Gangguan Hantu Raya Di Rumah Sewa

Assalamualaikum kepada peminat FS. Saya dah kirim 5 cerita seram dan berharap ada yang disiarkan. Saya ni tak pandai nak mengarang dan mengolah cerita. Berikut ini pengalaman saya sendiri menyewa di rumah yang ada hantu raya.

Peristiwa ini berlaku di salah sebuah daerah di Perak sekitar pertengahan tahun 1990an. Masa tu saya dah ada 3 orang anak. Yang sulung berumur 5 tahun, kedua berumur 2 tahun dan ketiga 6 bulan.

Kami mengambil keputusan pindah ke rumah sewa baru setelah rumah lama dimasuki pencuri. Saya jadi trauma dengan kejadian tu. Rumah sewa baru ni adalah rumah staf yang berpindah ke Kuala Lumpur kerana mengikut suami. Semasa dia tinggal di rumah tu memang ada pengalaman seram yang diceritakan tapi saya tak ambil kisah sangat. Saya anggap dia dah ambil tindakan sepatutnya berubat atau halau gangguan makhluk halus tu.

Jiran2 di perumahan sama ada yang menceritakan kisah seram kepada saya. Antaranya:
1. Ada jiran yang baru pindah setelah rumah siap. Dia selalu mengadu sakit belakang. Dia bermimpi ada sesuatu yang berpaut belakangnya tapi apabila cuba lihat apa bendanya, dia akan terjaga dari mimpi. Sehingga malam ketujuh, dia berdoa untuk Allah tunjukkan kenapa belakangnya sakit sangat. Malam tu dia berjaya melihat seorang anak kecil berwajah hodoh dan seram bergayut di belakangnya. Setelah mimpi itu beliau mendapatkan rawatan dan sakit belakangnya hilang.

2. Ada jiran yang duduk seorang di rumah sebab anak2 dan isteri balik kampung, pada waktu senja tiba2 dia terdengar mainan anak2nya seperti diseret…kereta mainan berjalan sendiri. Dia pun menegur dengan kuat, ‘jangan kacau aku, aku tak kacau kau’. Tiba2 bunyi tu berhenti.

3. Ada jiran bercerita terdengar anak2nya gelak ketawa pada waktu senja dan ternampak sikat yang terjatuh pada bumbung dapur berada dalam rumah. Ibu mereka kurang senang dan menegur, ‘ isy jangan seronok sangat senja2 ni. Pergi mandi dan siap2 untuk solat’. Anaknya jawab, ‘ ni tengah main dengan abang ni, tapi ibu mata abang ni merah’. Meremang bulu roma ibunya. Ibu bertanya,’ sapa bawa masuk sikat ni? Dah lama jatuh atas bumbung dapur.’ Anaknya cakap, ‘ abang tadi la’.

4. Ada anak2 jika yang nampak kelibat toyol berjalan di lorong belakang rumah pada tengah malam.

Peristiwa aneh mula saya alami apabila suami berkursus selama 6 bulan di Kuala Lumpur. Kami menghantar 2 anak ke rumah mak di kedah dan yang kecil tinggal dengan saya. Saya hantar ke rumah pengasuh.

Satu petang, balik dari mengambil anak dari rumah pengasuh saya masukkan dalam buai untuk tidurkan dia sebelum saya boleh mandi, solat dan masak. Petang tu anak asyik merengek. Semua tak kena dan saya hampir2 terbabas solat asar. Akhir sekali saya bawa anak ke rumah jiran minta dia mengasuh sekejap sementara saya solat asar. Usai solat asar saya ke rumah jiran untuk mengambil anak.

Masa tu jiran saya bertanya, ‘ semasa yati nak sewa rumah ni ada tak kak midah cerita apa2 tentang rumah ni?’

‘ ada juga dia cerita anak dia nampak hantu kat tingkap masa dia demam.’

