Kisah ini berlaku 2 tahun lepas waktu kami sekeluarga tinggal di salah satu homestay di Perlis untuk menghadiri wedding sepupu aku.Kami ke sana selama 3 hari.
Mula-mula sampai, semua ahli keluarga aku teruja sebab homestay ni betul-betul ala kampung. Rekabentuk sangat unik dan melambangkan ciri rumah kampung lama.
Ada tiga unit rumah dibina secara berdekatan dan di depan rumah pertama terdapat sebuah pangkin.
Di pangkin inilah tempat kami berkumpul. Oleh kerana kami memang rapat dan sangat mesra. Pintu setiap rumah tidak di lock bagi membolehkan sesiapa sahaja masuk.
Yang lelaki pula teruja lepak di pangkin menghadap sawah padi.
Sejak awal lagi, kami semua memang sangat teruja dengan design rumah ini. Sangat kemelayuan dan tiang kayu-kayu di ukir. Di bawah rumah yang tengah, terdapat sebuah buaian ala-ala raja ingin bersemayam.
Di bawah rumah pertama pula, terdapat sebuah pintu yang terkunci rapat pintunya. Kami cuba untuk membuka, tapi tak boleh. Pelik sebab bawah rumah ini tiang tinggi tetapi didindingkan tiang rumah ini sepenuhnya.
Korang boleh imagine macam cerita Ibu Mertuaku bila P.Ramlee duduk menyewa bawah rumah tu. Macam tu la keadaan rumah tersebut.
Kisah seram mula terjadi pada malam kedua apabila ada diantara keluarga kami yang mula kena kacau.
Oleh kerana semua letih selepas menghadiri acara perkahwinan sepupu pada sebelah siang, jadi pada sebelah malamnya ramai duduk terbongkang.
Bagi yang akan memandu pulang, mereka diberi keutamaan untuk tidur dahulu dan yang lain – lain kemas apa yang patut.
Kejadian aneh berlaku apabila anak buah aku mandi. Then dia bercakap sorang-sorang dalam bilik air.
Bila tanya dengan siapa dia bercakap, dia kata dengan ‘abang’. Dan barulah kami perasan dekat tangan dia ada banyak mainan dan dekat sekitar katil berselerak mainan.
Mak dia apa lagi, dah mula gelabah la. Bila nak pakai baju tu. Mak dia tanya lagi. Mana dapat mainan tu. Dia cakap ‘abang ambik bawah katil’.
Untuk makluman, anak buah aku ni baru berusia 2 tahun. So kata-kata dia ni boleh dipercayailah sebab budak-budak tak pandai menipu kan.
Lepas mandi tu, mak dia terus tidurkan dia. Lepas tu mak dia keluar pi makan dekat pangkin tu.
Tengok syok makan, kami dengar macam ada benda jatuh berdentum. Kami pun ramai-ramai la masuk ingatkan ada menda pecah. Risau jugak sebab rumah ni structur kayu kan, mana la tahu ada tiang jatuh or hiasan dinding jatuh terkena pula kepala sesiapa.
Apa yang memeranjatkan, bila kami masuk ke dalam.. Anak buah aku ni dah beralih katil. Dia tengah tidur lena sangat dan katil tersebut sedikit senget dan mainan berselerak.
Berderau muka kakak aku, sebab dia kata.. mainan tu dia dah kemas lepas anak dia mandi tadi. Dia simpan balik dekat bawah katil tempat anak buah aku tunjuk.
Dan katil depan tu memang dia x duduk (katil lebih) sebab dalam bilik tu ada 2 katil.
Jadi siapa yang alih anak buah aku tu? Macam mana mainan tu boleh berterabur dan apa bunyi berdentum tu?
Dalam bilik tu ada anak buah aku yang umur 2 tahun tu jer. Yang lain semua dekat pangkin.
Cerita yang kedua, bila makcik aku sedang dok rehat. Dia dengar bunyi bising-bising.
Dia ingatkan cucu-cucu dia buat bising, jadi dia marah la. Dari ekor mata dia nampak macam ada seorang budak perempuan dok tenung dia. Bila dia toleh, tak ada siapa.
