Saka Harimau Berantai

Semuanya bermula dari sahutan salam yang aku sahut pada malam kematian arwah ayah aku.

Hidup aku yang dulu diterangi dengan gelak tawa bersama ayah aku hilang bagaikan kabus. Dan yang paling penting ini merupakan titik perubahan dalam hidup aku sebagai pewaris saka harimau berantai hasil dosa ayah aku suatu ketika dahulu.

“Qiera !” jerit Pak Lang.
“Ni kalau tak suruh picit belakang dia mesti suruh buatkan kopi” omel Qiera dalam hati.
Ayah Qiera atau lebih dikenali sebagai Pak Lang oleh orang kampung merupakan seorang guru silat di Kampung Malap. Pak Lang juga merupakan bekas tentera dan telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam dunia ketenteraan. Tetapi sayang isteri kesayangannya, Maisarah telah pergi buat selamanya setelah bertarung dengan kanser payudara. Kehebatan Pak Lang terbukti apabila dia menerima cabaran bersilat oleh salah seorang orang kampung yang menyatakan askar tidak mempunyai fizikal yang kuat untuk menentang musuh dan hanya berharap pada senjata semata-mata. Kurang dari seminit Pak Lang berjaya menumpaskannya. Kejadian itu disaksikan oleh hampir keseluruhan orang kampung kerana kejadian itu berlaku ketika dia menunggu anaknya pulang di perkarangan sekolah. Sejak dari itu ramai orang kampung yang datang ke rumah Pak Lang untuk belajar seni bela diri silat.
“Pandai anak ayah buat kopi pekat likat kena dengan tekak ayah”. Qiera tersenyum manja.
Dari Qiera kecil hingga umurnya sekarang yang akan mencecah 19 tahun tidak lama lagi dia sudah faham apa jenis minuman kegemaran ayahnya. Walaupun Qiera anak tunggal perempuan tetapi Qiera juga seorang yang tegas membuatkan dia seorang yang pandai berdikari.
Cuti semesternya kali ini Qiera putuskan untuk pulang ke kampung demi menjaga ayahnya. Usia Pak Lang sudah lewat 50-an dan sejak kebelakangan ini kondisi Pak Lang semakin dimamah usia.
“Ayah berhentilah ajar orang kampung silat, ayah kena rehat tau kesian Qiera tengok ayah asyik lenguh lenguh badan lepas tu perut ayah tu kan ayah cakap asyik sakit je” luah Qiera taktala melihat ayahnya sudah habis menghirup kopi.
“Umur ayah tak lama lagi akan habis jadi ayah kena cari pewaris yang boleh bawak ilmu ni untuk generasi akan datang”.
“Qiera tengok diorang semua da handal da bersilat sudahlah ayah”. Qiera risau akan ayahnya kerana sejak dia pulang untuk cuti semester kali ini ayahnya sering sakit sakit badan dan hampir setiap malam ayahnya susah untuk tidur.
“Ayah terpaksa demi keselamatan kamu” kata Pak Lang lalu terus ke perkarangan rumahnya dimana tempat dia mengajar silat. Qiera yang masih terpinga-pinga terus menuju ke dapur untuk mengemas.
Dari sudut gelap rumah itu duduk suatu makhluk bengis tajam memerhatikan Qiera.

