ASSALAMUALAIKUM…
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah seram saya buat julung kalinya. Untuk pengetahuan semua pembaca FS, kisah yang akan saya kongsikan ini adalah berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri. Kisah paling seram yang pernah saya alami sepanjang hidup ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan saya dikala itu. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama meneroka ke dunia mistik saya.
Kejadian berlaku ketika saya berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR. Kami sekeluarga sememangnya rapat dengan keluarga sebelah mak memandangkan keluarga mak tinggal di dalam pulau dan jarak perjalanan dari rumah kami hanya memakan masa selama 20 minit sahaja.
Pada hari itu, saya, mak, abah dan adik perempuan saya pergi ke rumah tokwan (datuk) yang terletak di Gelugor. Rumah tokwan merupakan sebuah rumah pangsa empat tingkat mempunyai dua buah bilik. Kedua-dua buah bilik itu bertentangan dengan ruang tamu . Biasalah rumah kecil memandangkan kami bukan dari keluarga yang berada. Sebuah bilik dihuni oleh along (bapa saudara) dan sebuah lagi milik acu (ibu saudara).
Manakala tokwan dan tok (nenek) hanya tidur di ruang tamu. Lebih sejuk dan selesa kata mereka. Nak dijadikan cerita, petang itu kami sekeluarga berkumpul di hadapan televisyen untuk menonton filem Pontianak Harum Sundal Malam lakonan Maya Karin. Alang dan maklang turut menghadirkan diri memandangkan rumah mereka bersebelahan sahaja dengan rumah tokwan. Saya memang seorang yang penakut dan suka terbawa-bawa dengan cerita seram yang saya tonton.
Malam itu, saya, tokwan, tok dan along tidur di ruang tamu. Mak abah serta adik perempuan saya pula tidur di dalam bilik along. Walaupun tidur secara beramai-ramai tetapi saya berasa tidak tenang. Terbayang-bayang pontianak di bawah kerusi meja makan yang terdapat di ruang tamu. Lagu ‘Pulangkan’ nyanyian Misha Omar seperti terngiang-ngiang di telinga saya. Saya cuba melelapkan mata dan memujuk hati bahawa itu semua hanya mainan perasaan. Akhirnya saya terlelap juga.
Tetapi tidak lama kemudian saya tersedar dari lena yang tidak begitu panjang. Saya terlihat acu disebalik pintu biliknya sedang merenung tajam ke arah saya. Warna baju yang dipakai oleh acu sama warnanya dengan pintu kayu bilik iaitu merah hati. Saya cuba menegur acu tanpa perasaan curiga. ‘Acu tak tidoq lagi ka’? Tapi acu hanya diam sambil memerhatikan saya. Tiba-tiba tok terjaga dan bertanya ‘Asya bercakap dengan siapa’? Saya mula pelik dengan soalan itu. ‘Cakap dengan acu lah’. Tok saya membalas ‘mana acu’? Saya menuding jari sambil menunjuk ke arah pintu bilik acu. Tok mencapai lampu suluh yang terletak di sisi bantal. Untuk memuaskan hati, tok menyuluh ke arah pintu bilik acu tapi tiada sesiapa di situ. Badan saya sudah mula menggigil. Namun saya paksa diri untuk sambung tidur. Selepas itu, saya berjaya tidur dan berada di alam mimpi.
Saya terjaga lagi entah pukul berapa apabila terasa seperti ada orang melintas. Saya buka mata perlahan-lahan dan ternampak kelibat seorang lelaki yang memakai baju warna merah dan bertopi hitam. Lelaki itu seperti sedang melakukan sesuatu di permukaan pintu yang dihuni oleh mak abah. Gaya lagaknya seperti seorang kontraktor yang ingin menukar pintu bilik sahaja. Saya hanya dapat melihatnya dari arah belakang jadi saya tak nampak wajahnya. Dalam hati saya terfikir kawan tokwan kah itu? Tapi tak logik takkanlah tetamu nak datang rumah malam-malam atau saya masih di alam mimpi. Saya cuba menggerakkan tok yang sedang nyenyak tidur di sebelah saya.
‘Hang tak tidoq lagi ka dari tadi Asya oii’??
‘Dah tapi terjaga. Siapa laki tu tok? Kawan tokwan ka’?
‘Lelaki mana pulak ni’?
‘Tu dia tengah buat apa entah kat pintu’.
