Ini adalah merupakan pengalaman pertama aku menulis, terima kasih aku ucapkan sekiranya admin sudi berkongsi dan memaparkan ruangan kisah aku ini.
Aku merupakan seorang perempunan. Pengalaman tentang penampakan makhluk halus, berlaku kerasukan bukan pertama kali berlaku dalam hidup aku , malah tiap dua tahun sekali mesti terjadi. Orang kata macam dah penat nak hadap. Walaupun bukan aku yang kena rasuk tapi orang lain tapi jaga orang yang kena rasuk ini sangat penat mental fizikal lagi-lagi kalau kau pun lemah semangat dan penakut nak mampus.
Berbalik pada cerita aku, siapa yang selalu kena rasuk dalam keluarga aku ini ialah ibu aku. Penampakan makhluk halus ini dia dah biasa nampak tapi tak pernah lagi cuba nak rasuk dia pun just menampakkan diri dan masa dia budak pun dia tahu nangis dan tunjuk kat atuk nenek aku `hantu, hantuโ, tapi selepas atuk aku meninggal, selepas itu juga dia selalu kena rasuk. Once kau dah kena rasuk kalau kau tak kuat dia akan datang balik.ย aku pun selalu kena ganggu juga tapi takda tahap kena jentik dengan natang ni lagi setakat nih, aku nampak aku rasa dia ada kat situ, nangs tu je keje aku.
Pada suatu hari, aku baru balik dari sekolah dan lambat sikit dari dua adik perempuan aku yang lain. Dari halaman rumah aku dah dengar ibu terpekik marah-marah kat adik aku yang bongsu. Adik bongsu aku waktu nih baru darjah tiga dan perangai dia malas nak pergi sekolah agama sebab alasan penat. Adik aku ni manja tapi masih perangai dia masih boleh dikawal lagi sebab kalau ibu aku tak naik tangan aku dengan adik aku nombor dua ambil alih bantai dia. Dia punya memberontak kat ibu taknak pergi sekolah sehingga menguji kesabaran ibu aku.
Aku buka pintu tengok cermin dah pecah buku berselerak depan mata aku. Aku terkejut sebab sebelum ni pun memang ada kes tapi kau bayangkan aku baru penat balik sekolah tapi kena hadap situasi macamnih. Lupa nak cakap, ibu aku kalau dia rasa nak marah, benda kecil kau rasa macam tak perlu dipebesarkan pun sampai takleh bawa bincang, ibu aku nih kalau rasa telinga dia bingit dan berdensing, makhluk time tuh nak ambil kesempatan nak rasuk ibu aku, tangan dia kan bergerak untuk lempiaskan kemarahan, kalau jadi kes nih, dia akan suka baling benda berkaca, then pinggan dia yang jadi mangsa. Lepastu baru sedar pinggan kesayangan dia banyak pecah dan dia nangis sebab takleh kawal. Masa tuh Allah jer tahu perasaan aku adik beradik dengan rasa tak selamat takut kami cedera, dengan kesian kat ibu sebab nampak macam benda lain kuasai dia.
Masatuh aku terus rasa lain macam tapi aku buat bodoh. Aku percaya semua jadi sebab natang tuh dan punca ibu tak boleh kawal emosi. Tapi aku tengok ibu lain macam sebab duduk di lantai dalam keadaan kedua-dua belah lutut dia rapatkan kat muka, rambut kusut masai. Tapi aku bersangka baik. Aku arahkan dua adik aku naik atas dan pujuk adik bongsu supaya pergi sekolah agama. Selesai aku teman adik aku naik van, aku masuk rumah dan terus siapkan homework yang cikgu bagi, dalam masa yang sama ibu aku dah okay dan dia pun nak makan. Aku duduk di meja makan sambal ditemani oleh ibu.
Ibu aku duduk berhadapan dengan aku, dia makan sambil sibuk perhatikan aku, aku melihat kelainan pada muka ibu aku, dia pandang aku dengan mata tajam dan sinis. Dia asyik perhatikan aku dengan tersengih sinis, aku time tuh nak cuak pun tak sempat aku rasa sebab aku masih bersangka baik. Aku buat bodoh dan terus siapkan homework. Masa tuh aku tak terfikir pun nak call ayah macam biasa aku buat kalau benda ni berlaku kat rumah.