“Kau datang dekat aku bunuh kau!”. Qiera terjaga. Perkara ini sudah biasa baginya sejak dia berada di rumah ini sepanjang cuti semesternya. Dia terus keluar dari bilik menuju ke bilik ayahnya. “Kau jangan cuba dekat dengan anak aku kalau tak kau aku bunuh kau dengan tujuh kilat bumi !”. Suara Pak Lang tidak seperti seorang yang mengigau sebaliknya seperti sedang bertengkar dengan sesuatu. Qiera mengetuk pintu bilik ayahnya sebelum masuk. Terdengar tapak kaki orang berlari kehulur kehilir dengan laju di dalam bilik ayahnya.
“Eh ayah aku sleep walking ke”. Pintu bilik dibuka dengan perlahan bimbang tidur ayahnya terganggu. Qiera terkejut. Ayahnya tiada di kamar. Terdengar jeritan yang sudah lali dengan hidup Qiera. Jeritan yang biasa pesilat buat ketika melancarkan buah pukulan malah jeritan itu datang dari suara ayahnya sendiri. Qiera terus berlari ke perkarangan rumah untuk melihat adakah benar ayahnya ada di situ. Gelap tapi berlampukan cahaya bulan dapat dilihat Pak Lang sedang bersilat mengelingi gelanggang.
“Ayah ..” panggil Qiera lembut.
Qiera terasa takut kerana ini merupakan pertama kali ayahnya berkelakuan pelik seperti ini. “MASUK !” Jerit Pak Lang.
Qiera tersentak namun dia gagahkan diri juga memanggil ayahnya.
“AKU KATA MASUK !” semakin kuat jeritan Pak Lang namun suaranya kali ini sedikit garau dari biasa.
Qiera kaku. Itu merupakan pertama kali dia ditengking oleh ayahnya. Air matanya jatuh. Qiera membuat andaian yang ayahnya sudah nyanyuk lalu terus masuk ke rumah. Dalam langkahnya ke bilik baru dia tersedar. Kalau ayahnya di luar rumah jadi siapa yang meracau di dalam bilik ayahnya tadi.
Keadaan menjadi sunyi serta merta. Tiada lagi jeritan ayahnya di luar rumah. Langkahnya terhenti sepuluh langkah sebelum melintasi bilik ayahnya. Qiera merasa dirinya seperti diperhatikan. Langkah dikuatkan menuju ke bilik ayahnya.
Tiba-tiba “DANNNGGGG” seperti bunyi periuk terjatuh.
Hampir terjerit Qiera dibuatnya.
“Ah aku lupa tutup pintu tadi ni mesti kucing”. Qiera menepuk dahinya yang luas. Qiera terus berlari anak ke dapur.
Qiera terduduk. Perasaannya bercampur seram dengan kasihan. Ayahnya kini sedang meratah ayam mentah di penjuru dapur. Bersuluhkan lampu peti sejuk yang terbuka Qiera dapat melihat dalam samar yang ayahnya gelojoh meratah setiap isi ayam mentah itu.
“Ayah kenapa ayah jadi macam ni” Qiera menangis sambil memanggil ayahnya. Pak Lang berhenti mengunyah apabila Qiera memanggil namanya.
Pak Lang mendengus. “Kau nak jaga aku tak ?” sinis suara Pak Lang.
“Ayah kenapa ni mestilah Qiera yang akan ja..” mulut Qiera ditekup dari belakang. Qiera terus dibawa ke biliknya. Rupanya itu adalah ayahnya, Pak Lang.
Pak Lang terus mengunci pintu bilik. “Ayah nak kamu baca ayatul Kursi dan selawat banyak banyak”. Qiera kaku seperti tidak percaya apa yang telah berlaku.
“Malam ni Qiera tidur sini biar ayah jaga”. Qiera yang masih terkejut bertanyakan apa yang telah terjadi sebentar tadi. “Da tidur” itu jawapan yang diberikan oleh ayahnya, ringkas tetapi dalam nada tegas.
“Tuk tuk tuk”
Pak Lang menunjukkan isyarat diam kepada Qiera. Qiera yang ketakutan terus memegang erat pergelangan tangan ayahnya.
“Tuk tuk tuk” makin kuat ketukan yang dilepaskan.
“Jangan kau cuba dekat dengan anak aku !” jerit Pak Lang.
Keadaan menjadi sunyi sepi setelah Pak Lang menjerit.
Tiba tiba tombol pintu bilik cuba dibuka dengan ganas dari luar. “Qiera jangan berhenti selawat” pesan ayahnya. Qiera menangis ketakutan. Pak Lang sedar yang dia telah membuat kesilapan besar dengan tidak menjamu ‘belaannya’. Terdengar suara azan subuh berkumandang serta merta juga gangguan tersebut hilang.
Pak Lang menghembuskan nafas lega. Qiera masih ketakutan. “Da jangan takut lagi kita takut lagi dia suka” nasihat Pak Lang kepada Qiera. Qiera terus memeluk ayahnya erat. “Apa da jadi ni ayah” suara Qiera bercampur dengan esak tangisannya. “Pergi solat da tak ada apa da ni” Pak Lang menepis soalan Qiera. Wuduk Qiera ditemani ayahnya dan Qiera berimamkan ayahnya pagi itu. Qiera terlelap setelah menunaikan solat subuh bersama ayahnya. Pak Lang terus mengangkat Qiera ke biliknya. Di kesempatan itu Pak Lang terus bergegas ke biliknya menukar pakaian. Pakaian silatnya kemas disarung. Ini merupakan salah satu syarat jika ingin membuat rundingan dengan makhluk belaannya.
Pak Lang terus ke stor belakang rumahnya. Pintu stor tersebut dikunci bersebab. Jika ditanya Qiera apa yang ada dalam stor tersebut Pak Lang akan katakan stor tersebut penuh dengan alatan silat sahaja.
“Kenapa kau kacau anak aku”
“Anak kau sesuai jadi waris kau hehehe”
“Aku tak nak dia terlibat dalam perkara ni jadi kau jangan cuba kacau dia lagi” tegas suara Pak Lang.
“Aku perlukan waris sebab kau da nak mampos HAHAHAHA!”
Pak Lang sedar ajal dia sudah hampir dek umurnya tambahan lagi sakit misteri yang sering menyerang perutnya pada setiap malam.
“Aku da sediakan beberapa calon untuk kau semuanya handal bersilat antaranya Amir,Joh..”
“AAHH boleh pergi jahanam diorang, aku nak anak kau .. Qiera.”
“AKU DA KATA JANGAN KAU CUBA DEKAT DENGAN ANAK AKU” Pak Lang terus mengeluarkan keris yang dibawanya bersama.
“Aku akan pastikan kau mati dalam azab” jelmaan sakanya tersenyum sinis lalu ia terus menerkam leher Pak Lang.
Pak Lang menggelupur kesakitan. Darah merecik memenuhi ruang stor tersebut. Pak Lang sedar ajalnya sudah tiba dan dia tidak mampu berbuat apa apa lagi.

Qiera yang masih enak dibuai mimpi terus terjaga kerana bunyi azan Magrib yang berkumandang.
“Eh lamanya aku tertidur”
Rumahnya dalam berkeadaan gelap pada ketika itu. Qiera terus bangun untuk menghidupkan suis lampu dan menunaikan solat Magrib. Usai solat, Qiera sedar yang kelibat ayahnya langsung tidak kelihatan.
“Ayah ..” Panggil Qiera berkali-kali.
Namun tiada sahutan. Qiera hairan.
Qiera mencari di bilik ayahnya pula. “Baju silat tak ada ni, pergi berlatih kut”. Qiera simpulkan andaiannya kerana tidak mahu berfikir panjang.

Pintu rumah utama diketuk bertalu-talu. Kedengaran suara Haji Rasyid iaitu imam di kampungnya bersama anaknya Syikin.
“Ada apa Imam ?”
“Qiera jom ikut kami cepat”
“Eh nak pergi mana ? Ayah saya tak balik lagi ni”
“Ayah kau tak akan balik da jom ikut pakcik”
“Apa Imam cakap ni saya tak faham”
“Demi keselamatan kau jom kami aku pergi rumah kami tinggal dengan kami malam ni”

“DANG”. Bunyi seperti almari terjatuh dengan kuat.

“Malam ni aku nak buat upacara penyerahan takhta korang tak payah la SIBUK HAHAHAHA” kedengaran suara seakan-akan Pak Lang menjerit dari dalam rumah.
Qiera yang terkejut terus rapatkan diri ke Syikin.
“Lekas jom balik rumah pakcik” tegas suara Haji Rasyid.
Qiera akur kerana fikiran dia kusut memikirkan apa yang sebenarnya yang terjadi.

Setibanya di rumah Haji Rasyid, Qiera terus bertanyakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya. Belum sempat Haji Rasyid membuka mulut pintu rumahnya diketuk bertalu-talu.
“Assalamualaikum ..” kedengaran seperti suara isterinya Hajah Fatimah.
Haji Rasyid diam tidak menyahut begitu juga Qiera dan Syikin. Haji Rasyid dan Syikin tahu yang Hajah Fatimah sekarang ini berada di rumah cucunya di Kuala Lumpur. Qiera yang melihat riak muka Haji Rasyid yang berubah serta merta memutuskan untuk berdiam diri juga.
“Assalamualaikum ..” salam kedua diberi.
Keadaan sunyi seketika ..
“WOI BUKAKLAH PINTU BODOH AKU NAK MASUK” Garau suara makhluk yang bersuara di luar rumah Haji Rasyid ketika itu.
Haji Rasyid terkumat kamit membaca ayatul Kursi sebagai pelindung.
“BODOH BUKAKLAH PINTU AKU NAK MASUK HAHAHAHHA”
“Berambus kau dari kawasan rumah aku ini tempat aku bukan tempat kau”
“Tak boleh ke aku tinggal dengan korang ? tiga manusia satu iblis kan bagus HAHAHAHA”
Qiera dan Syikin ketakutan. Haji Rasyid buntu. Ternyata makhluk ini bukan calang calang kekuatannya.
“Tak pe dia tak boleh masuk ke dalam rumah ni jadi pakcik nak Qiera pergi bersihkan diri dulu nanti kita bincang pasal ni”
“Syikin boleh teman Qiera tak ? Qiera takut”
Syikin angguk tanda setuju.
Setelah Qiera selesai membersihkan dirinya dan menunaikan solat dia terus pergi ke ruang tamu untuk bertemu Haji Rasyid.
“Imam, sebenarnya apa yang telah terjadi ?” Lemah suara Qiera.
“Berat pakcik nak sampaikan berita ni tapi pakcik harap Qiera bertabah ya”
“Ayah kamu ada membela. Pakcik mula mula tak percaya tapi pakcik jadi yakin bila pakcik terserempak dengan ayah kamu di hutan hujung kampung kita ni tengah bagi belaan dia makan”
“Astagfirullah..” Qiera terkejut.
“Ayah kamu baik orangnya mungkin ini belaan turun temurun jadi mungkin juga ayah kamu terpaksa”
Syikin mencelah. “Apa yang dibela ? Syikin tak faham”.
“Saka Harimau Berantai”
“Saka ni dapat bagi kekuatan luar biasa kepada pemiliknya dan akan digeruni ramai orang jika ingin cuba menentangnya”
“Patutlah ayah Qiera handal bersilat” puji Syikin tanpa niat untuk mengguris hati Qiera.
“Pakcik da lama cuba untuk hapuskan saka belaan ayah kamu tu tapi tak dapat macam ada sesuatu yang menghalang. Petang tadi pakcik dapat rasakan aura tak baik datang dari kawasan rumah kamu pakcik agak yang belaan ayah kamu tengah mengamuk”
“Ayah Qiera macam mana ? Imam ada terserempak dengan ayah Qiera tak hari ni”?
“Mintak maaf tapi memang pakcik tak tahu”
“Tak pe la esok sama sama kita cari ayah Qiera tapi malam ni Qiera bermalam dekat rumah pakcik dulu ya”
“Baiklah imam”

