Hi dan Assalamualaikum buat pembaca Fiksyen Shasha. Ini kali pertama aku menulis cerita untuk Fiksyen Shasha, aku ingin ucapkan terima kasih sekiranya cerita ini diterbitkan. Penulisan aku berdasarkan apa yang telah aku lalui. Nasihat aku sebelum kau membaca cerita ini, aku ingin kau meletakkan dan membayangkan kau berada di tempat aku.
Sebelum aku lanjutkan, elok sekiranya aku memperkenalkan diri aku dengan sekurang-kurangnya nama panggilan. Nama panggilan aku, Kak Pah. Sekian.
Lembaga Maghrib
Aku merupakan salah seorang bekas pelajar di salah satu program Asasi di Malaysia sekitar tahun 2017-2018. Pada minggu ulangkaji semester pertama, aku belajar satu perkara iaitu ramai pelajar akan pulang ke rumah untuk mengulangkaji di rumah berbanding tinggal di hostel/asrama. Oleh kerana rumah aku jauh dan aku tidak akan study di rumah, aku hanya tinggal di hostel. Kesemua housemate aku juga pulang ke rumah. Roommate aku akan pulang ke hostel semula selepas 3 hari bercuti. Tinggal aku seorang diri untuk 3 hari. Makan sendiri, study sendiri, menonton movie sendiri.
Aku mula rasakan keseronokkan tinggal seorang diri apabila masuk hari kedua. Oleh kerana aku orang yang eveningness, aku kerap bangun tengahari dan tidur lewat malam atau pagi hari atau sekitar selepas subuh. Sekiranya aku bangun agak awal pagi, aku akan tidur di petang hari, sekitar selepas Asar untuk mendapatkan tenaga aku semula dan belajar pada waktu malam.
Kebetulan, pada hari kedua aku tinggal seorang diri, aku didatangi haid. Apabila perempuan didatangi haid, ia waktu paling sesuai untuk syaitan mengganggu seseorang wanita tersebut. Aku sebenarnya sudah lali dengan semua itu kerana aku beberapa kali pernah dirasuk dan tidak sedarkan diri bukan sahaja pada waktu aku didatangi haid, adakalanya aku juga diganggu sewaktu atau selepas aku solat. Mungkin kerana aku solat tidak khusyuk.
Pada hari kedua itu, sekitar jam 6.30 petang aku turun ke kafe untuk membeli makanan dan makan di bilik seperti biasa tapi petang itu tidak rasa seperti biasa. Waktu sekitar 6.30 petang tapi langit ibarat waktu maghrib. Aku hiraukan kerana aku tidak rasa masalah untuk aku akan timbul. Paling-paling mungkin hujan yang akan turun.
Selesai sahaja aku membeli makanan dan minuman, hujan melimpahi bumi. Haa, tepat sangkaan aku. Cepat aku melangkah untuk balik ke bangunan hostel bagi mengelakkan basah. Sampai sahaja aku ke rumah, rumah gelap. Aku lupa buka lampu dan langsir beranda berterbangan sebab sliding door terbuka. Aku beri salam dan hampir sahaja aku buka langkah untuk masuk ke dalam rumah, mata kanan aku tertangkap satu bayang besar dalam bilik air di sebelah kanan yang gelap ibarat memerhati gerak langkah aku. Mungkin bayangan aku saja. Aku hiraukan dan terus menghidupkan suis lampu. Terang akhirnya rumah.
Aku mengambil langkah ke meja belajar aku dan meletakkan makanan dan menutup pintu sliding door. Hujan lebat, takut tempias. Tapi sekali lagi. Aku tersaksikan satu makhluk hitam berbulu, bertangan panjang, dan mata merah yang sedang pandang aku dengan pandangan tajam dari arah bumbung bangunan bertentangan, hujan seakaan enggan dekat dengan makhluk tersebut. Aku seakan terpukau. Aku pandang lama sebelum dia menghilangkan diri.
Setelah makhluk tersebut hilang, aku seakan tersedar dan terus mengucap. Menutup sliding door dan terus mengambil makanan yang aku tinggalkan atas meja tadi ke dalam bilik untuk makan sambil menonton movie, kemudian, sambung study.
Tingkap bilik aku dibiar terbuka walaupun maghrib menjelma. Aku jarang tutup tingkap kecuali kalau aku akan tinggalkan bilik untuk jangka masa yang lama, cth, balik kampung. Malam tersebut sangat sunyi. Aku study sehingga sekitar 2 pagi, kemudian aku berhenti dan tertidur.
Keesokkannya, aku bangun agak awal dari waktu aku biasa bangun, sekitar 9.30 pagi. Aku bangun, membasuh muka, mandi dan keluar membeli makanan untuk satu hari kerana aku malas untuk keluar petang kerana aku ingin fokus belajar untuk hari tersebut. Malangnya, dalam sekitar selepas Asar, aku mengantuk. Sangat. Mungkin kerana aku bangun awal dari kebiasaan dan aku pula bukan a morning person. Jadi badan aku penat, dan otak aku letih.
Aku tertidur di hujung katil, mengiring ke kanan menghadap dinding dan kaki aku terlunjur dari katil sedikit. Katil aku penuh dengan buku menyebabkan aku tidur di hujung katil.
