Assalammualaikum WBT admin fiksyen Shasha dan pembaca setia sekalian. Terima kasih sekali lagi kerana masih lagi sudi menbaca kisah misteri yang pernah aku lalui sepanjang hidup aku.
Kali ini adalah sambungan dari kisah misteri yang aku pernah lalui masa zaman belajar dulu. Setelah menamatkan pengajian aku di bidang computer programming dan accountancy, aku ceburi pulak pengalaman bekerja dalam Hotel Management. Aku bekerja di bawah Hotel consultant and management yang agak terkenal jugaklah di Kuala Lumpur.
Consultant tersebut telah menghantar aku training di salah sebuah resort 4 bintang yang agak besar juga di pulau pangkor. Maaflah aku tak boleh sebut nama resort tu nanti kena saman pulak. Hari pertama aku sampai diresort tu, aku di sambut baik oleh pihak management dan mereka letakkan aku di bahagian Reservation.
“anur, nanti driver akan hantar awak ke penginapan pekerja dalam kawasan kampong yang terletak 10 minit perjalanan dari sini. Awak akan diberi sebuah bilik di tingkat atas. Nanti nak makan, datang resort ok, sebab kat resort ni semua staff di beri makanan percuma di bilik staff. Oleh kerana hari ni hari jumaat, awak cuti ikut office hours, sabtu ahad cuti, start keje isnin.” “Terima Kasih bos”, kata ku lalu mengikut abang said, driver resort ke van pekerja.
Dalam perjalanan ke rumah penginapan pekerja, kami melalui jalan tar kampong tepi laut dan juga tepi airport kecil untuk penerbangan bagi kapal terbang muatan kecil atau persendirian. Cantik kawasan kampong tu, aku jugak nampak burung dari spesis enggang yang agak besar jugak sizenya dan juga rama rama yang juga besar besar belaka. Sampai jer di rumah pengginapan pekerja, aku disambut oleh kak mala.
Rumah pekerja ni macam rumah panjang. Tapi ada dua tingkat. Di bahagian bawah ada 9 bilik, satu bilik air besar yang terletak di tepi bangunan. Bahagian atas pula ada 10 bilik. Binaan bawah bangunan dari bata dan simen manakala atas pula dari kayu kayu binaan biasa macam rumah kampong tu. Untuk naik ke atas harus menaiki tangga kayu yang agak lebar jugaklah. Aku suka dengan rekaan bangunan ni, macam rumah kampong, tapi panjang.
Kawasan penginapan pekerja ni dikelilingi oleh pagar dawai kawat besi biasa, bahagian pintu masuk ada guard post tinggal. Tiada guard yang jaga cuma tempat lepak pekerja. Manakala Di belakang bangunan pekerja wanita , terletak bangunan penginapan untuk pekerja lelaki yang mempunyai reka bentuk yang sama cuma panjangnya lebih sedikit.
Di belakang penginapan pekerja lelaki pula terletaknya sebuah bukit kecil yang penuh dengan kubur kubur lama yang batu nisannya besar besar belaka. Agak pelik kawasan perkuburan tu sebab batu nisannya seperti batu batu yang hanya boleh didapati di kawasan air terjun. Kak mala yang menyambut aku tadi terus menunjukkan bilik aku dimana. Terletak dibahagian hujung bangunan, 2 unit terakhir yang berhadapan pulak dengan guard post kosong tu. Bilik hujung sekali kepunyaan kak limah bahagian housekeeping, sebelah kanan pula, bilik si zura orang bota, juga bahagian housekeeping. Oleh kerana tak ramai pekerja dari kawasan luar pangkor, kami dapat bilik sorang satu. Privasi sikit, lagipun aku memang tak berapa suka berkongsi bilik dengan orang lain. Bukan aku sombong cuma aku takut kadangkala aku ni cakap terlepas, tak reti nak simpan. Takut menyakiti hati orang pulak.