Masa maghrib itulah waktunya berlaku, ibu aku baru selesai solat maghrib dan turun ke bawah. Adik kedua aku tengah masak dan aku still busy dengan homework dan kerja kursus yang tak siap siap dari tadi sebab pelajar tingkatan enam mana pernah tak busy. Ibu aku suruh aku ubat dia maksudnya dia suruh aku letakkan tangan di kepala, sebab dia mengadu kepala dia berat lain macam. Aku dah tahu apa yang dia nak suruh, time aku rasa nak lari, nak nangis, nak suruh ayah aku balik. Tapi ibu aku berkeras taknak susahkan ayah yang terpaksa pulang awal, ibu aku terus pesan inilah masa aku nak belajar ruqyahkan orang dan bukan bergantung pada ayah aku. Tapi aku mengaku aku tak boleh buat sampai nak nangis dah, ibu aku terus pesan kalau kita makin takut, dia makin dekat. Aku pun kentalkan diri sambil ibu duduk menghadap kiblat, aku mulakan dengan surah AlFatihah, Tiga Qul dan diikuti ayat kursi berulang kali, sumpah ilmu aku pun tak cukup didada, itu je aku mampu buat,
Semasa aku baca, ibu aku pun dah start tunjukkan hint, dia merayu kat aku supaya perkuatkan lagi bacaan tuh, sebab rasa ada benda nak keluar dari mulut dia, aku rasa gelabah giler, rasa nak tercabut lutut, nak nangis, yelah aku perempuan kut, and aku pun ada sense yang sama lagi cepat rasa, suara ibu aku berubah berdengus banyak kali, berdengus macam krbau kena sembelih, ibu asyik terbatuk batul dan aku dapatkan rasakan bagai elektrik yang menjalar dari tangan aku, sebab kau akan rasa sesuatu masa kau cuba nak rawat orang, aku terkejut dan aku lepaskan tangan dari kepala.
Angah aku dah pucat kat sebelah tapi dia pula teruskan sesi bacaan dan letakkan tangan di kepala ibu aku dan azan di kedua belah telinga ibu aku. Dia ni jenis tak nampak, dan dia sedikit kuat dari aku yelah orang tak nampak dia takda perasaan sikit, tapi aku tengok berderai juga air mata dia. Adik aku yang bongsu dia punya function panggil jiran aku suami isteri untuk call ayah dan diorang datang untuk bacakan yasin. Akhirnya benda itupun berjaya keluar. Ibu ceritakan kat aku dia rasa macam ular berbelit di tekak dan terlalu panjang nak keluarkan.
Setengah jam kemudian, ayah aku sampai. Aku pun ceritakan dari A sampai Z dan fikirkan keadaan dah pulih macam biasa tapi meleset. Untuk pastikan benda nih tiada lagi dalam tubuh badan ibu aku, selepas isyak ayah melakukan ruqyah terhadap ibu dan kami adik beradik membaca Quran dibelakangnya. Benda lain keluar benda lain pulak masuk dalam tubuh ibu aku. Ibu aku terus gelak mengilai dan menjerit, sampai jiran aku kat rumah pun dengar. Ayah melakukan sesi dialog dengannya, hanya Allah je tahu perasaan kami, aku terlalu kesian melihat ibu terjerit, menggunakan tenaganya.
Benda yang masuk dalam tubuh ibu aku ini mengaku dia adalah puteri dari sekian sekian, dan mengatakan ibu aku adalah cucu pewarisnya, dia nak wariskan khadam, tetapi dia tak mampu nak masuk dekat dengan ibu aku sebab ibu aku selalu jaga solat. Jin yang mengatakan dia puteri nih bukan kali pertama masuk dalam ibu aku tapi dah kali kedua, dia masih persoalkan dan marah dengan ayah aku sebab rawat ibu aku. Jadi setiap kali apa dia nak cakap aku dah boleh hafal benda sama yang dia duk ulang dan mintak. Jadi dia telah ambil kesempatan bila ibu aku marah untuk kali kedua. Alhamdulillah proses itu selesai akhirnya.
