Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua pembaca Fiksyen Shasha.
Aku ni salah seorang yang tiap2 hari follow FS ni. Saja2 nk kongsi dengan korang pengalaman aku sepanjang aku bekerja. Aku pernah bekerja sebagai peguam. Based kt Batu Pahat, Johor. Tapi firma aku ni ambil juga kes-kes kt luar Batu Pahat. Maka, aku ni banyak kena travel. Seremban, JB, KL, Shah Alam dan lain2 lagi. Aku pecahkan kepada beberapa pengalaman di sini :
Kisah 1 : Laluan Jalan Lama Merlimau Ke Seremban, Tol Ayer Keroh.
Ni kisah lama dan antara yang terawal. Tahun 2008 kalau tak silap sbb aku baru dapat Myvi. Masa ni aku pakai Nokia Music Express. So, mana ada waze bagai. Yang aku ingat, mak ayah aku lalu jalan ni kalau nak ke KL. Aku gerak dari Batu Pahat awal pagi sebab masa tu aku nak sampai awal kat Mahkamah.
Aku lalu jalan lama yang melalui Merlimau tu dalam pukul 5.30 pagi so korang bayangkan aku bangun tido awal giler sebab nak gerak dari Batu Pahat. Kat situkan ada tanah perkuburan dan jalannya agak berliku. Aku bawaklah perlahan.
Tapi dalam remang2 awal Subuh tu… aku perasan..kat seat belakang aku, ada sesuatu yang berambut panjang. Muka tak nampak dan rambut yang kusut masai Masa tu aku rasa kereta aku tak berat tapi jadik perlahan sangat. Aku tenangkan diri, bacalah apa-apa yang patut dalam hati… dan Alhamdulillah, bila tengok belakang balik… benda tu dah takde dah. Perjalanan ke Seremban, selamat.
Kisah 2: Perjalanan Ke Kuantan, Maran.
Ni antara kisah yang aku tak boleh lupakan. Hari Ahad aku di KL, aku ada kes di Kuantan pada hari Isnin. Masa di KL, aku melepak dengan kawan-kawan. Ingatkan nak gerak awal, bila dah lepak dengan geng, last2 aku gerak pukul 6.30 (lebih kurang).
Masa ni aku pecut jer bawak kereta. Bila dah masuk highway, ada la beberapa kereta yang aku “race” sama-sama. Ada 2 kereta lagi yang masa ni main pecut-pecut. Sedar tak sedar, masa tu jam dh pukul 7.30 . Maghrib dah masa tu. Bila dua-dua kereta tu slow down, aku dah sorang-sorang ke depan.
Nasib baik aku perlahankan kenderaan dan aku perasan, masa tu aku sorang jer. Takde kereta lain yang mendatang atau bersaing. Dalam remang Maghrib tu, aku nampak ada seorang budak yang tinggi (mcm umur 17 tahun), pakai baju belang2 besar kelabu cerah dan gelap, berlari dari tengah2 highway tu dan terjun ke tepi highway (yang mana aku assume tempat tu adalah gaung) sbb aku tak nampak apa-apa cahaya dah.
Istighfar panjang aku masa tu. Aku rasa kalau aku memecut, tah apa yang jadik. Tulis balik kisah ni, memang meremang rasa sbb imej tu sangat jelas dalam kepala. Alhamdulillah, lepas tu perjalanan ke Kuantan bagus.
Kisah ke 3 : Tol Tangkak.
Kisah tahun 2013 atau 2014. Tak ingat tapi masa ni , kali pertama nak ke Seremban lalu Tol Tangkak.
Antara kisah yang agak terkesan gak sebab kena LEPAS Solat Subuh. Aduh!
Kalau korang gerak dari Muar, menghala ke Tol Tangkak, ada 3 kubur cina di sebelah kiri.
Lepas solat subuh, aku singgah lahh beli kuih, buat makan dalam kereta. Drive mcm biasa.
Disebabkan aku tak pernah lalu jalan ni nak ke Seremban, aku bawak la slow-slow. Bila lalu kubur cina yang pertama, aku rileks lagi.
Kunyah la karipap yang ada… pastu dari jauh, aku nampak sesuatu yang lain dari yang lain. Kadang-kadang, kita lihat, ada sesetengah tiang besi, yang disokong oleh tiang besi yang lain. Aku nampak lah ada benda MACAM tiang besi tengah bersandar kat Tiang TNB tepi jalan tapi saiz dia mcm lain skit. Memantul-mantul cahaya bila kena kat dia.
Bila kereta dah dekat, aku baru perasan, cik pocong tu bersandar kt tiang TNB depan kubur cina yang kedua tu. Emmm… tengok ajerlah dan teruskan memandu. Alhamdulillah, perjalanan ke Mahkamah Seremban, selamat.
Buat mereka yang selalu memandu jauh tu, doa naik kenderaan jangan lupa, bacalah ayat Kursi tu selalu sampai lidah ni fasih dan lembut. Nanti mudah sangat nak baca.
Terima kasih sebab membaca. Nanti ada kisah-kisah lagi saya akan kongsikan.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best story.
Alhamdulilah la spanjang 4 tahun ulang alik Batu Pahat Penang through muo x penah kena kacau.. Seriau plak baca part tiang tu. Hahahaha
Kubur Cina jalan nak ke Tol Tangkak tu memang keras. Pernah dengar cerita, ada perempuan tahan kereta nak mintak tumpang kot tapi pemandu taknak berhenti maybe tahu kot tu bukan manusia. Sekali pandang cermin belakang, perempuan tu terbang laju kejar pemandu tu. Dengar dengar macam tu lah
Yang lalu jalan Merlimau tu, kat mana yang kena? Merlimau ke? Saya orang Merlimau. Kadang-kadang bila nak ke KL sebelum Subuh, suami saya takkan benarkan lalu Tol Jasin. Sebab sunyi, dan banyak benda berlaku kat situ. Adik saya pernah jumpa makhluk tak berkepala duduk kat divider sambil menongkat ‘dagu’. Ibu saya juga diganggu dengan keretanya dipukul bertalu-talu di bahagian tepi ketika melalui jalan ke Tol Jasin waktu Maghrib. Yang peliknya bila check takde apa-apa kerosakan pun. Tapi memang macam kena pukul dengan kayu.
Ada colleague saya pernah ternampak makhluk tak berkepala duduk di tanah perkuburan Hindu selepas traffic light AMJ ke arah Jasin. Yang bestnya tu, siap pusingkan badan mengikut arah pergerakan kereta kawan tu. Konon-konon macam tengok la kekdahnya. Saya kerja di Jasin, tapi kalau diarahkan ke tempat kerja pada waktu malam pun suami saya tak benarkan. Bukan apa, gangguan tu satu hal, buatnya disebabkan gangguan tu kita kemalangan, tak pasal-pasal.
Pernah sekali lalu situ dari Bustand Muo nak g KL, driver lalu jln dlm kat Merlimau tu.. Gelap dia xyah citer la.. Dgn jalan yang bengkang bengkok pastu pokok kelapa sawit kiri dan kanan. Seram gak.. Memang xlah aku nak lalu situ lagi…