Assalamualaikum semua untuk pembaca FS. Disini aku ingin berterima kasih jika cerita aku ini disiarkan. Minta maaf kalau tidak seram sangat. Aku selalu baca cerita seram dekat fiksyen shasha ini. Jadi nak share jugak cerita hantu yang pernah aku lalui.
Nama pena aku FaiFa. Umur aku 22 tahun. Okey sekarang aku akan bercerita tentang kisah yang pertama.
Kisah 1
Pada tahun 2015, aku dan keluarga pergi bercuti di Teluk Batik. Kami duduk disana 3hari2malam. Pada hari tersebut, kami datang dulu. Manakala sedara yang lain dorang bertolak selepas habis waktu bekerja. Okey ceritanya bermula pada waktu malam. Lebih kurang dalam pukul 9:30 malam ,dekat tempat peranginan yang aku duduk dekat Teluk Batik itu hanya ada keluarga aku sahaja (so korang boleh imaginelah pada waktu malam itu suasana yang sangat sunyi dan gelap hanya dengar deruan ombak sahaja) sebab pada hari tuh ada pesta air di Lumut. Jadi nak dijadikan cerita, papa suruh aku letak ice batu dekat chalet sebelah (chalet keluarga aku yang lain yang tak sampai lagi) jadi aku pun ajak adik aku, tapi dia takut sebab sunyi. So aku ajak mama je yang temankan aku ke chalet sebelah.
Semasa aku nak keluar ke chalet sebelah, aku dapat rasakan yang angin malam tuh sangat lain dengan ombak yang kuat dan aku pun jalan macam biasa sambil menikmati suasana malam yang tenang dekat situ. Sebab chalet ni betul betul depan laut. Siapa yang selalu pergi bercuti dekat Teluk Batik, mesti tahu kat mana. Okey sambung balik cerita tadi, masa aku tengah jalan tuh aku kena lalui pokok besar yang ada depan chalet ni.
Tiba-tiba takde angin takde apa. Aku dengar macam ada orang hinggap kat atas pokok. Aku pulak tak fikir banyak, aku pun tengok jelah kat atas tuh. Sekali kau haaa, cik Pontianak duk tenggek atas pokok, rambut panjang menutupi muka dia. Duk menghadap ke bawah. Aku pun diam jelah. Sampai je kat chalet sebelah tuh aku terus tutup pintu dan tak bagitahu dekat mama. Kalau aku bagitahu alamatnya. Lari tak cukup tanahlah gamaknya.
Kisah 2
Sambung cerita yang diatas, masih di tempat yang sama. Tidak lama kemudian, sedara aku pun sampai. Pastuh sedara aku ni ajak teman pergi ambik barang dia kat chalet sebelah. Pastuh aku dan tiga lagi sepupu temanlah sepupu aku ni Udin. Kita orang pun berborak, yela dah lama tak jumpa banyaklah gossipnya. Masa tengah duk bercerita tuh, sekali kita orang dengar bunyi (orang kata kalau dengar benda tuh jauh dia dekat, kalau dengar bunyi dekat dia jauh) jadi yang sepupu aku dan adik aku, langkah mereka terhenti kerana terdengar suara orang mengilai ini. Aku dan sepupu aku Udin masih berjalan tak endahkan sahaja.
Sebab sudah sampai. Pastuh balik je dari ambik barang dari chalet sebelah. Kami pun bercerita dengan Wan, yang kami dengar benda tuh. Pastuh wan pun katalah “yela manalah benda tuh tak tegur korang tengoklah dah pukul berapa 3 pagi”. Kita orang pun “ha’ahlah jomlah tido esok nak mandi laut”. Lepas je masing-masing dah dapat katil. Tiba-tiba udin dengar ada orang panggil nama dia. Pastuh dia mengadu dekat adik aku. Last-last adik aku kata tidolah kau ni tegur-tegur pulak. Pagi esoknya takde apa dah. Just ada ngangguan makhluk berbulu iaitu “Kera Teluk Batik”.
Kisah 3
Aku sekeluarga balik ke kampung halaman di Kajang. Masa tuh ada buat tahlil dan jamuan makan dan sambut menantu perempuan. Macam biasalah, jumpa sama sepupu bercerita dan bertukar-tukar cerita dengan mereka. Okey kisah dia bermula dekat dapur. Kalau umah wan kami ni dapur dia tutup, cuma pintu tuh dia ada cermin. So boleh nampaklah dari luar dapur.
Selepas itu, kami pun duduk makan di dapur. Sebab di depan sudah penuh. So nak jadikan cerita. Kita orang duk selfie. Pastuh yang aku pulak ni jenis kalau dah dapat gambar, aku akan zoom setiap muka. Pastuh, time aku zoom time aku selfie dengan fina. Sekali muka belakang ada gula-gula (Pocong). Aku ingatkan aku sorang je. Rupanya dorang pun nampak jugak sang pocong ni. Dengan mata bulat dan hodoh. Semua lari ke depan. Last-last, esoknya semua terbaring sebab demam pasal kes semalam.
Okey itu sahaja kisahnya. Maaf jika cerita ini tidak seram. Minta maaf kalau coretan kurang memuaskan. Dan saya masih belajar lagi. Terima kasih Fiksyen Shasha kalau cerita saya ini disiarkan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
cerita pendeknye lahaii
Mcm pernah baca cerita di teluk batik ni…
Ye sama
Alahai. Pengalaman ko ni dik memang seram tp cara penyampaian ko menjadikan cerita ni tak seram langsung. Cari le idea camane nak bagi pembaca merasa keseraman pengalaman ko tu dik.