Rumah Teres 2 Tingkat Akhir

Sham dan Norin terlupa seketika kisah orang tua. Mereka sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah. Sesekali bila Norin ke dapur, dia terdengar seperti ada orang yang berada di dalam tandas. Bila di lihat tiada siapa di dalam tetapi dia dapati air berkocak-kocak seperti ada orang yang baru menggunakannya.
“ Abang…Boleh tak abang call kawan abang yang bernama Malik. Nor rasa macam ada sesuatu dalam rumah kita.” Kata Norin kepada Sham. Sham mendengar seperti endah tidak endah dik sibuk melayani tetamu. Norin terus menarik tangan Sham ke dapur.
“ Abang dengar tak apa yang Nor cakap. Abang minta kawan abang Malik datang. Nor dah takut ni bang.” Kata Norin.

Sham terus mengeluarkan talipon lalu menekan nombor Malik. Mereka berbual dan Malik bersetuju untuk datang. Tetamu masih riuh bergurau senda tanpa mengetahui apa yang terbuku dan resah di dalam hati tuan rumah. Malik datang dan di sambut Sham.
“ Lik..hang tolong tengok ada apa yang tak kena dengan rumah aku ni.” Kata Sham. Malik hanya diam dan matanya meliar melihat sekeliling. Sham menemani Malik naik ke tingkat atas. Malik hanya diam. Sham semakin resah. Dia tahu Malik dapat melihat sesuatu.
“ Lik…Macam mana. Hang ada nampak apa-apa tak.” Tanya Sham. Malik melihat ke arah lain lalu menarik tangan Sham menuruni anak tangga. Tetamu pula mengajak Sham dan Norin bergambar.
“ Aku rasa ada yang tak kena dengan rumah hang ni. Esok la kita bual. Hang sibuk malam ni. Aku tak nak ganggu majlis hang.” Jawab Malik
“ Lik..Nanti kita bincang lain.” Kata Sham kepada Malik. Mereka bersalaman dan Malik terus pergi dari rumah mereka.

“ Malik kata apa bang.” Tanya Norin
“ Dia kata tak ada masalah apa-apa pun.” Jawab Sham bagi menenangkan kerisauan isterinya.
“ Abang ni cuba nak sembunyi sesuatu. Cara abang bercakap macam ada sesuatu ni dalam rumah kita.” Balas Norin. Isteri mana yang tidak dapat membaca gerak geri percakapan suami bila setiap hari berada di rumah.
“ Abang cakap terus terang. Nor boleh terima.” Kata Norin
“ Malik hanya kata ada yang tak kena dengan rumah kita. Itu saja. Sebab kita sibuk, itu yang dia tak nak ganggu.” Ujar Sham setelah di asak Norin.

Akhirnya tetamu pulang sedikit demi sedikit. Sham dan Norin cukup berpuashati bila kaum keluarga dapat berkumpul dan rata-rata memuji kecantikkan rumah mereka. Akibat keletihan, mereka mengambil keputusan untuk mengemas esok pagi saja. Badan keletihan. Ketika sedang nyenyak di buai mimpi, tiba-tiba terdengar pintu bilik di ketuk bertubi-tubi..
“ Tuk..Tukk….” Norin terkejut lalu mengejutkan Sham
“ Abanggg…Siapa yang ketuk pintu bilik kita bang. Nor takut. Hanya kita berdua saja yang ada di dalam rumah ni.” Kata Norin. Sham bangun dengan perlahan lalu membuka pintu bilik. Tiada siapa di luar. Sham menyambung tidur kembali. Tiba-tiba terdengar tombol pintu seperti di pulas dengan rakusnya dan pintu terbuka dengan kuat lalu menghentam dinding.
“ Gedebumm..” Bunyi pintu menghentam dinding yang membuatkan Sham dengan Nor terkejut dari tidur
“ Abanggg..Seperti bunyi muzik di bawah.” Kata Norin. Sham terus menuruni anak tangga di ikuti Norin dari belakang.

