Pengalaman rombongan 3 hari di sebuah hutan di Perak

Assalam admin FS, sebelum ni saya ada hantar juga kisah di sini..hehe tak nak bagitau cerita apa :p. Tapi still terima kasih la kerana sudi siarkan cerita saya sebelum ni. Kali ni, saya ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman saya ikut rombongan jungle trekking di sebuah hutan yang terletak di Perak(nama hutan perlu dirahsiakan). Kisah ni tak berlaku kepada saya tetapi jadi kepada kawan2 saya. ( Maafla kalau kali ni saya banyak guna shortform).
Rombongan ini ambil masa selama 3 hari gak la, al maklumlah kena pergi juga sebab ini salah satu syarat nak lulus subjek yg kami amik. Hutan yang kami pergi ni pun betul2 di kawasan terpencil, so kalau orang pergi mesti kena naik bot bergerak yang ada bilik 2 tingkat semua( kalau pergi satu rombongan la).
Nk dijadikan kisah, first day kami semua OK saja, sampai2 kat kawasan hutan tu pergi la rumah orang asli semua. Second day ni yg jadi kisahnya. Malam tu kami ada buat aktiviti berkumpulan. Kononya nak membina teamwork ngan leadership bagai. Setiap kami dibahagi kepada tujuh kumpulan and kena buat macam2 jenis lakonan bertemakan alam sekitar, so malam tu kira meriah la
Saya memang tak sedap hati dah sebab malam tu kami terlalu ‘gembira’ sangat. Even masa awai2 datang kat hutan ni pun rasanya tak ada buat bacaan doa ka apa ka.( mungkin msing2 doa dalam hati ja).
Lepas kena belakon bagai tu , group saya menang nombor 2 sebb dressing kmi cantik2, saya jadi Fairy lagi, buuuuuu and lakonan kami pun lawak gak. Lepas tu, saya pening kepala dan terus makan ubat Panadol. Saya pengsan semalaman dalam bilik.
Keesokkan pagi tu, nampak la kawan2 saya dok bergosip semua. Saya pun tanya la korang cter apa?..kawan saya mula2 tak smpai hati nak bagitau sampai la ada sorang tu cakap…”bagitau je la, sampai bila nak rahsia”…then kawan saya pun tanya saya…” Semalam hang ada terjaga dak ? “…saya kata dak sebab saya tidoq betul2 lena dek penangan ubat Panadol tu.
Barulah kawan saya bagitau, semalam ada sorang kawan kami nampak hantu raya bertenggek dekat hujung bot tempat kami sidai baju2 kami…then geng2 budak laki pun kena kacau jugak. Ada sorang member laki tu tidur dekat hujung2 penjuru..dalam separuh sedar tu dia belek2 cadar tempat kawan dia tu…Basah!, and kawan dia tak da kt sebelah dia…
Esok pagi tu dia tanya member dia..”Ko kencing ek smlm?”…Kawan dia cakap..” Dak weyh, aku nampak ada benda bertenggek btul2 kat atas bangku tempat ko tdur tu..tu yang aku ciau”..Tu kisah geng2 laki.
Berbalik kepada kami2 pompuan ni, lepas kawan aku sorang tu nampak hantu raya, ada kawan dia sorang ni terjaga nak turun ke toilet..dia cakap ada bau busuk masa dia lalu kat tangga..mana taknya…hantu raya tu bertengek betul2 dekat tempat dia kena lalu tu cuma dia tak nampak, tapi kawan aku yang nampak…
Memang kami pun pergi la mengadu dekat lecturer kami.Lecturer kami lagi hebat ! dia siap nampak ada nenek kebayan and banyak lagi berkeliaran dekat area bot kami tu..last2 kami dapat tau dari orang yang bawak kami tu…rupa2 nya, kami parking dekat kawasan ada perkuburan orang asli di sebalik hutan tebal yang kami parking tu..
Konklusinya,,..kalau nak pergi tempat ‘dia’ tu..kena la baca doa2 sikit & jangan terlalu seronok sangat..nanti tak pasal2 ‘dia’ nak join sama..dah la hutan tu sunyi sepi..rasanya orang Perak taw dah hutan mana ni..Sekian 😉

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Pengalaman rombongan 3 hari di sebuah hutan di Perak”

Leave a Comment