Dia ingatkan cucu-cucu dia ni dok main-mainkan dia, so dia pun cari laa cucu-cucu dia ni melalui bayang budak perempuan tu. Bila dia sampai dekat bilik, tengok elok cucu-cucu dia ni tengah nyenyak tidur.
Dia pun pergi la tanya dekat kitaorg yang dekat pangkin ni (depan rumah dia je), kami cakap la mana ada bunyi bising.
Dari tadi memang budak-budak tu tidur.
Cerita yang ketiga pasal Maksu aku ni.
Dia ni katanya memang boleh rasa la kewujudan menda-menda tu. Masa kami konvoi tu dia tak ikut sekali sebab dia singgah Penang dulu. Jadi dia sampai ke kawasan homestay tempat kami menginap tu lewat satu malam.
Dia cerita, bila dia sampai tu dia dah rasa tak sedap hari. Dah rasa panas tapi dia tengok orang lain elok je macam tak de ape-ape, so dia senyap je la.
Rupanya malam tu dia kena kacau. Mula-mula dia kena tindih. Lepas tu nama dia diseru.
Dia cerita, start pukul 2 pagi akan dengar bunyi ketukan. Ketukan tu memang tak berhenti dan datang dari arah bawah tempat rumah pintu yang berkunci tu.
Esoknya dia cuba la dok kupil2 pintu tu, tapi tak boleh… Lepas tu dia nampak kami pulak cuba kupil-kupil pintu tu, dia ingatkan kami pun dengar bunyi ketukan tu.
Malam kedua, dia cerita ketukan tu makin kuat dan dia dah start nampak bayang. Bayang tu makin dekat dengan dia.
Time tu memang suara dia tersekat la. Dan dia kena kacau sampailah ke pagi time ayah aku nak bangun subuh baru dia rasa dilepaskan. Maksu aku cakap, anak buah aku yang bayi lagi tu menangis malam tadi sebab kena kacau la, lepas pada tu, benda tu datang dekat dia pulak.
Pagi tu (time nak balik), start la kecoh-kecoh di antara kami.
Rupanya malam tu ramai yang kena kacau. Sepupu aku ada lah dua tiga orang yang nampak bayang tu. Semua cakap bayang tu menuju ke pintu bilik bawah tu.
Pagi tu, kami beli sarapan dekat gerai depan homestay tu. Pagi dia jual sarapan, malam dia jual burger.
Biasa la, orang kampung beramah mesra, dia tanya la datang sini buat ape, berapa hari?
Borak punya borak, sampai la ke cerita misteri tu. Dia cakap, rumah dekat homestay tu dipindahkan dari tempat asal dia. Rumah tu terbina zaman pemerintahan Inggeris (aku lupa, mayb zaman jajahan la).
Oleh sebab rekabentuk rumah tu menarik, owner sayang nak robohkan. jadi, 3 unit ni diorang pindahkan kesini dan jadikan homestay. Tapak lama dia ada lagi. Ada beberapa biji lagi tak dipindahkan.
Dia kata kalau tak percaya, pergilah tengok sendiri. Tapi jauh ke dalam.
So masa balik tu, kami pun pergilah ke tempat yang dia maksudkan. memang tinggal beberapa buah rumah lagi, rekabentuk dia sebijik macam homestay yang kami duduk tu cuma dah buruk la.
Kata orang gerai tu, rumah di homestay tu telahpun dia cat dan diperbaiki mana yang patut. Itulah nampak cantik, tapi asalnya rumah tu usianya hampir 60-80 tahun.
Malamyangkami beli burger tu, dia cakap dia terkedu sebab nampak kami semua happy sangat duduk rumah tu. Sebab dari gerai dia dah boleh nampak ada ‘benda’ pandang kami. Dan bila anak-anak buah kami bermain di buaian tu, ada peneman dia.
Patutlah masa duduk di homestay tu, bila orang kampung lalu diorang mesti pandang pelik pada kami. Ada yang stop lagi. Kami ingatkan diorang pun teruja nak tengok dekat dalam homestay tu macam mana, rupanya ada cerita disebaliknya.
Apa-apa pun.. Alhamdullilah hanya gangguan-gangguan macam tu je kami terima. Tak de lebih dari tu ataupun yang ikut kami balik.
Sekian
HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.my/submit
Homestay tu area mn?sbb sy dduk d prlis