Hi dan salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca setia FS. Aku dah lama jadi silent reader kat page ni tapi harini aku teringin nak share kisah seram yang berlaku dalam hidup aku dan memang aku takkan lupa. Aku perkenalkan diri aku sebagai Nawa (bukan nama sebenar). Aku orang Kedah and masih belajar.
Aku tinggal di sebuah kampung yang berada di lereng bukit. Laluan nak masuk kampung aku ni jalan kecil dan dikelilingi dengan pokok getah. Ada dua jalan untuk ke kampung aku. Jalan singkat ialah jalan atas bukit dimana jalan ni memang tiada lampu jalan dan memang sunyi terutama lepas maghrib.
Jalan kedua ialah jalan lereng bukit. Jalan ni agak jauh tapi lebih selamat. Kena lalu lereng bukit sebelum jumpa rumah orang kampung. Aku terpaksa cerita pasal jalan ni sebab kat sinilah tempat aku diusik. Ok jom start.
Aku satu satunya anak perempuan dalam family dan bawah aku ada sorang adik lelaki, aku namakan dia sebagai Ahmad (nama samaran). Hari khamis malam jumaat adik aku ni bagitau mak aku yang dia kena kesekolah untuk berlatih pantun untuk pertandingan akan datang.
Memandangkan masatu aku tengah cuti, akulah mangsa yang kena hantar adik aku p asrama dia. So, lepas solat maghrib, adik aku ajak aku terus sebab latihan dia start jam 8 30 malam. On the way pergi, adik aku yang bawa moto. Aku jadi rider setia heheh.Adik aku bawak aku keluar dari kampung ikut jalan bukit. Masa moto kami melepasi kawasan selekoh tajam, mata aku ternampak bayangan putih di sebelah tapi aku abaikan. So, kami teruskan ja perjalanan sampai lah aku hantar adik aku.
Kisahnya bermula bila aku keluar dari pintu pagar sekolah adik, (jam 8 15 malam) aku terbau bau bangkai. Aku dah cuak tapi aku positifkan diri,mungkin bangkai ayam.
Aku ambil keputusan untuk balik ikut jalan lereng bukit sebab aku dah tak sedap hati. Sampai ja aku dekat lereng tu, aku on lampu atas sebab aku takut. Angin sejuk jadi peneman tapi hanya sekerat jalan. Di pertengahan jalan melalui lereng bukit, belakang badan aku panas, panas macam kena haba api.
Muka dan tangan aku masih sejuk. Aku dah mula baca ayat apa yang patut, tapi berterabur. Aku turunkan dua dua side mirror sebab aku takmau tengok ‘penumpang’ aku. Tiba-tiba ada suara bisik kat telinga aku, ‘adik takut ke….. heheheheh’. Aku dah mula menangis sambil bawak moto slow slow.
Bila dah lepas kawasan lereng bukit, belakang badan aku dah tak panas. Dalam 500m aku nampak lampu jalan oren tu menerangi kawasan sawit yang akan aku lalu. Aku ucap syukur. Tapi gembira tak tahan lama… bila aku dah dekat dengan lampu tu, ada makhluk tengah tengok aku. Dia melekat dekat lampu macam kelawar, rambut panjang cecah lantai, baju putih penuh d***h hitam, kepala kebawah dengan mata yang memang hitam berlubang. Senyum menyeringai macam Joker.
Bila semakin dekat, dia mula pusingkan kepala dia tapi badan masih songsang. Aku menangis teresak esak, kecilkan mata tengok jalan depan sambil panggil nama mak. Ayat quran memang dah ke laut masatu. Masa lalu tepi tiang lampu tu, dia mengilai berselang seli dengan menangis, terus moto aku jadi berat. Aku kuatkan semangat sebab kampung aku dah dekat dengan kawasan kelapa sawit tu.
Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 15 minit menjadi sejam asbab motorku yang perlahan. Aku berjaya sampai rumah jam 9 30 malam dalam keadaan teresak-esak menangis. Aku turun moto dengan perlahan lepastu aku jerit panggil ayah macam orang gila. Ayah tergopoh keluar dari rumah.
Ayah tengok aku lepastu ayah jerit, ‘hang jangan kacau anak anak aku’ sambil bacakan ayat al quran. Lepastu aku tak sedar apa apa dah. Pagi tu aku bangun, mak duduk sebelah aku sambil tuam kepala aku, aku demam panas seminggu.
Ayah cakap dekat aku, benda yang kacau aku tu datang dari pesakit ayah aku, dia tak berjaya nk kacau pesakit tu sbb ayah aku tolong buang so benda tu nak balas dendam kat ayah aku melalui anak anak ayah aku.
Kesimpulannya, kalau nak keluar pergi mana-mana, berdoalah agr Allah sentiasa lindungi kita. Nanti kalau ada peluang, aku cerita pasal adik aku yang didampingi oleh pendekar. Sekian dari aku, maaf kalau tak seram tapi benda yang jadi ni aku akan ingat sampai bila-bila.
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
Bukit tangga?bukit kayu hitam?bukit tembaga?bukit pinang?bukit wang?bukit raya?bukit payung?bukot selambau?..lagi2..kaih oqhang kedah oi
bukit kecik… wang tepuih… gunung keriang
Mohon smbung cepat sikit..😘
Syukur alhamdulilah, awk x apa2. Jgn takut (bkn cakap besar), mreka sngaja jdi huduh dan buruk sbb nak takutkan kite.. mmg itu kerja mreka utk sesatkan mnusia. Cuba la slalu mmkir psal Allah, Allah sntiasa ada bersama2 & membantu kite apabila brada dlm kesusahan, yg penting sntiasa berdoa & mngingati pda Allah. Sy doakan smoga Allah SWT sentiasa melindungi & permudahkan urusan awk & sekeluarga, amin
Bukit Rawa
celah mana yg xseramnya wahai cik penulis oii… seram gila babas la wei.. sorang2 dlm htn gelap2 malam gutu,, dgn main kepala pusing2 aishh gilanyaa.. sambung2
Gila ahhhh… dah la jln lereng bukit, xde lampu, mcm dlm pedalaman plk.. berani ko bwk moto sorang² waktu mlm dik… klu x hantu pun, silap² ada org jahat tarik ko masuk semak.. lagi bahaya tu…emmmm
Aku rasa bukit Selambau nak pi Felda lubuk merbau… Dulu aku dari kulim nak balik pokok sena singgah Felda lubuk merbau macam ada lalu jalan lereng bukit… Tapi bnyk pokok getah.kelapa sawit macam baru nak tumbuh