Jiran saya cerita lagi, ‘ yati tahu tak kak midah sekeluarga empat beranak tak tidur dalam bilik tapi tidur kat ruang tamu? Pernah juga beberapa kali masa tidur terdengar kerusi di meja makan ditarik dan ditolak. Bila terjaga tengok kerusi tak berubah pun.’

‘ masa yati takda balik kampung pun, akak dengar macam perabut dialih dan lampu bilik air dipasang dalam master bedroom.’ Master bedroom saya berkembar dengan master bedroom rumahnya.

Mendengar cerita dia lagilah seram bulu roma saya. Nak tak nak kena minta tolong abah untuk berubat..,halau hantu tu. Abah pun jumpa seorang bomoh di Baling, dia buat garam kasar dan air untuk ditabur keliling rumah dan dalam rumah dan kemudian pagar rumah. Bomoh tu pesan orang lelaki yang kena buat, hantu ni tak heran dengan perempuan.

Waktu malam saya selalu terjaga dari tidur dan sukar nak tidur kembali. Saya minta anak jiran temankan saya pada waktu malam. Bila mandi dalam bilik mandi saya rasa meremang bulu roma dan rasa seperti ada yang memerhati.

Bomoh Baling tu bagi tahu arwah abah yang makhluk yang dok ganggu tu ialah hantu raya. Hantu raya ni dok dalam bilik air bawah dan waktu malam ia akan pindah ke bilik air atas.

Semasa mula2 pindah ke rumah sewa ini, mak dan adik datang untuk bantu kemas2 rumah. Mak kata masa masuk rumah ni nampak keadaannya macam suram, redup dan gloomy. Bilik belakang di tingkat atas paling seram.

Saya pernah cuba dapatkan pembantu rumah tempatan untuk jaga anak saya yang bongsu ni tapi dok tak sampai seminggu dia mengundurkan diri. Dia kata anak saya macam gelisah dan selalu menangis tapi bila bawa ke rumah jiran, dia jadi ceria dan suka bermain. Saya tempatkan dia di bilik belakang dan setiap malam dia akan dengar seperti orang jentik almari baju dari dalam sampai pagi. Dia tak dapat tidur hingga pagi.

Jiran saya yg juga bernama kak midah cadangkan saya dapatkan bantuan bomoh untuk buang hantu raya ni. Lepas arwah abah merawat dengan garam dan air, gangguan masih berlaku. Kak midah kata yang bomoh ni tak mau datang ke rumah tapi saya perlu ke rumahnya. Saya perlu bawa botol gelap, 4 helai daun sirih yang bertemu urat, 4 jarum peniti, dian dan gabus. Petang tu saya, kak midah dan anak bertolak ke rumah bomoh. Suami kak midah ikut dari belakang dengan kereta mereka. Sepanjang jalan anak saya menangis dan menjerit2. Saya kata pada kak midah, ‘ saya rasa benda ni tahu kita nak buang dia. Dia ikut kita ni.’

Sampai rumah bomoh tu saya tidurkan anak dan lepas solat maghrib, bomoh tu mulakan menyeru hantu raya tu. Dia kata hantu ni orang gunung dan berasal dari kampung dengan nama binatang. Semasa tu terbang belalang pelesit masuk dan dibuang kepalanya, bomoh tu kata hantu raya ni tak bertuan. Makhluk halus suka singgah rumah sewa saya sebab tapak rumah tu tak elok. Dia kata pernah ada pembunuhan budak yang diculik dan diambik minyak dagu. Dulu kawasan taman tu adalah tapak kebun getah. Apabila tapak rumah tak elok, makhluk halus suka singgah. Dia kata tempat ni juga orang kampung buang makhluk halus, saka dan sebagainya. Sejauh mana benar taklah saya ketahui.

Dia masukkan belalang pelesit tu dlm botol, daun sirih, jarum peniti dan tutup dengan gabus. Gabus tu dilak dengan cairan dian. Bomoh tu suruh buang ke sungai dan hanyutkannya. Suami kak midah yang buang dengan bacaan ayat tertentu.

