula-mula aku main dua orang je dengan Min. Di bawak kertas yang dia dah tulis huruf-huruf, perkatn HOME, OK dan NO dengan syiling lama. Kami pun pergi kat satu port tepi kolej, alaaa dekat astaka dekat kolam renang tertutup tempat diorang buat practice archery tu. Kalau dah dalam pukul 6 petang macam tu port tu clear takde orang. Kawasan lapang. Masa aku dengan Min sampai tu cuaca ok je. Takde la berangin ke apa…pastu kitorang setting kat astaka tu..letak tangan atas coin atas kertas tu dan mula je seru “..spirit-spirit of the coin, come out and play with us…” dengan tak semena-mena, angin mula bertiup kencang. Kamj teruskan lagi menyeru, sampai la angin kat situ dah mula berpusar-pusar. Aku ni pulak agak penakut..tengok cuaca pum dah gelap semacam .tak sempat pape lagi aku dah ajak Min bungkus dan kami lari dari tempat kejadian. Sebelum tu aku sempat menoleh ke belakang, dan aku perasan, sebaik saja kami berhenti menyeru spirit tu, angin tu pun berhenti. Macam serta merta berhenti. Hawau betul.

Tapi kejadian tu tak dapat menimbulkan penyesalan pun sebab tak lama lepas tu kami main lagi bersama 4 orang yang lain dalam bilik pulak…hahahaa

Kamj main spirit-spirit ni takde la ekstrim sampai guna darah bagai. Tapi aku perasan once ko letak je jari kat coin tu, hujung jari rasa kebas dan rasa macam darah ko kena hisap. Lepas tu memang coin tu bergerak sendiri. Sumpah tak bohong. Kami pun tanya la pada spirit-spirit mana yang lekat tu soalan-soalan standard. Sape nama jodoh antaranya adalah soalan paling popularlah. Setakat aku main tu tak ade la peristiwa setan tu tak nak balik ke apa. Selalunya selamat je sampai HOME. Tapi setelah beberapa kejadian rasuk (kat student lain) terjadi kat kolej. Depe mula menyiasat dan antara manusia yang kena inquiri dengan geng naqibah tu adalah geng aku yang main spirit ni. Lepas kena ceramah pasal game ni haram la bla bla bla..korang kena bertaubat la bla bla blaa…kami pun stop la main game tak berfaedah ni.

Kisah keempat

Dekat kolej Delima 1 ni ada biljk yang angker. Bilik tu ada kat tingkat 2, bilik paling hujung sebelah kiri. Sepatutnya bilik tu ditutup tapi tak tau macam mana, bilik tu dapat kat kawan aku, budak Sarawak yang aku panggil Hajar(bukan nama sebenar). Seperti biasa bilik tu jadi port aku melepak lepas kelas dengan geng. Satu hari tu, petang lepas habis kelas, macam biasa aku melepak dengan Hajar and the gang, masa diorang rancak berborak-borak, aku landing kat katil Hajar tu sebab aku rasa mengantuk. Tiba-tiba aku tertidur kat situ. Tak lama lepas tu aku terbangun, bukak-bukak mata je ada sorang makcik pegang bakul berdiri dekat depan pintu. Aku masih mamai time tu tapi aku sempat fikir, eh dekat maghrib ni ada lagi ke orang jual nasik lemak?…aku genyeh-genyeh mata yang aku rasa kelat tu..bukak-bukak mata makcik nasi lemak tu dah hilang. Serius lepas tu aku berdebar-debar. Aku tengok keliling sekor pun gakde. Tah bila masa diorang tinggalkan aku sorang-sorang dalam bilik angker ni. Itu cerita first bilik ni.

Satu lagi cerita, ni ramai-ramai kena kacau. Masa lepak kat bilim Hajar ni jugak. Dalam bilik dia ada radio manual yang pakai bateri tu. Nak cari channel kena pulas sendiri. Nampak tak zaman 19 tahun lepas macam mana. Masa tu kitorang ramai-ramai dalam bilik dia tgh melepak. Waktu malam, dalam pukul 9 ke 10. Seingat aku Suzie, Hajar, Tini dengan Ida ada sekali. Kami ramai-ramai dengar radio sambil sembang-sembang isu semasa (gosip ke ape tah aku dah lupa sebab dah 19 tahun kan)..tiba-tiba blackout pulak…oleh kerana boring kami main-main flash lampu kat kolej Perindu…hehehee…lama jugak blackout tu…lepas tu Hajar pulak main-main tukar channel radio nk dengar radio music..stesen musik andaaa…or radio uitm…tiba-tibaaa…kami semua dengar ada suara mengilai-ngilai dalam radio tu…lama gak ilaiannya tu..kami automatic tersenyap…pandang satu sama lain. Cepat-cepat si Hajar tu tutup radio…sambil pandang kitorang dan tanya “.kora g dengar tak?…kami semua angguk dan malam tu semua nak nak tido kat bilik tu dan pulang ke pangkal jalan (bilik masing-masing)…

Last-last kitorang dapat tau bilik si Hajar tu rupanya bilik laluan langsuir…padanlah banyak sangat gangguan kat situ..

Dah dekat 12 tahun aku tinggalkan UiTM tapi kejadian-kejadian seram tu masih segar diingatanku.

Oh sebelum terlupa ada side story yang tak berapa seram…masa aku balik ke bilik kat kolej lepas aku keluar merayap malam da sekali tu katil aku kena goncang..aku nampak tangan berbulu yang goncang katil tu tapi sebab aku ngantuk sangat aku ignore dan tido je…mesti setan tu sakit hati kan kacau tak kena layan..

OK setakat ni sahaja cerita aku kat UiTM Shah Alam sebab dah kehabisan cerita. Penampakan-penampakan lain nanti aku ceritakan di edisi lain lah ye..sehingga ketemu lagi..

Salam seram
Nana

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Seram di kolej Delima 1, UiTM Shah Alam”

Leave a Comment