Bilik kak mala pulak bersebelah dengan bilik zura. Kadangkala kami tidur bertiga dalam bilik aku. Itu pun jika kami mula dengar anjing menyalak seperti meraung. Berlari la kak mala dan zura ketuk pintu bilik aku macam nak pecah. Kak Limah pulak, aku tak tahu dari mana. Pada awal perkenalan kami, kak limah ni memang suka melekat dengan aku. Mana aku pergi dia nak ikut. Masa waktu lunch, dia sanggup tunggu aku kat kantin dan ambilkan sesiap makanan aku. Kadangkala aku rimas jugak dengan kak limah ni, tapi aku hanya anggap mungkin dia rindu dengan anak dia. Selain kak limah, aku rapat dengan zura dan kak mala. Kak mala bahagian akaun, jadi waktu kerja kami sama. Cuti pun pada hari yang sama, Cuma bezanya kak mala kadangkala kena buat overtime hingga larut malam bila Entertainment house resort tu bukak pada waktu malam. Kesian jugak ngan kak mala, yelah dah kena jadi cashier bertudung litup dalam tempat disco. Ate gila..orang perak kata.
Satu hari tu aku round resort dengan buggy, saja nak study kawasan resort dan unit unit banglo dan chalet yang berdekatan pantai untuk aku jual pada guest. Resort ni sebenarnya terletak di muara. Dibahagian dimana bertembung air sungai dan laut. Kawasan muara tu memang cantik. Air laut yang berwarna biru dan hijau, sangat jernih dengan pasir pasir putih dan bersih. Dinaungi pulak pokok berakar yang besar melingkar di atas pasir, bersambung pulak dibelakangnya hutan kecil seperti dijaga rapi. Tempat dating sesuai ni.
Pusing punya pusing, aku singgah di linen house housekeeping department, makcik makcik adik kakak yang dok membawang kat situ tetiba diam bila aku menghampiri kumpulan mereka. “eh, kenapa tetiba diam ni nampak saya kak??, “ Tanya ku… “laa..kami ingat anur takkan bercakap dan berbual dengan kami”, “aik, kenapa pulak?…”..heran aku ni, muka aku ada nampak macam orang sombong ker, sekilas aku pandang cermin yang tergantung berdekatan susunan linen di sebelah mereka. Macam minah jawa je aku tengok muka aku, manis jer….hehehe. “Gini anur, kak limah kata anur tak suka bercampur dengan kami, anur hanya kawan dengan org macam dia jer, lagi satu dia cakap anur suka pinjam duit, nanti kalau kawan ngan kami, anur akan pinjam duit kami….”. Telinga aku sekejapan berdesing panas jer aku rasa. Ada orang yang putus kepala hari ni. Patutlah atuk kata aku ni panas baran…memang masa tu aku nak belasah jer kak limah, tak kira lah umur kau 60 tahun sekalipun.
“Eh, mana ada kak, sebab apa pulak saya nak pinjam duit orang. Duit saya pun banyak tak habis makan…, bila masa pulak saya penah pinjam duit dia”, kata ku menahan geram. Tetiba zura muncul dari habis mengemas chalet yang tidak jauh dari bilik linen. “emm..zura nak bagitau kak anur, tapi zura takut ngan kak limah tu. Dia tu berhantu..” “yer anur…kami selalu dengar kak limah cakap sensorang dalam bilik…cakap ngan siapa???” sambung kakak kakak tu lagi. Aku memang penah dengar kak limah bercakap dengan seseorang didalam biliknya dan aku juga penah dengar suara lawan cakap kak limah tu,suara lelaki garau. Bila aku ketuk pintu dia tanya, Kak limah cuma cakap dia tak cakap dengan sesiapa pun. Siap kata aku mimpi lagi.
Balik tu aku ditemani oleh zura dan kak mala. Dorang takut aku naik hantu la tu. Sampai jer depan bilik kak limah, aku gendang bagai nak pecah. “woi kak limah, ko bukak pintu niiiii!!!”…pintu terbukak, belum sempat kak limah bersuara aku dah cekak baju dilehernya. Penumbok sulong aku letak di pipi nya yang tegang tu. Sambil tu boleh pulak terlintas di hati aku…kak limah ni umur dah 60++ tapi kulit tegang nampak macam 20++. “kau dengar sini kak limah, aku dengar lagi kau cerita bukan bukan pasal aku…aku buang kau dari tingkat dua ni ke bawah, jangan sampai aku cili belacan mulut busuk kau tu”..”kak limah sayang anur, kak limah tak mau orang lain dapat anur”, kata kak limah terketar, iskh lain benor cakap kak limah ni. Kunyit ker, tetiba meremang bulu roma aku dengar ucapan keramat kak limah tu. Hantu hantu takper lagi..jangan kunyit.
