Hantu Gombek

Hi Semua!!

Pertama sekali aku nak ucap banyak² telima kasih woo kat adminn FS yg sudi menyiarkan kisah seram aku nih.

Aku perkenalkan diri aku dulu.Aku Faz dari Kuching Sarawak.. Now umur 29tahun.. Kisah yang aku nak story kat korang ni semua terjadi tahun 1996 and malam hari raya..

Hantu Gombek

(Di salah satu tempat di pedalaman Sarawak)

“Fazz!!!!!! Bangunnn!!!”

Aku terbangun dari tidur petang dek jeritan batin mak aku yg aku rasa  boleh sampai code b5 masa tarik..

“Pa mak?” jawab ku simple

Mak : gi mandi dah nak maghrib. Klak da momok ngan mandi mun ahe gilak..
( g mandi dah nak maghrib..Nanti takut ada hantu teman mandi kalau lewat sgt)

Lepas je Aku dengar words “momok” dengan pantas aku capai towel yang bergantung kat pintu almari yang terbuka..

(Oh ya…! Aku anak bongsu dari 4 adik beradik.. Sorang abang & 2 akak yg GARANG bg Aku..
Ok sambung balik!!)

Lepas selesai je mandi Aku pun kenakan baju power ranger yg tengah tiptop di kalangan budak² zaman 90an dulu.. Aku minat giler dengan Tommy or yg lebih tepat Green Rangers waktu tu..
Malam tu kira² jam 830 malam aku main dgn anak² jiran kat perkarangan rumah aku..Biasa lah kan malam² Raya, mesti kecoh sakan la kitorang hero² Power Rangers ni.

Aku dak budak² kira dalam 6 orang jugak lah yg main bersama masa tu, Kitaorg berpecah kepada 2 group. Satu group hero & Satu lagi group penyangak Btw,walaupun masa tu aku budak lagi tapi yg buat aku xtakut main kat luar sebab terang dgn lampu pelita yg Bapak aku nyalakan dan lagi pula rumah jiran pun dekat² so meriah lah.. (boleh tak korang imagine suasana kampung di malam raya?? Haa…Gituuu…)

Soo bermulalah kisah serammm di sini di sebalik gelak tawa aku dan geng² koboi nih.. Masa ni aku dan 2 lagi team aku yg hero tadi dok tengah cari team PENYANGAK tadi sebab kitorang main Hide & Seek sebelum pertarungan yg paling HEBAT BERMULA!!!

Aku, Afis dan Udin satu team and kitorang berpecah..Udin gi cari kt dalam rumah aku,kot² dorang menyorok kat rumah.. FYI, Udin ni cousin aku & sebaya dgn aku so memang tak segan lah nak masuk dlm rumah.. Yg aku dgn Afis ni tadi pegi pulak cek kat luar rumah di sekeliling rumah.. Afis gi bahagian depan and aku lak kt bahagian belakang area dapur rumah dan reban ayam..

Aku dok tengah focus mencari tu, telinga aku tertangkap dengan satu bunyi kat belakang rumah..

PRAAKKKKKK!!!

Bisik hati ku..
“Siap lahhh kau pasni..Aku bertukar jadi Power Rangers!!”

Aku pun perlahankan telapak kaki aku menuju ke arah belakang rumah yg samar² sebab pelita kat area depan and tepi je..

Sampai je aku kat belakang rumah..Aku nampak KELIBAT sorang yg tengah lari dari aku menuju ke arah reban ayam..

“haaaa!! Siappp kauu!! Ahhahaha!! ” aku ketawa bangga sbb jumpa salah sorang..

Aku pun kejar sampai ke reban ayam..
Then tetiba aku rasa lain macam..Rasa meremang habis..Tapi aku abaikan je sbb kan dh malam so sejuklah sebab ada angin..
Aku cari tak pulak aku nampak sesapa kat area tu..

“Fazzz!! Eyman dan Mirul aku dah jumpa!!”

Aku terdengar Udin dan Afis terpekik terlolong kat depan.. so time ni aku syak lah yang Khairul yang aku nampak tadi..

Kreeekkkkk!!! krekkkk!!! Krekkkk!!!

Aku tersentak dengar bunyi yang 100% aku yakin dari arah atas reban!!!

Dengan berbekalkan semangat yg kental tuk hadap raksasa tu..Aku undurkan beberapa langkah ke belakang sbb nak tengok kat atas bumbung reban yang tinggi untuk budak kecik yg macam aku ni..

Alangkah terkejutnya aku semasa mata aku menangkap satu susuk tubuh yang macam perempuan dewasa serba hitam!! (alahaii…Power Ranger dh nak nangiss!!) semangat yang tadi teguh, kukuh dan utuh entah ke mana menghilang.. Aku masih berdiri berhadapan dengan benda yang ada kat atas reban tu… “Bissmillahirahmannirahim.. Allahhhhummaaabari..” takk sempat aku nak baca habis. Benda tu membuka muluttt!!!!   Benda tu mengeluarkan lidah yg panjang dan ditujukan ke arah aku!!!!