“ Itu bunyi dari radio kereta bang. Siapa yang buka.” Tanya Norin. Sham dah semakin gelabah bila melihat kunci kereta yang di sangkut tiada di situ.
“ Macam mana kunci kereta boleh hilang. Abang sangkut di sini dan kita tak keluar ke mana pun.” Kata Sham. Terus Sham membuka kunci pintu dan pagar. Injin kereta sedang hidup dan muzik di mainkan dengan begitu kuat. Beberapa orang jiran kelihatan berada di luar. Mereka turut terkejut bila terdengar bunyi bising di luar pada jam 3 pagi. Sham meminta maaf kepada jiran. Maklumlah mereka baru saja membeli rumah tersebut. Sham mematikan radio dan injin kereta. Dia menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
“ Abangg…Siapa yang hidupkan injin kereta kita bang. Nor takut.” Tanya Norin.
“ Entah la Nor. Ini yang sedang abang fikirkan. Mustahil kunci di gantung di dalam kotak dan pintu berkunci kereta dapat di hidupkan.” Kata Sham

“ Abang minta tolong Malik tengok-tengokkan rumah kita ni. Kita baru saja membelinya. “ Kata Norin
“ Esok abang talipon Malik. Kunci kereta akan abang bawa ke dalam bilik kita.” Kata Sham. Malik terus menghantar mesej kepada Malik dan jawapan dari Malik membuat Sham sedikit tenang. Malik berjanji akan datang keesokkan harinya. Akibat keletihan Sham tidur dengan begitu nyenyaknya. Jam 10 pagi Malik sudah datang. Sham menyambut dengan begitu gembira. Dia menaruh harapan terhadap Malik. Di bawa Malik masuk ke dalam rumah. Malik berdiri sambil anak matanya memerhati sekeliling.

“ Sham..Kamu ada garam kasar.” Tanya Malik. Terus Sham ke dapur mengambil garam.
“ Bang…Malik ada nampak sesuatu ke.” Tanya Norin
“ Mungkin juga. Itu sebab dia minta garam kasar.” Jawab Sham dan terus memberi kepada Malik.
“ Garam ini umpama bom. Kalau kamu tak mau sakit, keluarlah dari rumah ini.” Kata Malik. Sham dan Norin terpinga-pinga dengan siapa Malik berkata-kata. Malik membaca sesuatu lalu di lontarnya garam ke atas tangga. Terdengar jeritan yang kuat. Tiba-tiba bangku melayang ke arah Malik. Malik segera menempis.Tiba-tiba cawan kaca melayang lalu hinggap di kepala Malik. Pecah cawan dan kepala malik mula berdarah.
“ Sham…Ambilkan aku sejadah.” Malik mengarah Sham. Bergegas Sham masuk ke dalam bilik lalu mengambil sejadah dan di hulur kepada Malik. Kedengaran Malik membaca ayatul Qursi dan diikuti dengan 3 Qul. Malik terus melibas ke arah sesuatu.

Kedengaran jeritan kesakitan dan seperti ada benda yang jatuh begitu kuat. Malik mengambil garam lalu membaca sepotong ayat dari surah An Nahl ayat 69 yang bermaksud,
“ Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.” Terus di lemparnya garam ke arah suatu tempat.
“ Sham…Inilah yang selalu ganggu kamu. Aku dah kunci pergerakkannya.” Kata Malik
“ Bang…Wanita tua di hujung meja.” Norin memaklumkan kepada Sham dan memang Sham pun dapat melihatnya. Kini barulah mereka tahu rupanya wanita hodoh inilah yng kerap mereka nampak menaiki anak tangga dan kadang-kadang di dapur. Dia juga berada di dalam kereta. Malik terus ke arah wanita hodoh lalu bertanya.
“ Siapa kamu.” Namun wanita hodoh tercungap-cungap seperti kepenatan. Malik mengambil sejadah lalu memukul wanita.
“ Jangan pukul aku. Sakitt…” Rayu wanita hodoh
“ Jawab soalan aku. Siapa kamu.” Tanya Malik semula
“ Aku yang menjaga rumah ini.” Jawab wanita hodoh
“ Siapa tuan kamu.” Tanya Malik. Wanita hodoh seperti merungut sesuatu
“ Aku tanya siapa tuan kamu.” Keras pertanyaan dari Malik
“ Tuan aku dah pindah. Dia minta aku tinggal sini.” Jawab wanita hodoh
“ Tapi rumah ini kepunyaan mereka. Bukan lagi tuan kamu.” Kata Malik
“ Ambil la aku. Bukan susah.” Norin terkejut lalu mencuit Sham. Norin geleng kepala kepada Sham seperti memberi maksud tak nak.