Setelah itu tiada gangguan atau rasa seram dalam rumah hingga pada satu hari jiran belakang rumah bagi tau yang setiap petang dia akan nampak seorang lelaki berbaju melayu serba putih masuk ke rumah melalui pintu belakang. Arwah abah pernah pesan jangan pergi pada bomoh sembarangan sebab ada bomoh yang nak lepaskan jin peliharaannya.

Selepas suami tamat kursus 6 bulan, saya pun bawa balik 2 orang anak dari kampung. Saya masa tu telah dapat seorang pembantu rumah dari Indonesia. Semasa dia tiba dari Medan, sudah hampir bulan puasa. Saya tak ceritakan apa2 pada dia sebab tak mau takutkan dia.

Selang dua minggu dia sampai dari Medan, dia sering dengar orang berbual di sebelah biliknya…terdapat suara lelaki dan suara perempuan berbual hingga awal pagi. Dalam hatinya berkata mereka ni tidur lewat tak bangun sahur ke? Saya tempatkan dia di bilik belakang. Jiran saya ni tiada di rumah sebab bekerja di Ipoh dan balik hanya pada hujung minggu sahaja. Saya ingatkan dah selesai gangguan setelah dibuat rawatan. Rupanya setiap kali ada orang baru masuk dalam rumah, pasti diganggu. Tapi gangguan tu tak lama sebab lepas tu kami berpindah ke Seremban.

Selang tiga bulan kami berpindah, rumah tu disewa sepasang suami isteri. Mereka mempunyai sepasang anak kembar. Isterinya ini merupakan isteri kedua. Kebetulan saya menziarahi jiran lama saya kak midah dan bertemu dengan adik penyewa baru. Dia menceritakan pengalaman yang amat seram yang mereka alami.

Satu malam, kakaknya terdengar suaminya berdengkur tapi dengkuran tu bertukar menjadi suara garau. Dia kejutkan suaminya tapi suaminya tiba2 terkam lalu mencekiknya. Isterinya meronta2 minta dilepaskan sehingga isterinya menampar suaminya. Setelah ditampar baru suaminya sedar, dia kata dia ternampak muka isteri menjadi semakin hodoh sebab tu dia mencekik isterinya.

Adik dia pulak selalu kena tindih sampai dia tidur malam pasang lampu dan tidur mengiring. Jika tidur terlentang pasti kena tindih. Anak kembarnya pulak masa tu baru berumur 8 bulan, bila menangis tengah malam pasti dia akan merangkak ke almari baju dalam bilik dan duduk senyap depan almari baju.

Satu malam mereka pulang lewat ke rumah sekitar jam 11malam dan hampir sampai ke rumah isterinya ternampak dua biji mata merah sedang perhatikan mereka dari atas pokok nangka. Pokok nangka ni terletak di luar pagar depan rumah mereka. Dulu masa menyewa di rumah tu saya selalu juga cakar daun gugur dan masukkan dalam plastik sampah kerana kadang siang2 tak sempat tapi nasib baik tiada penampakan yang mengerikan.

Akhir sekali setelah 2 bulan duduk dan diganggu dengan hebat mereka buat keputusan untuk pindah. Setelah berpindah, mereka kembali ke rumah tu pada lewat satu petang kerana ada barang yang masih tertinggal. Isterinya masuk untuk ambik barang kerana suaminya enggan masuk. Semasa masuk dia berbau busuk hanyir macam bau d***h h**d, dia cepat2 ambil barang dan keluar dari rumah. Ada yang kata gangguan tu sihir dari isteri pertama tapi sejauh mana benar tidak diketahui. Itulah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Tuan rumah tidak berapa suka apabila mereka hebohkan cerita tentang rumahnya kerana khuatir tiada orang nak sewa rumah mereka.

Sekian itulah pengalaman saya. terima kasih

Hayati

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Hayati Radzi

3 thoughts on “Gangguan Hantu Raya Di Rumah Sewa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.