“Maa……maaaakkkkkkkkk!!!!!!!!! ”

Teriakkkk ku kuatttt!!!

lintang pukang aku lari ke depan rumah bagi mendapatkan Bapak aku.. Aku perasan semasa tengah aku lari tu, Si Udin dan Afis ni dah siap² kumpulkan ketiga² penyangak tadi,tapi aku teruskan larian aku untuk mendapatkan orang tua aku..

Sesampai je aku kat orang tua aku..Aku cerita dari A – Z tentang apa yang baru aku lalui..

Rupa²nya yg aku baru jumpa tu dorang bagi nama “Hantu Gombek”..Sejenis Setan yang suka sakat budak².. Ingatkan aku dapat simpati tapi yang aku dapat machinegun dari kedua org tua ku.. Geng sepermainan aku tadi terus takut,tak pasti takut sebab apa yang baru aku lalui or sebab apa yg tengah aku hadapkan sekarang ni..

Belum habisss okeyyyy!!!!

Jam menunjukkan pukul 1230 pagi.. Aku masih terkelu dan bertubi² menerima serangan dari adik beradik aku..(dorang gelakkan aku dan buat aku rasa nak siku je muka yg rasa hebat tuh)..

Dalam masa yg sama mak and ahli keluarga yg lain ada yg dok sibuk tukar cadar kusyen kerusi kayu tu..Sebab dulu rumah ni xda nya sofa..Kerusi kayu je yg jenis ada kusyen yg boleh tukar lapik tu haa.. Ada jugak yang sedang memasak di dapur..FYI, rumah aku ramai sebab cousin mazen semua balik beraya kat kampung so memang meriah lh rumah.. Dalam keramaian tu.. Mata aku sekali lagi menangkap sesusuk tubuh yg berdiri di hadapan pintu rumah!!!

Susuk tubuh yang baru membuat aku menangis sebentar tadi.. Tapi yang aku pelik kat sini asal aku sorang je yang nampak sebab aku nampak muka Udin & adik beradik aku tenang je macam tak takut apa² sedangkan aku dah bagi hint muncungkan mulut ke arah muka pintu tu.. Benda tu melihat aku dan kali ni aku jelas nampak muka yang hitam seakan hangus terbakar tu..

Ntah dari mana datangnya Pak Cik aku iaitu Ayah kepada si Udin ni.. Pak Cik aku ni kira orang berilmu jugaklah kat kuching sebab dia Guru Silat .

Pak Cik aku terus terkumat kamit mulut.. Ahli keluarga yg ada kat ruang tamu tu pun pelik tengok Pak Cik aku ni tapi dorang tak pulak nak tegur.. Entah ayat apa yang dia baca..Tak lama lepas tu benda alah tu hilang dari pandangan..

Pak Cik aku datang kat aku dan ambil segelas air lalu di bacakan ayat² suci dan bagi aku minum.. Semangat aku kembali pulih selepas tergamam buat beberapa waktu..

Sejak kejadian tu..Sampai laaa sekarang ni aku boleh nampak benda² ni..Langsung tak tapis dah, tapi Alhamdulillah semangat Power Rangers Hijau tu makin kuat. selepas aku belajar Silat masa umur 8tahun sampai lh sekarang ni aku masih amalkan.

Sorry kalau penulisan aku tak seberapa nak kemas.
First aku tulis nih..Sebenarnya cerita ni pengenalan je dari aku sebab aku first boleh nampak since masa tu ha…

Bayangkanlah berapa ratus kali ntah aku kena dengan benda ni sebab dorang tau yang aku boleh nampak dorang,hampir setiap hari & setiap tempat ada benda mistik ni aku tengok.. Ada yang suggest aku ruqyah tapi tak pulak aku meronta sakit ke apa sebab selalunya sapa yang nampak benda ni,means ada benda tu kat badan kita sebab cuma Jin yg boleh nampak Jin & Iblis ni semua. Bila sering dah Ruqyag tapi Still sama je and tak macam kena rasuk tu,.Allahualam.. Yang baik kita ambik dan yang buruk kita buang jauh²..
Assalamualaikumm….

Ehhh!!! Sape depan pintu tuh!!!!!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 thoughts on “Hantu Gombek”

  1. nang besa ya fazz hehe mun dah knk kaco..mesti pasya akan terbukak hijab(dgn izinNya la).best cta ktk..keep it up..mun da gik,cta gk ctok

    Reply
    • Xsure hantu apa tp muka dia hitam.. Then ms dia senyum n jelirkan lidah tu sumpah panjang sgt..Mcm cicak tu ah..Allahualam

      Reply
  2. untuk ko ada baju power rangers
    aku dapat tengok tv je
    tapi pernah dapat full set patung power rangers siap ada y kaler putih lagi arwah abah aku beli kat pasar malam .

    Reply
  3. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 2
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 2
    Total 10/10. Very nice story

    Reply

Leave a Comment