“ Kalau ambil kau, apa yang kau boleh buat.” Tanya Malik bergurau. Wanita hodoh merungut yang tidak di ketahui maksudnya.
“ Macam ni. Aku ada tawaran untuk kau. Kau keluar dari rumah ni.” Kata Malik
“ Aku nak pergi mana. Ni saja tempat aku.” Jawab wanita hodoh
“ Kau islam ke kafir.” Tanya Malik
“ Kau sibuk kenapa nak tau aku islam ke kafir.” Jawab wanita hodoh lalu membuat Malik berang
“ Kau nak rasa pukulan sejadah ni. Aku tanya dengan elok. Kau islam ke kafir.” Tanya Malik lagi sekali
“ Kafirlah.” Ringkas jawapan wanita hodoh. Marah betul dia.

“ Baiklah. Kalau kau peluk islam, aku akan hantar kau ke Madinah. Rumah kau di sana.” Kata Malik
“ Aku kena buat apa di sana. Aku dah tua. Tak ada tenaga lagi.” Tanya wanita hodoh
“ Kau tak perlu buat apa-apa. Kau hanya beribadah di sana. Sudah ramai kawan-kawan kau di hantar ke sana. Itu saja peluang kamu.” Terdiam wanita hodoh dan merungut sesuatu.
“ Baiklah aku setuju.” Kata wanita hodoh. Akhirnya Malik mengajar wanita hodoh bersyahadah.
“ Sekarang kamu dah islam. Kamu setuju tak aku beri nama kamu Khadijah sempena nama isteri Rasulullah.” Tanya Malik
“ Aku suka nama tu.” Jawab Khadijah
“ Baiklah Khadijah. Sebelum kamu di hantar ke Madinah, kamu minta maaf dulu kepada tuan rumah ini Sham dan Norin. Kamu telah menakutkan mereka.” Kata Malik. Khadijah memandang Sham dan Norin

“ Aku minta maaf kepada kamu berdua. Aku suka isteri kamu.” Kata Khadijah. Norin memegang tangan Sham
“ Kami maafkan kamu.” Jawab Sham. Khadijah terangguk-angguk. Nadanya seperti sedang menangis. Mungkin dia dapat merasai akan meninggalkan rumah teres 2 tingkat selama-lamanya. Malik meminta Khadijah memberi salam kepada Sham dan Norin sebelum di hantar ke Madinah.

“ Assalamualaikum.” Khadijah memberi salam. Nadanya sebak. Norin juga dapat merasai perasaan itu ketika menjawab salam dari Khadijah tapi dia terpaksa melepaskan Khadijah pergi. Tempatnya bukan di sini. Malik membaca sesuatu lalu tangannya seperti menarik Khadijah lalu menghantar keluar melalui tingkap. Khadijah hilang dari pandangan mata Sham dan Norin.

Bermula saat itu rumah teres 2 tingkat tiada lagi gangguan. Norin terasa begitu aman bila berada keseorangan di rumah. Tiba-tiba sedang Norin menonton tv terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali di bahagian dapur. Norin ketakutan. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah dapur untuk memastikan dentuman apa yang beberapa kali bunyi dengan kuatnya. Dia terus berdoa agar peristiwa lalu tidak berulang kembali. Akhirnya Norin tersenyum sendirian bila melihat pintu tandas tidak di kunci menghentam dinding bila di tiup angin kencang. Sekian…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]
Ariff Budiman

3 thoughts on “Rumah Teres 2 Tingkat Akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.