Kelibat misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Sebelum ni aku pernah berkongsi kisah seram aku di FS iaitu ketika aku mengalami perkara mistik ketika aku bekerja shiff malam di sebuah hotel di ipoh perak. Kali ini aku ingin berkongsi satu lagi kisah seram yang tidak mungkin aku lupakanĀ  ketika aku bergelar pelajar.

Aku khai.
Aku belajar di salah sebuah kolej komuniti di perak pada tahun 2009. Kolej komuniti mana, tidak perlu aku beritahu. Kisah ini berlaku ketika aku menduduki semester kedua. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Seusai kelas tamat, kawan-kawan sekelas ajak lepak minum dekat sebuah restoren berdekatan. Tetapi aku menolak ajakkan mereka. Aku minta stayback dalam kelas kerana ingin menyiapkan kerja-kerja yang belum di siapkan lagi. Almaklumlah ketika itu laptop aku rosak jadi aku terpaksa stayback dan meminta kebenaran pensyarah untuk stay.

Ketika semua kawan-kawan dan juga pelajar dah balik. Hanya tinggal aku seorang sahaja. Yang kedengaran suara dari pelajar-pelajar lain yang melalui depan lab untuk pulang. Salah seorang pelajar senior yang dikenali sebagai amir melihat aku berseorangan kemudian masuk dalam lab dan menegur saya kenapa stay sorang-sorang dalam bilik lab ni. Aku memberitahu yang aku ingin menggunakan komputer untuk menyiapkan assigment kerana laptop aku rosak. Senior itu mengangguk faham dan sebelum dia keluar dia ada memberitahu “jangan terlalu lama berseorangan lama sangat kat sini. Nanti ada yang meneman” aku pun mengiyakan sahaja dan aku fikir mungkin dia hanya bergurau hendak menakutkan aku.

Sedang leka aku menyiapkan assigment, aku tak sedar masa berlalu dengan pantas. Aku lihat jam dah menunjukkan pukul 7.15 pm dan lagi berapa minit sahaja hendak masuk waktu magrib. Aku save assigment aku yang telah siap dan berkemas untuk balik hostel. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kasut seseorang berjalan di koridor. Aku tak fikir apa-apa kemungkinan pakcik guard yang membuat rondaan. Makin lama makin dekat bunyi tapak kasut itu. Aku melihat di pintu bahagian kaca, ada sesorang lelaki sedang melintasi bilik lab. Tiba-tiba sahaja bulu roma aku meremang. Kelibat itu kemudian berhenti dan memandang tepat kearah aku dari luar lab. Aku dapat lihat dengan jelas wajahnya. Wajahnya biasa sahaja tetapi agak menyeramkan dengan senyuman yang dilemparkan oleh kelibat itu.

Kelibat itu kemudian berlalu pergi dan hilang dari pandangan aku. Tak sampai lima saat aku dikejutkan dengan bunyi dentuman seperti pintu dihempas dengan kuat. Tanpa berfikir panjang, aku cepat-cepat keluar dari lab. Aku tutup semua lampu dan aircond dan cepat-cepat aku keluar menuruni anak tangga. Aku berharap aku takkan bertembung dengan kelibat itu.

Dalam kelam kabut aku keluar. Secara tak sengaja aku terlanggar pakcik guard. Pakcik guard bertanyakan pada aku kenapa stayback dalam kolej berseorangan kenapa tak minta kawan temankan. Aku jawab dalam keadaan terketar-ketar. Dan aku memberitahu ada seseorang dalam kolej. Kemudian Pakcik guard masuk kedalam kolej dan membuat rondaan. Setelah selesai membuat rondaan, pakcik guart itu beritahu aku yang dia tidak jumpa sesiapa pun kat dalam kolej. Sah yang lalu depan bilik lab itu bukan manusia. Pakcik guard berpesan pada aku supaya kalau mahu stayback jangan berseorangan dan biarlah berteman. Aku pun kemudian pulang ke hostel dengan berjalan kaki dari kolej.

Sampai sahaja di hostel, aku buat biasa-biasa sahaja dan tak menceritakan kepada kawan-kawan apa yang berlaku pada aku ketika berada di bilik lab berseorangan tadi. Melalui cerita-cerita pelajar senior, mereka pernah diganggu ketika buat study group dalam perpustakaan pada waktu malam. Ada yang mendengar bunyi bising di bilik kuliah tetapi setelah diperiksa, tiada sesiapa pun yang kelihatan. Sejak dari kejadian yang menimpa aku, aku tidak berani lagi stayback kat kolej pada waktu setelah kelas tamat.

Sekian dari aku.
Assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment