Kisah Seram Rumah Sewa di PAntai T

Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS. Aku Ina, 23. Aku ingin menceritakan pengalaman seram yang aku alami sendiri. Aku minta maaf kalau cerita aku kurang seram bagi korang tapi cukup menyeramkan bagi aku. Minta maaf juga kalau cerita aku ni membosankan.

Kisah ini berlaku semasa aku sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA di Pantai Timur. Ketika itu aku berada di semester 5. Aku tinggal di rumah sewa. Aku membuat keputusan untuk menyewa di sebuah rumah di kawasan berhampiran kampus aku. Memandangkan aku selesa tidur berseorangan di sebuah bilik, aku menyewa sebuah bilik di rumah tersebut kerana harganya lebih murah berbanding rumah lain di kawasan tersebut. Rumah sewa itu sangat selesa bagi aku kerana lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan. Aku mula menetap di rumah itu pada semester 4, namun pada masa itu aku tidak mengalami sebarang ganggunan.

Gangguan tersebut bermula pada akhir semester 5. Pada masa itu aku baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan. Peperiksaan yang berlangsung selama tiga hari dan aku harus menjawab 2 jenis kertas soalan dalam satu hari. Aku sedikit tertekan dan sangat keletihan. Oleh kerana badan aku terlalu letih kerana tidak cukup rehat, aku tertidur awal malam tu. Kira-kira pukul 3 pagi aku bermimpi aku sedang tidur di rumah kakak aku. Tiba-tiba aku terdengar suara seorang wanita memanggil nama aku dan suruh aku bangun. “Ina…bangun”. Aku menganggap mungkin kakakku yang panggil aku di dalam mimpi tu. Tetapi aku tiba-tiba berasa pelik kerana suara tersebut seolah-olah suara di alam nyata. Aku tersedar dari tidur tapi aku tidak membuka mata. Aku terfikir sekejap yang aku sedang berada di bilik aku sendiri atau di rumah orang lain. Tangan aku tertolak sesuatu di atas katil. Aku menyentuh benda itu dan itu adalah bantal peluk aku. Itu menandakan aku sedang tidur di bilik aku sendiri.

Lantas aku terfikir suara siapa yang memanggil aku tadi sedangkan aku keseorangan. Tak ada siapa-siapa melainkan aku seorang sahaja. Aku fikir positif, mungkin hanya mimpi tetapi suara itu seakan-akan betul. Malas berfikir panjang, aku menyambung tidur. Serentak dengan itu, aku terdengar lagi suara wanita itu memanggil nama aku. “Inaaa..bagunnn”. suara itu datang dari belakang badanku sebelah kanan. Aku tidur mengiring di sebelah kiri. Ohh tidak, dia datang lagi..Allahuakhbar..aku menjerit di dalam hati tanpa membuka mata atau menoleh kebelakang. Jantung aku mula berdegup kencang. Bayangkan aku berseorangan dalam bilik tu dan dalam keadaan gelap gelita. Terasa nak peluk seseorang je masa tu tapi tak boleh peluk sesiapa. Katil aku terasa berat sebelah seolah-olah ada sesuatu duduk di situ. Aku menjerit di dalam hati. “Allah…dia naik atas katil aku pulak.”
“Inaaa….tidurrr” suaranya lembut menyuruh aku tidur. Aku memejam mata serapat yang mungkin. Peluh mula membasahi muka aku. Tubuh aku kaku, aku tidak sanggup buka mata atau menoleh kebelakang. Serentak dengan itu, tangannya mengusap lembut pinggang aku. Sangat menggelikan tapi aku masih boleh tahan. ‘Inaaa…’ Suara tersebut seolah-olah membelai aku dengan penuh kelembutan. Semua surah-surah hilang dari ingatan aku. Aku cuma ingat menyebut berzikir sahaja. Tiba-tiba tangannya memegang ketiak aku. Sumpah geli gila. Aku tak boleh tahan. Aku guna tangan kanan aku untuk tolak tangan dia yang sedang pegang ketiak aku. Aku tersentuh sesuatu yang aku rasakan mungkin jari dia sebesar satu inci. Kasar gila dan sedikit menggerutu. Hati aku tidak putus berzikir dan berselawat. Itu je yang aku ingat masa tu.

Tapi aku benggang sebab benda tu masih tak nak lari. “tak nak lari jugak dia ni.. kenapa susah sangat nak lari’. “Diamlah” Suara itu sedikit garang marah aku. Aku buntu tak tahu nak baca apa lagi nak suruh dia lari. Aku teringat nak baca ayat kursi. Tak sempat aku baca, katil aku mulai terasa ringan dan aku terasa sedikit bahang hangat beransur hilang. Bila aku yakin dia dah hilang aku buka mata dan buka lampu. Aku capai handphone aku dan berlalu keluar dari bilik. Aku baca ayat kursi sekerap yang boleh. Badan aku menggigil dan berpeluh. Rasa nak nangis pon tak keluar air mata. Aku tak tahu nk pergi mana. Aku duduk di dapur dan hantar mesej kepada kakak aku suruh ambil aku petang itu.

Nak tak nak aku terpaksa beranikan diri aku masuk balik dalam bilik untuk ambil tuala dan pergi mandi. Mulut aku tak lengkang baca ayat kursi. Jantung aku macam nak terkeluar dari dada bila masuk dalam bilik tu. Lepas selesai mandi aku membaca surah Yassin dan memasang surah terpilih menggunakan ipad. Aku kemas semua pakaian aku nak balik kampung. Aku nekad nak pindah rumah lepas tu sebab rasa dah tak selamat tidur dalam bilik tu lagi.

Perasaan aku tak tenteram. Kejadian tu menghantui fikiran aku, sentiasa bermain dalam otak aku. Petang tu juga aku tidur kat rumah kakak aku. Sampai kat rumah mak aku pon aku tak boleh fokus dengan keadaan sekeliling aku sebab asyik teringatkan perkara tu. Pukul 12 malam semasa aku tengah cuci pinggan aku seakan ternampak bayang hitam sebesar manusia. Aku ingatkan kakak aku lah kat belakang aku, cepat-cepat aku pusing belakang nak tengok. Rupanya kakak aku tengah makan nasi dalam rumah. Jadi, memang tak ada orang lah berdiri kat belakang aku tadi. Cepat-cepat aku masuk dalam rumah berlagak macam tak ada apa-apa berlaku. Lepas 3 hari baru keadaan aku pulih seperti sedia kala. Kejadian seram tu dah tak mengganggu fikiran aku lagi.

Hantar kisa ada : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Kisah Seram Rumah Sewa di PAntai T”

  1. Saya pun begitu juga.Kalau ada terjadi sama diri saya,saya tidak boleh fokus sampai asyik terbayang kejadian itu.Nasib tidak pernah terjadi sama diri saya…..harap2 tidak….😬😬😬

    Reply

Leave a Comment