Kisah “Teman” Yang Tak Diundang

Hai admin dan pembaca fs!! Ini kali pertama saya menulis cerita dalam fs, selalunya saya hanya jadi pembaca sahaja. Baiklah kisah ini berlaku beberapa bulan lepas. Saya duduk dekat sabah. Saya dengan encik suami menyewa rumah di sebuah apartment kawasan sulaman dengan sepupu perempuan saya.

Alkisah pada malam itu, suami saya bekerja dan saya pula berada di rumah kakak ipar saya. Sekali sekala saya akan tidur di rumah kakak ipar saya untuk menemaninya jika suaminya kerja sebelah malam. Suami saya pula biasanya akan pulang kerja lewat malam, dan akan terus menuju ke rumah kakaknya yang tidak jauh dari tempat kerjanya.

Malam itu tinggalah sepupu saya sendiri di rumah. Dia sudah maklum bahawa kami berdua berada di rumah kakak ipar saya pada malam itu. Jadi, saya menghantarkan pesanan kepadanya untuk mengetahui keadaannya di rumah. Sebelum ini juga, dia pernah berseorangan di rumah namun tidak pernah mengalami kejadian seperti ini.

Sebelum itu, biar saya ceritakan kejadian yang berlaku kepada saya. Pada malam itu, kira-kira jam 8 malam. Saya berada di dapur sedang mencuci pinggan sementara menunggu kain siap di basuh. Saya sendirian ketika itu. Pada mulanya, tiada yang pelik namun saya sedia maklum bahawa di mana saja tempat, pasti ada “benda” lain. Saya ada kelebihan sedikit untuk melihat “benda” yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Saya berasa lain semasa saya berada di sinki dapur. Saya cuma tidak untuk mengendahkan perasaan itu. Tapi, mungkin pada malam itu “dia” ingin menunjukkan bahawa dia ada di sana. Apabila sa pusing ke belakang l, saya ternampak seperti kelibat/bayangan kain berwarna putih. Kadang kadang, ianya berwarna merah pekat.

Jadi untuk mengurangkan debaran di hati, saya cuba beritahu mereka agar jangan menggangu orang di rumah kerana kami tidak menganggu mereka. Tapi jiwa mereka cuma ingin menunjukkan kehadiran mereka tidak apa (cakap dalam hati) setelah itu, mereka hanya akan muncul jika di rumah hanya ada yang bersendirian. Kiranya, mereka ingin menemani sahaja.

Kisah itu tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa. Kerana takut mengundang kerisauan pada mereka. Malam itu, masa sepupu saya sendirian di rumah, saya menghantar pesanan untuk bertanya adakah dia dalam keadaan baik. Pada mulanya, dia kata dia okay sahaja. Jadi, kuranglah risau di hati saya. Tiba-tiba sekitar jam 10 malam, dia menghantar pesanan kepada saya, bertanya “saya ada di mana” dan mengatakan ada sesuatu yang terjadi kepadanya. Namun, dia akan menceritakan kepada saya sebaik saya pulang ke rumah.

Keesokannya, saya pulang ke rumah setelah suami turun kerja pada sebelah petang. Sepupu saya menceritakan apa yang berlaku malam semalam. Ceritanya begini. Waktu dia menghantar pesanan melalui whatsapp, dia terdengar suara yang sebiji seperti suara saya memanggilnya dari dalam bilik saya. Ketika itu dia sedang bermain handphone di ruang tamu.

Nasib sahaja dia tidak menyahut panggilan itu. Katanya, dia berdiam diri dan hanya mendengar sahaja dan menunggu sekiranya saya keluar dari bilik. Sebab itu, dia terus menghantar pesanan kepada saya, sama ada sudah balik atau belum. Mungkin tidak perasan bila saya pulang. Setelah itu, dia melupakan seketika kejadian itu. Dan menganggap ianya tersalah dengar. Sewaktu dia mengambil gambar (selfie) tiba-tiba muncul satu wajah di kamera di sisi wajahnya. Apabila di toleh ,tiada apa benda berada di situ. Kerana ianya pintu bilik yg bertutup. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Dia terus terus sampai keesokkannya. Tidak semua penghuni di kawasan ini mengetahui bahawa terdapat satu kuburan lama di kawasan tangki air yang tersembunyi. Hanya kuburan itu yang tidak di ganggu dari dahulu dan tidak diketahui siapa pewaris dari pemilik kuburan itu.

Sekian sahaja kisah dari saya. Maaf sekiranya kisah ini tidak seram seperti kisah yang lain. Terima kasih admin.

 

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Kisah “Teman” Yang Tak Diundang”

  1. Sorry… bosan… btw, dpt tengok bnda tu bukan satu kelebihan la cik kak… itu penyakit. Kna g rawat..

    Reply
  2. Seram / Tak (2 marks) = 0
    Gaya bahasa (2 marks) = 0
    Penyampaian (2 marks) = 0
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 0
    Comment : Gaya bahasa yang teramat teruk. Point seram dekat situ, ada. Tapi disebabkan cerita tunggang langgang. Jadi sakit hati pulak nak baca. Perbetul kan ayat dulu, sebelum mengarang. Lepas tu, baca semula. Penggunaan ‘dia’ lebih mudah kalau diganti kan dengan ‘suami’ atau ‘kakak ipar’. Orang confius, sekejap, dia dirujuk kepada suami, sekejap kepada kakak ipar. Saya boleh rasa kan cerita ni ada benar nya dan bukan fake. Dengan itu saya kasi 1/10. Terima kasih.

    Reply
  3. Berbelit-belit ayat.. Byk skip sbb nk dpt point seram. Tp ttap xfhm..yg fhm, dgr suara penulis mmanggil sepupunya tp waktu tu penulis xde dirumah. Yg pasal selfie tu, da kenape nk berselfie sedangkan tau sedang diganggu.. Kalau ade lg point seram, sy xjumpe.so,next..

    Reply

Leave a Comment