Aku masuk bilik aku disebelah dan diekori oleh kak mala dan zura. Mereka kata nak tidur dengan aku malam ni. Kak mala rasa tak sedap hati katanya. Sebab masa aku tengah cekak leher kak limah tadi, kak mala macam nampak lembaga besar dalam bilik kak limah. Aku tak perasan pun, selalunya aku senang nampak benda benda gini. Mungkin sebab aku terlalu marah, aku hanya focus pada kak limah.
Malam tu macam biasa sebelum tidur kak mala dan zura dah standby kiri kanan aku, nak jadikan aku bantal peluk depa la tu. Macam kepit anak pulak rasanya…yelah kak mala dan zura ni pendek orangnya, tinggi paras dada aku jer, Cuma bezanya, kak mala kurus, zura bulat dengan biji matanya yang besor mata burung hantu tu. Kekadang aku terperanjat jugak nengok si zura ni, especially bila dia jegilkan bijik mata nya tu…boleh mimpi ngeri aku.
Tiba tiba pintu bilik aku ditendang tendang dari luar, masa tu waktu dah merangkak ke jam 12 malam, aku intai bawah pintu. Pintu bilik tu ada lubang dalam ukuran 10cm dari lantai, memang macam tu design setiap pintu bilik pekerja kat sini. Aku hanya nampak kain putih terapung apung. Kak mala dan zura dah mengigil sebelah aku. Lepas di tendang, dicakar cakar pula dan heeeeeee eeeeheeee…dia gelak pulak dahhh… aku bangun azan, kak mala terus baca ayatul qursi sekuat hati. Sebelah pintu ada deretan tingkap nako yang tak berlangsir, benda tu boleh lalu lalang pulak, maka nampaklah bentuk seorang perempuan berambut panjang dan menjulurkan tangan ke depan buat showmanship disebalik tingkap nako tu. Aku azan lagi, kak mala bangun mengambil naskah yassin dalam almari baju aku. Kak mala mula membaca yassin. Benda tu melayang laju ke arah bilik kak limah sebelah bilik aku.
Bila benda tu hilang, kak mala berhenti baca yassin namun gangguan berterusan lagi. Kali ni dinding yang memisahkan bilik aku dengan bilik kak limah, macam dicakau cakau dengan kuku tajam. Aku rasa bergegar bilik aku masa tu, tetiba aku terdengar suara lelaki garau gelak sekuat hati, bergema bunyinya dalam bilik aku tu. Tiba tiba amarah aku memuncak, aku tak tahu kenapa sejak akhir akhir ni, atau lebih tepat lagi sejak aku capai umur aku 21 tahun, aku jadi cepat marah dan berani tak bertempat. Kekadang aku sendiri seram dengan diri aku. “Woiii kak limah!!!…kau ingat kau hantar hantu setan kau, aku takut ngan kau….kau jangan sampai aku pulak naik hantu..!”
Sekejapan gangguan itu berhenti. Sunyi sepi macam dilanggar todak. Badan aku dah panas sampai berpeluh aku jadinya. Kak mala suruh aku istighfar, dia selawat banyak kali dan sapu tangan comelnya ke muka aku. Zura pulak hulurkan aku air mineral. Aku bukak pintu dan cakap ngan kak mala aku nak turun bawah amik wuduk. Masa tu aku tak rasa takut apa dah.
Kalau terserempak ngan benda tu pun aku rasa aku boleh tumbuk muka dia. Lepas amik wuduk aku naik masuk bilik, aku solat sunat dua rakaat dan terus tido. Esok paginya aku bertembung dengan kak limah di tangga kayu, aku nak turun pergi kerja, dia baru habis mandi, kak limah hanya tunduk tak berani pandang muka aku. Cara tunduknya tu macam orang jepun bagi salam tu. Agak pelik bagi aku. Apahal kak limah ni, bila aku toleh ke arahnya, kak limah mencicit lari masuk bilik.
Kesian pulak aku tengok orang tua tu. Tapi kalau dari pandangan mata biasa, kak limah ni nampak tak macam usia dia yang sebenar, nampak macam anak dara. Dan ya..aku penah nampak wajah dia yang berlainan, sesuai dengan usia dia. Masa tu waktu maghrib, aku baru lepas habis mandi dan berwuduk, aku bertembung dengan dia yang mahu turun ke bawah, masa tu aku nampak muka dia berkedut teruk dan badannya bongkok. Dia perasan yang aku dok perati muka dia, dia tutup muka dia dengan towel dan terus turun ke bawah dengan tergesa gesa. Sebenarnya kak limah masa baik ngan aku dulu dia ada ceritakan macam mana dia jaga kecantikkan dia. Tapi aku rasa tak perlulah aku ceritakan disini sebab ianya aib sangat dan jijik. Aku Cuma harap kak limah sempat bertaubat sebelum nyawa di hujung keronkong.