Esoknya Haji Rasyid meneman Qiera pulang ke rumahnya.
Puas Qiera dan Haji Rasyid mencari Pak Lang tapi tak jumpa. Akhirnya, mereka terhidu bau yang sangat busuk datang dari belakang rumah Qiera.

Mereka yakin bau busuk itu datang dari stor belakang rumah Qiera.
“Innalillah..” ucap Haji Rasyid.
“Ayahhhhhhh” Teriak Qiera melihat mayat ayahnya yang sadis.
Tengkuknya hampir putus, pipi kirinya seperti diratah hingga menampakkan tulang, dan perut ayahnya membusung hingga terkeluar usus sedikit di hujungnya.
Haji Rasyid mengambil keputusan untuk memanggil kenalannya yang dipercayai untuk menguruskan jenazah Pak Lang.
Keadaan di dalam stor tersebut tidak ubah seperti tempat pemujaan. Di lantai terdapat simbol-simbol pelik seperti tulisan jawi manakala di dinding penuh dengan ayat ayat seperti mantera berwarna merah mungkin ditulis menggunakan darah. Di setiap penjuru stor tersebut terdapat kepala kambing hitam.
Haji Rasyid mengucap panjang. Setelah berbincang dengan orang kampung yang dipercayainya dan mendapat persetujuan Qiera akhirnya mereka membakar stor tersebut bagi menghapuskan jejak syirik peninggalan arwah Pak Lang.

Setelah jenazah arwah Pak Lang telah selamat dikebumikan Qiera memutuskan untuk bermalam lagi semalam di rumahnya dan terus pulang ke kampus keesokan harinya.
Malam itu Qiera banyak termenung mengimbau kenangan bersama ayahnya suatu ketika dahulu. Qiera sedar dia harus merelakan pemergian ayahnya dan tabah menghadapi ketentuan Ilahi.
“Tuk tuk tuk”
Kedengaran bunyi pintu diketuk secara perlahan.
“Assalamualaikum Nur Syaqiera Binti Nur Maisarah” sahutan salam yang halus diberi.
Qiera hairan. “Eh macam suara imam tapi kenapa panggil aku macam tu”
“Waalaikumsalam. Siapa tu”?. Qiera menyahut.
Qiera bergegas ke pintu utama rumah untuk membuka pintu.
Setelah membuka pintu Qiera pengsan kerana yang menunggu di hadapan pintu rumahnya pada ketika itu ialah jembalang menyerupai nenek tua yang sangat hodoh. Rambutnya kusut masai matanya cacat sebelah dan lidahnya terjelir menitikkan darah.

Pagi menjelma. Qiera mula sedar. Dia bangun dan terus membersihkan diri seperti tiada apa apa yang berlaku semalam.
Sebelum Qiera meninggalkan rumahnya, Qiera pergi ke bilik ayahnya dengan membawa jarum peniti.
Hujung jari ibu kakinya dicucuk sedikit.
“Ni untuk kau lepas ni aku yang jaga kau jadi aku nak kau jaga kawasan rumah ni baik baik”

Tamat.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Saka Harimau Berantai”

  1. Sebagai pemilik saka harimau berantai, takde la teruk macam tu layanan saka nie 🤣, ada kelebihan dan keburukan dia.. tapi aku xpernh menharapkan apa2 dari dia.. kita percaya pada ALLAH, walaupun aku tengah menaip nie dia ada depan mata aku haha, apa2 pon jalan cerita best, ending kurang sikit.

    Reply

Leave a Comment