Bayangan Hitam

Assalamualaikum, Hi semua kipas-kipas tegar FS. Ini kali pertama aku share pengalaman aku diganggu dekat public. Aku hanya share dengan kawan-kawan aku je sebelum ni. Aku ni memang sejenis suka baca cerita seram, itu yang membawa aku ke FS ni. Sedikit tentang aku adalah aku boleh nampak tetapi sekadar menyerupai kadang-kala tu ternampak juga lah seketul diri “benda” tu dan aku dapat rasa kehadiran “dia”. Sebelum aku lanjutkan pengalaman aku, aku nak ucapkan terima kasih kepada team FS sebab sudi publish cerita aku dan maaf kalau tak seram pada korang. Cerita ni ada 2 kisah yang aku dah asingkan dan segala nama yang ada dalam penceritaan aku ni bukan nama sebenar. Tanpa buang masa, let’s begin.

Kejadian ni berlaku awal tahun lepas di mana aku masih lagi dalam dunia seorang student diploma. Aku dengan kawan-kawan aku baru pindah ke rumah sewa yang baru dibina di Bangi dan rumah sewa kitaorang jenis condominium. Biasa lah, fikiran kita bila rumah baru je takda apa-apa yang buruk akan berlaku. Untuk orang Islam, kena buat doa selamat atau bacaan Yaasin untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk agama lain ada cara mereka tersendiri. Tapi kitaorang langsung tak buat apa-apa. Kononnya masuk rumah baru takda apa-apa pun lah kan. Oh sebelum aku terlupa, kitaorang sewa satu rumah tu 5 orang (1 senior 3 orang classmate aku). Kejadian ni jadi selepas 2 bulan aku sewa dekat situ. Mula-mula dia kacau biasa and kacau aku sorang je tapi lama-lama dia start kacau lebih-lebih dankacau housemate aku.

KISAH 1

Satu malam tu, tengah seronok aku baring dekat ruang tamu sorang-sorang sambil layan mata tengok kipas, tiba-tiba aku rasa macam ada satu bayangan berdiri betul-betul dekat sudut pintu toilet luar. Masa tu aku tak pandang tepat ke arah tu aku masih pandang kipas, lepastu terdetik dalam hati aku berbisik “eh, bayang-bayang apa tu? Siapa yang diri dekat sudut tu? Setahu aku dalam rumah ni aku lah yang paling tinggi. Hm, pelik.” Then aku biarkan je. Lama juga lah bayang-bayang tu berdiri dekat situ, akhirnya aku pun pandang juga tapi bayang-bayang tu hilang. Bila aku pandang kipas balik, bayang-bayang tu ada lagi dekat situ.

Aku dah start rasa tak sedap hati tapi sebab aku sorang je dekat ruang tamu masa tu so aku sedapkan hati aku sendiri dengan berbisik dalam hati “ala, khayalan je tu, mata dah berat macam-macam aku boleh terbayang lagi-lagi seorang diri je ni.” Tapi sayangnya hati aku tetap rasa tak sedap hati sebab aku masih nampak bayang-bayang tu. Rasa nak tahu itu bayang-bayang apa membuak-buak dalam diri aku yang membuatkan aku pandang ke ceiling atas bayang-bayang tu. Alangkah terkejutnya aku bila nampak bayang-bayang yang aku nampak tu sebenarnya “gula-gula” kesayangan kita semua. Satu benda yang aku taknak jumpa atau nampak adalah “gula-gula” kalau jumpa yang lain aku redha tapi kalau jumpa “dia” boleh lemah aku.

Aku tak fikir apa dah, terus tutup mata menghadap kabinet sebelah aku. Aku cuba untuk tidur tapi tak boleh sebab “benda” tu ganggu aku. Tengah dalam percubaan nak tidur tiba-tiba aku terdengar bunyi pernafasan yang sangat kuat belakang aku. Masa tu nak husnuzon pun tak boleh sebab housemate aku semua dah tidur lena. Aku baca ayat Kursi, Alhamdulillah benda tu hilang. So, keadaan dah tenang semula. Tapi keadaan yang tenang itu bertukar menjadi seram balik bila aku pusing dan pandang ke arah dapur. Masa ni aku tak tahu kenapa aku buka mata dan pandang arah dapur. Guess what guys, aku nampak satu lembaga perempuan rambut panjang cukup untuk tutup muka dengan berjubah putih yang lusuh tengah merangkak ke arah aku. Aku dah start panik dengan dah tak tahu nak buat apa aku pejam mata menghadap kabinet balik (membelakangkan dapur). Aku taknak buka mata sebab takut benda tu bertenggek atas kabinet depan aku, so aku tertidur dalam keadaan ketakutan.