Sejak kejadian hari tu, takde lagi gangguan dari kak limah atau apa aje yang ada dalam bilik dia. Aku teruskan aktiviti harian aku macam biasa. Pi kerja balik kerja macam biasa. Tiba lah satu hari apabila zura ajak aku solat maghrib dan makan di resort. Tak cukup pulus nak makan di restoran katanya. Aku ikutkan kehendak zura. Malam ni chef masak rendang ayam untuk pekerja, apalagi..aku pun sesah lah dua pinggan nasi. Jarang dapat makan sedap ni. Almaklumlah hidup jauh dari wan, siapa nak masakkan. Aku memang tak pandai masak dan wan memang tak bagi aku masak. Cucu manja lah katakan. Lepas makan, zura ajak aku balik ikut persisiran pantai, lain dari jalan yang selalu kami lalui apabila nak berjalan balik ke penginapan kami.
Sebenarnya hati aku rasa berat sangat nak tunai permintaan zura tu. Tapi si dak zura dah tergedik gedik ,menggeleser nak jugak lalu tepi laut..aku turutkan juga. Kami jalan melalui deretan chalet sebelum sampai ke jalan berbatu di persisiran laut. Sampai jer di jalan berbatu tu, hati ku tergerak untuk baca surah surah lazim dan ayatul qursi. Bacaan aku bertambah kuat apabila rimbunan daun daun yang dibentuk pagar bergoyang dengan kuat kiri kanan aku dan zura. Nak kata angin, malam tu memang tak berangin langsung. Si zura ni pulak mulut tak reti nak diam. Semua di tegur nya.
Masa aku nak suruh zura diam, tetiba terbang melayang perempuan rambut panjang mengurai, ber baju putih datang dari arah laut di sebelah aku. Apa lagi, masa tu aku tak kira dah..memang bukak langkah seribu. Zura tinggal 5 depa di belakang aku. Sambil menjerit sambil menangis. Pontianak tu memang terbang ,mengejar kami sambil ketawa mengilai. Aku rasa bergegar tanah yang aku pijak tu. Sampai je hujung jalan berbatu, kami kena panjat sedikit bukit untuk sampai ke jalan tar kampong yang menuju ke kampong tempat tinggal pekerja resort. Aku lompat bukit kecil tu macam peserta lompat galah komanwel dah aku rasa. Zura menjerit nama aku kat belakang, kaki nya yang pendek tu membuatkan dia sukar nak panjat bukit kecik tu. Aku apa lagi, tarik tangan zura, seret dia naik ke atas. Padahal zura tu berat 8 kali 10kg beras. Tapi dah takut punya pasal..tak sedar dah, tetiba jadi kuat.
Kami berlari masuk kampong. Pontianak tu menghilang saat kami masuk kampong. Orang orang tua yang dok melepak di kedai makan pak abu di hadapan pintu masuk kampung tu hairan tengok kami. Untuk pengetahuan semua, kampong ni tak begitu besar, macam taman perumahan jer yang berbentuk bulat. Kampong tu dipagari dengan pagar kayu sekeliling kampong. Kami duduk rehat di salah sebuah meja kosong di kedai makan tu. Pak abu memang kenal ngan kami sebab kami ni pelanggan tetap kedai makan dia. Yelah ada satu kedai makan je kat kampong tu, mana lagi kami nak pergi kan..kami cerita pada pak abu apa yang terjadi. Pak abu tak berasa hairan pun dengan cerita kami malah memarahi kami lagi sebab dok gatai lalu tepi laut waktu malam. “yang hangpa lalu tepi laut tu kenapa??, tepi laut tu keras, dulu ada perempuan bunuh diri kat tepi laut tu…, Pontianak tu tak boleh masuk kampong ni, kami dah pagar satu kampong ni”…
Sejak kejadian tu aku nak sangat tahu pasal kampong dan sejarah resort ni. Mengikut kata makcik makcik bawang housekeeping..resort ni dibina di atas muara sungai, zaman dulu orang orang tua kampong ni selalu mengadakan upacara ancak iaitu menjamu penunggu muara agar penunggu tu tak menganggu mereka sekampung. Tapi sejak tanah resort ni dibeli oleh syarikat luar, penduduk kampong pun dah dapat kesedaran agama yang dibawa masuk, maka upacara ancak dan jamu menjamu tu dihentikan terus.
