Sampai Bila Part II

Salam semua. Salam 1 Malaysia. Kahkahkah aku dah kenapa nak skema sangat ni.. Pelik la aku dengan diri sendiri, tetiba nak pulak aku share cerita ni lagi. Thank you Admin siarkan cerita aku. Ni sambungan cerita ‘Sampai Bila’. Kalau korang perasan, cerita aku haritu walaupun panjang kalah karangan bahasa melayu STPM, aku cuma sentuh key points setiap event sahaja. Aku paranoid kot.. Takut ada antara korang yang kenal aku. Tapi lantoklah kat situ… Hahahaha #bajetartis

Okay, haritu bilamana aku kata semuanya reda bila aku kahwin kan.. Korang kena faham satu perkataan, yakni; reda. Reda tau, bukan redha. Maksudnya kurang sikit la gangguan tu. Ada ustaz yang aku berubat ni kata, memang dunia ni kita tak boleh nafikan kita sememangnya berkongsi. Tapi, walaupun dua ‘dunia’ ini co-exist pada waktu yang sama, Allah dah aturkan supaya tak bertembung. Maknanya kalau dalam satu kawasan tu dua-dua ada, takpa lah.. Hidup aje la macam biasa. Depa tak heran, kita pun tak tau. Unless kalau ada apa-apa yang boleh mengacau harmoni tu. Dalam cerita aku, aku ni ada bau sikit. Kiranya kalau aku lalu mana-mana, tertoleh jugak la orang yang disana tu. Aku pergi buat lawak;

“Bau mendeeeeeeeeee. Ketibas adalah ustaz! Machemmmmm.”

Marah puan emak dekat aku. Kahkahkah aku memang perangai semula jadi annoying sikit. Sikiiiiiiit je aku janji. Dan bila ditakdirkan Allah untuk hijab aku terbuka, orang yang di sana excited. Macam kita la excited kalau ada student baru masuk kelas kan. Dari tempat lain plak tu dia datang. Tu yang ujian makin kuat untuk aku. Bila ingat balik aku macam tak percaya pulak. Tapi, orang kat sekeliling aku jadi saksi benda yang jadi. Ayah aku selaku orang yang paling tak percaya pasal semua ni pun mengaku… Dia tak sangka benda ni akan terjadi kat anak dia sendiri. Aku sampai tak masuk kelas 2 bulan masa proses berubat tu. Alhamdulillah, ada kawan yang baik-baik tolong inform lecturer dan aku tak kena barred or defer sem tu. Memang ramai suruh aku ambil study leave, tapi aku ni jenis makin kuat kau bubuh aku, makin kuat semangat aku. Kalau hari-hari biasa aku kuat nangis. Hahahaha. Siapa gelak hahaha tadi aku taknak kawan. (^___^)

Bila dah kahwin ni kiranya aku off market la. Tapi bau tadi kawan-kawan, masih ada. Jadi kalau aku silap sikit pergi tempat bukan-bukan, ada la nanti aku sakit ke apa. Dan selalunya suami aku dah tau dah, dia dapat agak kalau aku sakit yang ‘itu’. Aku akan tetiba sakit kaki la, pinggang la bagai. Sakit yang susah nak describe macam mana. Mak aku akan dapat instinct jugak bila benda ni jadi. Sebab masa aku sakit dulu mak aku sampai berhenti kerja la nak jaga aku. Dia pun Allah berikan ilham macam mana nak tolong anak dia ni. Dan aku ada dua orang adik beradik yang lain yang boleh rasa pancaindera yang ke6 ni.

Dalam tahun lepas, aku rasa kerap sangat aku sakit-sakit ni. Untuk pengetahuan korang, bila hijab aku tertutup dulu, aku memang kalau boleh nak tutup langsung semua benda. Aku ignore langsung segala sense yang aku ada. Pelik weh lepas baik aritu aku pandai urut. Tau pulak la kan aku kat mana orang tu sakit, nak tuju urat bagai. Orang paling happy of course la Encik Suami. Bukan main dia suruh urut sana sini. Ambik kesempatan uols dia tuh.

Ada satu hari ni aku rasa that’s it, bising sangat dah aku rasa. Aku pergi mana-mana aku rasa sense tu muncul balik. Sudahhhhh. Kau jangan macam-macam Pah oi. Sudahnya, tetengah malam aku kejut suami. Aku cakap kat dia, dia mesti tolong aku.

“Yang, kita dah berubat lagi sekali tapi benda ni jadi jugak. Saya rasa sangat yang awak kena hentikan semua ni. Sebab awak suami saya.”

“Errr… Awak dengar tak ni? Ni penting tau? Jangan tidur balik please.”

*Goncang-goncang badan dia*

“Awak…..!”

*Papppp kita kasi dia sedasss*

Amboi deep sleeper sangat.