Sekali lagi tok menghalakan lampu suluh ke arah kelibat itu dan saya hanya nampak pintu bilik sahaja yang ditutup rapat. Kali ni memang saya dah tak tahan lagi. Saya terus menjerit seperti orang histeria. Saya hanya tersedar apabila abah menyapukan air ke muka saya. Jam sudah menunjukkan pukul lima pagi. Saya tidak melelapkan mata sehingga waktu subuh menjelang tiba. Dan apabila azan subuh berkumandang saya menarik nafas lega.
Keesokan harinya, saya menceritakan peristiwa itu kepada ahli keluarga saya. Mak saya dengan tenangnya menjawab
‘Laa mak ingatkan hang menjerit semalam pasai ada tikuih. Syaitan kot tu merupa. Hang nampak hantu raya kot’.
‘Alah perasaan ja tu. Lain kali jangan tengok cerita hantu dah kalau lemah semangat’, sampuk abah.
Pengalaman menakutkan berlalu begitu sahaja. Selepas dua hari menginap di rumah tokwan, kami sekeluarga pun pulang ke rumah yang terletak di kawasan Teluk Kumbar. Rumah kami juga rumah pangsa. Ada lima tingkat. Saya mahu melupakan peristiwa itu dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengambil UPSR. Tetapi saya mengalami gangguan setiap malam. Saya tidak boleh tidur pada waktu malam. Jadi saya akan merasa letih dan tidur lena pada waktu siang seperti burung hantu. Apabila malam menjelma saya akan rasa seperti diri diperhatikan dan nampak bayang-bayang hitam. Benar juga kata abah. Saya memang lemah semangat. Kemudian saya diserang demam berminggu-minggu. Pergi ke klinik dan makan ubat juga demam saya tetap tidak kebah.
Suatu hari, abah membawa rakannya yang merupakan seorang ustaz untuk ‘menengok’. Sebaik dia menjejakkan kaki ke rumah kami bulu romanya berdiri tegak. Rupanya saya sudah terkena buatan orang. Orang itu sebenarnya nak tuju kepada mak abah tapi sebab saya lemah semangat jadi saya turut diganggu. Rakan abah hanya mampu pulihkan semangat saya tapi tidak mempunyai kebolehan membuang ‘benda’ itu. Banyak juga ustaz-ustaz dan bomoh-bomoh yang dibawa ke rumah ini tetapi tetap tiada sebarang kesan.
Cuti sekolah datang lagi dan sekali lagi kami sekeluarga pergi menginap di rumah tokwan. Malam itu seperti biasa saya tidur beramai-ramai di ruang tamu. Kali ini benda itu semakin agresif untuk mengganggu saya. Tok tidur di sebelah saya dan saya lihat tok sudah nyenyak tidur. Saya tidur secara mengiring membelakangi tok. Dalam usaha untuk melelapkan mata walaupun saya mengalami kesulitan untuk tidur tiba-tiba saya terasa seperti ada orang bermain-main rambut saya. Saya menoleh ke arah tok tapi tok memang sudah nyenyak tidur tanpa berganjak walau seinci pun. Saya toleh semula membelakangi tok dan cuba ignore ‘benda’ tu. Kali ni saya rasa ada orang tarik rambut saya pulak. Aik main kasar nampak. Saya cuba membaca ayat Kursi tapi ayat itu seperti tersekat di kerongkong saya. Waktu saya toleh ke arah tok saya tengok mata tok terbeliak seperti mayat. Saya pun tunggu apa lagi. Teruslah menjerit. Seram doh!
‘Awat ni jerit’? tok menampar-nampar pipi saya.
‘Tok la awat buat mata terbeliak macam tu’?
‘Bila masa tok terbeliak? Tok tengah tidoq ja’.
‘Asya ni dah nak gila gamaknya. Setiap malam mesti tak tidoq’, kata tokwan yang mungkin terganggu tidurnya dengar jeritan saya.
Saya menangis teresak-esak kerana takut jadi gila. Mak dan adik pun terjaga dan membuka pintu bilik untuk melihat keadaan saya. Lupa nak beritahu. Sudah beminggu-minggu juga saya tidak hadir ke sekolah akibat gangguan itu dan tak dapat belajar bersungguh-sungguh. Saya letih dengan semua ini sehingga akhirnya abah terpaksa pergi ke Perlis untuk berubat. Abah pergi seorang meninggalkan kami di rumah tokwan kerana risau jika apa-apa terjadi pada saya. Sekurang-kurangnya di rumah tokwan ada saudara mara yang boleh tengokkan kami. Di rumah tokwan, saya tidur di bilik bersama mak dan adik saya memandangkan abah tiada. Kami tidur bertiga di atas katil. Adik perempuan saya yang berumur 9 tahun ketika itu menemani saya berbual sepanjang malam memandangkan dia memahami keadaan saya yang sukar tidur malam. Tetapi malam itu saya merasa sedikit tenang dan terlelap jua.