Menurut mereka lagi, di resort ni pasti akan ada guest yang mati mengejut setiap tahun. Ada yang mati terlungkup atas katil, ada yang mati dilanggar jetski, ada yang mati dalam bilik air.Memang takde berita tentang ni semua di media sebab itu polisi mana mana resort atau hotel. Jadi kawasan resort ni memang keras. Banyak juga la gangguan yang di alami oleh pekerja pekerja resort sampai ada yang berhenti kerja namun didalam ke angker an resort ni, resort ni memang sangat cantik.
Setelah dua bulan aku buat praktikal, aku amik cuti selama beberapa hari untuk balik tengok wan. Aku cerita apa yang terjadi pada aku dan kenapa aku boleh jadi marah dan berani tiba tiba. Wan Cuma ingatkan aku selalu selawat bila rasa nak marah dan amik wuduk untuk redakan api kemarahan tu. Wan cakap jangan ikut sangat perasaan marah tu, takut jadi yang bukan bukan diluar kawalan aku nanti.Balik dari rumah wan, aku singgah pula rumah mak angkat aku yang terletak di simpang tiga beruas.
Rumah mak angkat aku ni terletak dihujung kampong yang belakang nya penuh dengan hutan belukar kecil. Mereka adalah keluarga miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mak angkat aku tu ada beberapa orang anak yang kesemuanya dah kahwin belaka. Yang tinggal dengannya adalah kak ita bersama suami dan dua orang anak perempuan yang masih kecil. Kak ita dan suami hanya bekerja di kedai makan di pekan beruas. Jadi anak mereka ditinggalkan untuk dijaga oleh mak angkat aku tu. Sepanjang aku berada di rumah tu, aku belikan mereka barang barang dapur dan lauk pauk ikut kemampuan aku dan aku tolong mak angkat aku berkebun dibelakang rumahnya. Suatu hari, sehari sebelum aku balik semula ke pangkor, aku tolong basuh semua pakaian kotor yang bertimbun di bilik air. Kesian mak angkat aku tu, dengan keadaan badannya yang sedikit besar dan umur yang akan menjengah 70 tahun, dia memang tak larat dah nak buat kerja. Tapi apa kan daya, kemiskinan hidup memaksa dia untuk masih bekerja.
Setelah selesai membasuh aku angkat kain yang sudah diletak kedalam bakul untuk disidai disebelah rumah. Di hujung ampaian tu pulak ada sebuah pokok yang amat besar terletak dalam 3 depa dari ampaian. Aku perati jam dah pukul 12 tengahari tepat, matahari terpacak di kepala. Ni kalau sidai, kejap jer kering ni. Jadi aku mula la menyidai pakaian ikut kategori pakaian tu masing masing. Kain pelekat dengan kain pelekat, baju tshirt dengan baju tshirt, sedang aku asyik menyidai, aku rasa macam ada orang yang memerhati setiap langkah ku. Tetiba mata aku terpaku pada lembaga yang seperti lelaki dewasa berbulu hitam lebat bermata merah menyala ke arah ku dari pokok yang besar tu. Aku perati jer lembaga tu. Dia menyeringai senyum ke arah ku…seram woi, walau pun hari siang buta…Siamang ker? Bigfoot ker?..eh ada ker bigfoot kat beruas perak ni.
Sambil perati sambil menyidai, jantung aku pulak berdegup laju macam rasa nak terkeluar dari dada aku. Masa tu tak ikut aturan dah, aku campak campak jer kain tu nak bagi cepat. Habis je kain tu aku sidai, sepantas kilat aku masuk ke rumah sampai terperanjat mak angkat aku, terlepas cawan dari tangannya. “apa ke hell nya ni anur??…” dalam loghat perak nya yang pekat. Aku bagitau apa yang aku nampak. Berubah muka mak angkat aku. “Dia buat dahhh..” katanya lagi..Mak angkat aku suruh aku bersiap untuk balik ke pangkor. Sementara aku bersiap, dia menalipon anaknya yang lelaki untuk hantar aku ke lumut. Dalam kalut bersiap tu, mak angkat aku kata, yang aku nampak tu adalah hantu raya kepunyaan menantu sulongnya. Memang dia letak benda tu disitu. Hantu raya tu perati aku sebab aku masih anak dara dan hantu tu memang suka anak dara. Pulak dah…ada jugak jin spesis gatai gitu yer…Petang tu jugak aku sampai di pangkor, Alhamdulillah sempat juga kejar bot akhir dari lumut. Kalau tak, bermalam lah aku kat jetty lumut tu. Lagi seram.