Sewaktu aku tidur, aku ibarat dikejut dengan satu pandangan. Aku tidak terus membuka mata setelah aku tersedar sebab aku dapat rasakan yang ada sesuatu memerhatikan aku yang sedang tidur dan aku dapat rasakan dia semakin dekat. Aku berjaya membuka mata aku sedikit dan cuba bergerak tapi aku tidak dapat bergerak. Aku kaku sekakunya. Aku nampak di hujung mata aku, lembaga yang aku nampak Maghrib semalam sedang memenuhi ruang di hujung kaki aku. Berdiri tegak ibarat memegang aku dari bergerak dengan pandangannya.
Aku membaca surah-surah yang aku ingat didalam hati kerana aku tidak dapat menggerakkan bibir aku. Sedikit demi sedikit lembaga itu bergerak ke arah aku dan mencangkung. Aku dapat rasakan kaki aku dipegang. Aku rasa sakit mencucuk di tapak kaki aku dan aku rasakan kaki aku dijilat dengan perlahan. Oleh kerana perasaan takut menghantui aku, aku pejam mata dengan rapat dan aku cuba sedaya upaya untuk membaca ayat Kursi. Apabila tiba di ayat terakhir, aku ulang dan ulang sehingga roommate aku menyelamatkan aku.
‘Assalamualaikum’ Idah dah balik dan badan aku dapat bergerak. Aku meniarap, membaca ayat Kursi sekali lagi dan membuka mata, mengambil handphone untuk melihat jam. 7.15 petang. Kalau Idah balik lewat malam tersebut, aku tidak pasti apa yang akan berlaku dengan aku. Aku tidak dapat melawan sehingga sekarang aku tidak mampu untuk ucapkan terima kasih kepada Idah, roommate aku.
Begitulah kisah aku. Sekiranya berkesempatan, aku akan berkongsi kisah aku lagi. Sekian, Assalamualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit
da seram
CARA IDUP POM DH MCM HANTUUUU
Hahaha… setuju… mmg antu tu ingat member dia agaknya…
Pmbetulan… “hirau” bermaksud ambil peduli… sepatutnya anda tulis tidak hiraukan…
Tq for sharing your story…
Tulah..bgn 9.30pg dia kata awal..subuh tah kemana..ada hati nk halau hantu baca surah…
Huhuhu…. Bru nk ckp. Mgkin cra hdup awk kot yg menyebabkan awk kne kacau.
Ko cakap biar berlapik sikit minah oi..
kerana pulut santan binasa…
kerana mulut badan binasa…
kerana molot masuk neraka…
Bila org ckp kau maki hamun balik org tu . Bgusla . Kawan la ngan kawan berbulu tangan panjang ko tu . Kelakau hawauuuu .
“Aku mengambil langkah ke meja belajar aku dan meletakkan makanan dan menutup pintu sliding door. Hujan lebat, takut tempias”
“Setelah makhluk tersebut hilang, aku seakan tersedar dan terus mengucap. Menutup sliding door dan terus mengambil makanan yang aku tinggalkan atas meja tadi ke dalam bilik untuk makan sambil menonton movie, kemudian, sambung study.”
2 kali tutup sliding door, sebab takut sangat ke atau hantu buka kan pintu semula?
Tido selepas subuh mewarisi kepapaan, tido selepas asar mewarisi kegilaan.. jadi ubahla cari tido kak pah tu. Anyway, citer layann
Waktu selepas asar ialah waktu yg paling TAK ELOK kita tidor…
Lepas ni tolong belajar tutup tingkap. Dah nak senja tu kena start tutup pintu tingkap yang terbukak. Waktu2 yang Rasulullah sendiri pesan seeloknya berada didalam rumah waktu mahgrib.
Ermmm ayat terlampau skema sgt..
Dh tahu diri tu mcm mna tp still xnk berubah gak. Nasib ko la nak.. jgn slhkn ibu mengandong. Lg satu tdo lps asar tu, ko bley baca cerita “selepas asar” kat dlm fs ni. Jgn dh jd gila nnt bru nk menyesal.
cara Muslim memberi nasihatkah ini?nasihat sambil menghina?ooohhhh…baru tau..
sebab tu shaiton tu mari.. kak pah kene ubah style hidup tu. bangun awal pagi pastu lepas asar jgn tido. klo nak tido time sebelum zohor. time tulah nak recharge tenaga… tido lepas asar lame2 leh gila.
omg lifetsyle tido pun x mcm yg Islam anjurkan. Hrp penulis tetap bgn utk solat Subuh (sb cara cerita mcm tido mati, x menentu dan pelik dari kebiasaan).
Btw elok tutup tingkap, pintu bila perubahan siang/mlm. Dh tau diri pernah dirasuk, kenapa x ambik langkah berjaga-jaga? Ini mcm buat x kisah? Dengan cara hidup yg x serupa org, aduhhhh tido waktu x sepatutnya.
Kebiasaan yg selalu aku perasan org silap penggunaan ayat HIRAU atau ENDAH…
Lain kali amalkan tutup segala ruang yg boleh bila nak maghrib….
Good job for sharing