Pagi itu, saya terjaga dari tidur. Saya lihat abah sedang duduk di sisi katil berbual dengan mak. Saya berpura-pura tidur sambil mencuri dengar perbualan kedua-dua orang tua saya.
‘Macam mana pi sana? Dah selesai ka’? Mak memulakan perbualan.
‘Dah selesai semuanya. Masa abang pi sana elok-elok sampai rumah tok ayah (tukang berubat) abang rasa belakang abang ni berat ja. Macam ada benda kat bahu sampai tak boleh nak angkat kepala. Tok ayah kata sampai ke situ ‘benda’ tu ikut. Lepas tu tok ayah tanya nak balas balik kat depa ka atau nak hantar ‘benda’ ni balik pi kat tuan dia.
Abang suruh dia hantar balik ja benda ni. Jangan mai dah. Sebab abang bukan kejam sangat nak balas dendam. Biaq Allah ja yang balas perbuatan depa. Abang nak anak kita sihat ja. Lepas tu tok ayah suruh abang baling teloq busuk dalam laut dan jangan pusing ke belakang. Alhamdulillah…elok-elok baling teloq tu badan abang rasa ringan balik dan terus pi kat kereta tak pusing belakang dah. Rupanya orang yang hantar ‘benda’ tu sebab dia dengki tengok kita bahagia. Lepas tu dia calit minyak dagu kat pintu rumah supaya kita boleh ikut telunjuk dia. Dia jugak buat kita rasa saling membenci. Sebab tu kita kerap gaduh. Dia tak suka tengok kita bahagia. Macam-macam lah yang dia buat dan dia pakai bomoh siam. Dia nak buat sampai anak kita jadi gila’.
Begitulah cerita daripada abah. Patut pun malam tu nampak rupa tok macam mayat. Terkena minyak dagu yang dicalit di pintu rumah. Benda tu pulak suka merupa. Selepas saya pulih, barulah segalanya terbongkar. Mak abah juga mengalami gangguan tapi sengaja mereka tak ceritakan pada saya sebab mereka tahu saya lemah semangat. Mak abah kerap bergaduh tanpa pengetahuan kami.
Mak juga ada dengar bunyi gelas-gelas berlaga di dalam rumah pada waktu tengah malam. Abah pula pernah nampak kelibat mak masuk ke dalam bilik air tanpa membuka lampu. Waktu itu tengah malam dan abah baru pulang kerja. Biasalah pemandu teksi mestilah nak cari duit lebih. Alangkah terkejutnya abah apabila mendapati mak sedang tidur nyenyak di bilik. Habis siapa yang masuk ke bilik air? Adakah hantu raya yang menyamar?
Orang yang melakukan perbuatan ini adalah orang yang terdekat tapi bukan ahli keluarga atau saudara mara. Setiap orang yang mengubati saya semua menggambarkan orang yang sama. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Wallahualam…
Yang pasti, selepas saya pulih saya tidak lihat kelibat orang yang dikatakan menghantar ‘benda’ kepada keluarga. Adakah dia sudah ‘panas’ makanya dia pergi berubat? Entahlah…nak tuduh pun takut jadi fitnah. Tak berapa lama kemudian, orang yang digambarkan itu pun berpindah rumah dan cuba menjauhi keluarga kami.
Saya akhirnya pulih sepenuhnya dan memperoleh keputusan UPSR 2A3C. Tak cemerlang. Cukup sekadar lulus. Semoga kita semua dijauhi dari perasaan hasad dengki dan dilindungi oleh Allah.
Akhir kata, saya memohon maaf andai para pembaca FS tak merasa seram dengan cerita saya. Saya memang seram cuma cara penyampaian saya mungkin kurang baik. Semoga bertemu lagi. Sebarang salah dan silap dalam penulisan harap dimaafkan. First time menulis IN SYAA ALLAH saya akan perbaiki lagi karya saya. Selamat membaca!
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yeh first komen. Bolehlah cerita ko. Aku ingat minyak dagu ni utk buat org jatuh cinta kat kita je.
Haaa tu cerita tp ni pengalaman sndri. Yela minyak dagu ni utk tundukkn org jgk. Tu apa yg sy dgrla. Terima kasih jadi org yg first komen
nk tau,,kat perlis ang berubat kt mna?
ni abah saya yang p. dia pn tak ckp kat mana so xpasti la. hanya tau perlis ja
hg ni risa xbaca abeh ni..ka mmng xbaca..abah dia yg pi bkn dia..adoi la sengal
Menetap di pulau lagi ka?
