Assalammualaikum,
Anda sihat dan bahagia? Kalau ya baguslah, kalau tidak anggaplah ini sebahagian dari isi hidup anda. Harap ceritaku ini boleh menceriakan hari-hari anda semua. Baiklah aku akan teruskan dengan satu cerita yang agak seram bagiku tetapi bagi anda tak tahulah. Harap seramlah ya.
Cerita ini berkisah ketika aku menjadi pelatih di satu program khidmat negara sekitar tahun 2007. Kem latihan aku terletak di Negeri Kelantan. Tiga bulan di dalam kem PLKN bolehlah dikatakan menarik dan seronok namun pengalaman seramnya seringkali membunuh moodku.
Cerita bermula ketika aku dan pelatih-pelatih lain sedang tidur nyenyak. Seperti biasa setiap malam akan ada dua pelatih yang tugasnya meronda sekeliling kem. Ah aku tidak ingat apa nama khasnya, maaf ye. Seorang pelatih sedang berjalan ke dorm aku. Posisi katil aku di sebelah pintu dan di atas katilku tingkap. Agak aneh sedikit pelatih yang datang meronda.
‘dap, dap’
Selalunya akan dengar bunyi but mereka berjalan lagi-lagi kedudukan aku yang bersebelahan dengan ruang jalan kaki. Tetapi kali ini kedengaran seperti seperti dia jalan berkaki ayam. Ditambah pula kedengaran bunyi dengusan perempuan.
“Errrrr errrrr”
Sepatutnya lelaki bukan perempuan memandangkan ini adalah kawasan dorm lelaki. Aku kaget sedikit. Selimut ditarik sehingga menutup atas kepala. Walaupun tidak membantu dalam melindungi diri sekurang-kurangnya aku tidak perlu hadap muka orang itu. Aku tidur mengiring mengadap kawanku. Seronok lihatnya sudah tidur lena. Aku pula masih tidak boleh tidur.
“Errrrr errrr”
Ada orang berdiri di pintu masuk. Memang jelas suara dengusan itu milik seorang wanita. Aku berdebar banyak. Peluh mula keluar tetapi masih sedikit.
“Errrrr errrrr”
Bunyi dengusan masih kedengaran. Aku masih memandang kawanku. Takut.
Beberapa ketika kemudian bunyi dengusan itu hilang. Lega sedikit. Aku cuba mengubah posisi dalam keadaan terlentang. Kain selimut masih menutup seluruh tubuhku. Aku cuba ambil nafas. Tidak semena-mena bulu roma aku meremang. Aku ada sedikit aneh. Di balik-balik samar selimut, aku nampak seperti ada sesuatu di atas siling. Sesuatu itu lebih kepada seseorang.
“Pap!”
Dengan pantas ‘seseorang’ itu sudah berada di atas badanku. Dari siling dorm dia jatuhkan dirinya dan hampir menghempapku namun tidak bersentuh. Ah sudah!! Ada benda dihadapanku.
“Errrr errrr”
Suara mendengus kedengaran. Jelas dan dekat. Memang suara perempuan. Terasa seperti rambut berjurai-jurai di permukaan selimut. Rambut-rambut mula menyentuh selimut. Muka kelibat itu cuba mendekatiku. Peluh aku semakin mengalir laju dan lebat. Mataku sudah lama ku tutup. Tidak rela aku lihat mukanya. Terasa benar mukanya di hanya beberapa sentimeter dari mukaku.
“Heeee heeeee”
Dia gelak. Satu aroma busuk menerjah hidungku. Busuknya seperi bau bangkai. Aku dapat rasakan dia sedang membuka mulutnya.
“Ha ha ha, semua dah tidur ker?”
Ah sudah dia bertanya pula. Peluhku kian membasah. Semua ayat suci aku cuba lafaz di dalam hati namun tiada satupun yang sempurna. Jahil agama ketika ini. Aku semakin takut. Dalam minda aku sudah seperti ribut bencana namun fizikalku masih mengekalkan mood tidur.
Aku mula merasa tubuhnya mula merapati.
“Heeee heeeee ni dah tidur ke belum? Nak tengok muka boleh?”
Aku cuba berpaling ke kanan. Mukanya semakin menghampiri mukaku. Terasa alur bentuk mukanya. Mungkin beberapa saat kemudian aku akan pengsan kerana takut yang teramat sangat.
Senyap.
Aku terasa ringan kembali. Aku terasa seperti tiada apa-apa menindihku. Aku terasa seperti benda itu sudah pergi. Aku mula terasa tenang. Mungkin kerana takut sangat aku pengsan atau tertidur. Beberapa jam kemudian pelatih lain bangun bersiap-siap ke surau.
Esoknya aku cuba bertanya pelatih-pelatih lain sekiranya mereka terdengar suara aneh namun mengecewakan tiada siapa yang dengar. Malah kawan aku di katil sebelah juga tidak dengar. Masing-masing tidur mati.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
gatal betul menatang tu,,asal tk lempang je muka dia,,hehe
serammmlah!
sherammmmmm :O
dulu penah g kem upkk kat plkn ni haha
Nice cerita ni
Kalau lalu2 je ok lgi.. Bab beramah mesra ni yg xnak.. Seram oii.. Boleh x jgn tanya2, dok diam2 ats siling tu..