Cerita yang terakhir ini adalah kejadian akhir semasa aku buat praktikal di pangkor sebelum aku berpindah buat praktikal di Melaka pula. Pada suatu malam tu aku balik lambat dari resort sebab gantikan front office staff yang MC tiba tiba dan tiada staff gantian untuk mereka. Terpaksa la aku berdiri selama 5 jam di kaunter front office tu melayan guest yang check in lewat. Turun jer dari van pekerja, aku singgah guard post join sekali lepak dengan pekerja pekerja yang lain. Mereka siap petik gitar dan bernyanyi beramai. Aku taklah join nyanyi. Suara ku sumbang sumbing bunyiknya Cuma suka mendengar saja. Yang sedang menyanyi tu namanya ijam, suara ijam memang sedap. Kalau masuk pertandingan nyanyi, boleh tapau habis ni.
Sedang asyik ijam menyanyi, tetiba kami dengar lolongan anjing di belakang bangunan pekerja lelaki yang terdapat kubur kubur bernisan ganjil tu. Memula tu suara lolongan tu macam biasa tapi bersahut sahut panjang pulak dah. Ijam yang tengah asyik menyanyi tu tiba tiba melolong macam anjing tu jugak. Bila ijam dah melolong begitu, kengkawan dia yang sama lepak boleh bertaburan lari masuk bilik masing masing. Aku dan beberapa kawan perempuan aku yang join macam terkesima tengok kengkawan ijam, sijantan keparat tu lari lintang pukang sambil menjerit masuk bilik mereka,lebih dari perempuan pulak. Kami tengok ijam makin menjadi lolongan nya. Aku dan kawan aku buka langkah seribu lari masuk kebilik kawan aku yang ditingkat bawah.
Dari dalam bilik, aku dengar suara ijam sama mendayu sekali dengan lolongan anjing anjing tu. Aku amik keputusan untuk panggil kawan kawan ijam untuk heret dia masuk ke bilik. Kang kalau kena robek dengan anjing tu kang, jadi kes pulak kat kawasan kampong tu. Tak tahu dari mana datangnya berani, aku keluar bilik dan menyusur di tepi bangunan bilik aku untuk kebelakang bangunan memanggil kawan kawan ijam. Masa menyusur tu lah aku nampak lembaga hitam yang setinggi bangunan itu yang berpakaian seperti panglima zaman hang tuah dulu berdiri tegak di tepi tandas bangunan pekerja lelaki. Ditangannya ada tombak. Dengan mata merah menyala dia pandang ke arah ku. Disebelah nya pulak ada anjing yang besar dan disebelah anjing itu ada burung hantu yang sebesar budak 10 tahun bertenggek di tiang lampu.
Bulu roma toksah cakap lah..tegak macam duri landak dah aku rasa, dengan rasa takut campur berani, aku menjerit memanggil kawan kawan ijam. Ijam dah macam anjing dah aku tengok merangkak ke sana ke mari sambil melolong. Kawan kawan ijam berkumpul beramai ramai dan lari menarik ijam ke bilik mereka. Selepas ijam di bawa masuk, barulah aku naik masuk ke bilik aku. Sepanjang kejadian tarik menarik ijam tu, lembaga tu hanya memerhatikan gerak geri kami. Aku rasa aku sorang je yang nampak sebab kalau kengkawan ijam nampak, tentu ijam kena tinggal lagi skali kat situ. Keesokkan harinya ijam tak masuk kerja. Demam. Kawan kawan dia cerita yang ijam macam kena rasuk malam tadi. Ada pakcik kampong yang datang tolong ubatkan ijam. Cerita seram di pangkor di akhiri dengan lembaga panglima tu sebab seminggu lepas tu aku di tukarkan ke Melaka pula.
Sehingga berjumpa lagi. As salam.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best citer ko ni dik…terbaik
Love your stories Nur
Brutal nya hang hehe…berani..
Puteri rupanya…berani jgk awk ye
Lazat
bila nak tulis lg haila
Sedapp bangetttt..penyambung tradisi SBDJ…kipidap
Ape nama resort ni? Leh tak nak tau nama resort ni…
pangkor island beach resort atau pan pasific..ye?