Yup…tp rumah kat teluk kumbar tu dh jual sbb byk peristiwa mengerikn. skrg saya sewa rumah ja.
wahh best cerita👍 upsr tahun bila?
best ke? hehe biasa ja…tahun 2004.
woiittt jiran
Sis oqang telok kumbaq gak
owh jiran la noh…hehehe mna tau kot kenal
cerita babi pa ni.minyak dagu tu kan yg calit utk buat org jadi gila2 kan kat ko tu.pukimak punya cite.lancau.ko gi sekolah balik amik upsr.admin pon bahlol,x filter cerita elok2.
saudara p kat google n cari fungsi minyak dagu. kat situ pun dia tulis bukan untuk minyak pengasih ja tapi boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan selain meruntuhkan perniagaan. byk fungsi. tp sy tak perlukan fakta untuk buat cerita. ni pengalaman sendiri kot. ke nk sy screen shot?
Bro,yg patut g belajar aku rasa ko kot,minyak dagu ni bkn minyak untuk buat org syg kt kita,yg tu minyak pengasih,nak ckp tu len kali reseach dlu,jangn main serbu ja,aku rasa ko ni budak sekolah rendah lagi kot,yg xtau ap2,minyak dagu ni digunkan org untuk tujuan mmbls dendam pd org lain,mmbuat org tunduk pd kita,bknnya mmbuat org jatuh cinta mcm mnyak pengasih,ni msti tgok filem ‘minyak dagu’ ni hehehehe,p search google la ya bro,nk membabikan org,alih2 dri sndri ap pn xtau,lawak la ko ni
Telok Kumbaq dekat dengan Ayu Mee Udang ka?
takdak dekat sangat. terpencil sikit tempat dia. tp ayu mee udang memang tau laa
nanti ada masa sis up la citer rumah at tlk kumbar yg mngerikan tu..nk tau jga..blh kn..
IN SYAA ALLAH boleh…terima kasih atas sokongan. sy dh up cerita baru. kisah-kisah yang berlaku kat Teluk Kumbar sampai rumah kami jual. so scary
@ZUL KAJANG aku pun mla2 xtau yg minyak dagu nie byk fungsi. lepas ang kecam penulis aku p tengok google memang banyak fgsi oii. ang jangan igt pkai utk mengorat pompuan ja. lain kali siasat dulu baru tau! utk balas dendam pom boleh. ang nie mesti bergantung pada logik akai ja.
Zul Kajang akai tarak. suka-suka membabikan cerita orang. suruh tulis cerita sendiri baru ada akai. dahlah kecam without knowledge. mangkuk dia la dok igt minyak dagu utk ngorat pmpuan ja. kurang mmbca agknya. dok tengok tv ja tau. hahaha
Apa Kegunaan Minyak Dagu?
Apa kegunaan Minyak Dagu sebenarnya? Persoalan ini saya tidak sangkal dan pastinya berlegar-legar dalam fikiran anda yang betul ingin mendapatkan minyak ampuh ini. Tambahan pula, di zaman ini terlalu ramai yang memanupulasi kegunaan Minyak Dagu sebenar demi untuk kepentingan peribadi. Bahkan yang menjajanya adalah golongan paranormal palsu khususnya!
Untuk pengetahuan anda, Minyak Dagu fungsinya begitu berbeza jika dibandingkan dengan Minyak Pengasih. Ini kerana Minyak Dagu Asli bukanlah bertujuan untuk menyemai perasaan kasih sayang bahkan sesiapa yang ditujukan sihirnya pasti akan menjadi bodoh serta hilang kewarasan! Justeru minyak ini digunakan untuk membalas dendam!
Selain itu, Minyak Dagu juga digunakan oleh ahli perniagaan untuk membentengi diri dari sihir pihak musuh. Ia juga menjadi pilihan oleh para bodyguard di zaman ini.
Inilah apa kegunaan Minyak Dagu yang sebenar-benarnya dan jarang diketahui umum!
Thanks 4 sharing…
Sharing lagi yer cik penulis ,pasal rumah yg dah ditinggalkn tu..sya support Penulisan cik penulis.
BAGAIMANAKAH PROSES BERUBAT TU KALAU ORG YANG TERKENA MINYAK TAK PERASAN EK?SBB ORG YANG TERKENA X AKAN PERASAN MELAINKAN KELUARGA ATAU ORG YANG TERDEKAT NGAN KITE KAN?