Adik aku masa tuh taknak sentuh dan bercakap dengan ibu aku, dia langsung taknak duduk dekat, dan asyik berkepit dengan ayah sampai tertidur dekat riba ayah malam tuh.
Tahu pulak dia takut, kalau tak serik buat lagi, aku dah warning dia awal-awal. Dalam situasi ini, aku tak salahkan adik aku seratus peratus, ibu mungkin terlalu penat selepas pulang dari kampung, dia pun ada mengadu dekat kami yang rasa kepala lain macam semasa sampai di rumah, tapi kitorang masa tuh alpa dan lalai, terlalu berseronok dalam kereta selepas cuti raya, sampai benda tu ikut balik rumah sekali.
Benda ini tak berhenti sampai sini sahaja tapi makan masa selama tujuh hari berturut-turut, masa tuh kami tidur pun sekali dekat ruang tamu bawah, tiada siapa pun tidur dekat bilik atas, tidur dengan alunan ayat suci Al Quran, aku rasa penat sangat dengan aku yang nak menghadapi final exam semester pertama STPM, muka aku datang sekolah hari-hari pucat tak bermaya sebab terlalu fikirkan keadaan ibu.
Kadang-kadang aku ponteng. Ayah terpaksa sambung cuti lagi seminggu selepas pulang dari kampung sebab ibu bukan sahaja dirasuk waktu malam sahaja tapi selepas asar, iaitu dalam masa satu hari je berlaku dua benda. Kami rela tak tidur malam asalkan ibu tidur dalam keadaan tenang.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Woi mana komen-komen peminat fiksyen shasha.
Aku dah lama tak discovery laman fiksyen shasha.
Aku dah lama tak baca kisah seram ditepek oleh admin fiksyen shasha.
Komen aku tulis ini pun tak baca lagi kisah seram bertajuk “Ibu jangan marah-marah.”
Oh… selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa.
Amende la ko merapu nih… Bleh x ko susun ayat ko betul2… kita menulis sbb nak share cerita dan pengalaman.. bukan mebulis sbb syok sendiri… tulis la betul2.. biar orang paham…
aku baca tak sampai suku terus give up. terabur teruk penulisan
*kau
*betul-betul
*tak
*menulis
*sebab
Kau cermin diri kau dulu sebeum memekak sana sini tegur ayat orang.
Walaupn penulisan sedikit berterabur dn kurg kemas tp akak gigihkn jg bca smpi habis. Semoga ibu adik sembuh sepenuhny dn djauhkn dri sgala jin dn syaitan yg cuba mengganggu.aamiin. Penulisan hrp dkemaskn lagi selepas ini. Xperlu perfect yg pnting mudah difahami. Sblm hantar baca 2,3kali dlu.. Ok dikkk… Byee…
Ntah la.. Beterabur, so byk yg skip ๐โโ๏ธ
Cantik sangat ke penulisan korang ni yg sedap mengata kat org…dia dh kata kan first time bercerita.
Setidaknya dia tuliskan?? Korang kecam kecam ni apahal??? Bagi la semangat sikit dahla nak exam lepastu mak dia kena rasuk korang lak kecam dia….
Aku baca sampai habis elok je…..ke korang ni tak tahu membaca?๐
haah laa
Gaya penulisan mmg serabut. Tapi macamana serabut pun story kena baca sampai habis. Cerita best
First first aku baca pun tak faham…lama lama faham
saya faham apa awak sekeluarga lalui. sebab kita sama.. org yg x lalui dia takkan faham.
saya mcm ibu awak.. x boleh marah, terdetik sikit rasa marah, makhluk tu mula menguasai diri. perkara mcm ni dah jadi semenjak dari makcik2 saya lagi. dan dlm kalangan cucu atok saya, saya sorang yg kena. kami dh byk pergi berubat, rawat diri sendiri.. tapi kdg2 tewas juga.