KISAH 2

Kejadian ni berlaku selepas beberapa hari dari kisah 1 tu berlaku. Nak dipendekkan cerita, satu malam tu aku tak boleh tidur so aku keluar dari bilik dan main phone dekat ruang tamu. Masa tu dalam pukul 5 lebih dan azan subuh baru lepas habis. Tengah leka main phone tetiba aku terdengar bunyi pintu bilik Amy terbuka. Oh ye, Amy ni senior aku ya. Aku pun pura-pura lah tidur. Aku tak rasa pelik bila dia bangun waktu macam tu sebab dia selalu bangun waktu macam tu untuk pergi toilet. Tapi pagi tu dia bangun bukan untuk pergi toilet, dia nak keluar (aku tahu sebab nampak dia bersiap lawa-lawa). Masa tu aku dah pelik “eh dia ni nak pergi mana subuh-subuh macam ni?” Tanpa fikir panjang, aku pun teruskan pura-pura tidur. Tak lama lepas tu, aku buka mata sebab asyik dengar bunyi tapak kaki macam orang yang tengah mundar-mandir.

Alangkah terkejutnya aku bila buka je mata terus nampak satu bayang kepala yang agak tinggi tengah menjengah aku dari satu sudut tepi dinding. Badan apa semua aku langsung tak nampak, kepala sahaja yang aku nampak. Tapi bayang-bayang tu sebiji macam boyfriend Amy. Dalam hati aku mula lah terdetik “eh apahal boyfriend Amy boleh ada dalam rumah kitaorang ni? Padahal seharian aku dekat rumah dengan Amy aku. Boyfriend dia pun takda datang bawa senior aku keluar.” Untuk maklumat korang, aku kenal boyfriend senior aku ni sebab dia selalu datang hantar makanan dan keluar dengan senior aku. Bila aku nampak tu aku jadi seram sejuk gila, so aku pun sambung berpura-pura tidur.

Okay part ni lagi buat aku pelik dan bertambah seram sebab si Amy ni dia keluar tapi aku dengar seorang je tapak kaki. Kalau betul boyfriend dia tadi tu, mana pergi tapak kaki lagi seorang? Tapi sebab aku malas nak layan, so aku biar je. Amy ni pun keluar lah rumah pukul 6 lebih macam tu tapi aku geram juga dengan dia masa tu sebab dia keluar dengan tak tutup lampu bilik, aircond dekat bilik, lepas tu siap tak kunci pintu lagi, selamba je dia melulu keluar macam orang dah lambat pergi kerja. Tak sampai 5 minit dia balik rumah, aku lagi bertambah pelik. “dah apahal si Amy ni? Pelik betul lah perangai dia hari ni” bisik aku dalam hati.

Oh ye, masa dia balik rumah tu aku tengah pejamkan mata. Lepas dia masuk dan kunci pintu, aku terus tak dengar bunyi tapak kaki orang berjalan, pintu bilik tertutup.Tak dengar langsung. Aku dah sampai fikir “Amy ni terbang ke masuk bilik?” Lepas suasana dah kembali sunyi, aku pun buka mata dan sambung main phone seolah-olah takda apa yang berlaku tadi. 2 hari lepas kejadian tu, Amy dengan boyfriend dia ajak kitaorang makan sekali. Aku pun ambil kesempatan dalam kesempitan untuk tanya dekat Amy dan boyfriend dia pasal kejadian tu dengan harapan mungkin betul apa yang aku nampak. Sayangnya, harapan ku hancur sehancur hati yang kena friendzone huhu, tiberr. Okay masa aku tanya tu Amy cakap dia tak bangun dan boyfriend dia pun takda datang. Bila diorang tanya balik dekat aku kenapa maka aku pun cerita sambil meremang bulu roma aku. Masing-masing punya tahap terkejut tu boleh buat scene drama.

Jadi, itulah pengalaman seram aku. Aku ni tak takut sangat tak berani sangat tapi kalau boleh taknak lah kena kan. Tapi kalau dah itu takdirnya terima je lah. Pengajaran yang aku boleh bagi jangan tidur lambat dan jangan tidur seorang diri dekat satu ruang yang besar sebab benda tu memang suka “teman” korang. Maaf sekali lagi kalau tak seram, niat di hati ingin berkongsi sahaja pengalaman seram. Aku ada banyak lagi pengalaman seram yang masih terang lagi bersuluh dalam ingatan aku haha. Ada masa nanti aku cerita ya. Terima kasih sudi membaca. Peace out 🙂

Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit

3 thoughts on “Bayangan Hitam”

  1. Sbb tu aku xkn tdo kat ruang tamu. Penat camne pon ttap msuk bilik. Siang sekadar nk nap kejap, bole la.. Mmg xkn lena. Mata pejam tp aku still bole dgr ape jd sekeliling aku.

    Reply

Leave a Comment