Hahaha geram pulak bila ingat balik. Suami aku ni memang sejenis yang senang tidur jadi aku cuak la dia sebenarnya mamai. Aku mintak dia peluk aku kuat-kuat dan fokus. Aku nak dia buat statement, ni bini aku. Korang jangan kacau. Something macam tu. And lepas semua tu alhamdulillah aku boleh tidur lena. Gangguan pun dah takda.

Suami aku ni sejenis yang kau nak kata dia tak percaya, dia percaya je. Cuma macam dia tak banyak komen. Esoknya dia tanya aku apa jadi semalam tu. Aku pulak tanya dia apa yang dia rasa? Dia kata macam mimpi tapi taknak cerita. Since dia taknak kata apa, aku cakap la apa yang aku rasa. Dia memang terkejut sangat sebab aku boleh describe satu-satu ‘mimpi’ dia apa dan macam mana. Mimpi tu macam kitorang kat dalam hutan, tapi ada satu kawasan lapang. Ada pondok kayu yang tak berdinding. Suami aku naik atas tu dan buat announcement macam cik isteri suruh. Ada ramai la macam orang kampung keliling pondok tu. Cuma dia tambah, kalau ada apa-apa, berdepan dengan saya dahulu.

Masa aku cakap ni, dia terkejut sebab memang dia ada cakap macam tu dan dia tak bagitau aku pun. Camne aku boleh cakap kan. Aku cuma boleh kata yang dunia ni memang misteri… Jangan biarkan hidup anda diselubungi Misteri Nusantara….. Ahahahaha jahanam gini.

Sekarang ni anak aku yang sulung macam ada deria ke-6 ni jugak la aku rasa. Bila aku rasa lain macam kan, bulu roma meremang jeee.. tetiba dia cakap.

“Mamy, kenapa ada hantu tu tadi kat situ?”

Tapi dia tak takut. Aku belum lagi bawa dia berubat secara beriya. Dia pun takda la simptom yang membimbangkan. Cuma aku sentiasa pagarkan dorang dengan ayat suci. Kalau nak pergi mana-mana baca doa. Aku ajar jugak suami aku untuk dinding keluarga. Aku tanamkan dalam diri dorang, jangan takut, Allah ada. Allah jaga kita. Dia pulak balas, bila malam Allah jaga macam mana. Allah tak tidur ke? Jadi soalan KBAT pulak kan. Tapi takpe, kita layankan.

Ala.. Ingat nak kasi ending dah sebab mesti korang dah penat kan. Aku teringat pulak ada satu cerita ni.. Sambung sikit eh pleaseeeee. Baca please ikut nada yang betul ye. Hahahaha

Masa tu kitorang nak pergi makan malam kat kawasan rumah mak aku. Mak aku beriya sangat nak belanja kat satu kedai ni. Kedai ni jauh gakla kat hujung jalan. Aku pelik sungguh kenapa la tak pasang lampu jalan ke apa. Dah la banyak pokok besar-besar. Saje je nak menambahkan elemen seram kan. Aku ok je la makan semua.. Bila nak balik tu aku sekilas ternampak sesuatu kat perdu pokok. Adoi! Sekilas je penampakan beliau. Aku terus teringat kat anak aku si Abang. Dia masa tu tengah lari-lari dan memang dia berhenti betul-betul kat pokok tu. Dia diam pastu muntah.. Adoi la nak. Aku ni dah segala surah, doa semua aku baca. Aku niatkan untuk protect dia. Bila dah okay tu kitorang terus jalan balik. Suami aku dokong abang.

“Yang, baca ayat kursi tau. Nanti nak masuk rumah jangan lupa buat pendinding. Bagi salam, niatkan siapa yang dibenarkan masuk aje boleh masuk rumah.”

Percaya tak, time-time tu la suami aku blur. Dia nak temu ramah aku masa tuuuuuuuuuu jugek. Bilanya awak nak baca ayat kursi sayang oi kalau mulut banyak sangat tanya. Hahaha geram aku tau reporter sorang ni. Bayangkan je la kalau orang ajak gossip tapi orang yang nak digossip tu adaaaaa je tercongok kat situ kan. Gila ke. Alhamdulillah takde kejadian susulan lepas tu.

Itu aja perkongsian aku. Aku lupa la aku tak letak nama haritu masa submit. Paranoid orang kenal konon. Muahaha kepada yang takut kita satu asrama, bukan tau. So jangan risau. Aku tukar dah nama semua dalam cerita tu. Aku kan para…? Noid. Pandai semua.

Pasal Rahmah, ceritanya dia bunuh diri lepas kena rogol/cabul dek guard kat asrama tu. Dia cantik weh, pastu suka berkemban sidai baju.. Tapi sejauh mana kebenaran cerita tu, wallahualam.

Sekian,
Akak HR (siapa gelak aku tak kawan!)

7 thoughts on “Sampai Bila Part II”

  1. awak terlalu teruja ke sbb dapat sambutan yang part 1?? part 2 awk ni macam….hmmmmmmmm….macam…..hmmmmmmmm…macam…..hmmmmmmmm

    Reply

Leave a Comment